Tolong!
Aku seorang yang takut pada kucing.
Betul. Itu satu kelemahan yang ternyata sering digunapakai dalam membuatkan aku menjadi seorang yang beku dan duduk senyap mengawasi kawasan sekeliling. Serius, kucing menggesel atau mendekati aku sudah buat aku berpeluh-peluh dan menjerit kuat ketakutan.

[Gambar : Jauh-jauh, takut! Tak suka!]
Kawan : Kau tahu tak Zara?
Aku : Tahu apa?
Kawan : Kucing ada naluri yang boleh kesan orang tak suka dia, takut dengan dia.
Aku : Maksudnya?
Kawan : Kucing boleh rasa yang kau takut dan tak suka dia, tapi kau takde niat buruk pada kucing.
Aku : Nak niat buruk apanya, dah aku nak dekat dengan kucing pun cuak.
Kawan : (ketawa) Kenapa kau tak suka kucing?
Aku : Aku takut bila dia datang gesel-gesel.
Kawan : Kalau kucing buat camtu, apa reaksi kau?
Aku : Aku halau, jerit-jerit.
Kawan : (ketawa) Kucing lari tak?
Aku : Selalunya lari sekejap, lepas tu datang balik.
Kawan : Itu cara kucing bermanja.
Aku : Tahu, tapi tetap takut. Tengah makan menjerit, pakcik aku memang anti aku ada di meja makan.
Kawan : (ketawa) Kenapa?
Aku : Sebab bila kucing menggesel, aku menjerit, dia tercekik.
Kawan : (ketawa) Kau pernah beri kucing makan?
Aku : Pernah. Tapi aku bagi jauh-jauh dan lepas tu aku lari semula. Biarkan kucing makan seorang diri.
Kawan : Sebab tu kucing suka dekat dengan kau. Kau tak cederakan mereka.
Aku : Tengok dari jauh boleh, bila dekat-dekat aku seriau.
Kawan : Macam tu bolehlah.
Aku : Boleh apa?
Kawan : Kalau aku letakkan kucing sebelah kau, agak-agak kau terjaga tak masa tidur?
Aku : Kenapa keji sangat ni?
Kawan : Mana tahu kau boleh jadi Perempuan Kucing (baca : Catwoman)
Aku : Kau banyak sangat tengok filem.
Kawan : Ada lagi satu tahu?
Aku : Apa dia?
Kawan : Kau tak suka kucing gesel-gesel, nanti kau kahwin dapat suami, kau tak boleh manja-manja.
Aku : Ni mitos ke apa ni?

[Gambar : Kalau tengah tidur tiba-tiba kucing jilat, boleh terus tidak sedar diri agaknya]
Tidur Berkualiti.
Sejak akhir-akhir ini, tahap mengantuk dan letih badan aku sudah tidak dapat dikawal. Hampir setiap malam aku akan tertidur di hadapan Sean (komputer riba aku). Alangkah sedang berbual ataupun bertukar-tukar pesanan segera (baca : instant messaging), aku boleh terlentok dengan kepala masih tersarung alat pendengaran.
Dulu, tidur berkualiti aku sangat mudah. Dapat 10 minit di waktu siang, aku sudah mampu berjaga sampai ke malam. Adakah itu disebabkan dahulu aku seorang pelajar dan kini aku sudah bekerja? [Oh ya, ada sesiapa lagi yang belum tahu pekerjaan aku? Ini disebabkan ada orang yang bertanyakan mengenai pekerjaan aku walaupun mendakwa dirinya adalah pembaca dan pengikut blog ini sejak sekian lama. Ketawa]
Bagaimana aku mendapatkan tidur berkualiti dahulu?
01. Elakkan tidur siang.
Kecuali benar-benar penat, aku pastikan diri tidak tidur siang dan berusaha menyiapkan segala kerja pada waktu senggang. Kalau perlu tidur siang sekalipun, hanya 10 minit sahaja. Paling lama 30 minit. Teringat zaman belajar, tidur 10 minit adalah sangat perlu apabila terlampau penat. Tidak kira di perpustakaan, di masjid ataupun di luar kelas (bangunan fakulti).
02. Mandi.
Bila mandi, aku senang mendapatkan tidur berkualiti. Gilakan? Biasanya selepas mengayuh basikal pada siang hari, balik penat, mandi, solat dan selepas itu aku dengan mudah akan tertidur tanpa memikirkan apa-apa. Oh, untuk pengetahuan kalian, aku sudah lama tidak mimpi. Tidur aku biasanya kosong tanpa apa-apa gambaran dan lakon layar.
03. Senaman ringkas.
Ini tahap di mana aku sukar untuk tidur, aku buat senaman ringkas seperti tekan tubi. Bila penat dan otot-otot aku meregang, senang pula untuk tidur. Padahal, ini sepatutnya membuat aku cergas kembali. Oh, aku memang pelik. Maaf.

[Gambar : Berguling-guling juga mungkin perlu - kewajipan buat aku]
Kawan : Tengah buat apa?
Aku : Tak buat apa-apa. Membaca sedikit.
Kawan : Mesti tengah guling-guling kan?
Aku : Eh, ada CCTV ke?
Kawan : Kenapa?
Aku : Macam nampak apa aku buat.
Kawan : Apa lagi hobi kau sejak zaman belajar dulu? Balik bilik, berguling.
Aku : (ketawa) Sekarang lebih kurang.
Kawan : Tunggu bila dah kahwin.
Aku : Kenapa?
Kawan : Kalau balik rumah kau terus berguling, ada harapan kena giling.
Aku : (ketawa) Aku cuma harap suami geleng sahaja.
Kawan : Ceh!
...dan ya, kalau aku dapat tidur berkualiti, selalunya permulaan tidur bolehlah ada doa dan sebagainya. Dah ni kalau tidur kepala tersangkut di birai katil, Sean di tepi dan tangan terjuntai, entah ke mana doa, entah ke mana selawat, entah ke mana syahadah.
04. Minum susu
04. Minum susu
Ini zaman belajar dahulu. Sebab apa? Pagi-pagi aku wajib minum kopi atau Nescafe (sampai sekarang pun). Jadi malam aku timbal balik dengan susu. Oh, kawan aku yang pendiam serta comel juga amalkan ini disebabkan status dia selalu akan tulis - "Pergi beli susu"
Aku : Memang suka minum susu ya?
Dia : Suka juga.
Aku : Oh.
Dia : Senang. Kalau susah tidur, minum susu, boleh terus tidur lepas tu.
Projek istimewa - BLOGBUSTERS
Masih belum punya ilham untuk menulis bersama-sama mereka yang hebat di Blogbusters. Ini akan jadi suatu tempat aku lari dari kebiasaan. Tunggu sahaja nanti ya?
Nota Kaki :
1. Baru pulang dari menziarahi saudara mara di kampung.
2. Cuaca mendung, oh enaknya kalau tidur.
3. Ada kucing liar yang datang ke rumah. Bonda sudah tidak kuasa melayan aku menjerit ketakutan dan menyergah kucing yang menghendap tong sampah lagi. (Meraung)
4. Ada perkhabaran gembira tetapi belum dapat dipastikan lagi kesahihannya.
Zara : Aku benci menggenggam bayang-bayang yang ternyata akan hilang apabila mentari menghilangkan diri. Wujud tapi mengganggu ketenangan jiwa yang sememangnya sangat diperlukan. Senyum Zara. Senyum bukan kerana semuanya baik, tetapi semua akan baik disebabkan kau tersenyum.















