Pages

Friday, October 02, 2009

Teringat Kamu Setiap Kali Ke Tandas - Gembira Dengan Kenyataan Belum Sempurna Sebagai Seorang Wanita

Hidup dengan menulis acapkali membuat aku rasa mahu terkujur demi memberikan yang terbaik dalam mencari kepuasan kendiri. Bahan bacaan adalah nadi hidup ini dan sesungguhnya aku belum mahu tewas disebalik nafsu amarah yang aku kawal selama ini. Nafsu yang jahat memang subur dalam hati yang tidak pernah mahu tewas. Pinggirkan dia dengan senyuman.

Ternyata semua orang senang dengan kenyataan tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini. Aku juga menerima kenyataan itu sebagai sesuatu yang benar, tetapi salahkah kita mencari sesuatu yang hampir sempurna? Dalam memperjuangkan mencari yang terbaik, adakah perlu menjumudkan hati dan berpuas dengan apa yang kelihatan dihadapan? Mengapa mahu menghijab pandangan dan menyeksa jiwa?


Bila aku menyatakan aku mahu memburu kesempurnaan, aku dibantah keras. Ah, kesempurnaan itu hadir dalam pelbagai gaya, warna dan kumpulannya. Kalau aku mahu memburu kesempurnaan kehormatan sebagai seorang wanita, jangan kamu membuat aksi melopong di hadapan aku. Aku sudah nyatakan, kesempurnaan yang mungkin dikejar ada dalam benak pemikiran mereka yang mencari.

Aku : Hati mendambakan kesempurnaan sebagai seorang wanita.
Dia : Kamu masih seorang perempuan, masih anak gadis.
Aku : Mungkin, tetapi setiap wanita di dunia ini mahukan kesempurnaan dan kehormatan.
Dia : Wanita dihormati, dan kesempurnaan itu sesuatu yang mustahil. Tiada siapa yang sempurna kecuali Yang Maha Esa. Jangan pernah melawan takdir.
Aku : Aku tahu tetapi kewanitaan yang sempurna bakal membuat setiap wanita bahagia.
Dia : Nyatakan dengan lebih jelas.
Aku : Aku pernah terbaca suatu ketika dulu. Seseorang wanita apabila dilahirkan hanya memiliki 25 peratus kehormatan. Apabila mencapai akil baligh, dia akan menjadi 50 peratus. Saat dia bersuami, dia akan memperolehi lagi 25 peratus, dan akhirnya menjadi sempurna, 100 peratus tatkala dia menjadi seorang ibu.
Dia : Kalau begini, kamu hanya mempunyai 50 peratus sahaja secara kasarnya.
Aku : Secara kiasannya, aku setuju.
Dia : Kamu kena menunggu lebih lama untuk memenuhi yang selebihnya...*senyum*

Zara : Mendengar lagu "Sempurna" sambil mengenangkan mengapa darah kerap mengalir dari gigi dan gusi kebelakangan ini. Adakah petanda perlu mencari penawar yang lebih ampuh dan tinggi?


Buat sahabat yang sering membuat aku senang dengan telatahnya, tempat mandi ini memang khusus buat kamu dan hanya kamu. Maaf jika perkhidmatan ini tidak ada buat masa ini di tempat yang kamu suka.

76 comments:

  1. salam..

    kak.. kita suke entri ini..
    mendalam mknanya..

    terima kaseh ;)

    ReplyDelete
  2. semua nye bergantung kepada diri kita sendiri,..dan bagaimana kita mencoraknye..

    ReplyDelete
  3. kalau tu yang kamu maksudkan sempurna syg..

    sabar, the time will come :)

    ReplyDelete
  4. oh...aku bakal mendapat 100% ke dik zara?

    ReplyDelete
  5. AbcdeFtyyhahh; :

    salam sayang~

    ah, terima kasih buat kamu kerana sudi membaca juga.

    ReplyDelete
  6. Lifesaver :

    insyaALLAH kak~

    jaga kandungan kamu~

    ReplyDelete
  7. ~Cinta Cukulet~ :

    samalah kita sayang~

    ehehe~

    ReplyDelete
  8. sempurna tu apa
    definasi?

    kalau sudah menjadi ibu menjadi sempurna? maka ramai org kat indonesia sana sempurna :)
    heheheh

    (Kesitu pulak..)

    kalau hitam itu ketidak sempurnaan,
    di negeri malaysia yg puteh puteh ini,
    maka puteh itu ketidaksempurnaan,
    di afrika yg itam itam tu,

    POcket sokong all black!!:D

    ReplyDelete
  9. uikkk...
    tak habis lagi
    dgn gambo tulet berpantun tu?

