Monday, March 24, 2014

Kawal Gila.


Disebabkan kami masih lagi hidup berdua, kehidupan kami lebih kepada pagi keluar pergi kerja - petang balik semula ke teratak kecil bilik tiga - malam dihabiskan dengan berbual segala benda yang terjadi di tempat kerja. Barangkali sebab kehidupan kami dari sebelum kahwin sehinggalah sekarang begitulah coraknya, jadi kawan baik kami (yang tidak dapat dipisahkan) dari dulu sampai sekarang memanglah buku dan Internet.

Dasar.

Jadi, selepas menghadiri majlis kahwin seorang kenalan di Shah Alam, kami menuju ke Big Bad Box Sale di MIECC. Dengan niat nak beli dua novel terbaru FIXI, kami terjebak dengan kotak Big Bad Box yang berharga RM 99.90. Perlahan-lahan di tengah-tengah orang lain bagaikan memunggah segala jenis buku, kami tenang-tenang pergi ke kawasan yang kami dah fikirkan masa pusing-pusing tengok keadaan buku.

Pilih - letak dalam kotak - susun elok - tutup kotak - bawa balik.

http://distilleryimage5.ak.instagram.com/c531f7f6b1a111e3b22c1241d1e00121_8.jpg
Instagram Aku

Hujung minggu aku, selain daripada berusaha buat kerja sekolah, menguruskan rumah, pergi majlis kahwin, aku mulakan aktiviti membaca yang semakin lama semakin lambat (disebabkan suasana tempat kerja baru yang aku belum biasa lagi).

Malam tadi, selepas habis dua novel terbaru FIXI aku selesaikan, aku mula capai buku lain dalam kotak #BigBadBoxSale yang kami angkut dari MIECC. Suami aku pandang aku. Dia senyum dan usap kepala aku. Dia cakap :

"Jangan baca buku laju sangat. Habis buku sekotak tu awak kerjakan nanti kurang seminggu ni. Slow2 baca."

Ha ha ha.
Baiklah suami.
Saya cuba kawal gila saya.

Lord Zara : Aku ada jumpa satu buku yang menarik sewaktu di BBBS ni. Sesuai dengan keadaan diri ketika ini. Hahaha.

6 comments:

Unknown said...

haaa...kan dah kena usap kepala. haha! ko mmg speedy ulat buku

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahaha.
Kimi pun tahu aku speedy :D

piNky LuCiA said...

Aku sula betul kalau suami usap kepala. Rasa macam dia sayang gile.. hihi.
Teringin nak pergi jualan buku tu. tapi jauh sangat. Harap lain kali dapat pegi. tanpa ada halangan. hehe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Moga2 ada kesempatan buat awak nanti :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

gila membaca tak mengapa...
itu dikira gila yang baik...ehehe...:D

Nurul Ikhwan said...

besttttnye cikgu.
bnyak buku dapat :D

@ikhwan_e