Pages

Tuesday, April 27, 2010

Blog Wanita Lebih Suka Diserang Berbanding Blog Lelaki. Mengapa Agaknya Ya?


Salam semua.
Sebelum aku mahu mengatur bicara, aku minta maaf disebabkan aku terpaksa meletakkan penapisan di ruangan komen. Tidak pernah aku buat begitu walaupun telah menulis blog secara rasmi kira-kira dua tahun. Ini kali pertama dan aku sejujurnya sudah malas melayan manusia tanpa nama yang punya terlampau banyak masa hingga boleh mencerca sana sini. pandangan peribadi aku selitkan di sini sebagai meluahkan apa yang aku lalui.

Persoalan di atas kerap bermain di fikiran aku sebelum ini.
Walaupun aku ketawa dengan sikap mereka-mereka yang menyerang sesuka hati seperti membuang najis di mana sahaja disukai, ada juga terselit rasa kasihan bila mengenangkan betapa mereka punya waktu untuk menelaah setiap inci blog aku semata-mata untuk menghentam kembali. Pelik bila lihat ada manusia yang begitu lapang harinya.

Aku punya ramai teman yang menulis blog.
Terlampau ramai yang aku kenali sejak aku menjadikan ia sebagai satu terapi yang paling berkesan setakat ini. Aku punya kehidupan yang baik dan menyalurkan di tempat yang aku rasa aku mampu menjadi diri aku. Penulisan dan dunia sastera adalah makanan senggang aku dalam usia menginjak dewasa. Tidak mengapa apa jenisnya, aku gemar membaca. Rakan-rakan yang aku kenali kebanyakannya menulis secara suka-suka dan kalau mereka itu wanita, pasti ada sahaja coretan menghina dan selalunya tanpa nama dan pengenalan diri. Kalau lelaki, jarang sekali mahu mendengar dikutuk, dihina atau dimaki.

Serangan peribadi.
Menelusuri apa yang aku lalui sepanjang waktu ini, kebanyakkan hinaan adalah berbentuk serangan secara peribadi. Sebagai contoh, ada manusia-manusia tanpa nama (atau meletakkan nama palsu helah semata) menyerang aku - bukan tulisan aku, sampai aku tertanya-tanya, apa istimewanya aku ini hingga mahu dijadikan bahan dicerca? Gila tiada kerjakah anda? Dan manusia begini pasti akan kembali untuk melihat apa yang jadi pada najis yang dilepaskan.


Cara memakai tudung yang tidak cantik.
Cermin mata yang hodoh.
Pekerjaan yang hina dan membosankan.
Karya novel seperti sampah.
Penulisan mengarut dan merapu entah apa-apa.
Berbadan gemuk, gempal dan tidak menarik. 
Ada halaman peminat, apa fikir diri artis?
Wajah yang hodoh dan tidak layak hidup sebagai seorang manusia.

Itu antara yang aku biasa terima di ruangan komen aku sebelum ini. Sungguh memang aku ketawa seorang diri bila mengenangkan betapa ada mata yang memerhati setiap apa yang aku lakukan dan entah bagaimana menyimpan perasaan yang bukan-bukan lalu meluahkan sedemikian. Kalau aku seorang penulis hebat, mungkin kamu boleh lakukan sedemikian. Tetapi aku ini hanya manusia yang biasa-biasa sahaja. Hidup juga terlampau biasa hingga aku tidak mengerti kenapa ada orang yang punya perasaan begini.

Pembinaan Jati Diri.
Aku menganggap apa yang dilalui adalah asam garam kehidupan di dalam dunia yang penuh cabaran. Sudah biasa dihentam oleh manusia yang tidak dikenali, aku semakin tabah berhadapan dengan realiti. Sukar tetapi inilah harga yang perlu dibayar bila aku menjadi diri sendiri dalam cubaan mengekspresi diri. Kekuatan dalaman yang disalurkan secara tidak sengaja mengajar aku manusia ini ada pelbagai kegilaan mereka. Sungguh!

