Pages

Tuesday, October 19, 2010

Kalau Nak Tangguh Sampai Tahun Depan Boleh. Cuma Hantaran Jadi 30 Ribu Sebab Kena Tunggu Lagi.


Salam.
Hati aku sedang mendidih kepanasan.
Berikutan pesanan ringkas yang aku terima dari kawan aku pagi tadi, berkali-kali aku cuba menghubungi dia. Mahu mendapat kepastian apa yang terjadi walaupun aku tahu aku boleh mendapatkan kenyataan daripada Don kerana Don menemani dia ke rumah perempuan tersebut.

Aku : Don, apa cerita?
Don : Kau tanya dia sendiri. Aku malas nak cakap apa-apa.
Aku : Kenapa ni? Dia hantar aku SMS pelik.
Don : Kalau aku jadi dia, aku dah terajang muka semua orang dalam rumah tu.
Aku : Eh, kenapa?
Don : Cinta dia memang gila, kau tanya dia sendiri.

http://media.picfor.me/001E790/love_is_danger-by-~NoDate-on-deviantART-Love-%D0%BB%D1%8E%D0%B1%D0%BE%D0%B2%D1%8C-Photography-lips-creative-photos-%D0%B3%D1%83%D0%B1%D1%8B-love-hurt-razor-blood-%D0%B1%D1%80%D0%B8%D1%82%D0%B2%D0%B0-2-%5BIMG%5Dhttpmediapicforme0018B25Onexposure-1xcom-Photo-perfect-silence-by-Stefan-Beutler-sensual-album-love-is-danger-pics-3-AWE-add-art-heart-MARK-PHILBERT-yaadeyn-k-album-helex-2-kh1-ngi-2_large.jpg

Dan setelah berkali-kali aku mencuba, akhirnya dapat juga menghubungi rakan aku itu. Seperti yang diingatkan oleh Don, jangan aku terus terjah kepada persoalan yang berlegar dalam kepala aku.

Aku : Kau apa khabar?
Kawan : Lebih baik aku rasa. Aku dengar lagu yang ganas-ganas ni.
Aku : Oh, aku telefon banyak kali kenapa tak jawab?
Kawan : Dalam kelas.
Aku : Takpe lah.
Kawan : Kau nak tanya hal semalam kan?
Aku : Kalau kau nak cakap.
Kawan : Dia minta 30 ribu kalau aku minta tangguh sampai tahun depan.
Aku : (mencarut) Gila!
Kawan : Memang gila kan? Aku tanya dengan mak perempuan tu terus terang, kenapa makin mahal.
Aku : Mak dia kata apa?
Kawan : Sebab aku minta tangguh, kena tunggu lagi, tu yang makin mahal.
Aku : (menyumpah) Apa ke bangang ni?
Kawan : Itulah pasal. Lepas tu kau tahulah ada Don, memang aku tak dapat kawal dia semalam.
Aku : Apa Don buat?
Kawan : Macam ni...

http://fc00.deviantart.net/images/i/2003/43/d/b/They_still_hurt_me.jpg
[Gambar : Masih dilukai]

