Pages

Saturday, April 23, 2011

10 Ciri Kononnya Perempuan Terakhir Dunia


Dah lama tak membalas penulisan orang lain.
Memandangkan hari ini ada sedikit waktu (walaupun ada tugasan terbengkalai), aku mahu curi masa membalas tulisan Ariff Shah tentang 10 Ciri Lelaki Bajet Malaya. Peringatan awal, ini tulisan santai. Kalau ada yang rasa nak tersentap atau apa sahaja, apa yang bakal kalian baca adalah hasil dari pemerhatian sekeliling serta penambahan dari tulisan Ariff Shah.

Gambar : Bukan lelaki sahaja yang merasakan dia jejaka terakhir, ada perempuan juga yang merasakan dia wanita terakhir yang wujud di muka bumi. Oh, sebelum terlupa, Selamat Hari Bumi semua!

1. Kalau depan kawan-kawan perempuan, cakap lepas laku - tapi bila depan lelaki, tiba-tiba jadi manusia paling ayu sambil meliuk lentok bagai.

Kalau aku nampak yang jenis sebegini, memang akan jadi bahan. Kalau aku tak bahankan depan, aku bahankan secara sinikal bila manusia begini mula bercakap dengan aku. Dengan aku nak lepas laku? Lepaskanlah sebab aku jenis menerima. Tapi kalau kau dah melampau, tak ingat diri punya, memanglah kau tahu betapa susahnya belajar astronomi, geologi dan sebagainya. Sebab apa? Kau ingat senang nak ukur langit tinggi ke rendah?

Dan meliuk lentok bagai adalah intrepretasi bagaimana haiwan betina memikat haiwan jantan. Tak percaya? Kau boleh tengok sendiri dalam pelbagai jenis dokumentari. Lebih-lebih lagi kalau sebelum itu kau sembur minyak wangi sebaldi.

2. Kalau bercakap sesama kelompok, mesti nak guna bahasa pelik. Bila orang tengok, kau pula mencebik jelik. Orang kata kau gedik, kau kata apahal pakcik, makcik? Padahal bahasa angkasa lepas mana kau guna agaknya.

"Korang, korang (cakap dengan nada gedik), malam tadiiiiiiiiiiiiiiii kan, boipren kita bagitau yang kita ni cantiiikkk tau. Korang rasa camne eh?" (sambil ketawa mengilai2)

Nak muntah lupa letak baldi di mana.
Fuh!

Itu tidak termasuk dengan ejaan pelik yang digunakan kalau menulis pesanan di telefon genggam ataupun di laman sosial. Rasa macam nak tanya beberapa soalan seperti :
  • Awak tak sekolah ya dulu?
  • Awak memang suka dengan lebihan huruf W ya?
  • Awak ada kena penyakit sawan W yang lebih dikenali dengan sindrom WTH?
  • Awak dulu Bahasa Melayu mesti gagal kan?
  • Awak rasa tulisan awak tu mencerminkan otak awak ya?
  • Awak rasa comel tulis "kitewww, lettew" ya?

3. Gila nak betulkan rambut ataupun tudung sampai pantang tengok permukaan yang boleh ada pantulan. Sudu pun kau layan sebelum menyudu makanan.

Sejak zaman aku sekolah sampailah aku dah kerja sekarang ni, aku tengok ramai betul manusia begini. Tak salah nak kelihatan kemas, tapi kalau setiap lima minit kau jeling cermin ataupun pergi ke tandas dan belek tudung ataupun sikat rambut tak sudah-sudah, kegilaan apakah ini? Model perapi rambut pun tak sebegitu. Begitu tekun kalau yang menyikat rambut, sampai aku rasa nak tanya - "Sehari kena sikat berapa hari eh?"

Yang kalau dulu ada tudung bawal, mesti seronok tengok gadis-gadis yang asyik tiup tudung bagi tegak. Fuh! Fuh! Fuh! Kalau tiup, sambil tarik tudung ke belakang, ke depan. Nak bercakap pun tarik tudung bagai, rasa teringin betul nak rentapkan ke belakang dan ikat tudung ala-ala Pah Bedah. Comel ya? Sangat comel. Rasa macam susu cap junjung zaman kecil dahulu.

4. Selamba dan tidak kisah dengan pandangan orang lain memanglah bagus. Tapi perlukah sampai tahap selekeh tidak bertempat ataupun tidak memenuhi ciri-ciri tempat yang kau pergi?

