Pages

Wednesday, July 14, 2010

Betul Encik. Ini Memang Saya. Tidak Ada Yang Berubah | Semua Salah Abang Posmen


Salam.
Tadi pergi ke pejabat pos untuk memperbaharui lesen memandu. Hampir jam 4.15 petang baru aku bergegas ke sana. Sebenarnya akan tamat tempoh pada 17 Julai nanti, tetapi disebabkan aku akan berada di sekolah sehingga petang pada hari Rabu dan Khamis, maka, sementara ada masa ini, aku lunaskan sahaja dulu apa yang termampu.

Tiba di pejabat pos hampir jam 4.30 petang dan aku melompat masuk dan menekan nombor. Pejabat pos sudah lengang dan tiada pelanggan. Kalau tidak menekan nombor pun boleh agaknya. Nombor dipanggil dan aku terus ke kaunter.

Encik : Ya?
Aku : Er, Assalamualaikum. Nak perbaharui lesen, sempat lagi ke?
Encik : Boleh. Mana lesen?
Aku : Nah. (sambil menghulurkan lesen)
Encik : (sambil tengok muka aku) Ini awak ke?
Aku : Ya saya.
Encik : Macam lain sahaja.
Aku : Betul encik. Ini memang saya, tidak ada yang berubah.
Encik : (ketawa perlahan)



Encik : Baiklah, 32 ringgit.
Aku : Eh?

Kebetulan, ada abang posmen yang comel lalu di belakang encik kerani pejabat pos dan tersenyum ke arah aku yang bising ini. Eh, memang comel dan dia memakai kaca mata berbingkai terang.

Encik : Nak setahun ke?
Aku : (mamai) Dua tahun berapa?
Encik : Dua tahun 62 ringgit.
Aku : Bolehlah dua tahun terus.

Keluar dari pejabat pos aku memarahi diri sendiri. Mengapa perlu buat sampai dua tahun? Ini mesti sebab abang posmen yang comel dan pernah menyindir aku itu tersenyum lebar. Aku harap dia tidak ingat akan peristiwa tersebut.

Senyum sinis terukir di muka dia dan gelak kecil mengiringi senyum manisnya.

"Dik, apa pakai tudung tapi pakai seluar pendek?"

Ayat sangat keji!

"Abaikan sahaja bang, mari saya tandatangan cepat-cepat"

Oh, itu dulu sewaktu kelam-kabut. 
Gila bila teringat peristiwa lama.
Baiklah, mari persalahkan abang posmen itu yang membuatkan aku kehilangan duit belanja makan di sebalik senyuman dia. (Tidak memasal)
Ketawa.

Zara : Seronok menggila di Twitter bersama keluarga kecil aku tadi. Senyum.


26 comments:

  1. hihihi sampai 2 thn yerr..? terkena panahan mata enchek posmen yeaa.. hihihihihi

    ReplyDelete
  2. ahahah. i love with posmen!sgt ketara perubahan anda!ahaha :D

    ReplyDelete
  3. hehe.. semakin chomel laarr tu..

    ReplyDelete
  4. jgn terpikat dgn abg posmen sudaa ;)

    ReplyDelete
  5. perubahan fesyen tudung je kot...

    ReplyDelete
  6. berjodoh btul ko ngn abg posmen tu ek?? haha

    ReplyDelete
  7. muka mungkin berubah tp masih brtudung =)

    ReplyDelete
  8. muka remaja dan dewasa...mstlah lain...dulu maybe tembam sket, skrg nih mst makin ayu...

    ReplyDelete
  9. Aku: Poslaju ya..
    Encik: RM5.70.
    Aku: Bila boleh sampai?
    Encik: Esok.
    Aku: Kelantan ni..?
    Encik: Isnin.
    Aku: Ini tracking number ya?
    Encik: Macam first time je?..
    Aku: ...
    Kenapa aku rasa tiba2 merah muka? Sebenarnya aku nak kata 'awak ensem sebab rambut awak ada kesan wudhuk'... habis peluang...

    ReplyDelete
  10. malunyer!
    hahaha tapi seyes a bila dah makin dewasa,sis makin shantek
    =]

    ReplyDelete
  11. sluar pendek ngan tudung..haha~ kelam kbut bnar tu.

    ReplyDelete
  12. tang tudung kot yg berubah..
    hihihi

    ReplyDelete
  13. zara~ hehehe..sampai 2 tahun?
    awak mcm rama2 keluar dari kepompong lah!

    ReplyDelete
  14. 2 tahun?? ....tahap keterlupaan lesen mati akan menjadi lebih tinggi..ekekekeke







    http://nomborsebelas.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. evolusi manusia....

    syomelnha kamu dulu.bleh aku lempang?

    opss..cubit?

    ReplyDelete
  16. Hehehe... kadang2 bila dah kelam kabut tu, mane nak perasan. ye tak?
    ;)

    ReplyDelete
  17. eheh.dulu2 skema.tapi chumel.^^

    ReplyDelete
  18. Kalau kena panahan mata abang posmen, renew setahun je. Nanti nak datang lagi.. 2 tu mesti abang posmen tak berapa hensem

    MY PERSONAL BLOG ABOUT LEGAL & MY PERSONAL LIFE

    THE BEST SILAT SENI GAYONG CLUB

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)