Thursday, October 25, 2012

Sakit Menunggu.


Benda yang paling orang benci adalah menunggu.
Sungguh banyak terbuang waktu.
Menghitung masa bertemu.
Mengira detik berlalu.
Jadi penunggu.

Dalam menunggu, manusia harap sesuatu.
Apa yang dihajatkan mereka, ikut buku.
Pasangan kekasih menunggu waktu bersatu.
Pasangan kahwin bersedia cerai talak satu.
Ibu mengandung sudah pastinya menunggu.
Sesiapa sahaja buat begitu.
Tunggu.

[Sumber gambar]
Bangun pagi.
Beritahu diri sendiri.
Eh perempuan, sudah hampir hari.
Yang kau tunggu selama ini.
Setahun kau jengah takwim sambil berdiri.
Menunggu dan menanti.

Si manusia beku yang tampal senyuman.
Apakah perasaan semakin nyaman?
Lihat sudah tiba masa yang dinantikan?
Sudah hampir tiga tahun dalam bidang pekerjaan.
Ya, kerjaya perguruan.

Nota Kaki : 26 Oktober, genap 3 tahun dalam bidang ini. Masih punya 35 tahun untuk berkhidmat. Dan dua perenggan di atas tiada kaitan dengan pekerjaan aku. Itu ditujukan kepada manusia-manusia yang sedang menunggu sesuatu dalam hidup mereka.

4 comments:

4feet8 said...

betul. tunggu giliran kt hospital kerajaanlah paling nk jadi the incridiblehulk. eh betul ke ejaan ni..hehe..

JunAina said...

Selamat berkhidmat. Semoga tabah mengharungi lagi 35 tahun tu.

ieda Qema said...

ak selalu tutup ingatan utk memikirkan bila tamat hari perkhidmatan itu....

sigh.

shandye. said...

secara amnya saya seorang yang tabah kalau bab menunggu. serius.

tunggu bas, kekasih, orang bodoh yang sedang membuat pilihan hendak makan apa di McDonalds.

ya.

tetapi saya memang tidak suka menunggu ketika tandas awam penuh, tambah-tambah kalau saya hendak benar-benar terkucil.

sekian.

=)