Friday, December 07, 2012

Kursus Biodiversiti #01


Surat yang diterima untuk mengikuti Kursus Biodiversiti - Kajian Habitat Tasik di Terengganu adalah mustahil untuk dilepaskan. Makanya dengan peluang yang diberikan, maka bermulalah perjalanan aku untuk bersama dengan rakan-rakan mengikuti pengembaraan ke tempat/suasana yang baru buat aku.

3 Disember 2012.
Tanpa iDraki di sisi, aku mulakan perjalanan dari rumah ke Tangkak. Seterusnya dari Tangkak ke Segamat, di mana bas dari Jabatan Pelajaran bersedia untuk membawa kami semua ke destinasi yang ditetapkan.

4 Disember 2012.
  • Urus diri / Solat Subuh / Tazkirah / Moral
  • Senaman pagi / Sarapan pagi.
  • Aktiviti di Pekan Kuala Berang.
  • Minum pagi.
  • Bergerak ke Empangan Sultan Mahmud.
  • Makan tengah hari / Solat Zuhur.
  • Bot bergerak ke Taman Negara Tasik Kenyir.
  • Minum petang / Solat Asar.
  • Aktiviti di Taman Negara Tasik Kenyir.
  • Makan malam / Urus diri / Solat
  • Aktiviti di Taman Negara Tasik Kenyir
  • Minum malam 
  • Taklimat Kawalan Malam.

[Sumber gambar] : Aku rindu mahu minum kopi dari cawan yang aku suka. Anehnya kegemaran ini.

Zara : Kalaulah kau tahu apa yang dilalui tidak akan pernah dengan sama dengan kau selalu fikirkan. Kenapa dengan mudah kau lemparkan tuduhan supaya timbul kekesalan? (Shafaza Zara, 4 Disember 2012)

Monday, December 03, 2012

Perkahwinan Sederhana.


Sesekali, aku masuk juga ke konti Terfaktab - sebagai menyempurnakan salah satu tugasan yang aku suka, berkongsi dengan pembaca pendapat aku. Ah, macam @twt_malaysia - tapi aku mana layak nak kurator mereka. Jadi, bila aku penat berkicau dengan akaun aku, aku masuk akaun Terfaktab. Pagi tadi, Zuely ada isu menarik - berkaitan dengan majlis perkahwinan yang sederhana. Benda itu menarik minat sebenarnya, jadi aku sambung selepas Zuely keluar dari konti. Jadi, aku berkongsi sedikit pendapat aku yang aku kicau disana.

http://farm6.staticflickr.com/5294/5498451729_9508e900d3.jpg
[Sumber gambar] : Kek ini dikira sederhana ke tak? Tak kot - tapi aku terbaca kek ni kaitan dengan kopi.

  • Pendapat aku, majlis pertunangan/perkahwinan mesti ada sokongan kuat parent. Sebab no matter orang luar mengata, kita ada org back up, kan?
  • Mengikut pengalaman, benda yang kita nak buat, kita plan cantik - orang luar campur tangan terus jahanam majlis yang kita dah plan :3
  • Jadi, apa perkahwinan impian saya? - Nikah jam 10/11 pagi - salin baju (kalau perlu) - makan2 & mingle dengan kawan2 yg datang dari jauh. 
  • Sebab selama ini (kecuali beberapa majlis) - pergi wedding cuma boleh angkat tangan dengan pengantin sebab pengantin sibuk sanding :D
  • Oh ya. Majlis saya nanti kalau ada pelamin sekalipun, hanya sebagai tempat ambil gambar. Sebagai bukti korang semua pergi wedding saya. 
  • Untuk duduk bersanding, tepung tawar, baling beras, baling apa lagi tu - hmmm, saya jujurnya tak minat. Orang lain boleh teruskan :)
  • Siapa sini kalau pergi wedding, dapat lepak dengan pengantin lepas dia nikah/makan dengan family dalam jam 1 lebih? (kalau siang) 
  • Kebanyakan dari kita, kalau pergi wedding kawan mesti jam 3 lebih atau 4 baru dapat borak dengan pengantin. Padahal datang jauh2 -_-"
  • Biasanya kita jumpa pengantin jam 3 lebih/4 - tu pun kalau dia tak berkejar nak buat outdoor photoshoot. 
  • Setakat ni boleh bilang dengan jari majlis yang saya pergi boleh bergembira dengan pengantin. Hahaha. :D
  • Berbalik kepada persoalan tadi, tak, saya tak tolak adat perkahwinan pun. Tapi kalau adat tu saya tak guna pakai, saya tak dosa pun kan? 
  • Orang lain boleh teruskan adat nak bersanding - nak berinai 3 malam berturut, mandi apa tu, cuma setiap orang, ada hak untuk majlis dia kan?
  • Hari tu sepupu saya kawen, selamba kami pasang bunyi kompang guna Tab dan letak dekat speaker pinjam surau. Jimat duit.
  • Camnilah. Kalau nak hentam orang yang tak nak guna adat masa majlis dia, sebab dia nak simple, awak kahwin nanti, junjunglah adat :) 
  • Salah ke orang cuma nak nikah pagi, makan & gambar dengan family tengah hari, petang lepak2 dengan tetamu? Tu cool kot?
     
