Sesekali, aku masuk juga ke konti Terfaktab - sebagai menyempurnakan salah satu tugasan yang aku suka, berkongsi dengan pembaca pendapat aku. Ah, macam @twt_malaysia - tapi aku mana layak nak kurator mereka. Jadi, bila aku penat berkicau dengan akaun aku, aku masuk akaun Terfaktab. Pagi tadi, Zuely ada isu menarik - berkaitan dengan majlis perkahwinan yang sederhana. Benda itu menarik minat sebenarnya, jadi aku sambung selepas Zuely keluar dari konti. Jadi, aku berkongsi sedikit pendapat aku yang aku kicau disana.
[Sumber gambar] : Kek ini dikira sederhana ke tak? Tak kot - tapi aku terbaca kek ni kaitan dengan kopi. |
- Pendapat aku, majlis pertunangan/perkahwinan mesti ada sokongan kuat
parent. Sebab no matter orang luar mengata, kita ada org back up, kan?
- Mengikut pengalaman, benda yang kita nak buat, kita plan cantik - orang
luar campur tangan terus jahanam majlis yang kita dah plan :3
- Jadi, apa perkahwinan impian saya? - Nikah jam 10/11 pagi - salin baju
(kalau perlu) - makan2 & mingle dengan kawan2 yg datang dari jauh.
- Sebab selama ini (kecuali beberapa majlis) - pergi wedding cuma boleh
angkat tangan dengan pengantin sebab pengantin sibuk sanding :D
- Oh ya. Majlis saya nanti kalau ada pelamin sekalipun, hanya sebagai
tempat ambil gambar. Sebagai bukti korang semua pergi wedding saya.
- Untuk duduk bersanding, tepung tawar, baling beras, baling apa lagi tu -
hmmm, saya jujurnya tak minat. Orang lain boleh teruskan :)
- Siapa sini kalau pergi wedding, dapat lepak dengan pengantin lepas dia
nikah/makan dengan family dalam jam 1 lebih? (kalau siang)
- Kebanyakan dari kita, kalau pergi wedding kawan mesti jam 3 lebih atau 4
baru dapat borak dengan pengantin. Padahal datang jauh2 -_-"
- Biasanya kita jumpa pengantin jam 3 lebih/4 - tu pun kalau dia tak berkejar nak buat outdoor photoshoot.
- Setakat ni boleh bilang dengan jari majlis yang saya pergi boleh bergembira dengan pengantin. Hahaha. :D
- Berbalik kepada persoalan tadi, tak, saya tak tolak adat perkahwinan
pun. Tapi kalau adat tu saya tak guna pakai, saya tak dosa pun kan?
- Orang lain boleh teruskan adat nak bersanding - nak berinai 3 malam
berturut, mandi apa tu, cuma setiap orang, ada hak untuk majlis dia kan?
- Hari tu sepupu saya kawen, selamba kami pasang bunyi kompang guna Tab dan letak dekat speaker pinjam surau. Jimat duit.
- Camnilah. Kalau nak hentam orang yang tak nak guna adat masa majlis dia,
sebab dia nak simple, awak kahwin nanti, junjunglah adat :)
- Salah ke orang cuma nak nikah pagi, makan & gambar dengan family tengah hari, petang lepak2 dengan tetamu? Tu cool kot?
- Ni konon nak adat, berarak sampai 2km, orang kompang sampai rabak
tangan, pastu kau sibuk gambar sampai terlepas waktu solat, apa cer?
- Sekarang ni, trend orang buat majlis perkahwinan adalah simple tetapi
masih meriah. Kalau kau buat sarat sangat, cam, hmm, benda lama kot?
- Kawan2 aku buat wedding simple & meriah. Lepas tu duit yang lebih
boleh guna buat belanja hidup & bercuti dengan pasangan :D
- Pendapat aku, hidup lepas berkahwin lagi penting lagi banyak guna duit.
Makanya, selagi boleh berjimat utk kahwin, maka, aku pilih berjimat
- Kita tak ikut adat, bukan kita tak hormat orang tua. Kita explain kenapa
kita nak buat begitu. Kalau mereka faham, sujud syukur kita semua.
- Saya tweet sebagai pihak yang inginkan majlis yang simple semata. Kalau
awak banyak duit & nak buat meriah, itu ikut suka awak la.