Aku pernah tengok orang yang bertudung tapi pakai skirt pendek paras lutut dan sekadar baju yang menutupi banjaran di dada. Mula-mula aku ingat sekadar selendang untuk menutup kepala ala-ala di tepi pantai, tetapi apabila ada serkup kepala dan tudung siap ada pin bagai, aku terpaksa tutup mulut sendiri jangan ternganga. Dan menariknya, bukan di tepi pantai, tetapi di dalam pasar raya. Mungkinlah sekarang ini ada fesyen berani mati.

Dan gadis-gadis yang dengan selamba pakai seluar pendek bagai di luar rumah, aku malas mahu komentar apa-apa. Terpulanglah. Cuma, bukankah lebih baik pakai seluar panjang? Jeans ke apa ke. Tapi yang paling 'seronok' adalah apabila tengok gadis-gadis yang pakai seluar panas (baca : hot pants). Sayang, pakai seluar dalam sahaja keluar mesti lagi rasa berangin tau? 
Betul.

5. Kalau perempuan mesti kena ada benda merah jambu. Wajib, kalau tidak mesti rasa macam lelaki.

Oit!
Tak semestinya ya? Tak salah kalau nak ada barang warna jambu. Terpulang. Pakailah. Tapi kalau dari hujung rambut sampai hujung kaki warna merah jambu yang terang sampai orang terpaksa pakai cermin mata hitam untuk mengelakkan pancaran merah jambu yang menyinar, rasa untuk menampar adalah tinggi. Walaupun obses sekalipun, berpada boleh?

Aku pun ada barang merah jambu, tapi tidaklah sampai menjadikan merah jambu adalah segala-galanya. Ini tidak, kalau dah barang sendiri merah jambu, yang dibelikan untuk orang pun adalah benda merah jambu. Tidak kira lelaki atau perempuan, semuanya dipukul rata dengan alasan, "Hey, saya suka warna merah jambu ya? Kamu semua mesti ikut!"
Pang!

Gambar : Tiba-tiba rasa nak pitam. Boleh?

6. Riak dengan kulit licin bagaikan kulit telur. Bila keluar jerawat sebiji, terus hebahkan satu dunia dan rasa diri cukup hina dan hodoh.

Percayalah.
Kalau kau pernah jumpa manusia sebegini, keinginan kau untuk menampar orang adalah berkadar langsung dengan rengekan dia ada jerawat sebutir muncul. Terus takut kena buat pembedahan plastik kalau nanti jerawat akan tinggalkan kesan di wajah dan sebagainya. Belek muka dengan cermin adalah perkara wajib dengan jari kelingking melentik. Golongan sebegini biasanya tak cukup dengan cermin meja solek, atau cermin di alat solek - mereka perlukan cermin muka yang berukir macam cerita dongeng dulu-dulu. 

"Mirror, mirror on the wall, who's the fairest of all?"

Mesti nanti dapat epal beracun.
Tapi kalau dia ada barang berjenama Apple, mungkin juga boleh salurkan sedikit viral. Ala, kan dah zaman moden? Bagi epal beracun buat apa kan?
Ketawa keji.

7. Gila bergambar tak ingat dunia.

Perempuan dan lelaki memang suka bergambar. Aku pun suka bergambar, tapi aku percaya ada had. Setiap benda ada had kan? Dan kalau kau dari nak pakai baju apa pun kau ambil gambar sampailah kau tanggalkan semula baju itu dengan pelbagai gaya, sungguhlah buat orang lain pandang pelik. Satu nasihat, janganlah buat di tempat terbuka dan kalau nak buat juga, tidak perlulah sampai di muatnaik semua sekali gambar yang penuh dengan er, apa perkataan nak tulis ni, baiklah, gila.

Pipi kembung.
Muncung itik.
Jari silang di bibir.
Kenyit mata sebelah.
Buat tanda macam-macam di pipi.
Bulatkan mata.
Dan macam-macam lagi.

Buatlah kalau nak.
Tak halang.
Cakap je.

8. Buat muka sombong ala-ala diva bila naik kereta milik teman lelaki yang rambut sikat macam Justin Bieber. Ye lah, susah nak dapat jadi penumpang eh?

Perempuan begini biasanya kita akan panggil, golongan kurang selamat. Mungkin dia cuak naik kereta dengan teman lelaki ataupun baru lepas bergaduh, jadi muka dia sentiasa ketat kalau teman lelaki dia keluar dari kereta. Padahal sebelum teman lelaki keluar, punyalah bertepuk tampar bagai. Ala, awak ni, keluar sekejap, tiada siapa nak culik teman lelaki awak pun. 

