Sunday, December 30, 2012

#20 : Ini Cerita Seorang Perempuan.


Salam.
Sejak kebelakangan ini, entah kenapa banyak benda yang membuatkan diri semakin lama semakin sesak minda. Emosi sekejap di atas, sekejap dibawah bagaikan nilai mata wang yang diniagakan secara bengong serta merta. Hah! 

Perlu diakui, benda yang dilalui sebagai dugaan, sengaja mahu menguji kesabaran yang kadangkala senipis kulit bawang, kadangkala tebal dan kukuhnya dinding pertahanan. Ah! Aneh sahaja satu demi satu dilalui, gigit bibir dan teruskan hidup baik-baik sahaja. Ternyata, nasihat yang Pali salurkan pada aku secara konsisten dulu, aku dapat gunakan tatkala dia sekarang entah hilang ke mana (Busuk, kalau kau baca ni, terima kasih yang teramat sangat sahabat).

Senyum.
Tarik nafas.

Itulah. Hidup sentiasa tidak sama walaupun kita semua melalui jalan yang serupa. Perasaan dan pengalaman yang berlainan menyebabkan kita lebih manusia daripada sebelumnya. Mungkin ianya mengubah kita ataupun memberikan dimensi baru - tapi itulah, kita semua baik-baik sahaja untuk kehidupan sendiri. Kepuasan peribadi.

Sudah menghampiri penghujung dua ribu dua belas. Kalau dahulu permulaannya dengan benda yang baik-baik sahaja, penuh kisah bahagia, penuh cerita suka - alhamdulillah, insyaALLAH, pengakhirannya masih lagi penuh rasa gembira, syukur yang teramat sangat atas segala kurnia Yang Maha Esa. Walaupun keadaannya sudah pasti tidak sama, tetapi kemanisannya berganda. Ternyata, dalam setiap ujian itu, ada nilai dan hikmah untuk manusia. 

Sekejap.
Gembira juga satu ujian kan? Makanya, aku percaya, perlu lebih berhati-hati menyusun langkah menuju ke tahun seterusnya kerana gembira itu bukan sentiasa, dan ada sahaja makhluk yang mungkin didorong oleh nafsu dan perasaan jahat untuk mencederakan hati kita semua. Ah! Aku memilih untuk mengabaikan manusia sedemikian dalam hidup kerana aku percaya, kegembiraan untuk diri sendiri, untuk memastikan diri sendiri tersenyum dengan ikhlas di hadapan cermin adalah nikmat paling cantik yang kita rasa.

Cubalah.
Berdiri di hadapan cermin.
Cuba senyum paling ikhlas untuk diri sendiri.
Tepuk bahu dan bisik pada diri, "Anda hebat kerana mampu senyum begini"
Dan itu yang aku buat sehingga kini.

Kalau ada orang yang bercakap benda buruk mengenai kita sekalipun, maafkanlah mereka. Mereka tidak mengerti banyak benda lagi atas dunia ini, sama seperti kita semua yang mungkin masih mencari erti kewujudan diri.

Kalau hati kita masih kosong walaupun banyak kegembiraan hadir di sisi, tanyalah diri kita sama ada kegembiraan itu palsu, berpura-pura ataupun kita sendiri yang tidak inginkan bahagia walaupun hanyalah dengan satu senyuman dan dihulurkan gula-gula?

http://distilleryimage11.instagram.com/d08d877a518311e28ac522000a9f141e_7.jpg
[Instagram aku : lordzara] - Obsesi dengan benda begini.

Senyum sahaja.
Walaupun bantal kau penuh basah air mata.
Selimut kau tuli dengar kau tahan makian luahan rasa.
Mereka mengerti kau manusia.

Zara : Selamat ulang tahun ke-20 buat Nano (adik aku) dan selamat ulang tahun ke-28 buat Syafiq (sepupu aku). Moga kamu berdua dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa ceria.

17 comments:

Admin said...

Moga sentiasa kuat dan tabah,
selamat pagi :)

zainatul abu bakar said...

Semoga tahun 2013 akan membawa satu episod indah dalam hidup kita semua. Ceria selalu :)

Anonymous said...

kak zara, kawin bileeeeeeee kaler apeee

GadisKasutConverse said...

Cantek kaler merah merah tu ! :D

syana mizwateva said...

akak..anggap je dugaan semua tu perencah kehidupan..kalau takda sume tu,kurangla nikmat hidup tu..:)

Mim Jamil said...

Selamat har lahir Nano dan Syafiq!

Izzat Aziz said...

Pelbagai cabaran kita lalui, kekadang ada suatu masa kita rasa kenapa lah kita diberi cabaran begini, kita rasa kita tak mampu dah nak tahan. Tanpa kita sedar tak lama lepas tu, ada masa kita tersenyum, kita gembira... kita merasa kesusahan semasa kita susah, kita tidak terfikir bagaimana kita masih mampu gembira walaupun sebelum ini kita susah.

Kita mungkin terjatuh beberapa kali, tetapi kita sentiasa berdiri kembali mengunakan kaki sendiri.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ameen!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Moga-moga :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahahaha.
Soalan apakah ini?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Thanks! :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Er, I'm good :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih Mim yang jauh di Ireland :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Benar :)

syed ikhmal al-gadrie said...

kuat dan tabah

syed ikhmal al-gadrie said...

moga tabah

kay_are said...

bese r manusia, mane mau nye terlepas dari dugaan dan ujian dekat dunia ni kan.. so the only thing kita leh wat is tabah dan cube solve sume tu.. selamat tahun gak even dah lewat.