Lelaki Atau Wanita?
Walaupun menggunakan kata ganti Tanpa Nama (Anonymous) atau entah apa-apa nama tanpa pengenalan diri (baca : ID), dari gaya penyampaian penulisan, sudah dapat mengagak jantina yang membuang tahi. Kebanyakkan bercorak penulisan wanita yang secara faktanya bakal mengeluarkan dua puluh ribu patah perkataan sehari. Maka, blog aku mungkin tempat meluahkan beberapa isi hati yang tidak terluah kepada suami, teman lelaki atau entah siapa lagi. Aku sendiri seorang guru, memerhatikan pelajar setiap hari, buat aku lebih mengerti tentang gaya manusia dalam menzahirkan apa yang terbuku di hai.

Kalam Akhir.
Mengalah tidak akan sekali. Cuma aku sudah malas untuk membuang waktu melayan titipan pesanan yang lebih banyak berulaskan urat lidahnya iblis dan berseliratnya jalinan syaitan pada manusia yang tidak layak digelar insan. Karya tulisan bersahaja aku bukan tempat kamu bikin onar melata. Tidak, bukan hak kamu. Kalau kamu benci dengan apa yang aku coretkan, sila keluar dari sini. Aku tidak mengundang musuh tetapi mengalu-alukan kawan untuk mengikat persahabatan.

Nota kaki :
1. Sangat berterima kasih kepada Ben Ashaari yang menulis mengenai blog aku di sini. InsyaALLAH, Zara akan membalas semula usaha beliau membuat kempen jelajah blog sahabat. Pasti akan dibuat.
2. Mengajar diri untuk kembali berhati kering seperti dulu nampaknya bukan mudah.
3. Doa kalian terhadap apa yang dilalui amatlah dihargai.
4. Sepanjang berpergian minggu hadapan, mungkin akan mengadakan sedikit ruangan khas menguji kesayangan.

Zara : Siapa sahaja watak yang kita lakonkan di dunia, pasti ada simpanan ruangan menjadi diri sendiri yang tidak dapat ditunjukkan kepada semua. Maka jangan hina aku serta kerjaya yang aku sanjungi sepenuh jiwa. Ya, aku guru, aku pendidik tetapi aku masih punya rasa.

47 comments:

  1. pompuan ramai ade blog
    tp rasenye ery lbh suke terjah n komen blog laki
    sbb cara penulisan dorg lain.

    ReplyDelete
  2. kaca mata pun dihentam? manusia aneh haha.

    tak pe. kerusi itu tak de orang bising kan?

    ReplyDelete
  3. dun wori.
    b hepi.

    i'll always support your writings.
    ;)

    ReplyDelete
  4. cakap je hati kering, celup dlm kopi O kejap je lemau..hahaha


    org yang tak de keje lain nak mendengki orang tu life dia tak happening mcm kita...hehe

    setuju.....biasanya mmg perempuan!

    ReplyDelete
  5. takpe zara, mknanya blog kamu popular. padahal nk tau sapa leh tgok IP address. Mangkuk2 ni tak tau ke...huhu

    biar aku je kutuk balik utk ko ekkk

    ReplyDelete
  6. harap2 selepas ini tiada lagi gangguan dari penghina Zara.
    Tapi manusia memang sukar berubah apatah lagi yang berhasad dengki.

    ReplyDelete
  7. rasanya ni peringkat medium je kot
    sbb kalau perempuan yg letak gambo comey2
    paham2 je la

    tp klu dah capai satu peringkat
    mmg xkire jentina
    laki pompuan same je

    ReplyDelete
  8. joe,
    ni kira jeles dgn pompuan comey lah ye
    he he he

    serang pasal entry pun ada jugak
    huhu

    ReplyDelete
  9. jahat sungguh budak-budak tu ye..
    walau apa pun tekanan dari anasir anonymous ini, bersabarlah beb..

    jangan tertekan sampai nak panjat balkony tingkat 4.. itu kerja budak-budak sekolah rendah yang nak cari glamer je..

    ramai geng support u beb!

    ReplyDelete
  10. terlebih kurang sama pulak entry kita cumanya akak tidakkan di laser .. :-))

    ReplyDelete
  11. "Pekerjaan yang hina dan membosankan"

    Zara, si bangang yang tulis pasal kerja kamu sebagai guru itu adalah kerja yg hina dan membosankan sememangnya buta hati...mungkin si bangang tu lupa sewaktu dia masih bergelar pelajar, guru-guru la yang mengajar dia jadi manusia...rasanya si bangang tu berfikir menggunakan otak dekat kepala lututnya kot...

