Showing posts with label Buang Bayi. Show all posts
Showing posts with label Buang Bayi. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Orang Buang Bayi Kalah Orang Buang Sampah - Isu Moral, Agama Dan Kemanusiaan Tiada Harga?


Salam semua.
Hanya mahu menulis sedikit tentang perbualan aku bersama dengan seorang teman maya bernama Danielle Corleone. Beliau merupakan seorang penulis aliran indie dan sudah masuk ke bidang utama (baca : mainstream) secara perlahan-lahan. Mengagumi penulisan dia dan tidak sangka dapat menjadi teman berbual walaupun sekadar di depan komputer riba. Harap dapat menulis bersama dengan dia suatu hari nanti.


Aku sentiasa rasa gambar ini amat bersemangat.

Soalan dari aku.
Apa pendapat kau tentang orang yang suka buang bayi ni? Aku tengok cara orang buang kalah buang sampah. Main baling-baling, bakar-bakar. (Sedangkan kita buang sampah pun di dalam tong sampah dan tidak merata-rata)

Jawapan beliau.
Ini isu besar.
Ini bukan setakat isu moral. Ini isu kemanusiaan.
Bagi aku, kalau dari segi kesalahan agama dan moral, orang yang membuang bayi sudah melakukan dua kesalahan. Berzina dan membunuh. 'Double salvo' orang putih cakap. Ceh. Macam 'power' pula gua ni.

Sebenarnya Zara, isu ini tidak boleh diselesaikan tetapi boleh dibendung untuk mengelak daripada berulang semula. Aku nak kau buat pemerhatian, waktu puncak kes-kes buang bayi adalah antara bulan Jun hingga Oktober. Cuba kau kira balik maksimum sembilan hingga tujuh bulan ke belakang, pembunuh-pembunuh ni mengandung pada bulan 12, 1 dan 2.

Kau cuba tengok masa bulan-bulan itu ada sambutan Krismas, Tahun Baru dan hari kekasih (baca : Valentine Day). Ini memang akan berlaku. Aku pun tak nak cakap lebih-lebih. Aku bukan bagus sangat kan, tapi ini realiti. Kalau dah terlajak jangan nak membuat kesalahan kedua pula.

Soalan daripada aku.
Aku pelik.
Adakah kita kempen, semakin menggalakkan benda ni? Kita sediakan tempat letak bayi, orang letak. Kita buat kempen bagai, orang makin melacak, makin bersungguh buang bayi dengan cara yg kita tak boleh fikir langsung. Semalam punya, sebelum keluar kat tivi, aku dah tengk kat blog Mazidul gambar bayi kat tepi kolej SEGI, buat aku rasa, hinanya manusia yang buat perangai camtu buang, baling bayi hidup. Ada najis kat tuala (baca :towel) tu, adakah sebab sakit sangat akibat terjatuh sampai terkeluar tahi? T___T

Jawapan dari beliau.
Hmm. Benda-benda ni nak selesai bukan bila dah jadi. Selesai masa-masa budak-budak masih kecik lagi. Sex is not only for pleasure.

Aku.
Itu tanggungjawab. Orang kata ajar pendidikan seks kat sekolah. Aku tak caya.

Beliau.
Aku setuju. Hehehe.

Aku.
Aku sukarela (baca : volunteer) nak ajar.

Beliau.
Untuk jelaskan pada orang dengan cara moral dan agama, apa itu seks.

Aku.
Dan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam ada menyarankan agar budak-budak ini berkahwin. Bagus ke? Aku rasa ada kebaikan dan kelemahannya.

Beliau.
Kalau dah pandai buat seks tapi tak paham makna institusi perkahwinan hancur juga.

Aku.
Jadi, apa yang perlu dibuat agaknya?

Beliau.
Aku pun buntu.

Aku.
Manusia semakin pelik.

Perbualan kami hanya terberhenti setakat itu sahaja. Tetapi, banyak yang aku dapat walaupun perbualan itu sekelumit bicara. Aku pernah menulis isu buang bayi sebelum ini. Benci untuk mengulas lebih lanjut pastinya, cuma aku melihat perkara ini seperti tiada noktah penghujungnya. Berleluasa dan manusia semakin ganas menuruti segala nafsu serakah.

Zara : Adakah kita perlu melalui satu demi satu ujian untuk menyedari kesilapan yang semakin menimbun di atas muka bumi ini? Perubahan cuaca yang mendadak sudah terlampau cukup buat aku. Tidak sanggup melihat lebih daripada itu.

Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37]

Friday, May 28, 2010

Lepas 9 Bulan Kau Tanam Dalam Lubang Tanah Pula Ya?


Salam semua.
Maaf jika kalian baca tajuk yang penuh emosi.
Ampun jika ada yang terasa hati.
Ini cuma luahan aku yang tidak mampu mengekang dengan tangan sendiri.
Hanya dapat menulis, manahan sebak melihat dunia yang semakin hilang harga diri.



Malaysia terlampau banyak musim.
Ya, ada musim buah-buahan.
Kau boleh jumpa pelbagai jenis - namakan sahaja, durian, rambutan, manggis dan banyak lagi.
Ya, ada musim membaca.
Maka, ada sahaja orang membaca di sana sini, mengendong buku walaupun hakikatnya sentiasa perlu.
Ya, ada musim perayaan.
Pelbagai kaum, agama dan bangsa merayakan perayaan mengikut fahaman masing-masing dan berkongsi rasa.
Musim membuang bayi.
Eh, sana sini orang buang bayi.