    ReplyDelete
  10. syahdunya baca entry ni
    sabar meniti hari..akan tiba saat 75% dan 100% tu, InsyaAllah

    ReplyDelete
  11. Pocket :

    All Blacks juga kegemaran Zara bang~
    kalau begitu, ramai sudah yang jadi sempurna~

    ahh, definisi acapkali mengurung manusia bang~

    ReplyDelete
  12. sapa mahu cukupkan 25 peratus lagi kesempuarnaan? aku sedia membantu ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  13. zan-xray :

    harap begitu juga bang~

    aku redha sahaja~

    ReplyDelete
  14. ~♥ cik intan® :

    hanya perkongsian hati sayang~

    ReplyDelete
  15. nice article dahling.. ai loikkeee..

    maknanya, hot gorjes mama ni sempurna la sudah eh..

    belum lg dik..belum selesai perjuanga wanita.. selagi anak yg kecil belum dibesarkan.... selagi tulang belakang suami masih perlu dibantu..dan selagi mata belum tertutup.

    tiada siapa yg lebih sempurna selain Allah. Manusia itu kalau sempurna, bererti dia telah mati. kerana mati adalah kemsempurnaan kepada kehidupan duniawi.

    aku terkesima memberi komen disini. dan tiba2 insaf tahap gaban.

    ReplyDelete
  16. aku pun 50 % jugak ke? entri kamu ini penuh ayat bunga2......
    masuk pertandingan kesusasteraan melayu sangat ok ni.....betul aku cakap..

    ReplyDelete
  17. tajuk entry yang sangat mendalam maknanya...huhuhu...

    sedey...tapi lucu..everytime i go to the toilet, i remember u...hahaha

    ReplyDelete
  18. sedang mencari kesempurnaan juak...

    >tiada yang sempurna..tapi jalan mencapai kesempurnaan suda boley dianggap sempurna~

    ReplyDelete
  19. Hmmm .. aku seorang ibu. sudah sempurna? uh .. don't think sooo ... how I wish larrrr!

    ReplyDelete
  20. ala...ni yg nak cpt2 kawen neh...

    ReplyDelete
  21. memang kita wajar berusaha menjadi manusia sempurna walaupun perkataan sempurna itu tidak pernah melengkapkan manusia. Manusia perlu tiga perkara, Ikhtiar, bersabar & berdoa.

    nota kaki:nice blog!kte suka.

    ReplyDelete
  22. dak zara : kata orang kita tidak akan berjumpa dengan kesempurnaan selagi kita bernama manusia. Betul ke?

    ReplyDelete
  23. adakah ini merupakan satu lagi petanda bahawa kamu tidak sabar mahu mencapai 75% itu??

    kihkihkih...

    ReplyDelete
  24. zara...

    sha terasa nak menyanyikan lagu kisah tak sempurna yang sangat sempurna di telinga sha:)

    kalau macam tuh, sha pon tak sempurna sbb tak jd ibu lagi. but then, kalau org yg dah melangkah tahap kesempurnaan tuh (macam org yg mengandung anak luar nikah?)

    still dpt another 25 percent walaupon itu tak cukup sempurna:(

    ReplyDelete
  25. lengkap kehormatan seorang perempuan itu menjadi seorang ibu yer zara...bagus gambarannya =D

    ReplyDelete
  26. tunggu kamu kahwin dan punyai anak,
    maka sempurnalah kamu.

    :)

    ReplyDelete
  27. sempurna itu berbeza dari setiap mata yg memandang...

    ;)

    suke juge penulisan cik zara

    ReplyDelete
  28. bila nak capai yg lagi 50 tu yang ?

    ReplyDelete
  29. zara!

    >>>roses is red
    vi0let is blue
    sugar is sweet
    as sweet as y0u~
    tu die punye pantun sebnarnye!
    hehe...
    sje nak sharE~

    zara swEet!
    muahXX!