Don : Makcik, saya ni kawan dia. Nak tanya sedikit boleh?
Makcik : Apa dia?
Don : Makcik nak jual anak ke?
Makcik : (berang) Mulut jaga sedikit ya?
Don : Kawan saya baru mula kerja, mana boleh makcik minta banyak tu?
Makcik : Biasalah harga sekarang.
Don : Biasa? Makcik, kakak saya doktor, kahwin dengan jurutera, hantaran dia 7 ribu sahaja makcik. Bapa saya kerja kontraktor, mak saya pensyarah. Tak pula kami minta banyak.
Makcik : Masing-masing. Agaknya abang ipar awak tak mampu.
Don : (ketawa) Abang ipar saya punya gaji lebih daripada 4 ribu sebulan. Keluarga dia ahli perniagaan. Bukan buka kedai runcit, buka syarikat sendiri. Tapi mungkin sebab kami bukan mata duitan.
Makcik : Habis tu awak nak kata makcik mata duitan?
Don : Saya tak kata, makcik akan terasa kalau makcik buat.
Makcik : Belanja kahwin mahal.
Don : Habis tu makcik nak suruh kawan saya tanggung semua di pihak makcik? Apa yang pihak makcik nak bagi pada dia?
Makcik : Dia nak kahwin dengan anak makcik.
Don : Makcik, boleh saya tanya satu benda?
Makcik : Apa dia?
Don : Makcik tak nak dia kahwin dengan anak makcik kan?
Makcik : Kenapa pula?
Don : Sebab tu makcik letak hantaran tinggi.
Makcik : Makcik buat ni untuk anak perempuan makcik juga, biar dia senang.
Don : Lawak betul makcik. Makcik boleh jamin mereka akan bahagia selamanya?
Makcik : Itu luar bidang kuasa makcik.
Don : Kalau makcik boleh jamin dia akan bahagia selamanya, saya sanggup bayarkan untuk dia.
Makcik : Mana boleh, itu kuasa Tuhan.
Don : Makcik ingat anak makcik akan bahagia?
Makcik : Asalkan dia boleh lalui semua, dia akan bahagia.
Kawan : Maaflah makcik, saya dah tak berminat lagi. 
Makcik : Apa maksud kamu?
Kawan : Cincin merisik tu kalau tak nak pulang pun takpe, cuma saya nak cakap, hal saya dan anak makcik habis di sini sahaja. Ini kali terakhir saya datang. Terima kasih sebab sudi terima kedatangan kami.
Makcik : Apa maksud kamu?
Kawan : Ada ramai lelaki lain di luar sana yang mungkin sanggup bayar harga sebanyak tu, saya ni biasa-biasa sahaja. Tak sanggup saya. Biarlah orang lain untuk dia.
Perempuan : Abang!
Kawan : Awak cari lelaki lain lah ya?

********

Kawan : Sebab itulah aku kata aku lebih rela menguburkan perasaan sayang dan cinta bertahun-tahun ini daripada buat diri aku merana.
Aku : Alhamdulillah. Moga ia keputusan yang betul.
Kawan : Itulah. Betul kata kau, aku kena sayang diri aku lebih.
Aku : Tahu pun.
Kawan : Don kata nak kenalkan perempuan lain pada aku, tapi aku kata nanti dulu. Masih sakit kecewa lagi.
Aku : Don nak kau bahagia. 
Kawan : Aku tahu. Ada kawan-kawan macam kamu semua, buat aku lebih bahagia.

Alhamdulillah.
Walaupun sakit, aku tahu dia akan lebih tabah.
Kesakitan semalam bukan bermakna dia tidak akan menemui kebahagiaan lain.

Ini rentetan peristiwa buat mereka yang terpinga-pinga.

Nota Kaki :
Ada pula yang tak puas hati dengan hantar email cakap "Memanglah kalau nak kahwin kalau takde 20k, 30k, kahwin dalam mimpilah". Adakah itu bermakna lelaki tu kena tanggung belanja majlis kahwin sebelah sana? Gila ke apa?! Kahwin adalah sebuah perkongsian, bukan satu ugutan atau perniagaan!

Zara : Maaf buat yang menunggu aku menulis. Aku terpaksa melunaskan tanggungjawab aku pada kerja dan sekolah dahulu. Kawan aku mengirimkan salam atas doa dan sokongan kalian pada dia. Terima kasih yang melontarkan komentar dan ulasan bernas di Mukabuku aku dan halaman maya untuk blog aku.

72 comments:

  1. 30K kalau tangguhkan kahwin? ingat ini macam pinjam duit ah long ke, lambat bayar faedah akan naik.

    ReplyDelete
  2. lawak la mak dia bagi jawapan bila don tanya tu....nampak sangat mak dia materialistik...

    ReplyDelete
  3. Makcik, you are PWNED! Don is the troll here! Padan muka kau. On your face. Heiii...geramnya aku...makcik tu ada facebook x, kak?

