Tadi aku melaporkan diri untuk bertugas sempena cuti sekolah.
Sampai di sekolah pada jam 7.30 pagi dan menunggu pejabat buka.
Peringatan buat diri sendiri : Dengarlah kata Bonda yang telah menjadi guru selama 23 tahun, guru bertugas mula jam 8.00 pagi, bukan ikut waktu persekolahan. Degil sebab takut dengan lori - kena bawa kereta perlahan, jadi keluar rumah awal-awal pagi.
Kakak pejabat datang tersengih-sengih jam 7.50 pagi.
Melemparkan senyuman manis walaupun perut memulas akibat teh herba.
Menyumpah diri sendiri laju-laju.
Padan muka.
Kakak pejabat berikan tugas.
Buat dengan tekun dengan rakan lain.
Telinga mendengar kata-kata kakak pejabat.
Senarai tugas untuk tahun depan sudah keluar - dia sedang menyudahkan kerja menaip semula untuk buku mesyuarat minggu hadapan.
Menyelinap berjumpa kakak pejabat.
Terkejut.
Mahu ketawa walau hati terselit rasa gundah gulana.
Senyum.
Ini muka bakal Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan tahun 2010.
Ini muka guru penasihat Kelab Catur.
Ini muka guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah.
Ini muka guru penasihat rumah pasukan Merah.
Baiklah, anda semua boleh pengsan.
Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan.
Berhenti.
Macam mana dengan nasib mata pelajaran yang bakal diajar tahun depan?
Guru Penolong Kanan, cepat keluarkan jadual, aku sudah menggigil kepala lutut.
Guru Penasihat Bulan Sabit Merah.
Ini tidak mengapa.
Pernah menjadi sebahagian daripadanya ketika sekolah menengah.
Kalau susah, panggil sahaja pakar-pakar yang dikenali.
Guru Penasihat Kelab Catur.
Habis ketar tulang berterabur.
Entah berapa kurun tidak bermain permainan itu.
Tidak mengapa, ada jurulatih peribadi yang sudah habis sekolah.
Wajib paksa si kering itu mengajar aku semula.
Guru Penasihat Rumah Merah.
Harap-harap atlet sekolah berkumpul di dalamnya.
Eh, dulu di sekolah aku rumah Biru - Hidup Tun Razak!
Itu dulu, sekarang Merah, entah Temenggong, Laksamana atau apa lagi senarainya?
Aku lupa.
Itu senarai tugas awal.
Mungkin nama akan muncul sebagai guru kelas.
Mungkin nama akan terpacul di bahagian-bahagian lain juga, tidak mengapa.
Itu tugas, amanah, tanggungjawab.
Hasil keluaran kampus selatan tidak akan mengalah.
Mana mungkin berserah tanpa berjuang sampai mengalir peluh dan darah?
Ketawa.
Zara : Minta kebenaran keluar dari sekolah awal untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang bekas rakan sekolah. Hebat musim mengawan tahun ini, hari Isnin pun orang buat kendiri kahwin. Esok pihak lelaki juga jemput ke rumahnya. Alahai.
banyaknyer pangkat cik zara.. =)
ReplyDeletetakpelah zara...
ReplyDeletekau bergetar kepala lutut sekalipun
keje ttp keje kan??
mana tau mungkin thn depan jadi ketua panitia kimia plk =]
good luck!!!
dh jadi cikgu...best2...all d best yaa=D
ReplyDeletehahaha..musim mengawan pe kes?huhu
ReplyDeletetanggungjawab berat tu
ReplyDeletezara..banyak nya pangkat..glamor la pasni!!! ;)
ReplyDelete*mesti murid2 syg ;)
seronok pulak rasa nya jadi guru
ReplyDeletesonok ye jdik cikgu...
ReplyDeletedah tau ke?
ReplyDeleteawalnyer..
ku bakal mengetahuinya sabtu nanti..
huhuhu..
kalau tiap satu tu ada elaun mesti berebut nak kan hehe..
ReplyDeleteala senang je buat2 rilek jer..guna kan kepakaran orang lain untuk membantu.
cayalah!!
ReplyDeleteidup warga kampus selatan!!
hahaha...
aiyak ,au pengsan lor dgn tugas byk gini huuu
ReplyDeleteouh..x sampai setahun dah mcm2 keje..huhu..susah jugak jadik cekgu nih kan..huhu~
ReplyDeleteoh bnyknya..
ReplyDeletepengsan!
