Menjelajah ke Mukabuku teman-teman seperjuangan.
Melihat gambar konvokesyen masing-masing. Kegembiraan masih terpancar di muka.
Senyuman yang terukir buat mereka yang banyak memberi kasih sayang kepada diri dalam berjuang mencari sesuatu - menuntut ilmu yang bermanfaat bukan sahaja kepada diri tetapi mereka yang lainnya.
Orang lain memujuk suami, tunang dan teman lelaki bergambar bersama.
Tetapi aku?
*ketawa*

Ada yang bertanya kepada aku.
"Perlukah mengambil gambar dengan kuda di kampus selatan?"
Aku : Perlu. Ia mengingatkan aku kepada sesuatu yang sangat comel setiap kali aku mahu pulang ke rumah. Akan melalui kandang kuda dan kekasih gelap juga pernah bergambar dengan kuda - walaupun dia tidak memakai jubah konvokesyen di situ.

Ini cubaan yang sangat gila.
Aku tahu aku agak menggigil di situ. Ann yang mengambil gambar ini tatkala aku sedang memujuk Si Arab untuk mengambil gambar bersama aku.
Arab : Aku fikir kamu pakai wangian Polo. Tapi kamu pakai wangian Ketua Hugo (baca : Hugo Boss).
Zara : Alahai Arab, jangan merajuk.
Sejujurnya aku lebih gemar bergambar dengan Arab setelah diberitahu ada kuda putih di kandang kuda ini. Tiada teman lelaki menemani - aku hanya ditemani teman wanita yang disayangi.

Ini teman wanita aku, Ann.
Setelah yang lainnya pergi temujanji hanya tinggal kami berdua untuk menggila.
Kami bahagia.
Zara : Rasanya bakal terbang pulang ke Kampus Selatan esok pagi.
















