Pages

Sunday, December 12, 2010

Dunia Mengikut Mata Pena Zara : Blog Dalam Majalah Remaja Walaupun Aku Bukan Lagi Remaja.


Salam semua.
Oh, sekadar mahu berkongsi secara laju disebabkan ada orang yang sudah menulis mengenai ini dahulu sebelum aku. Terima kasih kepada Andy yang baik hati. 
Senyum.

Oh, artikel mengenai blog ini telah tersiar di ruangan Blogspot - Majalah Remaja keluaran 15 Disember 2010. Mari aku tampalkan apa yang aku dapat tadi.

Photobucket
[Ini daripada cetakan di majalah - Untuk paparan lebih jelas sila tekan SINI]

Alhamdulillah, ada rakan di Mukabuku yang memberitahu tentang perkara ini malam tadi. Sudahnya aku diusik oleh si dia (ketika aku menulis ini, sudah dua jam aku berusaha mengejut dia bangun tidur) bahawa aku sudah mula terkenal. Sebenarnya, tiada istilah terkenal pun. Aku masih aku yang biasa-biasa, yang suka menulis dengan gila dan ceria.

Sedikit trivia mengenai perkara ini :
  • Aku bangun awal pagi semata-mata mahu mencari majalah ini, tetapi semua kedai tiada. Kelihatan cuma majalah CLEO, Cosmopolitan, Wanita, Keluarga dan sebagainya (Inilah yang menyakitkan hati bukan? Bila kita cari langsung tiada)

  • Tiba di rumah, aku bergegas telefon Abah yang keluar membuat urusan keluarga. Aku pesan suruh dia beli kalau terjumpa.

  • Abah balik dengan buat muka hampa.

Aku : Abah, ada majalah yang Along kirim?
Abah : Ala, terlupa nak beli.
Aku : Tadi Along dah telefon.
Abah : Terlupa, kenapa tak ingatkan masa telefon semula tadi?
Aku : Ye ke tak beli ni?
Abah : Nah, ada beli ni. (ketawa)
Aku : Yeah! Terima kasih Abah!

Shila OIAM,Remaja,Blog,Magazine
Remaja 15 Disember 2010
[Artikel di atas boleh didapati dari keluaran yang ini]

  • Baca dengan teruja walaupun aku tahu hanya sedikit sahaja. Tetapi itu tidak penting (Dasar anak yang gila-gila) - Yang aku tahu, menjadi sebahagian daripada penulisan adalah satu bentuk pendedahan yang menarik.

  • Abah dan adik-adik teruja mahu baca (setelah aku dengan bangga bercerita dengan mengabaikan adik-adik ketawa sebab ruangan itu kecil sahaja). Emak macam biasa, tidak ambil kisah dengan perkara sebegini. Oh, sudah biasa dengan reaksi dia.

  • Antara artikel yang dicetak oleh editor ruangan tersebut adalah penulisan mengenai Altimet dan beberapa artikel berunsur cerita tentang rakan-rakan aku seperti budak rambut lawa dan sebagainya.  

  •  Oh, ruangan yang sama ini pernah memaparkan seorang penulis blog lelaki yang juga kawan aku, Zack Zukhairi.

Bak kata si dia (yang sudah bangun akhirnya selepas dua jam), ini satu bentuk pendedahan yang baik buat aku. Ada ke siap suruh aku hubungi editor majalah untuk ditemubual bagi mendapatkan lebih pendedahan.

Dia : Ada masuk gambar awak tak? (Dasar tukang ambil gambar yang cantik)
Aku : Ada, tapi kecil. Itu tak penting, sebab yang penting adalah blog.
Dia : Apa kata hubungi editor untuk temubual khas?
Aku : Eh, tak nak. Saya tak comel.
Dia : Ini bukan masalah comel ke tidak.
Aku : Blog saya comel dah cukup.

Ketawa.
Kasihan dia terpaksa menahan gelagat aku yang gila ini.

