Pages

Monday, November 09, 2009

Tepukan Gemuruh, Siulan Nakal, Usikan Gatal - Aku Tidak Pernah Mengimpikan Itu. Kalau Mengumpat, Jangan Pernah Menuding Jari.

.Pagi.
Usai keluar dari kelas 1 Y, aku berjalan menuju ke bilik guru. Melalui taman-taman persatuan di sekolah. Terlihat sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berkumpul di luar kelas sambil berbual dan bergelak dekah. Bila melihat kehadiran aku yang berjalan melalui kelas mereka, belang mula terserlah.

Bibir menjuih.
Muka ditarik masam.
Mata menjeling dan mengerling.
Mulut bergerak pantas.
Jari dituding ke arah aku berulang kali.

http://www.glogster.com/media/2/2/50/29/2502978.jpg
 [Gambar penghargaan di SINI]

Aku berjalan, tidak memperdulikan mereka. Sampai di bilik guru, ada seorang guru wanita mendapatkan aku.

Kak M : Tadi Zara lalu depan kelas 2 Y?
 Aku : Ya kak. Kenapa?
Kak M : Zara nampak apa budak-budak yang bersidai tu buat?
Aku : (ketawa) Nampak kak. 
Kak M : Akak lalu situ, dengar mereka tengah sebut-sebut nama Zara.
Aku : Dah agak dah kak. Hari tu, kan Zara bagi amaran pada budak-budak itu sebab meniru. (gelak)

Sah!
Memang kelas 2Y tidak menyukai aku. Bila aku melalui kelas itu, boleh mendengar dan melihat sendiri reaksi dengan pelajarnya yang sudah menanam sikap tidak menyukai guru yang menangkap mereka melakukan kesalahan. Ah, tidak akan aku peduli akan kelas yang terkenal dengan sikap kurang ajar kepada semua guru. Nama sahaja kelas yang baik dari segi pelajaran, akhlak?

*******

Tadi tengah hari, perhimpunan yang sepatutnya berlangsung pada waktu pagi diadakan. Cuaca pagi tadi agak kurang sesuai menyebabkan ia ditunda ke sesi waktu terakhir dan sesi terakhir sudah dianjak ke waktu pertama. Ucapan ringkas Pengetua tentang peringatan mengenai kedatangan dan pembayaran yuran yang tertunggak oleh pelajar. Di hujung sesi ucapan, Pengetua memperkenalkan kami bertiga kepada warga sekolah.

" Encik H, dari Kelantan. Masih bujang"
(Tepukan gemuruh daripada pelajar-pelajar perempuan dan pelajar Pendidikan Khas memandangkan Cikgu H mengajar di kelas Pendidikan Khas, dan dia bermuka jambu.)

"Cik Zahrah, dari Muar. Masih bujang dan guru paling muda"
(Tepukan bernada sederhana dan kebanyakannya dari pelajar yang sudah mengenali gaya aku. Garang ketika menjaga peperiksaan tetapi mesra bila kelas biasa. Oh, tepukan paling kuat dari Pendidikan Khas - disebabkan aku pernah berkunjung ke teratak mereka)

"Cik F, dari Muar juga. Masih bujang dengarnya."
(Tepukan gemuruh, siulan nakal dan usikan gatal berkumandang.)

Itu sudah dapat dijangka. Malahan, aku telah bisikan kepada Cikgu F yang dia bakal menerima tepukan yang gemuruh daripada pelajar. Dia menyangkal kata-kata aku, tapi nah! Terbukti benar bukan? Sudah tentu aku tidak dapat menyatakan kepada dia mengapa aku berkeyakinan tinggi menyatakan sedemikian kerana ia sesuatu yang kurang manis diterangkan kepada dia.

