Salam semua.
Tarik nafas panjang-panjang.
Senyum.
Sengih lebar.
Tutup rahang.
Tarik nafas semula.
Tenangkan diri.
[Gambar : Bila sesuatu itu kita fikirkan sebagai ujian, kita akan letih untuk berjuang. Cuba fikirkan sesuatu yang menarik seperti gula-gula kapas? Mesti senang!]
Baiklah.
Khabar baik buat semua pembaca yang tidak berhenti mendoakan yang terbaik buat manusia beku dan si dia (berdehem), aku telah berjaya menyatakan kepada kedua ibu bapa aku tentang hal kami berdua menjalinkan hubungan, dalam erti kata orang tua, dalam proses berkawan, kenal hati budi masing-masing. Eh Arnab, apa awak ingat awak seorang yang boleh cakap dengan keluarga awak?
Senyum.
Puan Mulia - Emak.
Keluar ke bandar dengan beliau dan adik lelaki yang akan mendaftar di UiTM Puncak Alam pada Isnin minggu hadapan. Meninggalkan mereka di pasar raya dan aku bergegas menyelesaikan urusan di bank dan pusat zakat. Dengan muka selamba masuk ke kawasan itu dengan pakaian yang membuatkan Mak membebel sepanjang hari.
Sengih.
Masih ingat apa yang aku tulis tentang kemungkinan reaksi Bonda di sini?
Senyum.
Semalam, ketika adik keluar beli ubat di klinik, aku memberanikan diri bercakap dengan Emak.
Aku : Mak, nak cakap sedikit boleh?
Mak : Apa dia?
Aku : Along cakap Mak jangan marah eh?
Mak : Tak marah, kenapa?
Aku : Katakanlah tahun depan ada kawan Along nak datang rumah jumpa Mak dan Abah, boleh?
Mak : Kenapa?
Aku : Jumpa, nak kenal-kenal.
Mak : Oh, siapa budaknya?
Aku : Kawan Along juga.
Mak : Kerja apa?
Aku : Belajar lagi.
Mak : Belajar? Umur berapa?
Aku : ......
(ada dua tiga baris lagi yang harus ditapis)
[Gambar : Tiba-tiba rasa bahagia. Eh?]
Alhamdulillah.
Walaupun perbincangan itu tergantung, aku dapat capai objektif yang aku mahukan.
Beritahu Mak apa yang aku sedang lalui sekarang.
Pertama kali cakap begitu dengan Mak, ya, berdebar amat.
Bakal Wali - Abah
Gatal.
Bakal wali ditulisnya.
Ketawa.
Suasana hujan di luar rumah. Kebetulan aku di dapur dan Abah sedang menonton televisyen sendirian. Sambil-sambil kemas, aku berfikir juga bagaimana nak memulakan perbualan. Dan disebabkan keyakinan diri entah dari mana datangnya (mungkin dari ikan keli agaknya), aku duduk di hadapan Abah.
[Gambar : Hujan. Tahukah anda kenapa payung dicipta? Payung dicipta untuk kita berkongsi kegunaannya]
Aku : Abah, Mak ada cakap apa-apa tak?
Abah : Cakap apa?
Aku : Oh, tiada apa-apa. (diam)
Abah : Mak kau keluar pergi beli barang dengan Abang. Kenapa?
Aku : Oh, macam ini. Along nak minta izin sedikit ni.
Abah : Nak pergi berbasikal?
Aku : Bukan pasal basikal. Ni nak cakap, janji dulu la (sambil hulur jari kelingking)
Abah : Tak naklah. Cakap je.
Aku : Marilah janji (masih hulur jari kelingking)
Abah : Tak naklah. Cakap, nanti kalau ada yang Abah kena nasihat, Abah nasihat.
Aku : Janjilah, janji.
Abah : Ya lah.
[Gambar : Ya, semalam paksa Abah janji begini. Ketawa]
Abah : Cakaplah apa dia.
Aku : Along nak minta izin satu benda ni.
Abah : Apa dia?
Aku : Along ada kawan dengan seorang ni.
Abah : Lepas tu?
Aku : Itulah, dia nak kenal dengan keluarga kita juga.
Abah : Oh, kawan UTM ke?
Aku : Bukan.
Abah : Kerja mana?
Aku : Belum kerja, belajar lagi.
Abah : Belajar mana?
Aku : (tempat dirahsiakan dari umum. ketawa)
Abah : Keluarga dia kerja apa?
Aku : (sengaja tak nak tulis di sini)
Abah : Ni mesti ada saudara terdekat kita yang kenal.
Aku : Itu bukan isunya. Boleh kawan tak Abah?
Abah : Umur dia berapa?
Aku : (umur pun malas mahu tulis)
Abah : Yang penting, dia boleh jaga kau, bimbing kau. Itu yang penting. Kau pun sama kena jaga diri.
Aku : Jaga diri?
Abah : Ya, kurangkan aktiviti-aktiviti luar yang lasak ni.
Aku : Eh?
Abah : Bila dia nak datang?
Aku : InsyaALLAH, kalau semuanya lancar, bila dia balik sini tahun depan.
Abah : Baik.
[Gambar : Jam sedang berdetik perlahan]
Alhamdulillah.
Urusan mahu memberitahu keluarga bahawa aku sedang berkawan dengan si dia berjaya. Mungkin disebabkan Abah dan Emak masing-masing berpuasa semalam, aku diberikan keuatan untuk memberitahu mereka. Oh, tidak termasuk akibat tertekan apabila si dia sudah memberitahu keluarga dia. Batuk-batuk, anda hebat sayang.
