Monday, December 31, 2012

Beep Beep.


Beep beep.
Jam di tangan berbunyi.

Beep beep.
Cepatlah bangun dari lena.

Beep beep.
Ayuh bangkit dan teruskan kehidupan.

Beep beep.
Buka mata dan cergaskan jiwa.

Beep beep.
Berapa lagi mahu bermalasan di atas ranjang?

Beep beep.
Bangun sayang, ramai yang menunggu.

Beep beep.
Ah! Kalau malas nanti lambat.

http://farm5.staticflickr.com/4062/4541263542_3bec005b48.jpg
[Sumber gambar]

Berapa lama mahu tekan butang kiri?
Sepuluh minit sekali ia berbunyi.
Setiap bunyi membawa masa pergi.
Sepuluh minit, sepuluh minit terlewati.

Selamat pagi.
Ayuh gerak menuju tempat dirindui.
Tarik barangan yang berat di sisi.
Masa untuk kembali beraksi.

Tinggalkan segala.
Mulakan semula.
Semua.

Shafaza Zara.
Ranjang merah, kamar biru.
31 Disember 2012.

10 comments:

dee said...

selamat ke sekolah! hehe

zainatul abu bakar said...

Selamat pagi kak :)

Admin said...

Detik yang selalu dihitung :)

New: Contest: Top Referer Get RM100 Topup!

takky said...

ayuh kembali ke sekolah....
(ramai2 nyanyi lagu kasut skolah BATA)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih Dee!
:D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Pagi sayang!
:D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Yeay!
:D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahahaha.

Izzat Aziz said...

Beep beep
Jam telefon berbunyi,

Beep beep,
Sangkakan hari minggu,

Beep beep,
Rupanya Isnin,

Beep beep,
Dengan berat hati bangun,

Beep beep,
Jangan terlewat nanti tak cukup waktu

Begini nasib pencari rezeki,
Ingin berdiri, kaki sendiri,
Bukan mengunkit, bukan mencaci,
Sekadar terasa penat dalam diri

Dulu hidup di jagai,
Ibu bapa dan juga saudari,
Kini hanya ada diri,
Untuk menentukan masa depan diri

Tetapi ini cabaran,
Demi mendapat rezeki dari Tuhan,
Moga diberkati, kita semua insan.

kay_are said...

memang kejadian macam tu selalu jadi dekat aku, dan setiap kali jadi, aku harap sangat ari tu ari cuti so that aku leh terus cancel alarm tu dan sambung tido.. tapi harapan je r.