Ya, aku pernah mendengar pelajar lelaki yang menyebut mengenai susuk tubuh Cikgu F sesama mereka. Bunyi memang kurang senang dan aku sudah menegur mereka. Jawapan balas yang aku terima hanya sengihan nakal dan muka yang menyeringai dari Pelajar Tingkatan Dua. [Peringatan  kepada guru dan bakal guru - pelajar memang memerhatikan kita, dari segi pakaian dan juga cara berpakaian. Ada yang harus dilindungi dan dilitupi dengan sempurna].

http://neatorama.cachefly.net/images/2006-12/love-hate-baby.jpg
 [Gambar penghargaan di SINI]

Aku ketawa besar usai majlis perhimpunan. Sekarang sudah boleh membaca gerak geri pelajar. Yang mana menjadi pilihan hati mereka, dan aku sangat berterima kasih kepada pelajar yang menghargai dengan memberi tepukan buat aku. Pelajar-pelajar yang memahami mengapa mereka ditegur di dalam kelas dek kesalahan yang mereka cipta sendiri. Gembira dan aku senyum hingga ke telinga.

Zara : Lelaki pendiam yang duduk bertentangan dengan aku selama ini telah menghampiri aku pagi tadi sebelum sempat dia meletakkan barang di kawasan peribadi. Aku terfikir apakah yang bakal dicakapkan kepada aku. Dengan senyuman, dia mengucapkan TAKZIAH kepada aku. Oh, keji sungguh anda Cikgu I. Sengaja mengusik disebabkan pasukan kegemaran anda sudah bermandi dengan kemenangan 4-1.

88 comments:

  1. he he he...

    baik2 kalau mereka tunjuk belang betul2..

    nanti ada yg mengaummM!!

    ReplyDelete
  2. ^^..

    ~hehehe..jgn ko anti plak ngan budak yg anti ko tu zara..just show u care 4 them

    ReplyDelete
  3. sI tEDI:

    kalau ada yg mengaum~
    aku pinjam dak Utih~
    cakar dorang semua~

    =p

    ReplyDelete
  4. susa jugak jadi ckgu nih...
    ih3~
    p/s: saye budak baek...
    ahah~

    ReplyDelete
  5. "Cik Zahrah, dari Muar. Masih bujang dan guru paling muda"


    WOw!! zara! zara! i luv u! pEEWiitttt!*sambil tepuk kuat2 gile vaveng!*


    p/s: besa la tu budak2 zaman sekarang!

    ReplyDelete
  6. tepuk juga kuat2 untuk cikgu Zahrah, cikgu dari muar tu.
    peeewitt..
    selamat melalui hidup suka duka seorang pendidik zara

    ReplyDelete
  7. fadh:

    hehehe~

    takde pekerjaan yang senang Fadh~

    =]

    ReplyDelete
  8. kEy :

    muahaha~

    aku cium laju2 kamu ni kang key~

    ReplyDelete
  9. tengok...bajet gua lupa la?

    ~hai, senangnya dalam hati,
    bila MU kalah lagi,
    mujur ada avid gunner,
    MU kalah dia suka,
    mujur ada cikgu zara,
    Mu kalah dia tak cerita'
    tet tet tet~

    hahaha...cikgu garang jgn mrh!

    ReplyDelete
  10. kak sha dulu pernah budak2 pompuan tanya, "teacher, nanti nak buat baju kebaya macam teacher, boleh tak?"

    kak sha hanya tersengih dan next time tak pakai dah. hooo..sangat dangerous!

    ReplyDelete
  11. avid gunner :

    hahaha~

    damn!
    damn!
    damn!

    damn the Gunners!
    LOL!

    ReplyDelete
  12. cHeRyNa PiReS :

    sumpah kak!
    memang dangerous giloks~

    ReplyDelete
  13. nanti uncle nak anto anak uncle belajo sama zara ye....

    ReplyDelete
  14. haha
    mcm dulu2
    bila ada cikgu baru mesti kena kenalkan kat assembly
    dah lama tak pi assembly

    ReplyDelete
  15. Wahai Zara..

    sabar ya..


    budak2 zaman sekarang tak macam dulu..

