Pages

Monday, November 02, 2009

Kenapa Saya Mahu Menjadi Guru : Awak Fikir Saya Turun Dari Langit?

Aku rasa hari ini aku telah kumpul satu kelas untuk menyukai aku.
...dan hari ini juga aku rasa aku sudah temui satu kelas yang bakal membenci aku seluruhnya.

*******

Aku telah ditebak dengan soalan, mengapa aku memilih kerjaya guru sebagai jalan hidup aku.
Kenapa ya?
Secara jujurnya, aku merasakan kerjaya ini membuatkan aku dekat dengan keluarga, masyarakat dan manusia secara amnya. Kerjaya ini membuatkan aku menyelami dan mempelajari erti kehidupan manusia secara hakiki dan harfinya. Manusia memang lemah, tetapi manusia sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk menjadi kuat. Ya, itu hakikat manusia.

Ada pelbagai sebab lagi sebenarnya, dan itu meliputi pelbagai aspek tentunya. Ah, aku menyedari penulisan aku kebelakangan ini sudah dicemari dengan kata pinjaman dari bahasa asing, tetapi tidak mengapa, Malaysia mengamalkan dasar terbuka bukan? *senyum*

Dan ini mengingatkan aku pada kejadian di dalam kelas. Suasana kelas yang biasa dengan bilangan pelajar tidak mencecah 40 orang. Aku berhadapan dengan beberapa pelajar yang tidak terkawal nakalnya. Amarah sedang dikawal agar aku tidak tersilap langkah.Amaran awal telah diberi, tetapi malangnya hanya segelintir yang sudi meminjamkan telinga.

Aku : Kenapa bising sangat?
Pelajar : Takde benda nak buat cikgu.
Aku : Tak boleh belajar untuk peperiksaan seterusnya? Jangan ganggu kawan-kawan yang belajar.
Pelajar : Bukan bising sangat pun cikgu.
Aku : Kasihan pada kawan-kawan. 
Pelajar : Ala cikgu ni. Cikgu lain lah.

Aku :  Awak fikir saya turun dari langit ke? Tiba-tiba boleh jadi cikgu? Saya pun pelajar juga dulu. Kalau awak tak mahu ulangkaji, duduk tempat sendiri, jangan kacau kawan.
Pelajar : Baik cikgu.

Pelajar.
Duduk di tempat sendiri. Mengelamun.
Tidak mengapa, asalkan tidak bising dan menganggu tumpuan pelajar lain.
Masa bergerak, jadual berjalan, kelas berganti.

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon14.jpg
 [Gambar penghargaan di SINI]

*******

Kertas Sains 2 sedang berjalan.
Usai kaki melangkah masuk kelas, hati berdetak tidak enak. Bala apakah yang bakal terjadi?
Rasa hati yang tidak menentu ditolak jauh. Mainan gila.

Sudah menjadi kelaziman aku, tidak akan duduk diam bila menjaga peperiksaan. Amanah yang pernah aku terima daripada Abah menjadi pegangan aku. Itu prinsip, itu pesanan. Untung kasut yang dipakai tidak mengeluarkan bunyi, jadi aku bergerak seperlahan mungkin. Melihat apa yang dilakukan oleh pelajar.

Pelajar 1 sedang menjawab soalan mengenai tuas. Arahan yang diberi adalah untuk menyuai-padan gambar rajah dengan sistem yang ditunjukkan seperti di bawah.

http://salestores.com/stores/images/images_747/D12E.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Ya, ini gambar pemotong kertas yang memenuhi hukum Tuas Kelas Kedua.
Aku lihat pelajar itu salah melabel bahagian-bahagian yang menunjukkan Daya, Fulkrum dan Beban. Aku hanya menyuruh dia membaca semula soalan baik-baik dengan suara yang perlahan.

Tiba-tiba seluruh kelas ketawa mengilai dan ada di antara mereka yang ketawa berdekah-dekah. Aku bingung. Aku perhatikan kelas secara menyeluruh. Suasana kembali tenang.