- Boleh sahaja nak photog bagai tu. Tak salah. Kan simpan kenangan tu bagus. Hey, photog2 sekarang ramai dah memahami la weh :)
- Saya dah bagi peringatan kepada Bonda - majlis perkahwinan saya nanti,
sila ikat tukang2 adat mengarut di pokok. Oh, kejinya saya
- Oh, yang konon nak ikat orang di pokok tadi adalah gurauan. Anda semua janganlah stress dengan isu pagi ni :D
- Betul. Majlis kita, kita yang tentukan. Nak apa. Tapi itulah, biasanya
ada sahaja yang kacau kan? Berikan penerangan agar mereka faham :)
- Siapa kata lelaki sahaja nak perkahwinan simple? Perempuan pun nak yang
simple oh. Boleh kata yang reply tweet ni ramai juga perempuan :)
- Lelaki & perempuan sekarang memang suka benda yang minimalis. Kecuali kau memang suka benda/aksesori yang sarat. Heh!
- Perkahwinan sederhana adalah impian aku & aku percaya ramai di luar
sana pun serupa juga. Simple, tapi kita happy. Bukan cincai. Betul?
- Sederhana, semua jemputan gembira, majlis berjalan lancar, tiada hati yang terguris - itu majlis yang hebat pada aku.
- Majlis resepsi tu perlu sebenarnya. Kadangkala bukan untuk kita sangat
pun, tapi parent kita nak juga jemput orang yang dah jemput mereka.
- Jadi, kalau parent kau nak buat majlis juga walaupun kau berkeras nak
menikah semata, biarkan mereka. Asalkan mereka gembira, ikutlah :)
- Lagi pula, perkahwinan walau sederhana sekalipun, perlu dihebahkan. At least, orang tahu kau dah kahwin. Gitu lah konsepnya :)
[Sumber gambar] |
Itu sahaja apa yang aku kicau di akaun Terfaktab pagi 3 Disember 2012. Memandangkan aku bakal bepergian ke Pantai Timur atas urusan kerja, aku hanya mahu berpesan supaya kalian semua menjaga diri. Maaf kalau tulisan di atas ada yang menyinggung perasaan atau tidak mengikut tulisan aku yang biasa - tapi dengan 140 aksara, aku mahu apa yang aku kongsikan dapat digunapakai oleh semua, sekurangnya.
Zara : Jaga diri semua :D
18 comments:
saya sokong 200%.
saya juga berharap untuk mempunyai majlis perkahwinan yang ringkas. tak perlulah majlis tiga hari tiga malam. buat penat badan sahaja. cukup sekadar nikah dan buat kenduri. tak perlulah nak bersanding di pelamin berjam-jam untuk menepung tawar sebab saya bukan patung yang boleh duduk diam. pelamin yang sederhana untuk sesi fotografi. Saya tak kisah pun tiada pelamin. tapi kena ada fotographer yang akan merakamkan saat-saat indah itu sebagai kenangan. kenangan yang paling penting.
(tweethandle : @rosanisza)
saya memang setuju sangat2 apa yg Zara cakap tu. Kalau saya kawen nanti,sebelum Zara tulis entri ni pun,saya memang nak buat apa yg Zara tulis tu. Kawen fairytales grand ala hotel, itu bukan impian saya
setiap orang ingin majlis perkahwinan yg sempurna. Adat tak per diutamakan sebaliknya sunnah.
Semua point kau aku sokong tapi kalau seorg tetamu nk kena dilayan berjam2 mcm mana tetamu yg lain? Ada pulak yg tersinggung nnt :)
@oshinz :
:)
@Ros Anisza
Gambar itu perlu :D
@ zennaya :
Geng!
:D
@MK Kimi:
Ah!
Bukanlah layan berjam2.
At least kawan2 kau jumpa kau. Bukan terpaksa tunggu kau kena sanding berlama2 atas pelamin.
:)
kakak sy baru melangsungkan pernikahan sabtu lepas. pada asalnya, plan yg betul2 asal, hanya nak buat nikah dekat rumah jam 10pg, lepas tu tahlil. dan ada kenduri sikit untuk invite rakan n jiran. lepas tu pumpampumpam the aunties nak sponsor itu ini recommend mak andam itu ini siap nak sponsor dj bagai,perancangan wedding tu jadi...
horror.
luckily time wedding tak serabut sgt sbb banyak yg dicancelkan.
sesi sanding lempar duit bagai tu sume mmg tak buat. just ada mini pelamin utk ambil gambar. amek gambar pun minta kenalan yg pro bab gambar2 ni kan.
lepas makan, pengantin amek gambar sikit2 dekat pelamin with the members lepas tu merayau2 dekat meja jumpa member.
petang pula, wlupun lewat petang pengantin hilang g shoot outdoor, majlis dicover dgn pertunangan akak 2nd sy pulak.
dan yg paling tak best nya, sebab family busy run kenduri, tak sempat amek gambar ramai2. baju dah sama dah macam group marhaban.
apapun, the day runs well. :)
Terbeliak terbeliak terbeliak mata baca kita baca sebab 90% of it semuanya dalam minda kita.