  • Ni konon nak adat, berarak sampai 2km, orang kompang sampai rabak tangan, pastu kau sibuk gambar sampai terlepas waktu solat, apa cer? 
  • Sekarang ni, trend orang buat majlis perkahwinan adalah simple tetapi masih meriah. Kalau kau buat sarat sangat, cam, hmm, benda lama kot?
  • Kawan2 aku buat wedding simple & meriah. Lepas tu duit yang lebih boleh guna buat belanja hidup & bercuti dengan pasangan :D
  • Pendapat aku, hidup lepas berkahwin lagi penting lagi banyak guna duit. Makanya, selagi boleh berjimat utk kahwin, maka, aku pilih berjimat
     
  • Kita tak ikut adat, bukan kita tak hormat orang tua. Kita explain kenapa kita nak buat begitu. Kalau mereka faham, sujud syukur kita semua.
  • Saya tweet sebagai pihak yang inginkan majlis yang simple semata. Kalau awak banyak duit & nak buat meriah, itu ikut suka awak la. 
  • Boleh sahaja nak photog bagai tu. Tak salah. Kan simpan kenangan tu bagus. Hey, photog2 sekarang ramai dah memahami la weh :)
  • Saya dah bagi peringatan kepada Bonda - majlis perkahwinan saya nanti, sila ikat tukang2 adat mengarut di pokok. Oh, kejinya saya 
  • Oh, yang konon nak ikat orang di pokok tadi adalah gurauan. Anda semua janganlah stress dengan isu pagi ni :D
  • Betul. Majlis kita, kita yang tentukan. Nak apa. Tapi itulah, biasanya ada sahaja yang kacau kan? Berikan penerangan agar mereka faham :) 
  • Siapa kata lelaki sahaja nak perkahwinan simple? Perempuan pun nak yang simple oh. Boleh kata yang reply tweet ni ramai juga perempuan :)
  • Lelaki & perempuan sekarang memang suka benda yang minimalis. Kecuali kau memang suka benda/aksesori yang sarat. Heh!
  • Perkahwinan sederhana adalah impian aku & aku percaya ramai di luar sana pun serupa juga. Simple, tapi kita happy. Bukan cincai. Betul? 
  • Sederhana, semua jemputan gembira, majlis berjalan lancar, tiada hati yang terguris - itu majlis yang hebat pada aku.
  • Majlis resepsi tu perlu sebenarnya. Kadangkala bukan untuk kita sangat pun, tapi parent kita nak juga jemput orang yang dah jemput mereka. 
  • Jadi, kalau parent kau nak buat majlis juga walaupun kau berkeras nak menikah semata, biarkan mereka. Asalkan mereka gembira, ikutlah :)
  • Lagi pula, perkahwinan walau sederhana sekalipun, perlu dihebahkan. At least, orang tahu kau dah kahwin. Gitu lah konsepnya :) 

[Sumber gambar]

Itu sahaja apa yang aku kicau di akaun Terfaktab pagi 3 Disember 2012. Memandangkan aku bakal bepergian ke Pantai Timur atas urusan kerja, aku hanya mahu berpesan supaya kalian semua menjaga diri. Maaf kalau tulisan di atas ada yang menyinggung perasaan atau tidak mengikut tulisan aku yang biasa - tapi dengan 140 aksara, aku mahu apa yang aku kongsikan dapat digunapakai oleh semua, sekurangnya.

Zara : Jaga diri semua :D

Sunday, December 02, 2012

Separuh Mati.


Kebisuan barangkali membunuh manusia.
Tetapi bingit juga bahaya.

Tidak pernah ada satu pun boleh bikin telagah.
Barangkali punya hati-hati dalam melangkah.
Untuk apa bertelingkah.
Jika semuanya didapati dengan bersusah payah.

Dalam kesenyapan.
Selalunya muncul ujian.
Hadapi dengan perlahan.
Kerana barangkali akan ada keputusan.
Sama ada kecundang tanggung kekalahan.
Ataupun menjulang kemenangan.

Berdiri antara dua pihak.
Semuanya bagaikan saling terhentak.
Menunggu masa untuk retak.
Walaupun kaki mahu menolak.
Tetapi akal enggan menolak.
Masih mahu pikul beban berat bagai balak.
Semata enggan mahu disorak.
Itu boleh bikin rosak otak.

Seringkali jiwa disinggahi rasa pilu.
Entah kenapa boleh tiba-tiba sayu.
Bukan mengenangkan masa lalu.
Kadangkala perasaan rasa nyilu.
Tahan rasa sebu.
Ketap bibir dan teruskan membisu.
Walaupun hatinya bagaikan dipalu.
Dia tetap kekalkan senyuman seperti selalu.
Biarkan jiwa menggunung rasa malu.
Sebab dia percaya pada yang satu.

[Sumber gambar]
 
Frappu :  Saya rindu awak separuh mati.
Kopi : Jangan. Nanti dua kali rindu dah mati.