Ketawa.
Terima kasih atas doa kalian semua.
Doakan agar jalinan hati kami berdua semakin kukuh.
Menunggu masa dia pulang ke sini dan selesaikan segala urusan peribadi.
Amin.
Nota Kaki :
1. Semalam gila-gila punya cuak, macam jantung terhempas ke lantai.
2. Perlu ke kem hari ini untuk sesi taklimat dan sebagainya. Aktiviti mengayuh dari Muar ke Melaka adalah esok hari. Jarak perjalanan dalam 80km.
3. Senyum sehingga ke telinga.
Zara : Menunggu pelangi yang indah kadangkala memerlukan waktu dan kesabaran dalam mendapatkan apa yang dirindu. Mungkin juga kita akan buntu, tapi ingatlah, Yang Maha Esa sentiasa akan membantu. Arnab, saya sayang kamu. Selalu.
39 comments:
akhirnya....moga dipermudahkan perjalanan hubungan kamu, zara... InsyaAllah kalu dah jodoh x kemana...
salam zara..
wah! kaklisa dah tertinggal nih...
hati mesti tengah berbunga riang kan..sebab mak dan ayah dah kata Ya.. tapi lepas ni mesti akan lebih berdebar dan sakit rahang!
^____^ all d best zara chaiyok!
TAHNIAH!
tiada lagi duka ya kak! :D
ehem3...da pndai panggil 'syg2' ya..dpn2 si dia brani x pggil???
hahahaha...smoga bhgia milik akak smp akhir hayat... :)
wahhh..cikgu zara bakal disarungkn cncn ea..tahniah!!! hehe
rupenye bdebar ek nak gtaw parent...hehehe
Alhamdulillah
semoga di permudahkan
hehe
good luck!
;:)
baru :
Lawak2 haha
well done!
salam zara....
amboiiii hati berbunya bahagia nih! akak doakan zara dan si dia bahagia menempuhi segalanya. ^_^
weewit...weewitt...
suke eh tgk kengkawan neh happy..
OMG kak zara! woot woot!
saya doakan kebahagian akak. ^^
ehh..abg pun wali jugak kan? hehe..
dengar nasihat abah tu..jaga diri elok2... :D
tahniah!!
pesanan:jaga diri,jaga iman..hehe,selamat menempuh alam yang baru cikgu!!
wohooot! beraninya da beritahu yee..even momo pun terkial-kial nk bagitau.takut -,-"
wah tahniah !!
gembiranya dia !!!!
wah tahniah !!
gembiranya dia !!!!
wah bagus kakZara berani dah bagi taw parents...
bukan senang nak bagi taw..tambah lagi soal nie..
kite doakan KakZara...
tahniah juge!..
semoga bahagia sampai akhir ayat..
alhamdulillah.. :)
dah lama aku menanti saat ni.haha! tahniah beb ;)
moga jodoh korang berdua kuat sehingga ke anak cucu cicit
suka baca kali nie. semoga semuanya dipermudahkan kelak :D
salute la akak!!!bukan senang tuh nak habaq mai kat parents!!
tidak kau tahu menuggu pelangi indah memerlukan hujan di tengah panas?
wazzuupp sharip! bile nk kawen bhai?
OHH..SANGAT SWEET..
Segalanya nampak begitu lancar.
wow..
saya membaca sambil ternganga sebab kebestan entry ini..:)
alhamdulillah, semua ok kan.. :)
Baca entry Zara sampai subuh esok tak kan habis.
Bila jumpa, saya tanya ...
"Kamu nak kahwin dah ke?"
Awak jawab ...
"Tak laaaaaaaaaaaah!"
So, what is going on cikgu?
Anak murid nak tahu. cakap terus-terang, senang.
- Guru Besar
all the best!
Terkini : Ini Fakta Bukan Auta Bahagian 2
happy dengan kamu zara.. semoga bahagia selaloo... doakan saya juga begitu... *saya masih tak tahu sama ada dia suka saya atau tidak haha
nak tumpang bahagia boleh tak. hehe. :)
salam...Alhamdulillah..semoga berkekalan dan berbahagia hendaknya...dah confirm jangan lupe jemput makan nasi minyak ok? hehe//
http://hudahazwani.blogspot.com/
wah..alam bahagia nih..good luck ye
congratz!!
suka baca..
alhamdulillah~
=)
moga bahagia selalu2
serius:TIME BACA NI,SAYA SANGAT NEBES..HAHAHHAHA..TBAYANGKAN KALAU2 DIRI SNDIRI MELALUI SITUASI ITUU..HAHHAH...CUAK2..=)
Kak Zara.. :)
Alhamdulillah. Sweetnye. Hehe.
InsyaAllah.
Semoga bercinta hingga ke syurga.
Amiin. :)
congratz2...
manusia beku sedang cair dgn kehangatan cinta...
smoge berkekalan....
^O^
i just came here to say CONGRATULATION!
jujur tau saya congratulate, takde niat2 kat belakang ye.
heeee
perghhh...
majuuuuu....
walaweh zara
bila pulalah aku nak merasa macam pengalaman ekau nih
haih
P/S : Saya Nak Minta Tolong! Anak Saya Ada Penyakit Jantung Berlubang!
salam. akak!!! heeee. even dah kata congrats kat twitter tu ari. tapi nak gak tulis kat sini. congratssss lagi sekali. teehee. my pray always there for ya :)
Post a Comment