Semoga dipermudahkan urusan kita insyaAllah!!
#GengMinimalis
membaca entri ini membuat aku teringat akan majlis perkahwinan salah seorang rakan yang tak perlulah aku namakan siapa (sebab khuatir dia juga baca blog ini dan kau kenal dia, maybe?)
akad nikahnya sekitar jam 9 pagi. hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. agak peribadi, rasanya. selepas itu mereka kembali ke rumah keluarga si suami untuk makan-makan bersama rakan-rakan yang dijemput melalui poskad.
ringkas. tidak renyah. mereka kini menolak stroller anak ketiga. comel pipinya macam kuih pau.
dan aku bandingkan dengan seorang lagi rakan. majlis kahwinnya buat di hotel. aku datang. canggung sungguh. peranggu meja berkelentang, jus oren hampir tumpah. dua hari, dua lokasi, siap pengantin diarak masuk naik kereta mewah.
bulan lepas lewat twitter aku dapat kesan mereka sudahpun bercerai. minggu lepas aku berkongsi meja bersama rakanku dan dia runsing hutang kesan akhir resepsi itupun belum lunas sebenarnya.
entahlah tuan tanah. memanglah jodoh dan ajal itu kerja tuhan, tetapi bukankah bersederhana lebih afdhal?
yeahh, cool gilee majlis macam ni.
pikiran anda same dengan pikiran gua.
pedulik ape orang kate, buat je cara kita ;D
aku setuju 100% dengan kata2 kau ni. aku pun simple jek hari tu. nikah sudah. resepsi sebelah laki sudah... takde tepung tawat bagai. lepas duduk kejap atas pelamin, kitorang turun padang jumpa semua tetamu..kalau yg balik awal tu tak dptla nak tanya khabar lebih...
tang uruskan semua sendiri paling bagus..jadi impian perkahwinan tercapai...walaupun penatssssss
impian perkahwinan sy pon same mcm awk!! :P (belated la plaks bace post ni..hehehe :) )
Alhamdulillah.. perkongsian yg sgt2 menarik Ms. Zara! Thn depan sy bakal mlgsgkan perkahwinan. Dgn ketiadaan kdua ibubapa agak myedihkan sy. Tpi sy msh mpunyai tmpat utk bgntung. Dgn apa yg sy bca ni menaikkan smgat sy 100%.. xusah utk bsusah payah dalam mjaga adat. Suka dgn ayat Ms. zara..khidupan slps bkhwin itu lbh pntg. Sgt2 bstuju. Sy akan jdkn kta2 awk tu sbg inspirasi sy utk buat mjlis pkahwinan scr sderhana dan bhrap penuh dgn kberkatan dr Allah swt. :)
sy bakal berkahwin hari raya nanti. sy pening sgt skg ni. tggal sebulan je lg. byk sgt nak plan itu ini. mna nk buat pelamin nikah, pelamin kat luar, cenderahati utk tetamu, photographer, sediakn meja utk VIP, meja mkn beradat la, bju kna ada 5 pasang la. bajet tu cukup jg utk buat smua tu. tpi rasa syg la nak buat. membazir. mujur sy tbaca entri ni. lega skit. bkn sy sorang je yg tfikir nak buat ringkas2 je. biar la org lain nak ckp ape. buat besar2 pun org nak mengata jg kn. ala...pelamin die tak sesuai la..cenderahati tak bg byk la...mcm2 org ble ckp jg. geram tu mmg la geram. tak kisah la nak kata apa. asal kenduri kawin harapkn cenderahati.knp pulak hadir kenduri arwah berat sgt tgn tu nak hulurkn bantuan. dah terbalik. mmg bgus idea awak. sy dah ada perancangan nak buat. tak paya la pelamin2 colorful. cukup la mini pelamin. baling2 beras ke, bunga ke sy rasa x nak buat. meja2 khas pun tak paya. keluarga biasa je. tak paya jemput2 artis ke. silap2 tetamu sibuk2 dok bgambar dgn artis. hehe...sy rancang nak buat majlis tu sehari je. tak nak buat sampai 3 hari. ble tcabut skru2 tulang sy. dah namanye raja sehari. kalau buat 3 hari bturut turut jd Raja Tiga Hari la kn...keke....nikah buat jam 10 pagi. lepas tu beramah mesra dgn tetamu. solat tenga hari. tukar bju..sambung balik jumpa tetamu. petang potong kek..lepas tu lantak la tetamu nak karoke melalak sampai jam 10 mlm. kat tmpt sy kalau takde karoke org malas nak dtg...harap2 byk lebih duit blanja kawin tu. ble honeymoon kat pulau ke...