Nota Kaki :
Selamat buat rakan-rakan yang melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu yang punya tarikh cantik 02.12.2012. Buat Isaac Ismael (Terfaktab) - selamat menjadi suami Deanna Imbran.

Zara : Adakah anda betul-betul boleh melangkah jauh tanpa sedikit pun menoleh ke belakang? Kadangkala curi lihat itu perlu supaya kita ingat bagaimana kita berada di tahap sekarang. (Shafaza Zara, 2 Disember 2012)

Thursday, November 29, 2012

#19 : Ini Cerita Seorang Perempuan


01. Banyak benda yang berlaku dalam minggu ini. Banyak juga tarikh akhir menguruskan sesuatu dikejar - walaupun kalau diikutkan, bekerja dalam cuti sama sahaja pengertiannya dengan tidak bercuti. Tapi, itu belakang cerita sebab apa yang dilakukan menyeronokkan, maka, kalau benda itu dipanggil bebanan sekalipun, ianya masih bebanan yang menggembirakan. Heh!

02. Apa pun, Adam Awraq dah sampai ke tahap servis ke 50 000 km semalam - walaupun dah terlebih dua ribu daripada had yang sepatutnya. Tak sedar disebabkan khayal - ataupun terlampau sibuk dengan urusan lain, makanya, masih boleh dimaafkan barangkali. Terima kasih kepada pegawai di Perodua yang banyak membantu bila ada soalan yang diajukan setiap kali aku servis. Bagus layanan di Perodua.

03. Ada cerita gempar yang dikhabarkan pada mulanya. Aku boleh kata yang aku bersyukur punya penulis BISIK - atas kepakaran bahasa yang tinggi, motivasi yang kuat serta memahami aku - apa yang terlampau berat untuk ditanggung semalam, dapat dipermudahkan selepas berbual dengan dia. Mungkin sebab ada benda yang boleh dikongsi dengan pakar bahasa yang bagus seperti dia. 

04. Terima kasih juga buat Kopi. Ya, anda menenangkan saya yang banyak masalah sejak kebelakangan ini walaupun saya tak dapat sangat membantu dalam masalah anda. Tetapi, bak kata Kopi - berkongsi itu sudah cukup bagus. Mendengarkan (baca sebenarnya) - masalah ataupun hal-hal berkaitan kerja dia, mungkin meringankan sedikit apa yang dilalui. Sekurangnya aku tahu apa yang berlaku dan bagaimana mahu diselesaikan sesuatu perkara itu.

05. Semalam hari yang buruk. Dari pagi membawa ke sepanjang hari - sehinggalah ke malam. Terbukti, orang yang kita anggap kawan, dari bermulanya mereka sebagai manusia yang tidak dikenali, meminta bantuan kita untuk mengangkat projek mereka naik, hinggalah sudah sedikit terkenal (dengan pertanyaan sinikal Kopi dalam isu ini) - mereka sudah melupakan kawan yang kononnya dianggap sebagai kawan sekepala. Ah, tapi manusia memang hipokrit. Dalam industri yang sangat kecil pun mahu buat drama dalam hidup, memang takkan ke mana kata Kopi. Biarkan mereka, asalkan tahu apa yang mahu dilakukan. Wee hoo!

06. Walaupun persahabatan sudah tidak macam dulu (terima kasih kepada makhluk aneh bak kata SS) - yang penting, siapa yang tidak pernah meninggalkan kita dalam apa jua keadaan. Lainlah dengan mereka yang sentiasa pandang buruk orang atas sebab obsesi kan seorang yang lain. Apa pun, buat yang sentiasa bersama, dalam baik buruk, dengan pandangan jujur dalam semua perkara - keinginan untuk terus maju itu adalah sangat penting. Salute!

http://farm4.staticflickr.com/3090/4641966898_926cd156c6.jpg
[Sumber gambar] - Aku akan pastikan yang aku tidak berada di tahap kalian sebab cukuplah sekadar blog tempat aku menulis.

07. Buat yang masih baru membaca blog ini, sedikit peringatan. Disebabkan aku menulis untuk Terfaktab juga, kebanyakan tulisan aku adalah mengambil kira pandangan pembaca sana juga. Mungkin orang yang kenal (ataupun sangka dia kenal, heh!) ataupun sudah lama baca blog ini - tahu bahawa kebanyakan tulisan aku, bukan mengenai aku. Yang berkenaan aku cuma yang ada "Siri - Ini Cerita Seorang Perempuan". Yang lain adalah dari pemerhatian, pengalaman serta penceritaan dan perkongsian orang dalam hidup mereka. Jadi, terima kasih buat mereka yang menjadi inspirasi dalam penulisan aku yang layak tulis di blog sahaja.

Sekian

Nota Kaki :
(dari buku yang aku baru selesai baca)

Here she is, all mine, trying her best to give me all she can. How could I ever hurt her? But I didn’t understand then. That I could hurt somebody so badly she would never recover. That a person can, just by living, damage another human being beyond repair. — Haruki Murakami, South of the Border, West of the Sun