    ReplyDelete
  16. Noorlaila Mohamed Nor :

    nak gi assembly?

    moh~

    ReplyDelete
  17. Puan Nina (DINina) :

    sebab tak sama tu yg kena sabar kan kak?

    hehehe~

    ReplyDelete
  18. haha...teringat kenakalanku zaman hingusan...juga membenci guru yang garang dan suka tegur kesalahn yang nyata puncanya aku.. haha! mungkin skrg sudah mula aku fahami...mungkin sekarang sudah mula aku sesali..mungkin sekarang aku mengerti... dan mungkin bila nanti...kita kan bertemu lagi...satu pintaku jangan kau....tanyakan lagi..haha! lolz...

    ReplyDelete
  19. cikgu..
    jgn amik port r budak2 gedik ni..
    kalau nak nasihat camne nak handle budak2 sekolah ni..
    leh tny my mum..dia pun cikgu gak.
    veteran.hehe..
    gi r jenguk2 blog dia..
    hehe

    http://anneali.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. jangan diberi muka kepada budak2 sekarang... perlu dididik dengan tegas tapi penuh berhemah... ;)

    ReplyDelete
  21. hehee
    budak-budak zaman skang kan..
    rasa hormat dgn guru pn dh ilang
    semoga kembara sebagai guru terus direstui..

    ReplyDelete
  22. mujur bakal mengajar di sekolah rendah. kurang sedikit nakal nya barangkali

    ReplyDelete
  23. kalu aku jadi ko,aku terajang je budak2 tu..hehe

    ReplyDelete
  24. cobaan~!!

    insyaAllah dorang akan faham sume tu nnti.... dorang akan sedar nape kamu tegur dorang... :)

    ReplyDelete
  25. erk...
    kt skolah ak dlu ader satu grup cgu yg suke bergosip...direct seling... hahaha...

    ReplyDelete
  26. bila jari menekan keyboard cabuk :

    hoh~

    ganas ko~

    ReplyDelete
  27. told la hejauw :

    hahaha~

    aku tak jual barang wei~

    ReplyDelete
  28. bebudak skrg memang lain mcm..

    daku poonn kekadang rasa nak telan je dorg2 yg pe'el cam xreti bhasa..

    hua..huaa..
    tapi sabar k..
    kite kan cikgu :p

    ReplyDelete
  29. susah2 zara...bg jek saguhati bertanda cap kaki kat dahi seko2 student yang kuang ajaq tu! bdk2 skg ni mmg manje gila...cikgu dah xleh tegur, xleh rotan...zaman kita dlu, bukan takat rotan...berguling kat jalan tar panas ngan berlenggeng lagi! relexxxxxxxx jek...hahahha

    ReplyDelete
  30. dah lumrah jadi cikgu..
    memang student akan kate tak kira baik atau buru huhu..

    MU kalah!! takziah lagi sekali haha

    ReplyDelete
  31. dek..

    kamoo bakal menjadi guru yang paling dihormati dan diingati lebih dari guru-guru yang lain :)

    ReplyDelete
  32. "Peringatan kepada guru dan bakal guru - pelajar memang memerhatikan kita, dari segi pakaian dan juga cara berpakaian. Ada yang harus dilindungi dan dilitupi dengan sempurna"

    betullah sesangat..budak2 sekolah rendah pong dah tau dah nengok cikgu2 dorang dengan pandangan tajam dan..dan..euww...
    dan budak sekolah rendah yg bawak cd lucah ke sekolah..memang tahap nak kene sekeh sorang2 dah nih..

    ReplyDelete
  33. Alalalala..kesiannya cikgu nie..dugaan tue dik..wat donno jer ngan budak2 cenggitu yer..:)

    ReplyDelete
  34. yunk cikgu H tu yg ensem tu ye
    kim salam ya ekeke

    erk n takziah juga mu kalah kan hikss ekeke

    ReplyDelete
  35. zara kalu buat novel ttg kisah cikgu...konpem gue pembeli pertama...lucu wokeh entry nih...kahkahkah =D

    ReplyDelete
  36. murid itupun lelaki juga kan..

    cepat cepat cari peminat..

    ReplyDelete
  37. chotz :

    hehehe~
    cap tumit tinggi boleh tak?
    hehehe~

    ReplyDelete
  38. AzuanBudakPandai :

    amboih~

    ucapan takziah?

    cest!