[Gambar : Adakah arnab sukar untuk bangun daripada tidur semasa musim sejuk? Aku tertanya-tanya dengan fakta ini, apakah kebenaran yang terselindung dibelakangnya]

Walau apa sekalipun, aku mahu ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Editor Ruangan Blogspot yang sudi memaparkan blog aku yang biasa-biasa ini. Buat rakan-rakan yang setia membaca blog aku ini, terima kasih juga. Aku sayang kamu semua. 
Senyum.

Nota Kaki :
1. Dua jam kejut orang bangun tidur. (Twitter, FB, Email, Telefon)
2. Senyum gembira.
3. Bila minum susu, memang kita akan tidur nyenyak ya?
4. Budak rambut lawa macam ninja, terima kasih atas ucapan tahniah.

Zara : Mahu melalui suatu hari yang sangat menggembirakan. Ah, aku cuma mahu tersenyum sahaja, kerana itu lebih menguatkan aku untuk bangun dan bangkit seperti seorang panglima.

43 comments:

  1. lepas sebok-sebok kat fb..
    i dtg sebok-sebok kat cini pulak..
    keep in faith yaw syg~
    tahniah... :)

    ReplyDelete
  2. sudah
    Zara pun dah jadi artis
    Hami jadi artis
    ko pun jadi artis
    haih
    kesian aku
    hahahahahahaha'

    ReplyDelete
  3. waaaaa congrats.. famous gitu.. nie mau cari majalah tu.. hhehehhe..

    ReplyDelete
  4. Tahniah Zara. Kamu memang layak! :)

    ReplyDelete
  5. sebok kat cni lak....nak sign...! ehehehee btw, congrets darl..! ^_^'

    ReplyDelete
  6. wahh..glemer la pas ni :)

    salam perkenalan...

    ReplyDelete
  7. tahniah!
    Cikgu Zara memang hebat..
    gaya penulisan yang sememangnya tersendiri, tak siapa boleh tiru :D

    congrates again..
    hadiah cuti sekolah yang sungguh best ni

    ReplyDelete
  8. wahh..semua pun dah masuk majalah ♥

    ReplyDelete
  9. gambar kotak kotak tue memang sinonim dgn cikgu kan ? btw rasa berbangga dengan cikgu =)

    ReplyDelete
  10. haha~ tahniah... mmg bestt perasaan itu!

    ReplyDelete
  11. walaupun dah wish kat FB..nak wish kat sini sekali lagi..tahniah ZARA..awak memang layak!!^_^

    ReplyDelete
  12. Teruskan penulisan akak yee :D

    ReplyDelete
  13. wahhh congrats !
    pahni bole famous cam hanis zalikha (:

    ReplyDelete
  14. satu pencapaian yang boleh dikenang dengan anak cucu nanti :D

    Pendapat anda?
    Kenangan cuti sekolah aku dulu-dulu

    ReplyDelete
  15. waaa...
    popular larr kak zara lps nih...
    huhu

    ReplyDelete
  16. Tahniah2!
    femes la lps ni...

    eh xmsuk Remaja pn femes jgk
    hehe



    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

    ReplyDelete
  17. nak hantar jugak la kat remaja camni
    hoho

    joegrimjow malas nak log in

    ReplyDelete
  18. Tahniah...Tahniah...Tahniah...

    P/s: masuk majalah macam artis dah!hoo~

    ReplyDelete
  19. tahniah zara.... kecil pun still ada org baca...

    ReplyDelete
  20. tahniah zara.. ternyata kamu memang punya gaya tersendiri..

    ReplyDelete
  21. Tahniah. Semoga ia jadi perangsang utk Zara terus bekarya... :)

    ReplyDelete
  22. congratz congratz congratz congratz...100x kali ^O^

    ReplyDelete
  23. tahniah buat anda~ SJ teringin jugak masuk majalah remaja~ hahaha

    ReplyDelete
  24. tahniah zara.... ko mmg bagus pon... penulisan ko..aku hormat kau..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)