Sy pun baru nak plan my wedding.. Dalam hati niat nak buat simple je.. Tapi ikut dr pengalaman wedding my sis baru2 ni macam susah je.. Betul la u cakap, banyak org luar yg cmpur tangan.. My mom pn kadang2 terikut juga apa org ckp., kadang2 kita lupa lebih baik niat buat sesuatu tu utk dptkan redha Allah drp nak puaskan hati org je.. Hope majlis sy nty dipermudahkan..
Sy pun ada dpt guides dr Ebook planning majlis perkahwinan yg complete dr bajet, checklist apa nak buat, worksheet gerak kerja and so many tips and kat mane nk dapat services utk pelamin, catering, tempat, goodies.. Sesiapa yg berminat boleh check my blog.. Weewee ;)
Assalamualaikum sis... pengkongsian & niat yg baik. Apa salahnya kalau majlis perkahwinan dibuat lain daripada orang yang selalu buat kan?
Alhamdulillah majlis pernikahan saya berlangsung dgn simple tapi meriah pada 21.2.2015 dan yang penting kami dapat berjimat & tidak membazir. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman majlis simple saya. Memang niat saya dan mak saya utk majlis yang simple. Mas Kahwin & hantaran saya ikut kemampuan suami saya. Sebab saya tak nak dia berhutang dengan bank. Saya buat sendir goodies bag untuk tetamu. Untuk baju nikah & baju kahwin saya tak buat ikut badan. Untuk majlis nikah saya.. kami bernikah 10pagi dan terus kenduri pada hari yang sama. Kenduri kami dikongsi dua belah pihak. Jemputan kami hanya 300 orang sahaja. Kemudian lepas bernikah ade persembahan marhaban, nasyid dan qashidah, makan beradap dan potong kek. Tiada paulan kompang, hanya muzik nasyid dari PA sistem. Tak sangka dengan niat kami yang simple tetapi Allah limpahkan rezeki yang amat tak terhingga.. dan majlis tu berlangsung dr luar jangkaan kami berdua. Simple dan meriah. Syukur sangat2. Pelamin saya buat untuk ambik gambar. Mula2 saya hanya bayar harga yg sangat murah utk mini pelamin.. tetapi pelamin yg dibuat bukan pelamin simple. Pelamin yang sangat cantik dan harga nya lebih jauh dari harga yang saya bayar. Kata pembuat pelamin tu, dia buat ikhlas dan saja dibuat macm tu utk promosi di kawasan taman saya tu. Bukan itu saja, saya dpt beberapa sponsor utk nasyid, qashidah dan marhaban.. semua rezeki tu datang tanpa dijagka. Alhamdulillah masakan caterer saya sgt sedap. Saya dan suami saya dapat menghabiskan masa dengan tetamu serta bergambar dengan mereka. Pada hari itu tetamu yang datang lebih dari yg dijangkakan dan kami bernasib baik makanan cukup dan tak ada langsung makanan yang berlebihan.
Banyak sebenar nya kalau saya nak kongsikan. Tapi memadai la yang atas tu. Cuma saya ingin katakan.. kalau niat kita baik , tak membazir, simple in shaa allah, allah akan kurniakan rezeki yang luar jangkaan. Kalau majlis grand tapi makanan & membazir apa gunanyakan. Tapi semua ini terpulang pada budget dan keinginan bakal pengantin masing2 ye. Bagi sapa2 yang berniat untuk majlis yang simple, saya doakan majlis anda berlangsung dengan selamat dan meriah. Saya sokong 200% pada yang ingin majlis yang simple.
Jazāk allāhu khayran...
@mysolitudemind
Post a Comment