Kalau teman lelaki bawa kereta menjalar, besar, mewah - makin hidung tinggi yang penumpang tepi. Berlagak macam bulan-bulan dia yang bayar (kalaulah dia bayar, ehem, jadi mak gula ke?). Berlagak tak kena tempat, nanti kalau penghawa dingin rosak, solekan cair, lagi sadis tahu? Tengoklah juga bumi yang ditinggalkan walaupun kedudukan awak dah tinggi melangit. Bukan apa, kalau rasa bagus sangat di atas, bila jatuh bedebuk, sakit sangat.

9. Sopan dengan lelaki yang kacak dan pandai (dan juga perempuan yang sama jenis sahaja). Yang kononnya tak mencapai tahap, sebelah mata pun tak pandang.

Eleh!
Sampai bila boleh hidup sedemikian rupa? Kau perlukan orang lain juga. Mana ada kawan-kawan yang hidung tinggi akan tolong kau bila tandas rumah kau rosak contohnya? Semua hidung tinggi, bau busuk terus masuk hidung laju-laju, muntah terbelahak, terpaksa kau panggil tukang baiki paip yang duduk di rumah kos rendah sana. Kau pandang orang baiki paip atas bawah macam pencuri, padahal, kalau tiada dia, rumah kau dha penuh dengan air busuk dari tangki simbah.

Nak bezakan kedudukan manusia?
Yang Maha Berkuasa pun tak pandang hambanya dari segi materialistik macam kau buat, apa kau lebih hebat dari Yang Maha Pencipta?
Aneh.

10. Cerita benda barang berjenama dan terkini dengan semua orang dengan niat untuk riak dan menunjuk yang kau lebih hebat dari mereka (kononnya).

Kau ingat orang melopong dengar kau cerita kau beli barang dari jenama pereka semua tu sebab mereka kagum dengan banyaknya duit kau? Eh, sebenarnya tak. Mereka pelik sebenarnya sebab duit gaji mereka lebih dari mampu beli itu semua, tapi tak pernah beritahu semua orang yang mereka beli barang lebih mahal dari yang kau ada. Hakikatnya kau kena ikat perut sepuluh bulan nak beli barang yang kau suka. Silap-silap ada pasang bapak gula (baca : sugardaddy) untuk taja hidup kau.

Ah!
Bahaya itu.

Gambar : Ada yang terasa sakit bila baca? Ala, balut dengan kain kasa nanti ya?

Macam aku kata tadi.
Ini santai dan saja-saja.
Noktah.

Nota Kaki :
Hujung minggu ini adalah untuk berikan perkhidmatan terbaik kepada keluarga. Si Udang Hijau bakal bepergian lagi, maka, mengambil hati adalah yang perlu dilakukan. Ini adalah kemahiran tahu?

Zara : Selamat ulang tahun buat seorang teman baik. Ya, aku anggap kau teman baik aku wahai si kambeng kering. Semoga kamu punya ulang tahun penuh bahagia ya? 

77 comments:

  1. zara, macamana pula dengan perempuan tak sedar diri sendiri yang salah, terus menerus menyalahkan orang lain dgn menyatakan dirinya teraniaya. Muntah disitu..

    ReplyDelete
  2. muke kite tahap penternak jerawat.. sedih okeh. hehe.

    ReplyDelete
  3. sangat setuju.. bajet je..
    harap2 diri ni tak termasuk dalam ciri2 tersebut..

    ReplyDelete
  4. @NaniE

    hahaha~
    itu mereka yang selalu rasa..."hey, kami perempuan yang lemah!"

    Pffft~

    ReplyDelete
  5. serius suka entry ni , tak minat merah jambu. hikhik :)

    ReplyDelete
  6. hehe tajam nye kata2.. tp the truth hurts kan..huu~ nice entry.. X penah bosan bc your coretan..huuU~

    ReplyDelete
  7. Tuuuhhh diiaa!
    Kata² pedas, mengancam dan terancam..
    Hahah!

    PojiePooh; Hanya Satu...

    ReplyDelete
  8. ok..abg suka entri ni....wiiiiii :)

    ReplyDelete
  9. like habis habisan laa entri ini wahai kakak zara..hahhaa...
    dari pandangan seorang wanita mengenai wanita2 lain..oyeahh..

    p/s:saya suka hitam.say no to pink.haha

    ReplyDelete
  10. kak zara, sangat betul. hihi suka penulisan kak zara dan kak zara juga (:

    ReplyDelete
  11. yang saya kurang berkenan

    badan kurus macam lidi...tapi still nampak diri tu gemok..!!gile ke orang macam ni...

    badan agak berisi ..kalau nampak makanan...macam orang tak makan setahun..bile habis 5 pinggan..komplen
    "OMG..i dah gemok la"..tapi mase melahap tak sedar pulak..

    alamak saya terkritik perempuan...saya lari dulu yaa!

