Monday, January 02, 2012

Awak, Bekas Kekasih Tidak Faham Bahasa?



Awak.
Susah juga orang yang pakar menarik perhatian kan?
Susah juga orang yang seperti kekurangan susu badan.
Ada sahaja benda yang dia mahu merempan.
Ada sahaja benda yang dia mahu meroyan.
Mungkinkah kesan akibat ditinggalkan?

Awak.
Bila awak setia, dia permainkan.
Bila awak menunggu, dia persetankan.
Bila awak sayang, dia bikin onar kejahatan.
Nah, bila awak berlalu pergi, dia berpura seperti kasihan?

Awak.
Suruh sahaja dia dampingi kekasih baru.
Cukuplah dia buat hidup awak haru biru.
Apa sahaja yang dia mahu?
Kehilangan awak jadikan dia kononnya pilu.
Padahal, siapa yang buat masalah dahulu?

http://farm7.staticflickr.com/6147/5931976238_06d3c3298c.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Dia sudah punya orang baru.
Orang yang dia pernah dabik dada kata tidak sendu.
Orang yang dahulunya dia kata dia lebih rindu.
Orang yang dahulunya dia kata dia lebih perlu.
Bukan seperti awak yang umpama debu.
Kononnya awak keras kaku.
Kononnya awak tidak lembut umpama kayu.
Nah, kena sekarang dia sibuk mencari, merayap bagai kutu?
Anehnya dia itu.

Awak.
Malam hari dia mencari.
Gelakan sinis di telinga buatkan awak meneka sendiri.
Siapakah di hujung talian yang tidak pandai lihat jam kini.
Awak jeling telefon, sudah boleh dikira pagi.
Celaka mana yang tidak sedar diri.
Ucapan pertama berbau sinis awak sudah senyum nampak gigi.
Ah, mangkuk yang tidak berpuas hati.
Apa dia ingat awak masih simpan nombornya sehingga kini?

Awak.
Dia dengan suka hati mula memaki.
Dia sindir awak meluahkan rasa tidak puas hati.
Awak tahan gelak nampak gusi.
Awak tahan mengantuk mahu dengar dia buat drama siri.
Awak terfikir satu benda tapi awak biarkan dia merempan sendiri.
Habis dia gelak sinis, sindir tidak bertepi, awak pasang strategi.
Satu soalan sahaja cukup bagi manusia begini.
"Pasangan sebelah awak tidak sedar yang awak bising di pagi hari?"
Nah, pastinya dia terus diam tanpa bunyi.

http://farm7.staticflickr.com/6126/5928327910_3c95387915.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Bila dia letak telefon ada sesuatu melintas di fikiran.
Buat apa lagi awak mahu melayan?
Dia sedang tunjukkan kebodohan.
Padahal sudah berapa tahun dia tidak muncul di pandangan.
Apa perlu dia meracau seperti kehilangan pasangan?
Dia sudah enak memeluk manusia lain di suatu persimpangan.
Buat apa datang lagi mengganggu ketenteraman.

Awak.
Ah, secara tiba-tiba awak rasa kasihan.
Pada dia yang serupa orang tidak siuman.
Awak terfikir apakah itu hukuman?
Apakah itu suatu bentuk pembalasan?
Pada dia yang berlagak pandai kononnya macam Tuhan?
Dengan sewenangnya mahu menghina orang lain bagaikan dia manusia kayangan?
Padahal dia yang hidup di awangan.
Tidak takut langsung akan terhempas ke bawah dan pengsan.
Ah, untung kalau setakat pengsan, kalau kematian?

Awak.
Awak sudah malas mahu ambil kisah.
Lebih baik awak buat tidak endah.
Pada dia yang mempunyai fikiran rendah.
Walaupun belajar tinggi bertingkat takah.

Awak.
Masa untuk fikirkan diri sendiri.
Buang dia ke tepi.
Awak tidak akan pernah rugi.


Nota Kaki :
1 - Sudahkah anda menyertai pertandingan yang dianjurkan di blog ini?
2 - Perlukah aku ingatkan kalian yang setiap dari tulisan aku adalah secara umum?

Zara : Kadangkala orang yang kita sayang itu suka menguji. Kejap dia muncul, kejap dia menghilangkan diri. Bila kita perlukan dia, dia hilang bersembunyi. Bila kita kononnya tidak mahu ambil kisah, dia memunculkan diri. Senyuman yang muncul di wajah kekal sepanjang hari. (Shafaza Zara, 2 Januari 2012)

10 comments:

aindzaya said...

manyak kot masalah bercintas nie..

AmirahSM said...

knape mesti rumit mslh cinta =)

Cik Bulan said...

saya suka sangat...dah mula tertarik ngn title....best sgt2....

Honey Kumicky said...

becinta mang xda dlm list skang nie...cri duit n snangkan mak bpak dulu..

reenapple said...

tidak pernah rugi tanpa kewujudan dia.. =)

bahagia dengan keadaan sekarang..=)

Anonymous said...

Hurmmm..rupanya ada yg hampir senasib dgn ku. Bertahun bercinta, tanpa sebarang amaran dia serahkan kad undangan. Pasangan yg dulunya dikatakan adik angkatnya. Kadnya kuterima, tp undangannya tidak ku penuhi. Gila kalau aku pergi. Sejak itu aku menyepikan diri. Memujuk dan merawat hati ku sendiri. Tiada soalan yg ku ajukan pada sidia..kenapa dan mengapa. Betul2 Sepi. Seminggu selepas hari bahagianya..tiba2 mendapat panggilan darinya. Masih ber abang2 dan ber sayang2. Seolah2 tak pernah berlaku apa2.. Hatiku yg sakit bertambah perit. Sungguh gila. Sebelum aku memutuskan talian, hanya satu kataku padanya..jagalah isteri kau baik2. Panggilan selepasnya tidak lagi ku layan, sehinggalah segala nombor hp & rumah di tukar. Barulah aman. Silent treatment adalah lebih berkesan dr meroyan tak tentu pasal. Kan?

diana lee said...

menarik.. suke bace..^^

Anonymous said...

dua hari bulan dua tahun baru. entry yang serupa sedang mengena tepat dekat batang hidung sendiri. dan sangat sedang elok aku baca berkali kali entry kamu ni zara. :) thanks.

Sara Ali said...

kdg2 sehingga satu tahap aku tertnya2...
kenapa perlu kita bercinta?
benda yg xselalunya indah...
tpi kita lalui jua...

semakin serabut memikirkan hal cinta...
buka buku...
berjuang di hujung pena...
itu yg terbaik dari terus memikirkan si dia!!!!

aku cukup beremosi.....

haizum hanapi said...

nice one :)
ayat yang memang boleh buat boleh 'si-tak-paham-bahasa' terkedu.