    ReplyDelete
  4. Fulamak..makcik tu jawab mmg dasat gila...

    Kalau aku jadi Don tu mmg dah lama aku terajang..
    Perempuan banyak..pilihlah yang tepat..

    ReplyDelete
  5. I heart Don!
    Great job man!
    He's as the old days, mulut laser sampai sapa2 pun kena terus makan dalam.

    Fuck!
    Suruh kawan ko cari lain

    ReplyDelete
  6. AMPUN..TAK PERNAH RASA MENYAMPAH MACAM NI!!!!!!

    ReplyDelete
  7. memang gila la..dasar mata duitan tol la...

    ReplyDelete
  8. semoga kawan zara lebih bahagia lepas ni.

    makcik2... tak pernah dgr ke org tamak selalu rugi???

    ReplyDelete
  9. BRAVO!! salute ngan Don!! ptt tya yang lagi straight... tp kita kan melayu, haruslah laser secara halus.. hahaha... good decision!!!

    ReplyDelete
  10. oh sangat geram dengan makcik tu..
    pesan pada kawan.. biarlah merana sekarang.. jgn merana di masa akan datang..
    Alhamdullilah Allah dah tunjuk perangai mereka awal2.. huhuhuu

    ReplyDelete
  11. mau je dijahit mulut makcik tu...
    haish...
    sabao je lah..

    semoga lepas ni kwn k.zara menemui yang lebih baik dari yang ini..

    *hantaran rendah..akhlak yg tinggi itu yang lebih baik* ^_^

    ReplyDelete
  12. akhirnya dia buat keputusan yg betul...semoga kawan zara akan berjumpa dengan seorang wanita yang lebih baik dari sebelumnya...

    ReplyDelete
  13. mungkin perempuan tu akan salahkan kawan awak tu dgn alasan lebih sayang duit dari dia.

    Hurmm.. Jangn jadi bdoh la nak habiskan 30ribu semata-mata untuk majlis kahwin yg sehari tu.

    Hidup lepas kahwin lebih bnyak nak pakai duit, kena pikir tu..

    Ush.. Semakin memuncak isu ni ye zara.. Boleh buat drama

    ReplyDelete
  14. mendidih darah kemarahan bila baca jawapan makcik tu.
    nampak sangat mata duitan.

    saya mungkin tak kenal kawan kak,tapi saya doakan dia mendapat perempuan yang lagi baik dari ini.

    ReplyDelete
  15. Yahoooooooooooooooooooooooooo

    Akhirnya Lelaki yang menang....

    tips : belanja kahwin yang mahal, kenduri yang gah-gah bukan akan menjamin kebahagiaan rumah tangga...

    gaji RM400 sebulan pun boleh besarkan 5 - 10 orang anak... fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
  16. walamak!! superb ah kawan ! cakap kat dia,TAHNIAH2!! SUNGGUH MEMBANGGAKAN TINDAKAN DIA ! PUNYA FIKIRN MATANG. ! aduh,kalau dia ikut juga,kompem diri sndiri merana,mak bapak sekali sedih and jd taik itu family keparat. [ lalalala ] . PADAN MUKA ITU MAK AYAM ! nak jual anak. haha. mesti dye pk " budak ni syg anak aku,mesti sanggup punya'' hahaa. aku sokong kawan 10000%. hahaha. sampaikan pada dia sis ZARA. HOPENESS!!

    ReplyDelete
  17. memang patut pun kawan kak zara cakap macam tu. & padan muka mak cik tu. siapa suruh tamak. kalau hantaran kawin mahal, tapi lepas kawin makan meggi dan asyik bergaduh tak cukup duit pun tak guna jugak.

    semoga kawan kak zara cepat 'sembuh' dan ditemukan dengan orang yg lebih baik. amin..

    p/s: sy minta maaf kalau tulisan sy mencalarkan hati orang lain.

