Friday, December 28, 2012

Orang Asing.


Kita semua bermula dengan orang asing. Ya, setiap daripada kita asing dengan satu sama lain. Bila komunikasi mengambil tempat, kita mungkin saling mengenali. Tidak kira siapa ataupun bagaimana, tetapi keunikan manusia menjadikan sesuatu yang berlaku itu boleh dikenang sebagai perkara bermakna.

Benda paling tidak menarik dalam sesuatu perhubungan adalah, bila sesuatu ikatan itu terlerai - hampir setiap manusia dalam hubungan sebelum itu menjadi orang asing. Asing dengan satu sama lain. Seperti perbualan dengan seorang teman pagi ini, aku harus akui, apa yang dia tanyakan, mungkin betul bagi sesetengah orang.

"Babe, aku dah putus dengan dia"
"Kenapa?"

"Benda biasa. Mungkin aku tak pandai bercinta"
"Jangan cakap camtu"

"Aku cuma pelik. Kenapa kalau putus cinta, mesti akan jadi cam pelik"
"Pelik camne?"

"Jadi macam orang tak kenal. Buat biasa sudah"
"Oh, mungkin tak nak hati terkenang"

"Profesional la kot? Kalau sebelum ni kawan, kenapa tak boleh kawan je?"
"Sebab kawan tu pernah kau saling luah cinta mungkin?"

"Keluarga aku bercerai, masing-masing kahwin lain, tapi boleh je kawan"
"Tak semua orang sama, babe"

"Orang kata sebab mereka ada tanggungjawab. Tapi, kau bayangkanlah. Orang yang pernah kahwin, hidup sama-sama, ada anak sampai lima, bercerai pun masih boleh berkawan macam takde benda. Ni baru putus cinta dah buang di FB, block di Twitter, Skype semua"
"Ha ha ha. Mungkin kau istimewa, dia tak nak terkenang"

"Huh! Human!"
"Kita semua pun manusia gak"

[Sumber gambar]

Aku percaya setiap daripada kita, tak kisahlah kalau hubungan cinta ataupun setakat bersahabat dengan orang, apabila terjadi sesuatu yang mengakibatkan hubungan tersebut keruh ataupun terlerai, kita akan ada masanya terus menjadi asing dengan orang tersebut. Macam tak kenal dia, boikot dia ataupun abaikan dia terus daripada hidup kita. 

Kan?

Sebab kita tak pernah tahu kalau orang tinggalkan kita begitu sahaja, ataupun persahabatan kita putus tanpa alasan - apa yang mereka rasai ataupun lalui, kita tak boleh baca hati manusia. Jadi kalau ada di kalangan kita yang bertindak sedemikian rupa, aku percaya, mereka punya alasan yang sangat kukuh mengapa sebegitu sekali mereka melayan kita.

Ya, kita boleh kata macam budak kecil sahaja perangai - bila tak nak kawan, padam nama dari buku kawan baik, maki dia dalam satu kertas, edar pada kawan-kawan lain serta nama dia pun kita tak boleh dengar lagi. Tapi, kalau anak-anak kecil, betapa mereka menyampah begitu dengan ejekan, ataupun herdikan "Tak nak kawan lagi!" - akhirnya, mereka tetap akan kawan semula kan?

Orang dewasa?

Buat muka meluat bila nampak dia, dengar nama dia disebut, hatta tempat tinggal dia keluar dalam tivi pun kita dah macam macam mahu terajang orang - tapi, ada satu peringkat (mungkin), kita akan bertemu lagi dengan manusia itu. Entah bagaimana, kita akan terserempak ataupun bekerja dengan manusia yang mengenali mereka, takdir membawa kita dekat untuk menyucikan (mungkin) hati kita yang penuh benci dan amarah tu.

Jika tak boleh juga berbaik?
Mudah.

Kalau sudah kekal jadi orang asing, jadilah orang asing buat selamanya. Tidak perlu dicari untuk menimbulkan amarah ataupun kenangan lama. Biarkan mati terkubur tanpa nisan serta tiada tanda apa sekalipun. Ibaratkan tenggelam dalam perut bumi, biarkan bersemadi selamanya.

Cuma, kalau boleh, maafkan sahaja.
Ya, itu lagi penting kan?


17 comments:

aima said...

let bygone be bygone

kay_are said...

normal dah bende macam ni jadi.. bagi aku depend gak pada keadaan.. aku pun pernah je gaduh ngan kawan2 sampai nak habis spm baru tegur balik, tapi pastu leh je sembang2 macam bese.. tapi bile melibatkan chenta ni, mungkin susah kot nak transform balik chenta tu jadi kawan kan..

shandye. said...

"Cuma, kalau boleh, maafkan sahaja.
Ya, itu lagi penting kan?"

Oh. Kalaulah ucapan maaf itu dapat disimpulkan bersama rasa ikhlas yang datang betul-betul dari hati terdalam, rasanya dunia ini bakal jauh lebih aman sebenarnya.

Anonymous said...

mcm mana nk tahu kita da maafkan seseorang 2..sbb mulut ja ckp maafkan tp hati still sakit bila terkenang kngn pahit..>_<

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kan?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Itulah.
bab perasaan ni bahaya.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Susah nak pujuk hati ikhlas kan?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hati kita sendiri yg tahu.
Yg rasa.

:)

Unknown said...

Kita mungkin boleh maafkan, tapi sukar kita nak lupakan.Maybe dgn cara blocking existance kita dalam hidup dia boleh buat dia kembali gumbira? Atau setidak2nya nampak gumbira? Mungkin.

reenapple said...

It's hard to act normal, macam dah kenal lama walhal ada sesuatu yang berlaku dan tiba-tiba sahaja oran itu meng-asingkan diri dari kita dan bila tiba-tiba sahaja orang itu minta maaf and then kita tak tahu mengapa dia mahu meminta maaf.. adakah di sebabkan dia pernah layan kita seperti orang asing? Ignore kita setiap kali kita di hadapannya?

#kadang kadang jadi asing mungkin jalan terbaik.

Anonymous said...

tgh mncuba tukar satus jd kwn blik...tp siyes pyh...tringt je apa yg bliau dh wat..maafkan jela then let go...xyah nk contact ke ape lg...*sigh*

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Mungkin jugalah kan?
Baik untuk dia move on juga berangkali.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Barangkali benar begitu.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kekal jadi kawan pun masalah juga kan?

Izzat Aziz said...

Cinta ni indah, tapi bila putus memang serabut.. terlalu banyak benda nak dibetulkan balik. Rutin harian sebelum ni sudah selesa, sekarang akan hilang.

Nak kata sunyi tu takdelah, ada je kawan-kawan, tapi bila tiada sesuatu yang lama dah ada sebelum ini, memang ambil masa untuk betulkan balik.

Sebab tu bagi aku, break up is a mess.

che fariz said...

boleh maaf, boleh berkawan balik, tapi susah nak lupa...

Unknown said...

Forgive, because we deserve peace ;)