Friday, February 15, 2013

[Ulasan] : Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman - Dr. Shah Ibrahim


Salam semua.
Selalunya aku mengulas buku atau novel. Tapi kali ini aku akan menulis tentang sebuah novel grafik yang bertajuk "Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman" - karya sulung Dr. Shah Ibrahim. Buat pengetahuan semua,  novel grafik ini adalah berdasarkan kisah benar beliau sendiri dan ya, beliau juga yang lukis sendiri (dah kata novel grafik beliau kan?). Heh.

Rentetan peristiwa.

12 Februari 2013.
Aku terima email dari penulis buku ini yang bertanya sama ada aku sudi membaca dan membuat ulasan tentang karya sulungnya ini.

13 Februari 2013.
Aku terima email lagi yang menyatakan bahawa buku ini dalam perjalanan ke rumah.

14 Februari 2013.
Buku ini sampai - dihantar oleh encik posmen yang setiap kali akan tersengih sebab muka aku adalah muka orang yang tak keluar rumah, tapi ada sahaja barang yang sampai. Aku mulakan baca sekitar lepas Asar dan habis dibaca sebelum Maghrib.

http://distilleryimage1.instagram.com/47d60180769211e2a2f822000a1f97e4_7.jpg
[Instagram aku]

Ulasan :

1. Kulit.

Setiap kali aku dapat buku, aku akan perhatikan kulitnya terlebih dahulu. Dari satu segi, keadaan fizikal kulit buku yang keras/tebal - sangat mengundang untuk dibaca. Aku tak akan sentuh tentang unsur letakan grafik dan sebagainya, tetapi tajuk yang menarik boleh mengundang minat pembaca. Mungkin dari aspek tulisan tajuk itu - bakal buatkan kita dekat untuk meneliti tajuk disebabkan tulisan berkerawang. Heh.

http://distilleryimage11.instagram.com/f63f0e60770a11e290a322000a9f1438_7.jpg
[Instagram aku] - Kulit belakang buku. Nampak kapsyen bawah gambar? Boleh dapat gambaran? Bagus.

Selain daripada kulit buku yang menarik perhatian, aku rasa yang buatkan aku teruja mahu baca buku ini (sebagai peminat novel grafik) - adalah kertas yang digunapakai. "Glossy paper" yang tebal. Jadi, bila kau selak halaman demi halaman - kalah baca majalah fesyen. Kertasnya sahaja sudah buat kau teruja mahu membaca dan ya, sebab selalunya kalau baca novel grafik, aku ada masalah nak buka halaman seterusnya (sebab kertas biasa, dan kau perlu lembapkan jari sedikit) - tapi buku/novel grafik ini tidak perlu. Mudah dibuka atau diselak ke halaman seterusnya.

2. Isi.

Dari segi pengisian aku boleh katakan yang novel grafik ini membawa kita kepada satu kisah suka-duka-pahit-manis yang dilalui oleh penulis/pelukis itu sendiri sepanjang pengajian beliau di Leeds University. Dari masalah yang dihadapi ketika menjalankan penyelidikan hinggalah kepada keadaan yang dialami untuk menyiapkan tesis.

Tetapi.

Fokus utama selain daripada kisah pembelajaran beliau, adalah kisah percintaan yang aku boleh katakan sedikit tragis walaupun pada mulanya sangat menarik.Aku percaya ada kalangan kita yang melalui fasa sedemikian dalam hidup - ada orang yang kita selalu pandang, ataupun pernah terserempak dan akhirnya setelah beberapa tahun, terjumpa semula. Menimbulkan minat dan seterusnya perlu dibaca sendiri novel grafik ini.

http://distilleryimage5.instagram.com/21f16dae76a311e2b7d622000a1f968a_7.jpg
[Instagram aku] - Salah satu adegan dari novel grafik ini.