    ReplyDelete
  12. benci anonymous cmtu.



    ehh stadium itu !! org muar ke..? huhu. 1st time drop comment here :))

    ReplyDelete
  13. tak perasan lak gender yang menyerang blog sebegitu rupenyer..

    ReplyDelete
  14. persetankanlah mereka... tapi aku tau. it makes you feel restricted in many senses. but it is your voice. dan diorang ni pun sumer went to to school but didn't learn properly to understand values...

    btw. come dropby if you need a laugh. semua blogs aku adalah buduh belaka. http://watikah-nadia.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Kagum dengan ketabahan kamu Zara.
    Semoga kamu dan hati kamu sentiasa berada dalam lingkungan kesejahteraan dan ramhat ALLAH Tuhan yang Maha Segala-galanya..

    ReplyDelete
  16. Gosh, depa lupa satu lagi lah zara! Suara seperti halilintar? Err boleh buat berlakon cerita otoman. Buat suara raksasa. Best nok... Khalish sukerrrr

    ReplyDelete
  17. Ery : ku suka baca semua, dan blog lelaki ramai yang hebat. =)

    Kujie : hahaha~asalkan bukan kerak nasi~hahaha~

    Hizami Rahim : Thanks dear~

    ReplyDelete
  18. TMUkmkd :

    motif nak meracau pasal kerusi? hahaha~

    HEMY :

    hahaha~ kamu memang hebat bang!

    Adziim :

    kalau manusia senang diubah, bagusnya~

    ReplyDelete
  19. Joe :

    hahaha~ setuju beb! medium ni~

    Hazzy :

    Joe comel~ =)

    FTN : ramai mental retards ni~ hahaha~

    ReplyDelete
  20. Ben :

    tolong dapatkan lekat2 nya Ben~

    Kak Jiejah :

    walalala~
    kena tabah je kan Kak?

    ReplyDelete
  21. Azrul Hisham:

    mungkin dia tak sekolah?

    Syaz Shuk:

    tu lah pasal~
    yup, Zara org Muar~

    Legasi Piston Pecah :

    kena terima~
    haish~

    ReplyDelete
  22. Nadia :

    Thanks a lot for understand me hun~ Really appreciate it~

    kay :

    doakan Zara ya?
    Terima kasih yang amat~


    Bro Hazrey :

    sebab aku tak menyanyi kat blog kot?
    kalau tak mesti dapat gak~
    eh, memang dah dapat, akmu tulis~

    ReplyDelete
  23. kesian ko...sob2...

    nak nanges sat.huhu....

    ReplyDelete
  24. pekakkan telinga je zara. orang dengki kat kita, bolehla nak cakap macam2. biasalah manusia... tak boleh tengok orang berjaya sikit..

    ReplyDelete
  25. @lord zara
    masakan tidak! dibalik kerusi itu ada gambar seseorang. mahu tidak mahu ada jelesnya :D

    kalau betul dia mahu jeles dengan segala benda didalam blog ini la :D

    ReplyDelete
  26. Hoi sayang.

    Xhabes an0nym0us ni mengacau kamoo iyea ?


    Aduyai. Be str0ng sygs.

    ReplyDelete
  27. Zida rasa terjah blog lelaki lagi best kot. HAHAH sebab cerita diorg mcm lain.

    Ala, kak Zara, bia je la dorang tu.janji zida tak guna nak 'takde nama' kalao nak komen blog akak

    :)

    Blog Zida

    ReplyDelete
  28. Sebab pompuan perasan..suka dengki2..kuat mengumpat..suka mengata org...busuk hati...negatif thingking...ha smua pompuan. Lelaki tak suka ambik port pun. huuuu

    Jln terbaik ialah delete je komen Anon tu tanpa review psl komen dia. Anggap mcm dia tak pernah komen. Confirm dia sakit hati. huuu

    Jln lg baik takyh bg org komen Anon..tp ada gak ANon yg baik nak komen...so terpulanglah. Stiap kita ada yg suka ada yg tak suka. Jadi kita kena trima smua tu..