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. lagi nak tambah yg ke-11..

    perempuan kurus yang melidi bila naik 1kg terasa dirinya terus obesiti!

    hauahuahua..nyampes mak tau! rasa nak sumbat2 lemak den kasi dia makan!hahahhaha

    ReplyDelete
  14. setuju la sis zara !
    cam gedik..
    pastu upload photo kat fb tu..1 album gambo die =.=
    pastu bile org puji..
    mula la ckp
    ''shaye tak shumel pun''
    aku yg nak tmuntah..
    adoii..
    xde ke pompuan yg normal..
    opss..aku normal lagi..

    ReplyDelete
  15. nice entry, at least dpt tau perspective from a gal point of view...huhu...ade kategori yg mmg pernah jupe..huhu....gal naik kete besar2 idung tinggi ea? xpernah terpk camtue..hmmm

    cheers

    ReplyDelete
  16. @idrosak/tokobakso

    orang2 camtu yang kita rasa nak bakor kan?

    kurus melidi tapi sentiasa rasa gemuk. baiklah, mungkin kolestrol dia tinggi~ LOL!

    ReplyDelete
  17. @fazizoue

    Orang2 yang camtu adalah nampak sangat mahu menunjuk. padahal, ada orang lagi best dari dorang tak buat camtu pun~ pffft~

    ReplyDelete
  18. @pilotHans

    Bukan semua.
    Cuma yang rasa diri mereka bagus sangat.

    ReplyDelete
  19. nk tambah skit..

    pompuan jenis cakap nk menang je..pantang tercuit skit nk menyinga....rasa nk bg penampau...huhu

    ReplyDelete
  20. Ya setujuuuuu sejuta sebilion.

    Perempuan tak pakai merah jambu pun takpeee. kan
    heh

    ReplyDelete
  21. mcm mn sy nak kata klu semua yg kak zara kata 100% btol?? hahaha

    p/s : ashraf muslim dh tunang. frust tgk dia btunang kat nasi lemak kopi o kol 0930 td.. sobsss

    permpuan yg baik utk lelaki yg baik xD

    ReplyDelete
  22. mcm mn sy nak kata klu semua yg kak zara kata 100% btol?? hahaha

    p/s : ashraf muslim dh tunang. frust tgk dia btunang kat nasi lemak kopi o kol 0930 td.. sobsss

    permpuan yg baik utk lelaki yg baik xD

    ReplyDelete
  23. zara, no. 1,8,10 setuju amat.
    siap menunjuk2 pakai red tab jeans. org lain designer gear tak bising pun. baru red tab masuk high street line da heboh 1 blog. -,-

    ReplyDelete
  24. hahaha... sebenarnya berlambak perempuan yang ada 10 ciri-ciri tu... kalau perempuan terakhir dunia mestilah hanya seorang yg wujud dlm dunia ni yg ada ciri-ciri tu...

    ReplyDelete
  25. dah lama jugak sy x komen, jdi silent reader sj...tpi entri ni terlalu terbaik, jadi sy kena komen!hehe..

    **pompuan yg bising bila tumbuh jerawat,mmg ramai..rsa nk tampo je..mcm la jerawat tu kanser ke hape..

    **pompuan yg bermuka ketat bila kuar dri keta bf, pon ramai..eleh, igt bf dia hensem?kot ye pon hensem, tak luak lah!

    ah, pendek kata tulisan zara yang ini benar2 mencerminkan sikap kebanyakan perempuan zaman ini..

    =)

    ReplyDelete
  26. @wanie m'nJ

    Takpe.
    Takde Ashraf Muslim, kita ada ramai lagi Muslim di luar sana~

    InsyaALLAH~

    ReplyDelete
  27. @hanjila

    Sebab ramai rasa diri merek adalah yang etrakhir di dunia~

    Walalla~

    ReplyDelete
  28. saya setuju dengan cik zara..especially sindrom "W" or "WTH" tu..keh3~ serius rasa nak bagi penampar sedas bila dapat mesej tulis 'aq lpew law..' what the......

    ReplyDelete
  29. i just wan 2 add.. antara perangai y aku cukup MENYAMPAH gile adalah apabila seorang perempuan y dianugerahkan badan y kurus@kecik meluahkan kata2 y sebegini:

    " aku rasa aku dah gemok.. nk kena diet ni.."

    atau

    "berat badan aku dah naik la ..dulu 45kg..sekarang dah 46kg... nk kena diet ni.."



    sangat2 meloyakan tekak...

