Pages

Monday, February 15, 2010

Bila K Mencari Arjuna Kacak Buat Dirinya : Kalaulah Arjuna Dijual Di Pasar Raya. Barang Baik Dan Panas! Itu Yang Mengikat Cinta Hati Kami Bertiga.


Malam tadi K pula yang telefon aku.
Wanita muda yang sedang mencari arjuna yang mampu mengisi kesunyian hati dia.
Menangis lagi.

K : Di Hari Kasih Sayang, aku pula ditinggalkan arjuna.
Aku : Maksudnya dia bukan arjuna yang sesuai. Boleh cari lain.
K : Kamu ingat arjuna itu boleh dibeli di pasar raya?
Aku : Kalau boleh beli, aku dah lama beli. Masalahnya, tidak boleh. Jadi jangan fikir arjuna boleh dibeli.
K : Sedih betul. Aku sudah masak untuk dia.
Aku : Amboi, siap masak bagai? Siapa ajar boleh sambut hari semalam?
K : Semalam ulang tahun arjuna, bukan untuk hari merah jambu itu.
Aku : Kenapa arjuna lari lagi?
K : Mungkin sebab semalam aku pakai seluar dalam. (ketawa)
Aku : Bodoh!
K : Gurau sahajalah. Ada masalah peribadi sedikit.
Aku : Main sedap mulut cakap, sudah kena bodoh secara percuma dari aku. 
K : Sudah lama tidak dengar kamu membebel cikgu. (ketawa)
Aku : Padan muka. Dulu selalu marah kalau aku membebel. Masak apa untuk arjuna semalam?
K : Pembetulan. Bekas arjuna.
Aku : Ya, bekas arjuna. Masak apa?
K : Mestilah barang baik dan panas!
Aku : Oh, benda itukah?
K : Pandai, masih kamu ingat lagi ya cikgu?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzzmZvNBJKMhlCUmNfhBzJTzdor8d1ZbJQp2fZkPRIZSS0MTyMzAEPbL0DLhnaC4fkysG8Uvxf9vTKfVgXw7tRRlzHplOY6gZ6a77jERiSmS7TAhT-V8p8r99tKgPaFuaM6hODOkdS0_8/s576/ach+vogue+russia+january+2010.jpg
[Ini bukan K ketika di dapur. Gambar penghargaan di sini]

Sumpah.
Terimas kenangan lama lagi.

Usaha memujuk aku diteruskan oleh B.
Panggilan telefon tidak aku jawab.
Aku boikot B.

Aku habiskan masa aku menonton pembentangan rakan-rakan.
Menyelinap dari satu bilik ke satu bilik.
Memerhatikan usaha-usaha mereka.
Memerhatikan tindakan dan cara para panel penilai.

Si Hitam bergetar hebat.
Aku jeling tanda geram.
B mencari dengan dahsyat.
Aku tidak mahu ambil peduli.

Si Hitam berbunyi lagi.
Panggilan dari K.

K : Zara, barang kamu ada pada aku. Jumpa luar perpustakaan dalam masa 10 minit.
Aku : Barang apa?
K : Barang baik.
Aku : Aku tak ada pesan stok dadah pada orang pun.
K : Barang baik ni. Cepat datang. Benda ni panas. Nanti sejuk.

Menuju ke perpustakaan.
Seriau aku.

K senyum.
B sebelah K.
Tiada alasan buat aku.

K : Boikot B ke?
Aku : Dia nakal sangat.
B : Nakal dan buat kamu kenyang kan? (senyum nakal)
Aku : Kenyang terpaksa.
K : Sebab kamu lapar juga bukan? (senyum menggoda)
Aku : Aku cemas, itu kenyataan. Barang apa kamu mahu beri?
K : Duduk dulu, barang baik ni.
Aku : Cepatlah, aku ada janji dengan kawan.
B : Cepat K.

K tarik beg dia.
Kotak empat segi.

Aku dan B : K, kamu suka bagi kami benda panas!
K : Aku tahu kamu berdua suka.
Aku : Ni bukan setakat barang baik, barang panas ni.
K : Apa lagi, korek ke dalamlah!

B buka kotak empat segi itu.
Sesuatu berbentuk bulat menarik mata kami bertiga.
Angin sepoi-sepoi bahasa.
Tiga sahabat menghabiskan barang panas bersama-sama.

**********

Kami makan pizza!
Kamu fikir apa?
Ketawa.

K : Rindu mahu main terjah-terjah macam dulu.
Aku : Aku juga rindu. B telefon aku semalam.
K : Aku tahu. Dia tak telefon aku pun.
Aku : Jurutera banyak duit. Sila telefon B sendiri. 
K : Kedekut.
Aku : Jangan marah sayang. Nanti arjuna lari.
K : Sudah tidak punya arjuna lagi.

Entah kenapa bila datang Februari, hati kami bertaut kembali dengan gilanya.
Saling merindui.
Saling mendambakan antara satu sama lain.
Senyum.

Zara : Dihujani dengan selsema secara menggila dan asyik kerap ke tandas - membuang air kecil. Alahai, sakitnya kepala. 


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati.
Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

8 comments:

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)