Monday, January 12, 2009

Evolusi Atau Mahasiswa?


Evolusi atau Mahasiswa?
Pilihan di tangan anda.
Pendirian aku?

Aku sedang membelek serta menyemak (sila baca sebagai menanda) kertas - kertas soalan yang dijawab oleh responden aku.
Penat di atas kerusi, aku berguling di atas kamar.
Kemudian berpindah ke atas tikar.
(Aku sudah nyatakan, aku bukan mewah)

Aku dengar pintu diketuk.
Dari satu bilik ke satu bilik.
Tiada kedengaran bunyi orang membuka pintu.

"Pegawai asrama barangkali", itu monolog aku.
Pintu bilik aku diketuk dua kali.
Aku capai tuala, tutup kepala, dan buka pintu.

Ada tiga orang pelajar menyerahkan (memberi) kepingan kertas.
Mereka menitipkan pesanan,
"Keluarlah mengundi jika anda inginkan perubahan."

Aku ucapkan terima kasih.
Mereka berlalu pergi dan aku kembali ke tikar ajaibku.
Aku lihat kertas - kertas tersebut.
Calon - calon yang bertanding.
Aku tersenyum.

Itu petang semalam.

Malam.
Aku sedang bersantai sambil menggosok baju kuliah.
Bersantai dalam erti kata, nota dan baju kuliah bersama-sama.
Bunyi kertas di sorong masuk.
Aku kutip (sila baca sebagai ambil).
Calon-calon lagi.

Hari ini.
Perjalanan ke kelas dimeriahkan dengan poster-poster calon yang bertanding bagi pilihanraya esok. Aku hanya melihat serta memikirkan calon-calon mana yang perlu diundi.

Anda fikir?
Aku sangsi dengan pilihanraya di sini berbanding dengan pilihan raya di matrikulasi.
Maksud aku, aku sangsi dengan diri sendiri.
Aku tidak mengerti apa yang diperjuangkan.
Matrikulasi menyediakan medan manifesto.
Sekurang-kurangnya, aku tahu apa yang aku dapat (mungkin dapat) jika aku mengundi calon-calon tersebut.

Di sini,
aku mengundi berdasarkan personalitu dan jika bertuah,
aku mengenali mereka.
Jadinya, bila datang waktu mengundi,
wajah, ketrampilan, personaliti serta kursus menjadi antara faktor mengapa
aku memilih mereka.

Maafkan aku.
Aku inginkan undi aku di terima.
Jika aku tidak mengenal anda, aku terpaksa mengundi berdasarkan faktor-faktor tadi.
Siapa yang mahu undi mereka rosak?

Keluarlah mengundi esok.
Tunaikan kewajipan anda.

Evolusi atau Mahasiswa,
semuanya terpulang kepada anda.
Anda yang menetukan.

P/S : Kepada calon-calon serta jentera mereka, terima kasih kerana memasukkan kertas yang banyak di bawah pintu bilik aku. Terlampau banyak, rasa seperti akan aku gunakan untuk mencatat nota.

Pastikan anda bebas dari rasuah.

6 comments:

mrblind said...

17hb ni ngundi kat negeri gua..jom tunaikan tanggungjawab..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mrblind :

gua ada cam pengundi hantu ke bro?

LOLz~

Luth Textile said...

jgn la zara..
tak baik..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Luth Textile:

apa yang tak baiknya Luth?

messyremo said...

bole jadi undi rosak ke?
UTM pakai kertas ek?
hmm...uia pakai e-vote tapi aku still ragu2 tentang ketelusannya~~

syaftome said...

how nostalgic...
remembering those days...:)