Saturday, December 15, 2012

Monday, December 10, 2012

Awak, Jangan Obses Artis Sangat Boleh?


Awak.
Semua orang ada sesuatu yang mereka minat.
Minat pada lagu sehingga borong semua cakera padat.
Sanggup tahan nafas hadiri konsert walaupun malam pekat.
Demi kononnya tuntutan sebagai peminat.

Awak.
Tak salah suka pada artis.
Yang salahnya bila awak layangkan imaginasi sadis.
Awak khayalkan fantasi depan dia yang tahan tangis.
Pada awak itu cuma mimpi manis.
Tiada niat mahu tukar hubungan jadi tragis.
Tapi awak, dia rasa obsesi awak jadikan semuanya najis.

Awak. 
Dari Yuna, Neelofa hingga Lisa.
Awak boleh khayalkan semua.
Dari Aaron, Zahiril hingga Hazama.
Awak boleh mimpikan segala.
Tapi, tidak perlu nampakkan obsesi gila.
Si dia makan hati bagaikan dia tidak wujud depan mata.

Awak.
Kalau awak lelaki.
Si gadis mungkin makan hati.
Dia bersungguh depan awak - tonjolkan diri.
Tapi di mata awak, hanya nampak bayangan selebriti.
Yang awak puja, walaupun awak kata hanya minat tidak bertepi.
Tapi kan awak tahu hati gadis-gadis yang cepat hilang sekuriti?

Awak.
Kalau awak perempuan.
Hentikanlah jeritan.
Setiap kali awak nampak si artis lelaki pujaan.
Setiap lelaki yang datang perlu penuhi ciri artis impian.
Yang tak kena di mata, tak sama - awak ketepikan.
Pada awak, nama si dia pun harus seakan.
Mana mungkin semua impian akan jadi kenyataan?

Awak.
Betul itu mungkin hanya cemburu.
Yang kadangkala membuta tuli sampai rasa nak lempang jadi bisu.
Cuma itulah, jangan dimulakan dulu.
Benda yang boleh merosakkan hubungan kamu.
Walaupun sekadar artis yang suam-suam kuku.

Awak.
Hati si dia itu jagalah - bagai menatang gelas susu.
Taku nanti asyik tarik muka ketat bagai getah beku.
Lama-lama awak juga yang rasa berbulu.
Pengakhirannya, hubungan bagaikan dilempar batu.
Hancur berderai, berdebu.

Awak.
Kalau awak minat gila.
Minat senyap-senyap sahaja.
Buat bagaikan tiada apa bila berdepan dia.
Ah, bukankah lebih baik berlakon, berdrama?
Demi jaga hati mereka?

Awak.
Selamat mulakan cerita.
Kalau sudah tamat, tidak salah coretkan semula.
Semoga bahagia.

http://farm8.staticflickr.com/7035/6833485833_ac480b97c7.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Kadangkala kita tidak tahu bahawa apa yang kita selalu perkatakan mungkin menyinggung hati seseorang yang rapat dengan kita. Jadi, jagalah tutur kata dan bual bicara. (Shafaza Zara, 10 Disember 2012)

Saturday, December 08, 2012

Cabaran Besar.


Dalam hidup sentiasa ada cabaran.
Ada ketikanya kita hadapi ujian.
Untuk menguji pertahanan.
Bukan setakat fizikal, tapi juga iman.

Kita.
Barangkali masih lagi manusia biasa.
Yang dalam elok, boleh terluka.
Yang dalam ceria, boleh berduka.
Yang dalam senang, boleh merana.

Satu datang.
Kita hadap dengan tenang.

Dua halang.
Kita senyum dan kekal tenang.

Tapi, sampai bila kita mahu biarkan tarian pincang?
Adakah lantai mahu terus bergoncang?
Ataupun tukar goyang?
Supaya hati kita senang.

http://farm9.staticflickr.com/8480/8235108572_207efef73a.jpg
[Flickr aku] : Ukiran Harimau Malaya barangkali.

Sudah tiba masa untuk mencari ketenangan.
Teruskan kerja dalam senyuman.
Demi mencari suatu kebahagiaan.
Walau apa jua rintangan.

Zara : Pincangnya cara kau cuba mahu mengata tidak tentu hala. Apa yang kau mahu lagi atas dunia? Piala yang kau boleh arak ke sana ke mari yang dipenuhi dosa? (Shafaza Zara, 6 Disember 2012)

Minuman Dua.


Kadangkala apa yang kau suka tidak sama.
Yang mencemuh sampai naik gila.
Yang menyukai sampai hentak kepala.
Hanya sebab minuman semata.

Eh, itu bukan dongengan.
Juga bukan satu permainan.
Untuk yang minum rasa kemabukan.
Rasa tenggelam dalam khayalan.
Hanya kerana duduk berhadapan.
Dengan manusia yang jadi kesayangan.


[Sumber gambar]



Zara : Aku nampak permainan aneh yang kau sekumpulan sedang mainkan. Ah, sebab kalian sedang berada di puncak, mempermainkan marhaen adalah satu kegembiraan menghabiskan masa mengumpul mata dosa. Biarlah. Kalian juga manusia biasa. (Shafaza Zara, 5 Disember 2012)