    ReplyDelete
  18. wtf!!!???

    kiamat2...
    gyahahahahahahah~

    duit butakan manusia

    ReplyDelete
  19. padan muka makcik tuh..
    sepatot nya dia pk kan kehidupan anak dia selepas kawin..
    kalau dah berhabisan untuk majlis kawin sampai berpuluh ribu macam tuh, lepas kawin nak makan ape.. haihh.. pk la makcik oiii..

    smoge kawan akak dapat perempuan yang lebih baek ;)

    ReplyDelete
  20. serius shit punya makcik. pompuan tu pon ikot je ke? kamon makcik, bajet 2011 da cukup da mbantu ekonomi, lagi mahu minta bukan2. esok lepas kahwin hidup berhutang. kena kejar along sampai mati. mahu?

    lihat gua emosi. comel kan? haha

    ReplyDelete
  21. ohh2~~ tahniah pada sahabat kamu, sebab die dah berjaya membuat keputusan. semoga dia akan berjumpa perempuan yg lebih baek dari yang lalu.

    ReplyDelete
  22. moga kawan ko terus tabah zara... kim salam kat dia...

    ReplyDelete
  23. tabik spring kat Don. toink! toink!
    kpd kawan Kak Zara, sabarlah ek. Ada yang lebih baik untuk dia. InsyaAllah~ ;)

    ReplyDelete
  24. mak ai.,hantaran saidina Ali cuma senaskah al Quran jer...aduhhhhh

    ReplyDelete
  25. kurasa pompuan tu salah pilih orang.
    dia patut cari yang kaya raya.
    baru taste dia.
    haha!

    tak reti langsung.
    ikut je cakap mak dia tu.

    tgk pun tahu, lepas kawen sok memang makcik tu akan terus kawal.

    RM30K?
    Too much ok?
    Buat majlis tu kena la ukur duit sendiri. takkan nak masuk semua dalam hantaran.

    ReplyDelete
  26. eh eh mlmpau tol smpi 30k nk wat hntaran kawen.
    my mom said 15k punn dh byk. nie kan 30ribu.
    tunang dye mmg cun abes eh?

    ReplyDelete
  27. ade ke lagi mak macam ni????
    jawab dia xde menantu smpai bile-bile la makcik ni....

    ReplyDelete
  28. Salam,
    Tahniah kepada rakan sdr yang punya kekuatan sebegitu. Saya pun sokong dia blah gitu...apa kata kawin je dengan cikgu Zara ni ;)

    Bolehlah kami reramai pi kenduri ;)

    ReplyDelete
  29. akhirnya "kawan" tuh buat gak keputusan...mmg terbaik keputusan dia....

    ReplyDelete
  30. 30K??

    baik gua bayar duit muka beli volkwagon polo.

    keh keh keh!

    ReplyDelete
  31. dia tak nak blah je la.. tak yah terhegeh2 de.. buat apa habis berpuluh ribu untuk keluarga camtu.. esok dah kawin lagi sakit kepala

    ReplyDelete
  32. sokong don.sokong decision kawan zara..semoga dia bertemu dgn org y lebih baik n lbh menghargainya.peace!

    ReplyDelete
  33. A marriage isn't about a ring...
    it isn't about the money...
    it isn't about the grand ceremony...
    it's about a lifelong commitment of compassion and understanding...
    without it...it won't hold on for long...

    ReplyDelete
  34. two thumbs up utk don n zara sbb berjaya membantu seorg kwn wlaupun dia terluka ketika ini..InsyaAllah akan dpt pengganti yg jauh lebih baik..

    kwn yg baik adalah yg sentiasa ada tika suka dan duka..=)

    ReplyDelete
  35. makcik tu dgn anak perempuannya memang dah gila.
    anak dia tu cantik macam bidadari ke? sempurna sifat dan hati budi ke? golongan bangsawan ke? anak jutawan ke? kerja jawatan tertinggi negara ke?

    tak apalah memilih sangat kan...esok2 nanti tak ada orang nak pinang rasalah hidup membujang jadi anak dara tua sampai ke sudah.

    kepada kawan kamu,lupakanlah perempuan macam tu.kahwin ni nak berkongsi hidup bukan saja hati dan perasaan.duit bukan segalanya utk menuju kebahagiaan.bahagia atau tidak senang atau tidak semua di tangan tuhan.

    banyak lagi perempuan solo yang lebih baik dan bertimbang rasa daripada perempuan macam tu.hope2 kawan kamu akan temui kebahagiaan yang lebih berlipat ganda selepas ini.

