Pages

Thursday, September 03, 2009

Tubuh, Hati Tetapi Bukan Jalan Hidup. Kekasih Dalam Dunia Maya Sering Akan Ke Dunia Realiti


"Seseorang yang kita miliki ternyata tak sepenuhnya milik kita. Kita bisa memiliki tubuhnya, hatinya, tapi bukan jalan hidupnya."
(...dari filem Cinta Pertama)

Aku sebetulnya enggan menulis pagi ini disebabkan aku masih mahu meraikan kejayaan Jejaka Panas kegemaran aku petang semalam. Kejayaan yang diraikan berikutan pertandingan yang dianjurkan oleh Radio Panas. Tetapi soalan yang aku terima dalam peti masuk surat elektronik aku membuatkan aku terasa ingin menulis lagi. Mungkin ada sesiapa yang menyedari, penulisan aku tidak sebanyak dulu. Mungkin.

Aku mendapat surat elektronik dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Tini. Oh ya, Tini kata dia bukan penulis blog, jadi tiada alamat yang boleh aku pamerkan buat tatapan kalian. Isi penulisan Tini panjang, tetapi soalan dia amat pendek.

"Kekasih hati Zara yang mana satu sebenarnya? Kadangkala ada Kekasih Pertama, Kekasih Gelap Yang Cerah, Si Kosong dan Busuk, jadi Tini selalu kurang pasti. Zara menyatakan Zara mengenali mereka di dunia maya, betulkah?"

Terima kasih atas soalan kamu Tini. Ya, Zara akan jawab. Jawab dengan ringkas agar ia akan memudahkan bicara dan pergerakan kalam yang mungkin dipengaruhi oleh perasaan yang acapkali mahu ketawa. Gila? Mungkin juga.

http://www.odd-fishing.net/images2/loveheart.jpg

Gambar Penghargaan Di SINI

Kekasih Pertama
Dikenali di ruangan laman sosial, Ruang Saya (baca : MySpace) lebih kurang tiga tahun setengah dahulu. Perkenalan yang membawa kepada jalinan kasih sayang dan cinta selama satu tahun setengah dan pernah berjumpa sebanyak empat kali sahaja. Masih berkawan sehingga kini walaupun semuanya bukan seperti dahulu. Segalanya telah tamat dua tahun yang lalu.

Kekasih Gelap Yang Cerah
Diperhatikan dengan tenang semenjak di Tahun 1 pengajian di kampus selatan. Tidak pernah bertegur sapa sehinggalah kekasih gelap berada dalam Tahun Akhir. Perkenalan di laman perbincangan yang dianjurkan oleh pihak kampus selatan. Pertemuan pertama berdua ke pameran antarabangsa, pertemuan kedua selepas sesi belajar di perpustakaan dan ketiga sewaktu istiadat konvokesyen dia. Kedengaran sangat ilmiah bukan? Oh ya, dia milik wanita lain.

Si Kosong
Saat dan tatkala ini, dia yang sedang menghuni di hati batu ini. Dia adalah pengunjung setia di dunia ini (walaupun acapkali tidak meninggalkan jejak) dan juga di Mukabuku aku. Belum pernah bertemu tetapi telah dikenali sudah begitu lama di alam maya. Dia masuk ke dalam dunia peribadi aku pada 12 Julai 2009 dan telah menjalin ikatan sejak 26 Julai 2009. Oh, masih mengenali hati budi masing-masing dan jarak yang beratus kilometer serta tanggungjawab yang menimbun mungkin tidak akan merealisasikan impian untuk bertemu di saat ini. Mungkin suatu hari nanti. Doakan kami berjaya bertahan dibawah payung rahmat Ilahi.

Si Busuk
Sudah bersama lebih daripada setahun. Dia muncul dalam hidup aku dan memberikan sinar kegembiraan atas penderitaan yang aku alami. Busuk menarik aku keluar dari belenggu pemikiran yang kadangkala tidak teratur sistemnya. Dia sahabat terbaik dan kami akur dengan takdir yang menemukan kami. Persahabatan yang mungkin pelik kerana kami tidak mungkin sama jika dilihat dari luaran dan penampilan. Itu semua tidak penting. Yang kami tahu, keutamaan harus diberi kepada perjuangan meneruskan legasi. Dia sahabat sejati.


Zara harap jawapan Zara dapat memuaskan hati kamu Tini. Semoga masih ada kesempatan bertukar surat elektronik selepas ini. Oh ya, mari meraikan kemenangan abang ku di bawah ini.

Zara : Teringat apa yang pernah dinyatakan oleh Kahlil Gibran.
"Jangan kau kira cinta yang datang dari keakraban yang lama. Cinta adalah anak kecocokan jiwa dan jika itu tidak pernah ada, cinta tidak akan tercipta".