    ReplyDelete
  29. zara..
    memang perempuan suka menghina sesame perempuan..
    perempuan suka besarkan benda kecik..terlalu emosi....ikut perasaan..cpt cemburu..
    itulah yg bezakan lelaki ngan perempuan,dan itu mungkin jawapan kepada soalan entry ini..

    tabahlah zarah..aku tergelak juga baca kutukan2 tuh..mcm budak2...

    ReplyDelete
  30. Kimi :

    pinjam bahu laling~ =)


    Amir :

    aku rabunkan mata je~
    nak pekakkan telinga takboleh, sebab sorang tulis~wee~
    maceh Mir!!



    TMUkmkd
    hahaha~
    nasib lah kalau itu pun dia sakit gak~

    ReplyDelete
  31. miss lolly a.k.a luvfareda:

    ku tak comel cam kamu pun kena gak~aish~
    kih3~

    zida :

    hahaha~
    blog lelaki best~
    yup, itu ada benarnya~
    dan ada juga perempuan yg bagus~
    masing2 ada kelebihan~

    ReplyDelete
  32. fazemy:

    hahaha~
    tu yg ku buat recently~
    padam je komen2 dia~

    =)

    ReplyDelete
  33. lumut :

    tu yg aku sadis je tengok org camtu~ada masa gak dia nak datang lempar kutukan pada aku yg biasa2 ni~haish~

    aku rindu ko!

    =)


    Cik Epal :

    adikku comel datang~
    *wink*

    kamu lagi banyak dugaan kan yang?

    ReplyDelete
  34. rasanya bukan aja blog, kalau cakap face to face ke or dalam penulisan lain ke, debat ke.... entahlah sebab apa

    Ben Ashaari VS Redmummy

    ReplyDelete
  35. agaknye anon tu jeles..sabar je la..

    ReplyDelete
  36. ANGGAP JE SEMUA ITU PEMBAKAR SEMANGAT YE ZARA..

    ReplyDelete
  37. masg2 punya cara tersendiri utk tulis blog dia..n sape2 pun blh komen..ttp kalu komen utk sakitkan ati..better watch out...
    sbr je lah..saya pgl org2 mcm tu..org mulut longkag sebab saya pun ada gak kena in reality life

    ReplyDelete
  38. besarnya dugaan kak zara.. sy masih br dgn blog.. jd x pnh tau asam garam berblog.. pape pun.. jgn biarkn lalat2 tu mengganggu lg..

    ReplyDelete
  39. aiyooo
    sabor je lah
    aku dulu kan kene serang sampai trpksa tukar blog?

    huhuhu

    smuanya pengalaman..manusia..

    ReplyDelete
  40. Baru abes baca entri ni skali dgn komen2. Ramai yg support kmu zara, jgn risau. kalau ada anon komen kutuk2 lg, just delete. Aku tahu kamu kuat. Thanks also for everything. (^_^)

    ReplyDelete
  41. ish, teruk gak penangan mereka. pelik la manusia ni. yang dia tak suka tapi dia sibuk juga nak ikuti supaya bolehla dia mengutuk mengeji. mungkin life depa terlampau sepi dan terpaksa have fun dengan cara begitu. KASIHAN.

    ReplyDelete
  42. "Berbadan gemuk, gempal dan tidak menarik."

    kalau ko yang slim tu dikata gemuk-agak2nya aku ni dah kira raksasa gamaknya~ oh!

    Zara, just remember as such: the hell is empty and the devils are here, the anonymous devils. Haits! Lead a charmed life dear!

    ReplyDelete
  43. hai.
    selamat kenal.
    hehe.
    dah follow blog u.
    zami soh.
    hehe katenye wak cekgu kimia.
    same la kite.
    tp saye xbes ag.
    (follow blog i gak ek...hahahaha).

    ReplyDelete
  44. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  45. abaikan jek cikgu org2 mcm nh..dorg memang selalu ta puas ati dengan blogger2 glemer...

    ReplyDelete
  46. bukan apa, sebenarnya diaorang cemburu tu....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)