Thursday, January 15, 2009

Persahabatan Itu Indah


Sesetengah orang merasakan perkara sebegitu tidak bernilai dalam kehidupan mereka. Terlalu sombong dan megah menyatakan mereka tegar menjalani kehidupan sendirian. Barangkali mereka alpa, mana mungkin manusia bisa hidup sendirian?!. Kehidupan dalam masyarakat, bukankah kita menjalinkan suatu bentuk perhubungan yang boleh ditafsirkan sebagai persahabatan?. Manusia ini aneh barangkali, hanya mencari tatkala memerlukan, meninggalkan apabila telah cukup segalanya atau telah menemui yang baru.




Pada aku, persahabatan antara perkara yang melengkapkan diri aku, asas dalam kehidupan aku sendiri. Aku diajar, setiap persahabatan itu perlu dihargai, disayangi serta dibajai. Mana mungkin suatu persahabatan itu kekal utuh tanpa kasih sayang antara hati-hati mereka yang terikat di dalamnya?. Hati dan perasaan manusia amat kompleks - bukan untuk dipandang enteng dan mudah. Sombong amat mereka yang mendabik dada menyatakan diri mereka telah lengkap dengan pakej sempurna tanpa memerlukan persahabatan. Jika suatu persahabatan itu tidak dibajai, disirami dengan baik, bagaimana ukhuwah itu bisa mampu bertahan?. Jika ditanam anak benih tanpa melalui proses sedemikian, mustahil ia akan terjaga dengan sendirinya. Kita sendiri harus membajai, merawatnya dengan penuh kasih sayang agar benih yang disemai membuahkan hasil nanti.

Dalam menongkah arus globalisasi begini, di mana pemikiran manusia yang terkadang bertukar dangkal, dengan memilih sahabat yang betul-betul memahami serta mampu membimbing serta mengawasi kita dilihat amat perlu. Bahkan, ianya boleh dilihat sebagai suatu mekanisme dalam kita mengharungi cabaran kehidupan. Sahabat yang baik adalah sahabat yang akan menolong serta membantu kita bukan?. Sahabat yang akan berlaku jujur terhadap diri kita. Sahabat yang akan berkata benar dalam apa jua cara dalam memastikan kita dan dia berada di paksi yang sebenar - di paksi yang diredhaiNya. Sahabat begitu yang aku rasakan aku perlu dalam hidup ini. Alhamdulillah, sesetengah daripada mereka telah aku temui dan kami masih lagi bersama. Sahabat yang tidak pernah melupakan, malahan sering mengingatkan apa yang aku terlupa. Ukhwah itu indah jika kita bertemu dan berpisah kerana Allah.


Buat renungan diriku serta para sahabat-sahabat yang sedang membaca barangkali, aku coretkan sedikit kata-kata daripada Imam Syafie - "Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalamn suka atau duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya". Indah sekali kata-kata daripada Imam Syafie.

Buat sahabat yang menjadi tempat aku meluahkan segala kekusutan, berkongsi kegembiraan dalam menjalani kehidupanku, Badiah, terima kasih atas segalanya. Walaupun usia persahabatan kita baru menjangkau usia 4 tahun, aku dapat merasai kasih sayang yang kau semaikan dalam hati aku. Terima kasih yang teramat sangat kerana sudi menerima diri ini menjadi temanmu, berkongsi rasa walaupun jarak memisahkan kita dalam jangka waktu 3 tahun ini. Pelbagai onak duri dilalui di matrikulasi, tidak dinafikan kadang kala ada hati yang terasa sesama sendiri, tapi, Alhamdulillah, kita masih bersama sehingga kini.

Buat teman bernama Mira, terima kasih kerana menjadi serta menerima diriku dalam apa jua keadaan. Tinggal bersama selama 2 semester banyak memberikan pengalaman serta pelbagai kenangan manis yang tidak mungkin akan aku lupakan. Apatah lagi lagu-lagu yang sering dendangkan tatkala diri dihimpit kesunyian. Barangkali agak keanak-anakkan tetapi kita bahagia melalui proses itu bukan?.

Rakan-rakan seperjuangan di bumi kampus yang indah serta rakan-rakan kuliah, tiada kata mampu kucoretkan. Tunjuk ajar kalian dalam membantu aku menjalani hidup sebagai mahasiswa tidak dapat aku balas dengan setimbun beras sekalipun. Malahan kalian telah mengajar aku menjadi lebih dewasa dengan kasih sayang yang kalian berikan.

4 comments:

addyaholix said...

persahabatan juga cinta philia.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

addyaholix :

aduhai...

zara mahukan cinta agape...

said...

semoga persahabatan kita kekal abadi dik

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥
*********************************

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

[yAN!e][pUTraJAya]:

insyaALLAH kak...

sayang akak!