    ReplyDelete
  30. GiGGLe GaL:

    aku pun insaf secara tiba2 kak~

    hehehe~

    ReplyDelete
  31. ciK LyndaWawa igUana :

    hehehe~

    aku belum layak sayang~

    ReplyDelete
  32. MOKCIK AZWA :

    hahaha~

    sengaja ku pilih itu Mokcik~

    =p

    ReplyDelete
  33. miera a.k.a merr:

    dan aku pasti yang kita akan kekal mencari jalan2 itu~

    ReplyDelete
  34. Precious :

    sempurnanya seorang wanita walaupun tanggungjawabnya mungkin belum~

    ReplyDelete
  35. ~MIEZA~ :

    itu yang menjadikan manusia itu kuat~

    pencarian yang tidak akan pernah henti~

    =)

    ReplyDelete
  36. sI tEDI :

    mungkin tetapi manusia boleh mengejar bahagia~

    ReplyDelete
  37. cHeRyNa PiReS:

    urutan yang tidak sempurna tidak akan membawa kepada kesempurnaan~

    maka itu tidak dikira~

    ReplyDelete
  38. Blog Anuar Kamaruddin™ :

    terima kasih Nuar~

    =)

    ReplyDelete
  39. farah :

    lama lagi sayang~

    aku tunggu kamu dulu~

    ReplyDelete
  40. We are the ones who control our own future. Although everything else is predetermined, we can still change it! :p

    ReplyDelete
  41. ja lagi 50% kot kak... :)
    suka cite akak nie..

    ReplyDelete
  42. baru 50 jugak....huhuhuhu...bila la nak jadi 100 ni? nak markah penuh la....lalalalalalala

    ReplyDelete
  43. jgn bimbang zara.
    sekiranya seseorg itu betul2 suka pada kau.
    semua perkara mengenai kau adalah sempurna baginya.
    dia dah tak nampak cacat cela kau.
    kecuali ade org bagtau.
    "eh kau perasan tak,kalau zara makan,die kunyah tak tutup mulut.tak senonoh kan kan kannn"
    haha. -__-"

    ReplyDelete
  44. arque :

    LOL!

    bila pulak aku makan tak tutup mulut ni wei?

    ReplyDelete
  45. apasal ku tak faham kisah toilet ni?

    =_="

    org lain semua suka,tp ku blurrr~~

    ReplyDelete
  46. messyremo :

    hahaha~

    sila roger ku untuk kepastian~

    ReplyDelete
  47. biarpun untuk komen ke 65,
    harapnya penulis masih tidak mengendahkan komen pocket yg tak berapa intelligent ini,

    definasi 'kotor'
    benda yg berada di tempat yg tak sesuai,
    kari itu suci untuk kita makan,
    tp tak suci kalau tumpah kat baju nak bawak gi interview.
    lg lg tak suci lg di mulut lelaki islam yg sihat lg cukup umur pukul dua petang ramadhan.

    so cerita lucah di website blue tu tidak lah 'kotor' kan?

    jadi definasi tidak mengurung,
    definasi membuka jalan:D
    yey!!

    ReplyDelete
  48. huh,baru 50%,samalah,lamaaalah lagi nak dapat 100%.

    bila kita cakap kita mahu sempurna atau sekurangnya menjadi hampir sempurna supaya kita mampu menyempurnakan orang lain,dia cakap mustahil kerana orang lain.tapi kita gigihkan jua supaya yang terlaku itu semua dia juga yang akan merasa.tapi dia tak pernah tahu,yang hampir-hampir itu nyarisnya dipanggil sempurna dicari bukan semata bangga untuk diri.dan kesempurnaan itu sendiri tak sempurna kalau tak menyempurnakan yang lain.dah akhir-akhir ni baru aku tahu,tak perlu jadi sempurna untuk dibuang merata. T_T"

    ReplyDelete
  49. sungguh meriah tempat dinda ni...
    kalau lelaki pula bagaimana ya peratusannya?? ahaks ;)

    ReplyDelete
  50. Pocket :

    sudah tentu Zara tidak akan mengabaikan bang~ ada benarnya di situ dan Zara bersetuju dengan abang dalam hal ini.

    =)

    ReplyDelete
  51. penjenayah merah jambu. :

    kalau sempurna juga kadangkala masih dibuang merata dengan alasan masih ada yang lebih sempurna~

    ReplyDelete
  52. Naz:

    Lelaki?
    mungkin juga dipengaruhi dengan unsur2 seperti nilai tanggungjawab bang~

    ReplyDelete
  53. miss lolly a.k.a luvfareda :

    hehehe~

    mari dik~

    ReplyDelete
  54. ♥Hernee Nazir♥ :

    insyaALLAH bakal ke 100% nanti kak~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)