Wednesday, December 15, 2010

Arnab #1 : Apa Yang Saya Suka Pada Awak? - Terima Kasih Kembalikan Matahari Yang Hilang


Arnab.
Apa yang saya suka pada awak agaknya?

http://farm5.static.flickr.com/4024/4516741335_f3bd3915e7_z.jpg
Cantik dinding berwarna merah jambu itu kan? Komposisi gambar adalah lebih menjurus kepada objek mungkin.

Disebabkan semalam di Twitter ada sekumpulan kawan-kawan yang bertanyakan tentang Arnab (baca : Bunny ) serta mahu memburu dia, aku ketawa dan senyum sendirian. Ada satu soalan yang menjadikan aku lebih ketawa kuat sebenarnya. Soalan itu adalah, apa yang aku suka pada si dia (berdehem)?
Perlu jawab ke?
Ketawa.

Baiklah.
Untuk tidak menghampakan, aku akan jawab secara umum sahaja. Apa yang aku suka dan ciri-ciri si dia itu yang membuatkan kami sedang bersama.

  • Senyuman yang terukir adalah senyuman yang menarik hati.
  • Ya, dia boleh buat aku merajuk dan ketawa dalam masa yang sama.
  • Agak degil dan serupa dengan aku.
  • Hobi suka mendengar dan ketawa dengan reaksi gila aku yang menggelabah.
  • Minat kepada kamera secara berleluasa.
  • Ingatan yang kuat kalau ada apa sahaja yang aku lakukan - perlu berhati- hati agar ia tidak digunakan kembali untuk mengenakan aku.
  • Amat gemar minum susu - sama macam aku (cuma aku lebih gila Nescafe)
  • Fikiran dia lebih terbuka untuk apa-apa isu sebagai bahas.
  • Nakal - aku adalah mangsa buli (dan akan membuli dia semula juga)
  • Arnab adalah nama gelaran yang aku berikan si dia atas beberapa perkara.
  • Nombor satu dalam keluarga, sama seperti aku juga


http://farm5.static.flickr.com/4090/4987855488_efd8f80faa.jpg
Ini yang biasanya dimasukkan ke dalam beg kamera si dia. Banyak kan barang? Dia kata memudahkan dia kalau mengambil gambar di luar, jadi beberapa barang keperluan diletakkan bersama. Sekejap. Adakah termasuk barang yang sengaja letak atas meja? Ketawa.


Baiklah.
Macam aku nyatakan, itu hanyalah sebab secara umum yang aku boleh fikirkan buat masa ini. Tentulah ada banyak lagi, cuma secara umum yang boleh dikongsi kepada yang bertanya. Aku harap dapat memuaskan hati pihak yang bertanya ya?
Senyum.

Perbualan dengan seorang kawan pagi tadi mengingatkan aku kepada diri aku yang dulu. Diri aku empat tahun lepas, yang menerima segala perlakuan dengan ketawa dan merejam penuh duka dan marah bila ada orang yang menyakiti aku. Ah, zaman muda yang penuh dengan sifat memberontak tanpa memikirkan kesan dan akibat asalkan dendam terlerai. Sekarang lebih terkawal mungkin.

Kawan : Hey, aku baca blog kau.
Aku : Terima kasih.
Kawan : Mana si kasar kesayangan kami?
Aku : Eh, masih di sini, kenapa?
Kawan : Si kasar dah hilang, sisi kelembutan terserlah.
Aku : Mana ada? Masih ganas macam dulu aku rasa.
Kawan : (ketawa) Percayalah, sesi kelembutan sudah mula terbuka, itu yang ada orang mahu carikan jodoh.
Aku : Ah, simpati mungkin.
Kawan : Siapa yang mengubah manusia kasar ini?
Aku : Manusia berubah, itu kau sedia ada tahu.
Kawan : Setahu aku dia mengubah dirinya kepada lebih kasar, garang dan tidak mudah didekati.
Aku : Masih lagi.
Kawan : Ada orang sentuh hati ni.
Aku : (ketawa) Entah.


http://farm5.static.flickr.com/4128/5004400061_73dd32e972.jpg
Terima kasih kerana mengembalikan matahari yang pernah hilang dari diri ini. Terima kasih yang teramat sangat kerana sanggup memegang erat tangan dan membawa diri jauh dari kegelapan akibat asyik membina dinding pertahanan yang sejuk.

Nota Kaki :
1. Ini cerita aku.
2. Gambar yang diletakkan di blog kali ini tiada pautan.
3. Terima kasih atas doa yang kalian titipkan.
4. Tiba-tiba teringat lukisan tandas comel di blog anak bongsu. Ketawa.

Zara : Sedang mendengar lagu 'Love Story' daripada Rain sambil memikirkan sesuatu yang berkaitan dengan hidup. Lagu itu memang sentiasa menyentuh hati. Sungguh.

18 comments:

Artzlizan said...

arnab oh arnab...wat sate tu best gak... :)

Anem Arnamee said...

Sayang, betul, diri kamu lebih lembut kebelakangan ini.

P/S : Dia bunny , cume melayunya arnab kan? Saya arnab juga,suma dimanusiakan jadi arnamee.[Ini rahsia. Hihi..}:P

Lupa- saya perempuan dia bukan .:P

Anonymous said...

Sggh Cni

Eila said...

arnab pencuri hati...wah hebat si arnab...
meruntuhkan dinding beku yg teguh begitu lama...
khikhikhi...

apa2 pun... semoga berbahagia hendaknya...

TheBentPencil said...

kalau dia baca ni apakah perasaan die? ahhhh

p.s. usagi chan ohayo!!

Paan Ovrtd said...

Jung Ji Hoon!!! Dang!!!

Tu la. Pelik jugak kenapa takde lagi dah kotak2 comel dulu kan. Haha! Hati ada taman Templer ye tak kak? Haha!

Neyra Shazeyra said...

kau jangan lupa, aku sbg setiausaha kelab pemburu arnab zara akan terus memburu!

suffer8zine said...

huhu nice2, warna pun coklat :P

Terkini : Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia | Telefon Bimbit Paling Lasak Di Dunia | 10 Gunung Tertinggi Di Dunia.

Masturah Idrus said...

ingin jua ku paparkan entry khas tentang encik H, namun ku tak bersedia menghadapi cemuhan homosapien yang tak suka melihat senyuman aku.

anyway, entry yg sweet! awwww

aisyah sakaria said...

kakak zara dah laen! bila bukak blog kakak terus rasa melayang-layang. tempias orang bercinta! haha. sweet!

seven_eleven658 said...

tahniah kerana iceberg yang sedang menyelubungi diri anda semakin lama semakin mencair kerana mungkin penangan sang arnab(bukan lagi dengan kura-kuranya)lebih mendominasi dalam diri :)..semoga berbahagia.

student said...

baca sambil tersenyum. ^^,

Mrs Nurul said...

TAK MINAT DGN KAMERA MAHAL...WUUU KEM SALAM KAT ARNAB WIIT WIIIT

piNky LuCiA said...

hehe. smg bhgia sll. =)

Anonymous said...

Kita nak stalk la siapa gerangan bunny ni. Penat tau pkir baca2 kat tweet tu.

*Kak Zara jangan bajet kita tak baca tau!*

:p

Sakinah said...

arnab comal kan! :)

Nana S. said...

WAHH! :P

Anonymous said...

matahari yang hilang...