    ReplyDelete
  30. yang part gambar tue paling suka kak zura.tak kira tempat mesti nk amek gamabr buat mulut muncung.euwww.hahaha :)

    ReplyDelete
  31. guwa mnyampah kalo mesej luv2 n say b i luv u kat Wall FB ..

    bukan jelez tapi ase cam menunjuka tu satu perkare ywajib dilakukan bdak zaman skng .. entah laa

    ReplyDelete
  32. Hie Zara ^_^
    1. Kalau depan kawan-kawan perempuan, cakap lepas laku - tapi bila depan lelaki, tiba-tiba jadi manusia paling ayu...
    ----Kalu kam0 perasan mcmney ada 2 situasi k0t hihi..mcm saya =P kal0 ade member laki yg tak berapa rapat dtg lepak saya akn amek pendekatan santai makna ehh diam dan lihat jee haha =P tapi tak lent0k ayu ler..xreti uh !! hahah

    Sudu pun kau layan sebelum menyudu makanan...
    ---Satu ms dulu saya pun layan gaya ney atas alasan sebab sudu tuh luas dan besar hahha =P sbb sudu kat rumah kecik jee =P

    Kalau kau pernah jumpa manusia sebegini, keinginan kau untuk menampar orang adalah berkadar langsung dengan rengekan dia ada jerawat sebutir muncul..
    ----Teramatlaa TEPAT !!!! hahha =P

    Pipi kembung.
    Muncung itik.
    Jari silang di bibir.
    Kenyit mata sebelah.
    Buat tanda macam-macam di pipi.
    Bulatkan mata.
    Dan macam-macam lagi..
    ----Dulu gaya neyh pun layan..hahha =P sbb terpengaruh dgn member =P skang dah kurang bergamb0 layaknya xtau nak p0sing k0t hahha =P

    ** Banyak sangat perktaan DULU ..adakah aku dah semakin tua atau .... =P haha

    BTW nice entry !!! sy0k baca hehhe

    ReplyDelete
  33. zara: tapi kannnn..xde org2 mcm ni kt dunia ni, life akan jd boringgg....haha..:D

    so, kena ade org mcm ni untuk melengkapkan hidup...walopon semua ni sgt menjelekkna try cari positive side org2 ni..mesti ade kannn...chill babe:)

    ReplyDelete
  34. salah pulok url nye, yg ni yg betul ^^

    http://syuhaiba91.blogspot.com/2011/04/khas-untuk-mereke-yang-dok-x-puas-hati.html

    ReplyDelete
  35. pedas.. pedas.

    1. lawa blog.

    2. dekat 200 like. giler ah. memang terbaik!

    ReplyDelete
  36. @Shaoran Hani :

    hehehe~
    kamu takde link eh dear?

    :)

    ReplyDelete
  37. @K2r~90

    hehehe~
    kadang2 itu cara orang meluahkan perasaan cinta kot?

    ReplyDelete
  38. @Miss Meen

    hehehe.

    1. setakat baik2, tak cas ayu gila2 sampai jadi cam manusia berbeza still acceptable XD

    Bukan tua dear~
    tapi dah berubah kan?
    itu je.

    :)

    ReplyDelete
  39. @ayiehulk

    dah baca dan reply.
    apa yang di reply juga panjang, maka pandai2 baca kat mana tu ya?

    ReplyDelete
  40. @Ariff Shah

    Thanks for inspired me.
    :)

    1. Terima kasih.

    2. Still tak boleh lawan kamu punya :)

    ReplyDelete
  41. haha
    kak zara
    saya bace smbil ketawa mengeji..
    adehh..
    sbab da byk jmpe org2 bajet sperti itu..
    mmg nk bg 'penampar syg'
    haha

    ReplyDelete
  42. pedas, mengancam dan satu kebenaran ; terlalu ramai orang perempuan macam ni sekarang.

    ReplyDelete
  43. "sikat rambut byk kali"...
    pompuan 2 ikut mitos cina agaknya...
    x saba nk kawin la 2...
    gatal

    ReplyDelete
  44. I like! tapi satu je la nak cakap, sya tak suka kaler pink! :D

    ReplyDelete
  45. sukaaaa entri ni. memang agree!
    yang number satu tu paling teruk laa. memang benci tgk =,=
    tapi pasal colour pink, its one of my fav tapi tade laa sampai nak semua colour pink ;p

    ReplyDelete
  46. ahaha...
    suke gile bc tulisan anda...
    memang gelak n trus gelak...
    bestla...

    ReplyDelete
  47. Bimbo syndrome. =) Banyak keliling aku. Mungkin juga aku? haha.

    ReplyDelete
  48. good job zara... sambil baca ni boleh aku membayangkan riak wajah ko. hahaha u r really good... teruskan berkarya k?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)