Aku berjalan ke pelajar lain. Dia juga sedang berusaha menyelesaikan soalan yang sama. Kesilapan yang lebih teruk, maka aku memintanya membaca soalan dengan berhati-hati dan fahami kehendak soalan. Kejadian yang sama berulang kembali. Seluruh kelas ketawa mengilai. Aku berpusing dan berkata dengan suara yang tenang dan dalam.

"Lagi sekali saya dengar sesiapa ketawa mengilai sebegitu, saya lempar dia keluar dari kelas"

Ya.
Seluruh kelas senyap. Ada di antara mereka yang menjeling masam. Ada yang menarik muka meluat. Dan muka-muka bertambah mencuka bila aku langsung tidak duduk sepanjang 40 minit di dalam kelas mereka.

Yang meniru aku renung mereka.
Yang berbual aku tenung mereka.
Bila aku berjalan mendekati mereka, muka masam ditunjukkan kepada aku.
Bila aku berdiri di hadapan, mata menjeling marah pada aku.
Bila aku berdiri di belakang, badan disengetkan, cuba melindungi perbuatan.
Bila aku keluar, semua memandang dengan muka marah.
Eh, ada aku kisah?



Kali pertama berjumpa kelas yang sungguh sehati sejiwa dalam menunjukkan rasa benci dan menyampah pada guru. Entah-entah aku akan menerima bungkusan hadiah yang mempunyai tahi di dalamnya pada tahun hadapan. Ah, manusia memang membenci kebenaran, dan itu kenyataan.



Zara : Sudah menempah kuih lompang untuk dibawa ke sekolah pada 3 November 2009. Cuma untuk kudapan guru-guru di dalam bilik kakitangan. Buat semua pengunjung, semoga kamu semua mempunyai hari yang ceria. Aku sayang kamu!

78 comments:

  1. bersabar ye zara...letih menjadi seorang pendidik tapi insyaAllah akan rasa berbaloi bila yang dididik menjadi orang berguna suatu hari nanti...go go caiyok! =D

    ReplyDelete
  2. tak nak jadi cikgu..

    sekian~~hehe

    semoga tabah ye syg~

    ReplyDelete
  3. hwaaa..mesti sgt penat kan..takott wuuu

    ReplyDelete
  4. semoga tabah zara..hehe..

    aaha..bebudak nih..ambik ko sebijik..hengat turun dari langit ke tetiba bleh jadik cikgu..

    bebudak aku dolu slalu cakap mcm nih kat aku biler aku suh buat soklan susah skit..
    "cikgu xpelah, cikgu pandai dah"

    mmm...tp budak sekolah rendah nih, cute je diorg ..kekeke.aku just senyum je..biorlah..asalkan x biadap sudah..

    ReplyDelete
  5. semoga tabah zara..hehe..

    aaha..bebudak nih..ambik ko sebijik..hengat turun dari langit ke tetiba bleh jadik cikgu..

    bebudak aku dolu slalu cakap mcm nih kat aku biler aku suh buat soklan susah skit..
    "cikgu xpelah, cikgu pandai dah"

    mmm...tp budak sekolah rendah nih, cute je diorg ..kekeke.aku just senyum je..biorlah..asalkan x biadap sudah..

    ReplyDelete
  6. tak nak jadi cikgu..

    sekian~~hehe

    semoga tabah ye syg~


    .hiks!
    .semoga tabah syg ;p
    .wuuuuu takotnye cikgu zara garang
    .kite x pndai nk garang3
    .kang budak3 bukan takot pun
    .buat penat je jerit3 T__T
    .lg marah, lg doang ckp kite comel ;D

    ReplyDelete
  7. kalau aku dah lempang pun budak2 macam tu...

