Selamat datang ke sudut pembacaan.
Selamat datang kepada permainan.
Selamat membaca kepada semua teman.
Yang sudah memiliki BOLA harapnya tekun tanpa angkat pandangan.
Alhamdulillah.
Sekali lagi diberikan peluang untuk menulis bersama FIXI selepas KOPI - aku kembali bersama barisan 19 penulis lagi di dalam BOLA. Ya, aku terselit di antara mereka yang hebat dalam penulisan - bahkan mereka yang sudah mempunyai novel sendiri. Dan aku, hanya punya antologi dan blog sebegini rupa. Kerdil rasa tapi aku bangga mempunyai ruang menulis.
[Sumber gambar : Laman sesawang Fixi. Boleh tempah di sini] |
Dari laman Mukabuku BOLA :
BOLA ialah kumpulan 19 cerpen Fixi yang diilhamkan oleh permainan yang adiktif ini. Ada hantaran lambung yang cantik, ada larian solo yang menggamit memori, dan sudah pasti ada bentesan keras yang layak dilayangkan kad merah.
Buku ini dicetak hanya sekali pada September 2012 dan 1,500 keping dihasilkan. Ia tidak akan dijual di kedai-kedai buku tapi hanya online di fixi.com.my (dan Amazon.com untuk pembaca oversi) dan di events seperti pesta buku.
Buku ini dicetak hanya sekali pada September 2012 dan 1,500 keping dihasilkan. Ia tidak akan dijual di kedai-kedai buku tapi hanya online di fixi.com.my (dan Amazon.com untuk pembaca oversi) dan di events seperti pesta buku.
Kalau/bila buku ni habis dijual, kami harap ia akan masuk pasaran gelap.
19 cerpen:
10 LANGKAH - Adib Zaini
RODONG - Hasrul Rizwan
LIGA MANDREM - Dayang Noor
DIARI- Raja Faisal
SESAAT KE GAWANG - Faizal Sulaiman
BOLA API - Arif Zulkifli
SATU SAMA - Asyraf Bakti
MENJADI TUHAN - Fikri Misti
BURGER BOLA SPECIAL - Hani Amira Suraya
RUSDI, PEMAIN SIMPANAN SK PARIT KERING - Mim Jamil
KEYCHAIN BOLA BERBAJU PINK - Zulaikha Sizarifalina Ali
AKU BOOKIE BOLASEPAK - Nama Nami
JERSI BOLA 7 - Shafaza Zara Syed Yusof
OLEH BIR DAN BOLA- Mohd Azmen
MISI BOLA GILA - Julie Anne
BUKAN SEBAB BOLA - Nadia Khan
AKU YANG KEGERSANGAN - Syaihan Syafiq
SEPAK BOLA - Ridwan Saidi
BAHLUL VS BEAUTIFUL - Shaz Johar
19 cerpen:
10 LANGKAH - Adib Zaini
RODONG - Hasrul Rizwan
LIGA MANDREM - Dayang Noor
DIARI- Raja Faisal
SESAAT KE GAWANG - Faizal Sulaiman
BOLA API - Arif Zulkifli
SATU SAMA - Asyraf Bakti
MENJADI TUHAN - Fikri Misti
BURGER BOLA SPECIAL - Hani Amira Suraya
RUSDI, PEMAIN SIMPANAN SK PARIT KERING - Mim Jamil
KEYCHAIN BOLA BERBAJU PINK - Zulaikha Sizarifalina Ali
AKU BOOKIE BOLASEPAK - Nama Nami
JERSI BOLA 7 - Shafaza Zara Syed Yusof
OLEH BIR DAN BOLA- Mohd Azmen
MISI BOLA GILA - Julie Anne
BUKAN SEBAB BOLA - Nadia Khan
AKU YANG KEGERSANGAN - Syaihan Syafiq
SEPAK BOLA - Ridwan Saidi
BAHLUL VS BEAUTIFUL - Shaz Johar
[Muka pertama tulisan aku yang boleh dibaca dengan jelas di sini] |
Seperti juga KOPI, tatkala ramai orang yang sudah mula menikmati naskah BOLA, aku masih lagi menunggu bila agaknya tarikh pelancarannya supaya aku boleh memegang sendiri dan mengumpul tandatangan penulis lain. Moga sahaja punya kesempatan itu nanti. Jadi, aku dilemparkan dengan beberapa persoalan tentang tulisan Jersi Nombor 7. Mari aku senaraikan fakta tentang cerpen tersebut.
01. Jersi nombor 7 diambil daripada nombor kegemaran aku.
02. Nama watak dalam cerpen ini adalah mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Ya, mereka wujud di luar sana.
03. Hanya ada satu nama perempuan yang benar wujud dalam cerita itu dan hanya ada satu lelaki yang pernah menemui dia.
04. Nama watak lelaki adalah biasa kali ini - barangkali kerana mereka manusia yang wujud atas dunia.
05. Tiada unsur cinta (barangkali)
06. Tulisan dalam cerpen ini adalah sesuatu yang lain daripada yang aku pernah cuba sebelum ini.
07. Kereta Myvi hitam dipilih sebab ya, kalian tahu kalian pembaca blog aku.
08. Ada unsur Twitter juga.
Itu sahaja barangkali yang mampu aku kongsi. Yang selebihnya, dipersilakan beli dan baca, Seperti KOPI juga, BOLA hanya ada 1500 naskah sahaja dan dijual di acara-acara ataupun atas talian semata. Tidak boleh didapati di mana-mana kedai buku atau toko kitab. Ya, tiada.
[Sumber gambar : Laman peminat Bola di Mukabuku] |
Jadi, itu sahaja.
Nota Kaki : HERO masuk surat khabar Utusan Malaysia!
7 comments:
huntonglaaa....
(terus semunyik blakang langsir)
Amazon.com?
ko serius?
@shandye :
Hello!
Anda lagi untunglah.
(sediakan coklat panas)
@ firdaus.9898 :
Itu kena tanya FIXI.
Ya memang ada kalau ikut sejarah mereka.
Kau kat Bangladesh lama lagi eh?
:D
x tau lagi bila bleh blk. silap2 x blk mengundi pun. (mendalam maksud ayat ni dan ada political satire di situ)
kopi fixi ada lg dlm amazon (limited availability). bola antologi cerpen x de. mungkin blum masuk. next week ada la tu kot.
tapi klu kt mesia better beli direct ngan fixi. so far fixi n lejenpress laju wat keje. (ayat promote)
baru je pesan buku bola tengah hari tadi dekat on9...
tapi saya beli under pakej 6-pax...
still boleh terima kan?
risau gak coz bolakan edisi khas...
zara,
kene order online ye... beli dgn zara je bole tak
Post a Comment