    ReplyDelete
  36. jual la anak mak cik pd org y lbh memerlukan..haha..lawak2..semoga kwn zara berjumpa org yg lbh baik..xrugi kuburkan perasaan terhadap perempuan tu...

    ReplyDelete
  37. semoga ada orang kaya minang anak dia. klu x nyesal tak sudah makcik tu..

    ReplyDelete
  38. just like what I wrote in your previous post, I believe i support the breaking of these love. although, i also believed that the woman was in the wrong for not trying to at lease convince her parents to put lower price. or she shouldv'e made a scene or threaten her parents with kahwin lari or kahwin wali hakim.

    wonder why she didn't, right?

    p.s. I link this post to my new post...something similar. LOL

    ReplyDelete
  39. 30k??wah..nak kawin dengan anak raja ker?hebatnyer...

    ReplyDelete
  40. semoga kawan awak tabah hadapi semua nih, tak semua yang kita hendak kita akan dapat. Sayangkan manusia jgn 100% sebab kita akan sukar nak melupakannya 100%.

    ReplyDelete
  41. Ermm, can I say something? can i? Ohh please, i want toooo...

    Ok here goes:

    Don, find a man. Problem solved.

    Salah eh? Ok i leave now, never come back.

    Ohh, makcik, bangla banyak duit makcik. Tak pun, mamat afrika black money. Sungguh, diaorang banyak duit. Tak percaya, checklah.

    ReplyDelete
  42. i heart Don..terbaik btol la..

    pesanan buat makcik: makcik, duit hantaran x dpt menjamin pon kebahagiaan anak makcik tu. x pyh la letak harga hantaran sbg ukuran berbaloi kawin ngan anak makcik. klo hantaran mahal, pastu lepas kawin utang keliling pinggang, x guna jugak. bila gadoh laki bini, ungkit psl mak pmpn tu letak harga mahal. haha.

    pesanan buat kawan you: lepas nie klo da suka kt someone, ckp ngan die, "saya mampu bg 5K je sbg hantaran. kalau awk x boleh terima sy, x pe la." kalau pmpn tu boleh terima, bahagia la kawan you tu. hahaha

    okay, sy menyibuk di sini ngan mengomen panjang2..sorry..hehee

    ReplyDelete
  43. nie namanya buka mata duitan dh..tp jiwa duitan...gila ah...

    ReplyDelete
  44. Alhamdulillah.. Senses had knocked ur fren back. Agree with The Poyo Me.

    ReplyDelete
  45. Akhirnya..ni penyudah yg baik utk kawan tuh... mahal-nahal sanat mcm nak jual anak, lebey sng klu ckp.."maaf makcik xminat nak amik kamu jadi menantu makcik" or "anak makcik diberanak sekali ngan emas dan mengikut pasaran universal"

    ReplyDelete
  46. Astrafirullahalazim... ehm pandai sgt kah anak nye itu sampai 30 k? kalau setakat keje kilang.. dan kelulusan SPM.. dia x layak... bukan bermaksud nak merendah kan dia... tp rasanya zara sendiri x kan letakkan harga yg tinggi utk hantaran zara kan walau pun zara seorg graduate... rasanya mak dia x nak lelaki tu kawen ngan anak dia....
    tepat tindakan kawan zara.... melepaskan dia x bermksd kawan zara x kan dpt kebahagiaan baru.. mungkin ni permulaan utk kebahagiaan dia... ardz doakan dia dpt perempuan yg betul2 layak utk dia... benarla kata org tua... bercinta lama mana pun belum tentu akan bawa ke jinjang pelamin... semoga kawan zara tabah... dan kuat.. mungkin susah pada permulaannya... tp dia akan bahagia di akhirnye...