48 comments:

  1. nasib baik bertanya dari sesat jalan..

    eh eh.. nasib baik Si tini itu tidak marah dan tuduh kawan .. ramainya bf zara...' ha ha ha

    ini soalan imaginasi aku. ekekekek

    ReplyDelete
  2. oh..dik..

    akak dah faham skrg~

    ReplyDelete
  3. sapa lagi nak tanya soalan? (sambil pegang kayu)

    ReplyDelete
  4. hmmm..
    tapi susah nak cari kekasih sejati..iklas dan jujur...

    zara,sygngilah org yg menyayangi kita...bkn org yg kita syg,krn org itu akan jage and bersaama dgn kita hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  5. Ramainya BF dia hehehe...semoga akan bertemu yang "betul2" tak lama lagi..

    oh ..mokcik pun suker lagu yang faizal tahir nyanyi ni menang...yeahh

    ReplyDelete
  6. dek zara ~

    kekasih pertama, kekasih gelap yang cerah dan si kosong kakak dah sedia maklum..

    si busuk, kakak tak dapat tangkap lagi ihiks..

    ReplyDelete
  7. nnt kal0 kawen jgn lupa jemput..

    ha3

    ReplyDelete
  8. wah..banyak betul ku ketinggalan ceritera dear zara...apa-apapun doa terbaik untuk dear zara...pertama,gelap,kosong atau busuk, pilihan di tangan Zara yang bijak..

    P/S: Faizal Tahir menang lagu satu malaysia ke?Agak-agak,dapatkah aku blackberry free itu..huhu

    ReplyDelete
  9. ciss.
    ni yg rasa nak cari gf ni.
    haha.
    sekali rupanya tini tu gf kekasih2 kau.
    naya.
    haha.

    sekian,
    bijen baik

    ReplyDelete
  10. jatuh chenta tu.. hehehe
    tak apa...proses mengenal hati budi lagi tu.. tak lama lagi , bolehlah ada ikatan tu.. ahaks

    ReplyDelete
  11. FFFuuuuuhhh.. akhirnya terjawab gak soalan2 tersebut. teeheee.. byk sungguh skandal anda syg.. hehe.

    ReplyDelete
  12. Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

    ReplyDelete
  13. aku rase cm kamu jawab soalan dari peminat plak..hehe

    sepatutnya awal entri ni,dimulakan macamni..

    hai kawan-kawan,hari ini Zara akan jawab satu soalan dari peminat zara

    ~~sambil buat gaya gedik2 dan penuh intonasi~~


    haha~~larikkkk

    ReplyDelete
  14. Ganas betul Zara! Banyaknya teman-teman anda. Memang panas. Ha :D

    ReplyDelete
  15. aduhai... begitu ramai sekali yg datang dan pergi... semoga kali ini terus lekat... hehehehe....

    ReplyDelete
  16. sy dulu pun kenal dlm mesej je
    salah nombor
    tapi tak sangka benda kecik macam tu boleh buat kekal sampai sekarang
    takdir kan?

    eh bila nak jumpak si kosong ni?
    hee :p

    ReplyDelete
  17. Hahahahahahaha. Baru Saffa tau sekerang ni. Bagus betul Tini sebab sudi bertanya kan bagi kami yang malu2 kucing nak bertanya! LOL

    ReplyDelete
  18. baru la terlerai persoalan. terima kasih le dak Tini yang menanya tu.
    (sambil buang minyak yuyi cap kelapa laut afrika ke tepi) legaa

    ReplyDelete
  19. sI tEDI:

    kalau dia buat camtu, mungkin itu kali terakhir dia menerima ayat baik aku~

    ReplyDelete
  20. .palisevenfold. :

    huwaa~

    Busuk mengganas~

    hoyeah!

    ReplyDelete
  21. {lumut} :

    benar kata anda lumut~

    daku mencari yang terbaik~

    ReplyDelete
  22. MOKCIK AZWA :

    sekapal lah kita Mokcik~

    hahaha~

    ReplyDelete
  23. sharamli :

    mesti punya~

    kan aku dah ada alamat kamu?

    ReplyDelete
  24. ANOI :

    hehehe~

    mencari kebahagiaan~

    ahh, kalau menang, share bleh?

    ReplyDelete
  25. bijen m.:

    hahaha~

    kalaulah dia GF yg mana2 pon, aku dah beri penerangan lengkap pada dia~

    ReplyDelete
  26. Tabib Haji Norjae :

    Terima kasih~

    semoga dapat juga~

    ReplyDelete
  27. messyremo :

    Oh Omar~

    kamu mahu kena lempang ke?

    ReplyDelete
  28. Blog Anuar Kamaruddin™ :

    rasa cam artis nuar~

    hahaha~

    ReplyDelete
  29. Noorlaila Mohamed Nor :

    mau jumpa kosong, kena jumpa kamu dulu~

    bleh laila?

    hehe~

    ReplyDelete
  30. saffa :

    saffa~

    mau kena babap eks sayang?

    hehehe~

    ReplyDelete
  31. boleh2
    jemput datang kuantan yang sibuk ni
    heehee :p

    ReplyDelete
  32. la... napa nak tunggu 4 tahun ? kesian dier..hehehe

    ReplyDelete
  33. Noorlaila Mohamed Nor:


    hehehe~

    baik sayang~

    Ihiks~

    ReplyDelete
  34. BuDakHutaN :

    sia kena kumpul duit dulu ba~

    hahaha~

    ReplyDelete
  35. tetap tak puas hati lagi zara...

    yg last sekali tu aku kenal x ?

    hehe~ byk tya kan aku ni...

    hohuhohu ~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)