Empat Januari Dua Kosong Satu Satu.
Hari kedua sesi persekolahan.
Dentuman kuat dan suara nyaring siren kereta kecemasan menyusul kemudian.
Corak gembira satu keluarga robek.
Anak remaja yang dengan gembira mahu ke sekolah.
Umurnya belum empat belas tahun pun lagi.
Tangan kanan patah.
Tangan kiri patah.
Kaki kanan patah.
Kaki kiri patah.
Tulang pinggulnya beralih.
Si abang yang baru lepas menghadapi SPM harapan membantu keluarga.
Semangat tinggi mahu menyambung belajar.
Belum lapan belas tahun anak itu.
Patah tangan kanan.
Patah kaki kanan.
Patah kaki kiri.
Kau tahu?
Dia bekas pelari.
Si ibu cuma ada empat cahaya mata.
Yang sulung perempuan, baru sambung belajar.
Yang bongsu berusia sepuluh tahun.
Anak kedua dan ketiga lelaki sedang terkedang di unit rawatan rapi.
Angkara siapa?
Kecuaian kamu makcik.
Aduhai.
[Gambar : Tidak tercuitkah walau sedikit hati kamu wahai manusia?]
Si ibu berlinangan air mata.
"Cikgu, orang yang langgar anak saya langsung tak datang jengah"
Aku - terdiam.
"Cikgu, dia kata dia tak salah. Dia tak sengaja"
Aku - duduk dengar.
"Cikgu, dia potong sebuah kereta dan bila dia nak potong sebuah lori, dengan kereta yang laju, dia langgar anak saya dari arah bertentangan di laluan yang betul, dia kata dia tak salah"
Aku - tekun, beri perhatian.
"Cikgu, ada kawan anak saya nampak yang orang yang langgar tu boleh pergi pasar lambak (ini macam pasar malam) pagi tadi. Macam mana dia boleh pergi dan berbelanja masa anak saya tengah begini?"
Kejamnya manusia.
Hari ini kebetulan berniat mahu menderma darah kerana seseorang sedang berjuang dalam arena yang aku hanya mampu kirim doa. Malangnya, niat tidak kesampaian kerana aku tiba lambat di hadapan bank darah. Kebetulan, terjumpa dengan sebuah keluarga murid yang mahu menziarahi keluarga anak murid yang ditimpa musibah. Mencari dari unit rawatan rapi hinggalah ditemui di wad biasa, kedatangan aku disambut dengan senyuman nipis si ibu yang gundah gulana.
Si ibu : Cikgu datang lagi, terima kasih cikgu.
Aku : Eh, tiada masalah makcik. Kebetulan memang ada urusan tadi.
Si ibu : (berbisik) Adik dia dah dipindahkan ke JB, abang dia tak tahu ni. Doktor pesan jangan beritahu, takut tertekan.
Aku : Oh, baik. Dah masukkan besi?
Si ibu : Belum lagi. Dia kurang sihat, tadi demam dan ada batuk-batuk.
Aku : Adiknya dah sedar?
Si ibu : Belum lagi cikgu. Abahnya yang teman ke JB.
Aku : Sabar ya makcik?
Si ibu : Orang yang langgar langsung tak menjengah cikgu.
Aku : Tak datang juga?
Si nenek : (menyampuk) Biarkan cikgu. Nanti Allah berikan pengajaran pada dia.
[Gambar : Tak boleh bayangkan masih ada manusia yang lebih dingin daripada aku]
Diam.
Mungkin makcik akan kata makcik trauma.
Tapi makcik, hormatilah perasaan si ibu dan keluarganya.
Makcik juga punya anak kan?
Sama sekolah dengan anak si ibu itu pula.
Bagaimana boleh tegar hati seorang wanita lihat wanita lain menderita?
Bukan calang-calang ujian ini.
Diam lagi.
Entah berapa kali pengsan.
Entah berapa kali pitam.
Entah berapa malam si ibu dan si bapa serta seluruh ahli keluarga mereka bermalam di lantai sejuk hospital. Menunggu dengan penuh debaran khabar anak-anaknya. Seorang di hujung dengan keadaan tidak sedarkan driri dan seorang lagi hanya mampu mengebilkan mata, rengsa tanpa keluhan.
