Salam Ramadhan buat awak pemilik rusuk kiri.
Ya, pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi ini.
Awak yang masih belum saya temui walaupun sudah mencari dan kecewa beberapa kali.
Tidak, itu sebahagian daripada nikmat duniawi.
Ujian dan cabaran buat diri.
Dalam menyempurnakan misi.
| [Sumber Gambar] | Tumblr Aku |
Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi ini.
Tidak, saya tidak akan gunakan sistem GPS untuk mencari.
Alangkah Empat Segiempat (baca : Foursquare) juga boleh dimanipulasi.
Inikan pula sistem yang dibina manusia berasaskan teknologi.
Saya lebih rela guna kompas dan protaktor, ala yang bentuk separa bulat begini.
Eh, awak tak mengerti?
Tapi itulah pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Saya ada satu sifat yang sendiri pun kurang pasti.
Perasaan memiliki dan ingin dimiliki belum hadir sepenuh hati.
Pernah muncul sekali, tapi bila musnah, saya sudah hilang diri.
Hati sudah disakiti.
Ruang atma sudah dikhianati.
Akhirnya, saya sendiri undur diri.
Biarkan manusia lain jadi permaisuri.
Relakan sang putera bersama sang puteri.
Dan saya menjadi penyimpan mimpi.
Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Ramadhan kali ini sayu sekali.
Sayu kerana saya melaluinya dengan perasaan yang tidak enak - rasa sedikit keji.
Tidak, ini saya rasa sendiri.
Tidak ada kena mengena dengan air di kali.
Eh, ini bukan sawah bendang mahu ada ikan keli.
Ah, kacau begini.
Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Awak dah solat hari ini?
[Ambil protaktor dan kompas letak di sisi]
Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Saya mahu pergi menunaikan terawikh malam ini.
Awak dah pakai kain pelikat dan songkok, mahu ikut sekali?
Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Sudahkah awak bersahur dan bersedia menunaikan solat Subuh pagi ini?
Selepas ini perlu pergi bekerja mencari rezeki.
| [Sumber Gambar] | Tumblr |
Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Satu sahaja permintaan saya kali ini.
Kalau ada tersimpul benang ikatan yang dinamakan jodoh suatu hari nanti.
Sila jangan bunuh jantung saga - segumpal darah bernama hati.
Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Kalau ada pertemuan hatta di dalam mimpi.
Satu harapan saya, awak jangan pergi.
Kekallah di sisi.
Walau hanya satu ilusi.
Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Izinkan saya menggelar awak sebagai pemilik rusuk kiri.
Sebelum saat awak muncul dan bergelar suami.
Nota Kaki :
1. Semua ayat diakhiri dengan huruf "I".
2. Hati yang kecewa sebenarnya merupakan kesilapan sendiri.
3. Kesibukan melanda melaksanakan tugasan hakiki.
Zara : Cinta adalah tetamu yang selalu datang tanpa undangan tapi kepergiannya tidak pernah diharapkan oleh sesiapa yang menghargai dengan sepenuh hati. (Shafaza Zara, 5 Ogos 2011)
puitisnye kak! hehe
ReplyDeletemungkin bekas pemilik rusuk kiri kamu bukan yang terbaik padahal kamu merasakan dia terbaik,pada Allah dia hanya cebisan terbaik untuk kamu.
ReplyDeleteMungkin Allah x mahu kamu bersama bekas pemilik rusuk kiri pada ramadhan ini kerana khuatir kamu akan terlentok layu dalam kuasa pujukan nafsu.
Itu sebab DIA beri kamu bersendiri buat masa ini untuk memberi kamu merasai kebebasan dan yang pasti calon terbaik akan muncul.
insya'Allah akan muncul jua si pemilik rusuk kiri =)
ReplyDeleteSalam Zara,
ReplyDeleteTersentuh dengan luahan rasa ini.
Akak doakan semoga pemilik tulang rusuk kiri itu hadir dan menyemai benih cinta dibumi Zara. Insya Allah.
Wanie
Situasi yang sama melanda diri,
ReplyDeletemoga ketemu cinta sejati,
pengikat hati,
peneman sepi.
eh..komen ke ni? hehe
:')
ReplyDeletejangan jadi penyimpan mimpi
ReplyDeletemelihat sana sini sang permaisuri
kadang jiwa harus berani
agar mimpi jadi realiti
usah dibayangi
usah ditakuti
luka lama di memori
luka lama di hati
kerana masa pasti menemani
juga mengobati
segala sakiti
segala benci berbaki
@kembatolo™
ReplyDeletehahaha.
ye ke?
segan kakak~
@EE
ReplyDeleteMungkin juga DIA tidak mahu saya kenal terlebih dahulu siapa pemilik rusuk kiri memandangkan ada banyak lagi urusan yang perlu saya penuhi.
@Khumaera Ismail aka Habibi Hamid
ReplyDeleteAMIN.
Moga2~
@Wanie
ReplyDeleteTerima kasih kak.
:')
@y u y u Z u l a i k h a
ReplyDeleteWow!
The famous Yuyu Zulaikha!
@Sharifah Fauziana
ReplyDeletehahaha.
mana aku tau Dara >
@maksu zerra
ReplyDeleteXD
@kueh bakar
ReplyDeletedan ketahuilah kadangkala lebih baik meyimpan mimpi.
Jika mimpi itu membawa kemudaratan kepada hati.
semoga cpt di ketemukan tulang rusuk kiri..:) amin
ReplyDeletePemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
ReplyDeleteIzinkan saya menggelar awak sebagai pemilik rusuk kiri.
Sebelum saat awak muncul dan bergelar suami.
indahnye ayat nie.suke
sweet. :')
ReplyDeleteinsyaallah satu hari nanti.. :)
ReplyDeleteaminnn....
Rusuk kiri where r u???
ReplyDeleteso sweettt dear ^o^
ReplyDeleteyakin pada janji Tuhan...semoga bertemu ngn pemilik rusuk kiri yg soleh..amin~
luv u~
selamat berbuka puasa jap lagik
semoga berjumpa rusuk kiri yang sempurna...:)
ReplyDeleteSAYA SUKA ENTRY NI... :) tulis la lagi pasal pemilik rusuk kiri..
ReplyDeletesebab kite same je..
sedang menjejaki dan memikirkan.. siapakah pemilik rusuk kiri itu...
Naiss. susunan aksara bertingkat yang membentuk sebuah puisi senada. Totally naiss!
ReplyDeletenice..sungguh puitis..izinkan share yer...
ReplyDeletepuitis, indah dan sayu semuanya menjadi satu dalam puiti ini..sgt BEST!..:)
ReplyDeletesama seperti sy yang sedang mencari tulang rusuk kiri entah di mana berada..:')
hurm.. sy tak pndai PUISI tapi layan je..
ReplyDeletemoga2 rusuk yang dijumpai itu bersalut dengan kehebatan dunia akhirat.. ^.^
pada semua yang bermimpi,
ReplyDeletejgn biarkan hati menguasai diri,
segala kisah yang terjadi di bumi,
langit yang menjadi saksi,
hidup mahupun yang mati,
jelas adapun sembunyi,
itu semua ketentuan Yang Maha Tinggi...
your words just awesome
ReplyDeletejust make me fall in love to
and
hope u meet ur left ribs person :D