    ReplyDelete
  47. hah..ada lg org mcm makcik tu..patutnya tuan badan tu yg ckp cm tuh...tp ada don pun ok lah jugak janji settle...

    ReplyDelete
  48. setuju dengan kata-kata don pada makcik tu..dan sokong dengan keputusan yang kawan kau buat..

    semoga kawan kau akan jumpa jodoh yang lagi sesuai..perempuan tu bukan untuk die dan bukan calon isteri yang terbaik..semoga kawan kau akan ketemu bahagia dia satu hari nanti..

    ReplyDelete
  49. "Kawan : Aku tahu. Ada kawan-kawan macam kamu semua, buat aku lebih bahagia."

    Aiseyy sweeet gileww ayat dia kat ko. hahaha padan muke minah tuh. demannd plakk kije operator...mak dia pon 2x5...aiyoo!

    kem salam kat kawan ko . hikhik (gelak gedixx)

    ReplyDelete
  50. sokong don!!!!

    tapi buat kawan kak zara, tabahlah yer. :)

    ReplyDelete
  51. 30k? anak dia tu pelakon picisan ke?

    (Aku guna pelakon picisan sebab kalo pelakon ngetop mesti hantaran dekat sejuta)

    ReplyDelete
  52. 2 la...
    mintak g hantaran mahal2...
    duet x dapat, lelaki pun melepas....
    memang senasib dengan empuya badan...
    congratz dons coz teman kawan ko skali tyme 2...
    biar makcik 2 taw langit 2 tinggi ke rendah.....

    ReplyDelete
  53. salam zara,
    hr ni pertama kali baca blog zara...dn sya baca semua kisah kwn zara dgn gadis 20k...

    tahniah utk dia dgn keputusannya...ingat janji Allah SWT " lelaki yg baik untuk perempuan yang baik", InsyaAllah... semoga dia tabah dn akan bertemu dgn insan yang menerima dia seadanya...

    ReplyDelete
  54. don,,,u r awesome!!!!!!

    ReplyDelete
  55. Salam...

    Suami saya jurutera, tapi parents saya hanya minta mas kahwin RM1K.. Alhamdulillah bahagia sampai sekarang...

    Kalau nak bagi si lelaki bertanggungjawab pun, agak2lah...tak bahagianya hidup anak dia kalau bersuamikan lelaki yg berhutang akibat nafsu dia...

    Wahai perempuan2, fikirkanlah...
    Kalau niat nk minta hantaran tu untuk buat kenduri maksudnya pahala kenduri tu dapat kat lelakilah ye? famili pmpn tak dapat saham akhirat pon... Balik pada niat, kenapa wat kenduri tu...

    Macam2 org sekarang ni...Apepon, kalau nk bahagia, kembalilah pada agama...

    Wassalam....

    ReplyDelete
  56. pergh...mmg terbaik a tndakan kawan tu..pas ni..update gak ea, ape jadik kt kawan tu bile die dh move on..mesti lpas ni,die dpt pmpuan yg bek,xbnyk songeh n educated..insya allah..

    ReplyDelete
  57. aku kawen duit hantaran share ngan lowkong aku...sbb duit tuh tuk buat majlis..bechenta 3 tahun ...kawen dah 4 tahun (kenal & bersama dah 7 tahun) d kurniakan anak satu..thank God...!hanya aku n lowkong aku je tau kami share hantaran...kalau dah chenta takkan la nak bekira sangat...tolong menolong la..bila dah kawen kan dah kongsi bersama...duit suami..duit isteri juga hehehe

    ReplyDelete
  58. Setuju dgn DON, mak pompuan tu takmo kasi kawen, sbb tu kasi hantaran tinggi ;) Moga kawan itu berbahagia skrg dan berjumpa jodoh yg lebih baik...

    ReplyDelete
  59. hehe.. Dunia zaman sekarang.
    Tak pernah terfikir ke letak hantaran mahal-mahal, buat majlis besar-besar, lepas tu macam mana kos lepas kawin? duit rumah, kereta, anak, sekolah?

