Tuesday, May 26, 2009

Mulai Semalam Jadual Hidup Aku Berubah Lagi...


Semalam 25 Mei 2009.
Mulai semalam, semuanya berubah.
Berubah secara tiba-tiba.

Satu panggilan telefon yang aku terima tatkala menggunakan perkhidmatan jalur lebar di Pusat Internet Desa merubah hari aku.
Membuka lembaran baru dalam hidup seorang gadis.
Panggilan yang buat aku menunggang motor 100 km/j.

Semalam.
Hari ini dan seterusnya.
Jadual hidup aku adalah seperti ini.

5.45 pagi.
Bangun pagi, Solat Subuh.

6.00 pagi.
Perkhidmatan kepada keluarga bermula.
Sarapan.
Bekalan buat adik-adik.
Memenuhkan botol adik bongsu dengan air kegemaran dia.
Mencuci pinggan mangkuk sementara menunggu mesin basuh berpusing-pusing.

7.00 hingga 10.00 pagi.
Kunci pintu rumah.

Operasi mengemas rumah bermula.
Dari depan ke belakang.
Bantal-bantal.
Surat khabar.
Buku-buku.
Disusun di rak-rak tertentu.

Sediakan minum pagi buat pekerja binaan di rumah.

Baju disidai di ampaian.
Beri kucing makan.
Sediakan bahan untuk memasak.

Memasak makan tengah hari.
Dari menu utama hingga ke penyediaan menu sampingan.
2 hingga 3 lauk untuk santapan seisi rumah.
8 orang di bawah satu bumbung.

10.00 -11.30 pagi.
Sesi mengemas bilik sendiri dan menjaga kaktus peribadi.
Perlukan matahari dan air secukupnya.

Gosok baju dan kemas beg untuk ke tempat kerja.

Menyudahkan kerja-kerja yang di amanahkan.
Oleh Abah dan Emak.

11.40 pagi.
Berangkat ke tempat kerja.
Membawa kenderaan persendirian.

12.30 tengah hari.
Sesi pekerjaan bermula.

6.40 petang.
Sesi pekerjaan tamat.

6.45 petang.
Bertolak pulang.

Siapa aku sekarang?
Pemandu pelancong?
Pelayan restoran?

Bukan.
Aku seorang guru ganti.
Mengganti guru bersalin.

Dari Kimia dan Matematik aku kini menukar identiti buat sementara waktu.
Kemahiran Hidup.
Ekonomi Rumah Tangga dan Perdagangan.
Pendidikan Seni Visual.
Kelas Peralihan, Tingkatan 1 dan 2.

…dan aku juga merupakan guru kelas.

Nota : Hari ini aku ke sekolah lebih awal untuk menemui Pengetua.

17 comments:

Unknown said...

selamat pagi cekgu...


hehehhehehehe

makin bz la kehidupan zara pehni.

farah said...

waa, dah jadi cikgu ganti yer sayang..

:)

Puan Ninie said...

waaaaaaa
selamat pagi cikgu!!!

;p

k.e.r.i. said...

tak sabo2 nak jadi cikgu ko ye.

leadleedeea said...

waaaa jadik cekgu yek skang? mesti bz kan? mcm tu laaa life sorang guru..all da best zara dear..ader probs share wit me k?

leadleedeea said...

waaaa jadik cekgu yek skang? mesti bz kan? mcm tu laaa life sorang guru..all da best zara dear..ader probs share wit me k?

sharamli said...

rugi ari guru dh lepas..kal0 x..msti dpt adiah

Unknown said...

nih memang bapak borek anak rintik. mana tumpahnya kuah kalau x ke nasi. hah, aku dah bagi peribahasa cukup banyak dah. ada lagi? melentur buluh biar dari rebungnya? salah tuh. melentur buluh untuk wat layang2. baru ngam.

attyfir said...

oh dah jdk cikgu ye..salam cikgu..

FARYN said...

aku rendu ngan kaseh sayang ko..
huhuhuhuhu

Atiqah Adnan said...

semOga kamu sentiasa sihat dan diberikan kesihatan yang baik sayang..

jaga diri k...

Hidup KOKA said...

asyik berubah aje....

Anonymous said...

da jdk guru kelas~
mst adventure..
wish u best of lux =D

Kapten Luffy said...

cikgu!

kami sayang kamu

en_me said...

masyukkk tewww.. salammm zara

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

hai cikgu!!
jangan nakal2 dengan anak murid ok!
:)

Adry said...

hahaha... memang busy... sabar sabar...


Adry @ http://www.adrysabry.com