Makcik, adakah makcik tahu bagaimana dua anak itu di sekolah?
Pendiam.
Baik.
Tergamak betul.
Manusia atau bukan?
Alahai.
Makcik.
Pergilah ke hospital sementara masih ada masa.
Tambahan :
- Makcik itu memandu kereta.
- Budak berdua itu menaiki motosikal.
- Si abang yang membawa motosikal, dan si adik membonceng di belakang.
- Kejadian berlaku di jalan raya yang lurus dan tegak.
- Si adik masih belum sedarkan diri sejak dia tiba di hospital selepas kejadian.
- Aku adalah bekas guru tingkatan si adik tahun lepas (Tingkatan 1) dan guru pasukan rumah serta PBSM untuk si abang.
Nota Kaki :
1. Cuti esok (11 Januari 2011) sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.
2. Ada berita sedih daripada si dia - nak menangis. Sayang, kamu kena lebih gigih tahu?
3. Ada orang ajak keluar pula.
3. Ada orang ajak keluar pula.
Zara : Kadangkala manusia menolak untuk menjadi manusia kan? Aneh.
24 comments:
sayu & sadis
simpati..hanya mampu membaca dan sedekahkan doa agar kedua anak2 itu cepat sembuh..
herm ..
org bese mcm tu la .. :)
sedihnye..semoga si abang dan si adik cepat sembuh...
yang melanggar tu perempuan ke? faham ceritanya tp tk dpt tangkap siapa sebenarnya yang melanggar...huhu..
budak tu naik apa masa kena langgar.... dia naik moto ke?
ada jugak manusia kejam macam makcik tuh kan?biadap nye...semoga si abang n si adik tuh cepat sembuh...aminnn
sedih =.=
tak fhm npe makcik tu xnk mlawat bdk2 tu sdgkan memang dh salah dia walaupun dia kata itu bukan salah dia. Bukannya susah sgt pun, hanya melwat dan menziarahi org yg dia langgar. Harap2 bdk2 tu kembali sihat seperti sedia kala.
aish ape lah, dah lah langgar budak kan
Sedih nye jalan cerita.
Sakura pon pernah alami situasi pesakit yang kadang2 ahli keluarga x nak terima yang dia kena langgar selepas sharian bergembira dgn sihat...esok harinye meninggal..
susah sgt ka nk mngaku kesalahan...kdg2 permohonan maaf mmbawa sedikit keringanan beban yg di tanggung. how cud u 'makcik'....
kesian m.cik yg mlanggar tu..trauma..
trauma smp pgi psr mlm...
owh..sungguh kesian! kesian kamu mcik! hati batu agaknya.
harap2 dorang akan sembuh sikit demi skit,.. kesian jugakk.. dugaan tu,... tapi citer ni x keluar berita kan,..
Kenapa ada manusia yang begitu keras hatinya..T_____T
cursor manu. wooot manu menang smlm. hehe :)
manusia zaman sekarang, makin kurang sensitivity dan perikemanusiaan :(
dugaan~..
--> kiter folo belog hehe.
Harap perkara mcm ni tak terjadi kat aku....amalkan bacaan ayat kursi selepas solat k.....insyaallah akan dilindungi dari satu solat ke solat yg seterusnya.....
semoga cepat2 la sembuh....sedih..
bogelllll !!
sedey yer... 02012011 hr tu baru jer terima berita sedey...anak jiran meninggal dunia sbb kemalangan... baca entry ni terus teringat pada arwah...
moga abg dan adik cepat sembuh...
pada makcik...kalu terjadi pada kamu baru kamu tahu langit tu tinggi ke rendah.... huhuhuh
kejam sungguh kamu mak cik. kalau yer pun takde budi pekerti, at least biar ada sifat perikemanusiaan ataupun paling koman, hati perut dlm diri kamu tu.
beb, sampaikan salam aku kt mak cik.
suka bace entry2 zara...teruskan menulis :)
itz so scary...
smoge anak murid cikgu cpt sembuh...
mak cik tu maybe takut kot, mana tau kena report polis ke apa ? tp mmg kejam la kalau dia cakap bukan salah dia. haihh
Post a Comment