    Nak buat mewah-mewah tapi kena hutang sana sini baik tak payah. lepas tu sesak nak bayar.

    Biar bersederhana, asalkan bahagia.

    Peace! (^.^)v

    ReplyDelete
  60. Moga2 satu hari nanti dptla makcik tu hantaran Rm30k

    ReplyDelete
  61. >>lelong2, anak saya..
    <>rm20k serba satu..
    <>dah tanya, kena la bayar..
    <>mestilah..
    <>esok dah jadi lebih mahal..
    <>rm30k serba satu..
    <<ayaakkk [[pengsan]]..

    ~docfear

    ReplyDelete
  62. Alahai makcik, kalau belanja kahwin mahal, tak perlu buat besaran, buat secara sederhana. Manusia begini hidup dengan alasan. Duit tak menentukan kesenangan.

    ReplyDelete
  63. haish sapela family makcik ni ye..nak gak aku tau sape..padan muke! nice one don!

    ReplyDelete
  64. tahniah kpd si mangsa kerana memilih jalan yang betul. saya dah mengikuti seluruh kisah dari 'part 1' lagi, ternyata yang dikejar oleh si 'GF' dan keluarganya itu adalah harta duniawi semata-mata, bukan keredhaan Illahi dan kebahagiaan dalam menempuh kehidupan bersama. carilah wanita yang beriman, paras rupa bukan keutamaan, semoga anda mendapat bakal isteri yang solehah dan boleh membimbing anak2 dan keluarga ke jalan Allah. amin

    ReplyDelete
  65. makcik,,buat akad nikah je laaa...seribu-dua ribu pon cukup...
    yg makcik mintak 30 ribu tu tuk buat kenduri besar-besaran..
    haishh...makcik-makcik..
    kalau nak buat kenduri, pakai duit sendiri laaaa..haiyokk..
    kalau mintak 30 ribu tu pon, bkn anak makcik boleh pakai...abes tuk kenduri jee...

    ReplyDelete
  66. hantaran rm30K, mas kahwin rm30..LOL.dulukn yg tak wajib dari yg wajib. kerna duit, buta hati, buta mata, otak pun jadi benak. emm...makcik tu kena masuk kelas agama belajar balik bab nikah kahwin

    ReplyDelete
  67. kite baru je kawen februari arituh... Alhamdulillah... sangat2 simple.. kenduri masak sendiri...sangat2 ala kampung...pelamin pon buat sendiri sekadar ade (sbb kitorg tak sanding), baju pon kitorg beli yg bley pakai balik lepas kawen, brg hntrn pon ikot yg diperlukan...ade yg branded tp setakat yg mampu.xde pakai wedding planner ke pakej segale bagai...Alhamdulillah, after wedding kitorg cume pikir belanja utk teruskan hidup jek. takde hutang yg sampai beranak lima yang kitorg kne pk kan.setakat cover sket2 duit2 laen tu ade la.siyes, mmg takde yang gah pon mase wedding kitorg. tp sume berjalan lancar. n tenang. costing sume tu below 10k termasuk duit mas kahwin.kitorg share sume same2...btw,saye pon degree holder dan die cume keje biase2...jd sumenye atas diri sendiri...kawen gah tp utang keliling pinggang.mmg sedap kene puji tapi yg kene tanggung utang kite jugak..tade yg nk tlg pon~..pikir2kanla~

    ReplyDelete
  68. cerita mantap .. tak sangka sampai macam tuh ye ..

    ReplyDelete
  69. RM 30K...bkn soal SPM @ dip @ degree @ master @ phd..tp soal agama y lbh pntg..ilmu agama da lgkap ka?da sempurna?x perlu diajar/dibimbing suami?boleh si perempuan tu hafal Al-Quran?hafal hadis?

    klu btul mcm tu mmg priceless..
    tp slalunya y ada iman & agama x minta macam tu kot..:-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)