    ReplyDelete
  8. waa...subjek aku tuh...
    bkali2 aku jelaskn tjuk lever tu kt tusen....


    erm... tabah ye syg~ ekeke

    ReplyDelete
  9. kaedah tradisional kadangkala berkesan.

    kekerasan campur kambing hitam sama dengan hukuman khalayak. mungkin peneguhan negatif sebegitu memberikan kesan psikologi pada pesalah dan pelajar lain tidak berani. kalau di peringkat perkembangan kanak-kanak ia mungkin berkesan tetapi tidak tahulah kalau di arena kamu.

    ah kamu tentu sudah belajar pedagogi bukan hehehe

    ReplyDelete
  10. wow...payah gila jadi cikgu....

    gua dulu pun nakal gak kat sekolah...
    tapi masih hormat cikgu...
    satu nasihat gua...student x suka cikgu skema...cuba terapkan disiplin dgn cara sempoi dan bergaya...mcm mana aku x tau...haha...

    ReplyDelete
  11. hehe...wau akak...!! garang..

    lempang jerk...haha..ganas giler..

    budak zaman sekarang memang begitu...

    cik abg sy seorang guru..pernah kena terajang dengan anak murid sendiri..huhu...dia rotan sedas dua pada anak murid dia...

    ReplyDelete
  12. mcm kelas gangster jer... pernah tgk kat drama jepun

    haha

    ReplyDelete
  13. Nama gayanya... kne GTZ la ek... "Geat Teacher Zara"

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  14. huuu..
    kalo aku jadik student, tamahu ah kamu jadik guru kelas..
    garang! :P

    selamat bertugas& tabah sayang! :)

    ReplyDelete
  15. kagi=umnye la ngn zara..hehe..hmm garang gak zara neh.tapikan zara..intan rase,grg2 mcm mane pon cikgu,itu yg kite terkenang2 kan.smpi skrg intan xkn lupe jeritan2 cikgu dlu.heh.dan itulah yg plg kite rindu.benci itu bkn semuanye buruk dan busuk.de terselit kasih syg..heh,zara...all da best.u'l be da greatest teacher.yep2 sokong framestone.GTZ.hehehe.

    ReplyDelete
  16. huaaa...bunyi cm garang je akak ne..haha

    ReplyDelete
  17. gua biasa dengar perkongsian cerita seakan ini.. -round2-

    ReplyDelete
  18. huhuu...

    ~hahaha.. jangan bagi muka sangat ngan budak2 skg ni zara ^^

    ~dunia yg penuh ngan watak2 yg berbeda.. luv it..

    ReplyDelete
  19. cabaran menjadi cikgu ni dah saya rasa walaupun belum agi habis study...dulu selalu ngat jadi pemonteng kelas dan penidor tegar dekat sekolah...sekarang nak amik...diriku pulak bakal bergelar cikgu...

    teringat kata2 senior saya sms sy kali pertama masuk bidang pendidikan ni..

    guru ini adalah perantara antara rahmat ALLAH dan manusia, ikhlasnya guru mengajar menjadikan ilmu sampai ke sanubari pelajar, doa guru ibarat azimat..

    kalaupun hari ini pelajar nakal, tapi sekiranya guru itu ikhlas dan usaha serta berdoa pasti satu hari pelajar kita akan menjadi seseorang dalam hidupnya

    apapun still takut jugak sebab macam2 sgt kes...

    nanti saya cikgu yang comey ni dibuli pelajar..

    ngeh3

    ReplyDelete
  20. ++ bila kisah kamoo ni dik..teringat kenakalan akak time skolah dulu....hehehehe ++

    ReplyDelete
  21. tugas bertambah bila merangkap SURI rumah..huhu gurumah

    ReplyDelete
  22. aku dulu pon begitu dik zara...mmg payah..rasa geram nak mati!

    ReplyDelete
  23. semua orang kata saya garang..
    suara yang kuat padahal cakap seperti biasa..
    mungkin sesuai menjadi guru disiplin..
    dan bakal di benci oleh pelajar kn??..
    tapi itu bukan kerjaya saya..

    jg diri zara..

    ReplyDelete
  24. jd cikgu kena banyak sabar...budak2 skrg pun bkn mcm kte dlu2..
    hati2 ye cik zara oiiii..

