Showing posts with label Kek Comel. Show all posts
Showing posts with label Kek Comel. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H - Muka Teruja Makan Kek Comel Sampai Lupa Lembu


Salam Aidil Adha semua.
Selamat hari raya korban.
Apa yang anda semua korbankan tahun ini?


Ini muka lepas balik solat raya dan dapat kek comel. Gila kan?

Mungkin kurang jelas apa yang aku sedang pegang dengan muka teruja amat itu. Tidak mengapa, aku pinjamkan gambar dari Mukabuku tukang buatnya yang comel memakai baju Melayu merah di pagi raya. Seperti yang dijangka, walaupun sudah berkawan selama 12 tahun, belum pernah ada gambar kami bersama. Aneh bukan? Senyum.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs495.ash2/76795_464918759641_666399641_5298014_6745103_n.jpg
[Gambar : Ambil dari Mukabuku Chef Zam Akmal Zach Max)

Nampak sedap?
Hakikatnya memang sedap wahai kawan-kawan pembaca Dunia Sebelah Zara sekalian.


Ini yang aku beli, ada sesiapa teruja nak satu? Ni kek wahai kawan-kawan.

Pengorbanan.
Aku percaya setiap daripada kita ada membuat pengorbanan masing-masing. Mungkin tidak sama di bahagian apa, tetapi yang pastinya mesti ada sesuatu tidak kira wang ringgit, masa, kehidupan dan sebagainya. Berbual dengan seorang kawan, membuatkan aku tahu, dia melalui pengorbanan yang bukan sedikit.

Kawan : Tahun ni korban lembu lagi Zara?
Aku : Alhamdulillah, ada.
Kawan : Buat di Kemboja lagi?
Aku : Tidak. Kali ni di kampung sendiri sebab Mak ajak masuk kumpulan dia.
Kawan : Oh, raya mana?
Aku : Rumah. Macam biasa.
Kawan : Aku macam biasa, raya di hotel lagi.
Aku : Tak nak raya rumah aku?
Kawan : Segan aku.
Aku : Apa yang nak disegankan?
Kawan : Ini masa dengan keluarga.
Aku : Alahai. tiada salah pun.
Kawan : Aku ada keluarga, cuma belum masanya mereka dapat terima aku.
Aku : Aku tahu kau berusaha, dan aku yakin kau akan berjaya.
Kawan : Nanti Krismas aku datang jumpa mereka. Buat tak tahu sahaja.
Aku : Bagus, tunjukkan akhlak yang baik dari agama kita.
Kawan : Aku faham.

Bila berhadapan dengan keluarga, acapkali berhadapan dengan dilema antara agama dan keluarga. Kawan aku memilih agama sebagai yang pertama dan berusaha meletakkan keluarga sama penting dan dekat pada dia. Aku cuma berharap dia berjaya menikmati kasih sayang keluarga (kasihan dia terpaksa berselindung di hotel ataupun mana-mana tempat tertutup untuk bertemu ibunya)

Doakan dia ya?

Nota Kaki :
1. Tahun ini juadahnya nasi ayam.
2. Hantar juga juadah itu pada chef yang buat kek aku ini. Senyum.
3. Bakal bertemu dengan datuk saudara dan sepupu-sepupu Abah yang datang dari Mekah, Madinah dan Jeddah selepas ini. Ah, aku tidak bisa bicara bahasa Arab!

Zara : Kesihatan aku terjejas sedikit hari ini. Doakan aku cepat sembuh ya? Esok petang aku harus melapor diri menghadiri kursus pula. Raya kedua dah mula kerja semula. Senyum.