Selain daripada jalan penceritaan (yang aku masa baca terfikir nak ajak beliau menulis/melukis di Terfaktab) - aku suka dengan penceritaan berdasarkan kisah benar dengan gambar-gambar kenangan serta menyerupai travelog (dengan maklumat menarik) yang walaupun kau tidak pernah menjejakkan kaki di negara Eropah, tetapi boleh dibayangkan.

http://distilleryimage0.instagram.com/aa1bc5cc76a211e290cd22000a1f90d7_7.jpg
[Instagram aku] - Antara halaman dalam novel grafikini : Eiffel Tower - aku ada masalah untuk suka tempat ni selepas banyak benda terjadi dalam hidup :)

Pengisian dalam novel grafik ini adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Aku jujurnya rasa ia sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat, lebih-lebih lagi oleh pencinta novel (sebab tak perlu susah-susah nak imaginasi, semua dah siap terlukis) dan memandangkan ia ditulis/dilukis oleh pemegang Doktor Falsafah, ramai pelajar yang mengalami jatuh bangun sewaktu belajar, boleh membaca buku ini. Mana tahu masa baca kau akan - "Hey, ini macam situasi aku!".

3. Pandangan peribadi.

Ha ha ha.
Aku sengaja selitkan ini disebabkan aku membawa novel grafik ini dalam keadaan pelbagai. Secara keseluruhannya aku suka tetapi ada bahagian di mana watak lelaki yang muncul di sebelah Lily buat aku tersentap dan teringatkan kisah silam. Jadi sedikit sebanyak, aku memang emosi dan boleh katakan hampir nak marah setiap kali nama tempat tu muncul. Perjalanan beliau dari UK ke Paris juga membuatkan aku sedikit emosi sebab ada sedikit menghantui aku dari kisah silam. Heh.

Itu sahaja. 

4. Cara pembelian.

1. Boleh beli secara terus daripada Dr Shah Ibrahim di laman sesawang beliau - MrFlowermanStudio (sini) . Cara pembayaran dan bagaimana berurusan semuanya telah dinyatakan di sana.

Harga (termasuk penghantaran pos laju)
Semenanjung : RM 40.
Sabah dan Sarawak : RM 44.

2. Belum ada di kedai-kedai buku lagi atas alasan tertentu pihak kedai bila karya sulung dan penerbitan pertama sesebuah syarikat. Biasalah kan benda begini? Tapi nanti aku mahu cuba anjurkan pada Terfaktab Media, kalau mereka sudi mahu memasarkan novel grafik ini.

3. Selain itu, kalian boleh membaca ataupun melihat sendiri hasil lukisan Dr. Shah Ibrahim ini di laman FB beliau - Mrflowermanstudio

http://distilleryimage4.instagram.com/2849800c770b11e2b7ab22000a1f90e7_7.jpg
[Instagram aku] : Nampak ada tandatangan beliau? Kenapa tiada xoxo macam Lily? Eh.

11 comments:

didie noxious said...

waaa..mesti bes kan?
untungla ada org nak bg.siap poskan.tanpa perlu request :)

Cahaya Yang Riang Gembira said...

"Andainya takdir menyebelahiku, buku ini pasti sampai ke tanganmu."

Oh! Somehow jatuh cinta dengan ayat itu. Hee. :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

wah..kedengaran menarik...baru baca review pun sy dah rasa teruja nak baca...lagipun, sy dah lamatak baca buku begini...

thanks sudi berkongsi info pasal buku nie..:)

takky said...

sokong komen dekat atas...
tetibe rasa teruja pula nk baca...
lagi2 bila kak z sebut pasal travelog...
suke baca travelog lagi2 yg malay version (nak baca inggeris boleh gak tapi malas nk translet2)
hihihihihi >_<

MK Kimi said...

novel grafik ni mcm komik bergambar ke? lukisan dia mcm mantap..

dia pensyarah utm ke?

owh ye, aku nak calonkn blog ko sbg 10 blogger terbaik malaysia.haha!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Best.
Silakan beli :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kan?
Macam comel sangat ayat ni.
Aaaa, suka juga :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Silakan beli.
Lagipun memang menarik oh.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Silakan baca!
Best oh.

Pastu dia siap Google Maps lagi gambar2 tu.
Suka!

:D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Yup!
Macam komik bergambar oh.

Tak pasti.
Tapi dia kata rumah parent dia Taman U.

Eh, apa tu Kimi weh?

AdH said...

Ya..ya..tak dapat xoxo macam 'lily' :D