    ReplyDelete
  25. dear dek zara sayang..

    aduyai sabar eh..

    kakak pun pernah kena masa jadi cikgu sambilan dulu..

    sejak tu yang tak mo jadi cikgu tuh ihiks..

    tapi kakak tau kamu suka cabaran itu..

    kamu kuat sayang..

    sayang kamoo juga..

    peluk kamu kembali :)

    ReplyDelete
  26. huish.bahaya.kang tak pasal2 dia orang letak paku kat atas kerusi ke.gantung baldi kat pintu masuk kelas kaa.macam mane?haha. ;P

    ReplyDelete
  27. mereka tidak akan sedar selagi mereka tidak melaluinya sendiri wahai zara....take care ye! u're doing great:)

    ReplyDelete
  28. pergh.
    garang!
    haha.
    lek2.
    awl2 jer tuh.
    lepas ni sayang la pulak.

    ReplyDelete
  29. teruskan menjadi guru zara..
    kalo ramai mcm zara..insyallah ..terdidik anak bangsa..kalo semuanya takut menjadi guru ..camne anak2 kita kelak ..

    ReplyDelete
  30. kalo org jd student tu,
    org kasi patung berdarah.
    hahah
    takot x?

    ReplyDelete
  31. hehe
    aku teringat zaman2 kenakalan dulu
    kalau kamu jadi guru aku
    pasti aku dilempar keluar hehe

    ReplyDelete
  32. Zara.
    Apa yang kau tulis dah takde orang mahu baca lagi.
    Berhenti sajalah menulis.
    Orang semua dah bosan dengan cara kau tulis.
    Takde seni pun.
    Mengarut je lebih.

    ReplyDelete
  33. Bukan senang nak menjadi seorang guru Zara. Lebih-lebih lagi sekarang. Kebanyakan budak-budak tidak sama dengan zaman kita orang lagi. :(

    ReplyDelete
  34. sapa yg berani tulis macam tu zara ... jgn patah semangat k .. terus kan ... kalo ada yang tak suka tapi akak suka ... terus kan ... akak sokong zara ...

    ReplyDelete
  35. sronok jadi cetgu snarnya...eheheh..zara,jon join ku iklan terbaru..daftar dan jadi org bawah ku..

    ReplyDelete
  36. Blog Anuar Kamaruddin™:

    hehehe~

    thanks Nuar sayang!

    ReplyDelete
  37. ashie023 :

    eh, apa kita nak buat ek?

    belasah dorang jom~

    ReplyDelete
  38. cik intan (◡‿◡✿) :

    hehehe~
    amboih darling~
    kih3~

    ReplyDelete
  39. Ries Lee :

    aku teringin gak nak melempang~

    =]

    ReplyDelete
  40. faqhrule:

    malangnya mereka mungkin tak merasai ketika peringkat awal kanak2, jadi bila besar sudah kental untuk dilentur~


    hahah

    ReplyDelete
  41. cInTa aDrIaNa :

    pergh~

    kena terajang dgn student?

    woot!

    ReplyDelete
  42. Framestone:

    eh bang, akmu mmg memahami~

    hahaha~

    ReplyDelete
  43. ♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ :

    amboih~

    nakal ya kak?

    ReplyDelete
  44. Puan Nina (DINina) :

    terima kasih Puan Nina!

    ReplyDelete
  45. arque :

    aku akan lari ke makmal, amik acid curah kat mereka~

    haha~

    ReplyDelete
  46. Tekkaus :

    setuju bang!

    budak2 zaman sekarang memang lain betul~

    ReplyDelete
  47. Thanks...saya brcita-cita nk jd cikgu, lps baca tulisan kat atas ni, saya sedar klu nk jd cikgu saya kena belajar utk mnghadapi situasi macam ni..."Bila aku berjalan mendekati mereka, muka masam ditunjukkan kepada aku.
    Bila aku berdiri di hadapan, mata menjeling marah pada aku.
    Bila aku berdiri di belakang, badan disengetkan, cuba melindungi perbuatan.
    Bila aku keluar, semua memandang dengan muka marah.Eh, ada aku kisah?~Suka ayat...eh, ada aku kisah?..;-)

    ReplyDelete
  48. sebab kamu seorang cikgu lah saya berkesempatan bertembung kamu di muar ketika kamu menjadi pengawas spm di sana :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)