Kita buat sama-sama, seronok sama-sama, risiko belakang cerita.
Apa nak buat?
Dah terlanjur bersama. Bukan saya nak, tapi dia paksa.
Eh, saya tak paksa, dia yang rela.
Sekejap, itu belakang cerita.
Yang penting, apa kita panggil ini ya?
Zina bukan?

Orang lain buat, tapi perut tak membulat.
Oh, fikir begitu ke?
Kalau kemaruk sangat, kamu pergi layarkan imaginasi liar sendiri.
Kalau masih tidak dapat menahan, banyak lagi sumber memuaskan nafsu sendiri.
Tapi awas, kau duduk sendiri, hanya kau dan diri kau.

Mana puas, nak dengan dia yang merajai minda!
Kalau terlalu menginginkan, pergilah berkahwin dengan pasangan yang kamu sangat cintai.
Pergi!
Buat dengan cara yang halal, dapatkan nikmat yang halal.
Jangan ikut pemikiran dangkal.

Eh, kau boleh kata, ini bukan urusan kau perempuan.
Tapi kau silap, ini memang urusan aku.
Sebab aku masih seorang manusia yang ada sifat belas kemanusiaan.
Itu nikmat sejagat yang manusia waras ada dan jaga.

Benih yang awak tabur di tanah yang subur mula keluarkan pucuk. Bagaimana ni?
Awak, kita kahwin.
Eh, macam mana nak kahwin, tiada duit lagi.
Habis, nak tutup macam mana ni?
Kita buang, awak goncangkan, bagi pucuk itu jatuh.
Eh, awak, ini bukan pokok. Kita gugurkan sahaja.
Gugur juga perlu duit.

Kau simpan sebab kau sayang?
Bagus.
Kau simpan sebab kau tiada duit mahu buang?
Apa aku patut panggil agaknya.
Kau simpan sebab kau nak buang bila dah sempurna?
Awas.

Eh, dah lahir. Mana nak letak ni, siapa nak jaga?
Letak atas tangga masjid sebelum waktu Subuh.
Kenapa?
Nanti ada Pak Imam datang, dia ambil.
Pak Imam dan jemaah berlari-lari terkejut. Telefon polis, telefon media.
Berita jam 7.30 pagi keluar muka dia.

Letak dalam kain, letak depan rumah orang.
Eh, boleh ke?
Nanti orang tu bangun pagi, dia nampak bayi kita.
Selamat sedikit kan?
Cuba kalau orang tu lambat bangun?
Eh, setakat kena hurung semut, takde apa-apa punya.
Celaka!

Kita lempar dalam tong sampah.
Eh, nanti sakit dia.
Eh, awak nak jaga?
Tak mahu.
Jom, kita buang sama-sama.

Lecehlah.
Kenapa?
Dah macam-macam orang buat nak buang bayi.
Kita guna cara lain.
Tanam dalam lubang tanah.

Manusia, sudah kembali ke zaman jahiliah?
Itu dulu pun, orang cuma tanam bayi perempuan.
Kau?

Tanah dalam lubang tanah.
Letak macam kebumi jenazah.
Digilas kereta api hinggan memercik darah merah.
Ah, kau tak rasa ia mengundang amarah?

Bagi kondom, pil perancang secara percuma.
Bagus cadangan itu. Tapi akan berkesankah?
Betul orang akan tersedar dan tidak akan melakukan perkara mungkar itu lagi?
Pasti?

Pendidikan seks di sekolah.
Bagus juga. Tetapi bersediakah kita?
Masyarakat kita boleh menerima?

Kahwin sahajalah.
Itu cara terbaik.
Tapi kalau manusia itu suka sama suka hanya sebab nafsu serakah, adakah perkahwinan jalan paling bagus untuk mereka? 
Kalau tukar pasangan itu kegemaran bagai menukar baju adakah mampu dibendung masalah itu?
Fikir dan fikir.

Doa, agar mereka berubah.
Ah Zara, memang selemah-lemah iman kau wahai perempuan.
Biar lemah, tapi aku menegur juga.
Aku pesan pada anak murid aku.
Aku ingatkan pada teman-teman.
Juga pada diri sendiri.

Nah, aku tidak akan bicarakan tentang soal agama. Aku mungkin kurang arif dalam hal itu. Tapi aku tahu sesuatu. Kau juga tahu sesuatu. Kita punya Allah Yang Satu. Setiap apa yang kau buat, pasti akan ada pembalasannya. Itu hakikatnya.

Kalaulah kau tahu apa perasaan setiap kali menyelak surat khabar dan membaca mengenai ini.
Kalaulah kau tahu setiap kali menonton berita dan terpampang ini, berapa banyak sumpah dan caci.
Kalaulah kau tahu, berapa ramai manusia yang tak punya zuriat sendiri mahukan bayi.
Kalaulah kau tahu dan mengerti.
Tapi tidak, kau lebih rela ikut kata hati.
Kau biarkan nafsu merajai.
Lebih hebat dan tidak bertepi.

Nota Kaki :
1. Ya, ini memang penuh emosi.
2. Banyak lagi yang mahu ditulis tetapi masa mencemburui.
3. Legasi Cinta Alisia Bab 24 sudah boleh dilayari sekarang.

Zara :  Jangan menakutkan aku dengan pesanan yang bikin jiwa aku berdetak kencang hingga hampir nanar fikiran. Aku masih perlu kau. Sentiasa. Dan aku tetap akan pegang dan ingat pesanan kau. "Aku cinta kau sampai mati"

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei