Salam.
Apa khabar semua?
Ada sesiapa yang merindui aku yang tidak menulis lebih daripada 50 jam (sewaktu ini ditulis) akibat bepergian atas urusan keluarga?
Ah, mungkin juga tiada.
Tidak mengapa.
Senyum.
[Gambar : Hampir 48 jam tanpa Arnab sudah boleh buat diri nanar. Oh, Arnab juga pening kepala dan serba tidak kena khabarnya. Jadi, adakah awak akan rindukan saya?]
- Sungguh 'poyo' bila masing-masing kata tidak akan rindu walau beberapa hari.
- Yang sebenarnya dua-dua ego dan tidak mahu kalah dengan perasaan sendiri.
- Aku kononnya tidak mahu mengejutkan bangun pagi, tapi dah jadi rutin, aku redhakan diri.
- Hari sudah hampir Maghrib, dan telefon berbunyi.
- Mana ada orang yang akan telefon aku kecuali si dia yang gemar beri kejutan berbunga hati?
- Ini dinamakan seri apabila dua-dua terpaksa mengaku rindu kelibat masing-masing di hati.
Dan awal pagi tadi, dalam jam lebih kurang satu pagi aku menerima berita bahwa si dia (berdehem) sudah memberitahu bondanya tentang kami. Baiklah, mata sudah kejang dan tidak boleh lelap apabila mendapat tahu hal tersebut. Mahu pura-pura pitam tapi Skype sedang terbuka, maka redha dan dengar sahaja sambil otak ligat berfikir.
Dia : Dah baca apa saya tulis?
Aku : Dah, dah.
Dia : Saya rasa saya dah buat bahagian saya.
Aku : (bingung dan mengantuk) Bahagian apa?
Dia : Dah minta izin keluarga saya. Sekarang tugas kamu pula.
Aku : (serta merta tertekan) Ya, baik. Macam mana nak cakap ni?
Dia : Ambil masa kamu.
Aku : Baik.
Dia : (ketawa) Ada orang muka tertekan.
Aku : Sangat.
Dia : (ketawa) Tenang sahaja, semuanya akan baik.
Aku : Ya, baik.
Dia : (ketawa) Sudahlah buat muka serius tu, jangan risau apa-apa.
Aku : Baik.
Dia : (ketawa) Baru nak suruh cakap pasal sedang berkawan, nanti kalau suruh cakap pasal langkah seterusnya, entah bagaimana reaksi kamu kan?
Aku : Saya pitam boleh?
Pemutusnya, aku tidak boleh tidur sampai pagi sebab memikirkan cara bagaimana mahu menyampaikan hasrat pada keluarga. Oh, ini memang gila, sudahlah kurang tidur, badan letih akibat memandu dua hari berturut-turut dan otak yang dipaksa bekerja, aku sesungguhnya menepati apa yang si dia kata.
"Sayang, awak macam panda"
[Gambar : Ya awak, saya panda. Panda yang gemuk, mata bengkak tetapi comel. Nak juga kata comel eh? Ketawa]
Disebabkan pening yang melanda, dengan menggigil-gigil, aku ambil sedatif seperti biasa, segelas Nescafe dengan haruman pemikat selera, mengkhayalkan aroma. Seronok menikmati minuman berkenaan sebelum diputuskan oleh satu panggilan telefon.
Kawan : Nak pergi rumah kahwin Q?
Aku : Nak kalau ada orang lain pergi.
Kawan : Masalahnya tiada orang pergi.
Aku : Masalah juga begini.
Kawan : Kau satu-satunya calon yang sesuai untuk paksa orang lain pergi.
Aku : Beli hadiah sahaja boleh?
Kawan : Nak beli apa?
Aku : Set pakaian dalam dan baju bayi. (jawapan mamai)
Kawan : Oit gila! Kau kenapa?
Aku : Eh, apakah?
Kawan : Kau ingat ini bagi hadiah hari lahir ke?
Aku : Apa aku kata tadi?
Kawan : Pakaian dalam dan baju bayi.
Aku : (ketawa) Pening otak aku. Maaflah, kurang tidur.
Kawan : Kau kenapa ni?
Aku : (bercerita)
Kawan : (ketawa) Kau akan buat keputusan bijak bila di bawah tekanan, itu kebiasaan kau.
Aku : Entahlah, aku tak tahu.
Kawan : Pendekatan berhemah kan cara kau dari dulu?
Aku : Ini dah tak tahu apa dah ni.
Kawan : Gunakan kemahiran tinggi kau atur bicara.
Aku : (ketawa)
[Gambar : Berhemah, berhemah, berhemah. Sama dengan berkhemah tak?]
Baiklah.
Aku sedang mamai lagi.
Mahu menulis tentang pertemuan penulis blog yang aku hadiri, tetapi nampaknya tertangguh lagi.
Tunggu sahaja nanti.
Senyum.
Nota Kaki :
1. Mahu keluar ke pejabat agama - bayar zakat, bukan benda lain eh?
2. Otak sedang mencantas satu demi satu neuron negatif. Mengomel sendirian.
3. Hujung minggu aku menarik, itu aku pasti.
Zara : Hati, jiwa, mental dan fizikal aku bersedia untuk memulakan segalanya, tetapi adakah manusia di sekeliling aku mampu menerima apa yang bakal aku luahkan nanti? Doakan yang terbaik buat aku ya?
16 comments:
salam...
apa kata...
alang2 pergi pejabat agama tu,
tanya mana2 tok kadi.
kot2 dapat petunjuk...
kihkih
#serius nih.
alala....suda 23 ma...da nk msuk 24 kan?? insyaAllah akan difahami... mak abah mna taknak tgk ank bhgia..
sapa weh sapa?
kepochi gila akuuu
igt g pjabat agama nk jumpe tok kadi..hee
Ada kalanya saya rasa berkhemah dan berhemah itu berkait. Sebab untuk berkhemah, kita perlu berhemah dalam disiplin mendirikan khemah, mencari kawasan perkhemahan yang strategik dan pelbagai lagi.
Ya, kedengarannya ada kaitan dengan point pengisian entri kan? :)
sy rindu cik zara!!! :)
Doa ku mengiringimu..... amin....
gud luck zara...all the best...
waahhh.tekanan kian terasaaa...
p/s:ive idea..apa kata gtau family dgn cara suruh diorg baca entri ini..nice one!=hihihih
be strong siisss..=)
malam nty mesti mimpi ular masuk umah...
dh x lame lagi dpt cincin baru la 2...
kak zara , akak tahu tak akak sangat comel ? awww .
ohoho..
panda bear mmg cute!
baru 3 hari juga saya tak online, header blog zara dah berubah. Ada aura kasih sayang pula =)
hihi. comel..
Adab Mengumpat
huhuhuhu
Terkini : Ini Fakta Bukan Auta Bahagian 2
pstt patutlah ngn dilamun cinta.bersesuian dgn pic dkt header.love gtu..moga brbhgia .. =)
walaweh
siapakah orang itu?
aku pun as Siblings FB ko nih kepochi juga zara nak tahu
hahahahah
P/S : Hikayat Merong Mahawangsa Nih Main - Main Lah Dengan Aku! Kenapa Aku Tak Jemu Menonton Filem P.Ramlee?
slow talk la dengan family zara. insyaallah diorang faham nanti tuh. doa banyak2..
Latest Entri :
1) Blogger Yang Mengancam
2) Blog Giveaway dan Contest
Post a Comment