Dah tau tak pa. ibu ni masih suspen tugas apa sdang menanti
ReplyDeletepanjang senarai tugas tu yer
ReplyDeleteperghhh... banyak nya tugas nih.. confrimlah jd cikgu yg berdedikasi nih.. hehehehehehe...
ReplyDeleteala...
ReplyDeleteko memang layak ajar sivik.
sebab ko memang takde sivik.
part kenegaraan tu mungkin ada la.
sebab ko tulis dalam bahasa Melayu.
sebab apa kata ko takde sivik?
tulis tajuk nak bunyi cam lucah.
biar orang masuk ramai2 kan?
mengaku je la.
takde sivik.
camni punya cikgu pun ada ke?
geli betul.
kalau ada anak, tak nak hantar kat ko. mesti anak aku lingkup.
apehal makhluk kat atas ni???!!!!
ReplyDeletehakhahahah..lawak la anon tu ;)
ReplyDeletecikgu memang camtu hehe
ReplyDeletesyg tahniah!..aku juga dulu ahli PBSM,tapi yg best..ku juga guru penasihat umah merah..heheh~
ReplyDeleteadeh...lawak nyer anon tuh...haha...
ReplyDeletesokong2...mesti dia suka baca citer lucah...
ntah pape...
chaiyok2 kak zara..!!
larat ker nak pikul semua tugas???jangan pengsan sudah ler yer...
ReplyDeleteLalalaaaa~~~~ nak join!!! kelab catur... hehe...;}
ReplyDeletex lama gik soalan..selamat menjalankan tugas cikgu..:)
ReplyDeletepbsm
ReplyDeletepersatuan berehat sepanjang masa
ehe
ku tengah menaip entry contest kamu
trime je la ek
klu tak terima
xmo kawan
;)
dasat r cikgu nie..mcm2 task amik..x ramai ckgu yg cam ni..kdg2 nk dtg amik tugas mengajar kelas tmbahan pn malas sbb bayaran x stimpal..tahniah ckgu...
ReplyDeletedak zara : tahniah . sudah ada tanggungjawab besar!!
ReplyDeleteselamat bertugas minggu ni. kem salam dekat kakak pejabat!!
ingat !!datang pukul 8.00 tau!!
kitorang bukak opis pukul 8.00
ekekekekek
tahniahhh zara!!
ReplyDeletesivik tu i punye minor..
lalalala
ajar sivik
ReplyDeletesambil makan kuaci.
hoh!
wow..banyaknya tugas ko zara
ReplyDeleteajar sivik kena tegas tau dik
ReplyDeletesbb budak2 amik mudah subjek tu
byk buat aktiviti luar bru dorang excited nk belajar~
erk
just some tips
hehe
best of luck ;)
.redha je la syg~ ;p
ReplyDeleteehem. bila nak jadi HEP/HEA? ;p
ReplyDeletelaksamana itu biru biasanya..
ReplyDeletelaut la katakan..
wohoho...ketua panitia sivik tuh...buat soalan maut sikit masa final nanti...hehe...
ReplyDeleteselamat menjalankan tugas dgn penuh dedikasi =)
ReplyDeletewah.tugas semakin mencabar..lakukan dengan penuh dedikasi ye zara
ReplyDeleteewaaaah si zara ni banyak lak subjek die ajoo. powerrr
ReplyDeleteErk? Unknown giler bodo tu naper eh?
ReplyDeleteBesar gajinya ni! Yezza!!!
ReplyDeleteketua panitia sivik..hehe
ReplyDeleteaku penah jadik ketua panitia sivik tapi aku nye combine ngan muzik sebab skolah aku kecik..SKM..sekolah kurang murid..so panitia PJ,MUZIK DAN SIVIK digabung..perghh...
tp aku cam ko gak..PAnitia Indie..(india tamil ader gak skit...<-bukan skit ..manyak..ahhaa)
wahh guru ruper nyer..
ReplyDeletetahniah..hehe
jgn garang..takott..
Zara.. Hebat kalau betul tu.. Hehe.. Ku doakan yg terbaik untuk kamoo.. Chaiyok cikgu.. ;)
ReplyDeleteaummmm...
ReplyDeletenasib baik tak jadi guru disiplin ;DD
ReplyDeletezara! hehe.. best la keje kamu.
ReplyDeletecikgu sivik tu macam cikgu disiplin ke?
hehe.. tak tau la.
Banyak jawatan yang zara sandang kan? :p Takpe! Enjoy lar Zara.
ReplyDelete