    ReplyDelete
  39. ashie023 :

    huhuhu~
    budak sekolah pun dah pandai main2 kat bawah meja, atas meja~

    alahai...
    ngeri~

    ReplyDelete
  40. Gieyana:

    kih3~

    ku nak letakkan kaki kat muka budak itu~

    lalala~

    ReplyDelete
  41. Blog Anuar Kamaruddin™:

    haha~
    alahai~
    mana boleh lawan Nuar yang lagi terer ni?

    ReplyDelete
  42. green :

    kalau tak sabar, dah masuk berita malam ni sayang~

    hehehe~

    ReplyDelete
  43. adeh..
    ssh gak tugas guru nih..
    mcm² peel pelajar zaman skang..
    hehe..

    yg last tu x bley blah..
    sabaq na..
    glory² united..

    ReplyDelete
  44. aku merapati kamu dan menyatakan..
    "TAKZIAH" juga ;)


    soklan kuiz! sape no 2 sekarang?

    ReplyDelete
  45. kasi pelempang je kat budak2 tu.. senyap la dorang..heheh

    ReplyDelete
  46. ish3..
    takotnyer nk jadik ckg..
    advnture habiz...
    sabar je la..
    huhuhu..

    ReplyDelete
  47. Pais Chaos:

    aku nak tunjal2 siap boleh?

    boleh lah~

    ReplyDelete
  48. teddy_froggy :

    takpe2~


    kamu mesti boleh punya~

    ReplyDelete
  49. aku dulu pun mengutuk cikgu.
    tapi cikgu yg suka mengumpat cikgu lain. buruk betul perangai. kamu jgn jadi macam tu ye!


    peduli lah murid tu. dia tak suka, dia rugi, kamu tak rugi kan.

    ReplyDelete
  50. budak2 tak minat ko
    tp yg tua2 dalam blog ni ramai yg minat ko

    hahaha

    ReplyDelete
  51. student zmn skrg..sbr je lah cikgu..adik sy pon nakal, mcm2 hal di buat kt skolah..pening3

    ReplyDelete
  52. Baru tingkatan dua, dah pandai buat siulan gatal...kat cikgu pulak tu..sungguh kurang ajar!

    ReplyDelete
  53. haha.teringat pulak kisah2 time sekolah.

    macam lebih kurang sama.

    yg beza.kau cikgu.aku pelajar.

    bertahan zara! ;P

    ReplyDelete
  54. hahaha...lawak la..keep it up babeh..dont ever give up!

    ReplyDelete
  55. tudia aih...!! bdk zman la stail tunjuk dpn2 noh kalau tak suka kt mna2 cikgu..Ceq dlu wlaupn tak suka kat sorang cikgu tu..tp cepat2 buang rasa tak suka tu..tkut tak lulus periksa kalau benci kt cikgu sendri..heee!
    Dulu masa skool f2 ada cikgu kelate ajar matematik..kalo da pengumuman berkaitan dia,ceq tepuk tangan sampai terover..orang len dah abis tepuk..ceq dok tepuk lagi..
    truja tgk muka comel dia..
    hahahhaha

    ReplyDelete
  56. dun give up dear.. akk dlu mula2 ade grup bdk2 llaki yg xsuke akk..last2 dorg yg rpt ngn akak..dugaan tu..

    ReplyDelete
  57. .syg, nti lame3 ok la tuh
    .baru3 mmg die x tau lg prangai kamu
    .nti lame3 mesti die suke kamu! :)

    ReplyDelete
  58. erm...biarkan diaorg..kalo makin ditegur yg salah itu lah yg tak disukai..

    ReplyDelete
  59. kena banyak sabar kan? :( Kamu kena menunjukkan kasih sayang dan kesabaran kemu terhadap mereka.

    ReplyDelete
  60. mira amair :

    gatai no~

    kih3~

    baiknya kamu, nak student cam kamu!!

    ReplyDelete
  61. ♥Hernee Nazir♥ :

    insyaALLAH takkan give up sis~

    =]

    ReplyDelete
  62. cik intan (◡‿◡✿):

    hope camtu syg~

    isk3~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)