Pages

Monday, October 05, 2009

Rayyan Zarith Hakimi : Lembut, Comel Dan Berbulu - Hati Dipenuhi Dengan Bahan Kimia Lalu Teruja Tinggi Sayang

Minggu lalu dia tiba. Minggu lalu dia membuatkan hati yang sedang dibajai bunga semakin bersinar cemerlang dan bercahaya. Hati berbunga riang dan firasat yang terlintas membuatkan ku menyedari, dia antara sinar yang ku nanti sejak kebelakangan ini.

Aku lihat dia.
Dia lihat aku.
Bibir mengukir senyuman mesra dan dia hanya memandang aku.
Entah apa dia rasa.

Renungan mata yang saling bercumbu dimatikan oleh deringan Si Merah. Pesanan ringkas dari teman aku balas dengan laju sambil mata tertancap pada dia. Tangan membelai lembut badannya. Lamunan membawa aku melayang mengenangkan ketibaan dia ke sini. Usikan nakal perantara kami membuat aku tersengih sahaja. Minda menerjah ke kawasan itu.

Perantara : Ramai sungguh teman lelaki yang tiba di sini ya?
Aku : Eh, mana ada ramai bang?
Perantara : Selalu ada sahaja yang abang bawa ke sini kan? *ketawa*
Aku : Kebetulan itu. Selamat hari raya bang. *senyum mesra*

Bunyi manja haiwan peliharaan jiran memutuskan lamunan berkadar sederhana itu.
Haiwan apa?


Haiwan yang comel dan membekalkan lebih dari sekadar susu buat kita.

Tangan pantas mencapai Si Merah. Jari menekan butang-butang di badan Si Merah. Ku kirim pesanan ringkas buat seorang sahabat. Mata aku masih merenung dia. Hati melonjak gembira kerana ada sesuatu yang lain tiba bersama dengan kehadiran dia.

Rayyan Zarith Hakimi.
Indah namamu - aku gunakan masa dua hari untuk memberikan jolokan terbaik buat dirimu sayang. Terima kasih kerana sudi hadir ke sini dan menjadi sebahagian daripada keluarga kecil ini. Terima kasih sayang. Aku tahu, kamu bakal mendendangkan lagu bahagia untuk aku walaupun kamu mungkin janggal memegang gitar.



Ini Rayyan Zarith Hakimi bersama Si Merah.
Sepatutnya nama dia hanya Rayyan Zarith tapi aku letakkan Hakimi disebabkan pengirimnya. Seorang teman yang aku kenali menerusi dunia blog dan berasal dari kampus selatan juga. Dia mempunyai nama panggilan seperti sesuatu kepunyaan aku juga. Namanya? Kimi. Comel bukan? Tapi dia bukan Kimi yang pernah aku peluk dengan erat semasa tidur sebelum ini.

Terima kasih Anike MK. Terima kasih atas hadiah yang comel ini sayang. Oh, hati aku sedang dipenuhi dengan bahan kimia teman. Kami adalah mereka yang berasaskan kimia dalam merencana cita-cita. Aku tamat pengajian dalam jurusan Pendidikan Kimia dan insyaALLAH dia bakal bergraduasi dalam jurusan Kejuruteraan Kimia Bioproses.

Aku sangat gembira. Harap dapat bertemu kamu lagi selepas ini teman. Rindu mahu berbincang dengan kamu seperti hari itu. Rasa lebih matang isi perbualan kita dalam membina masyarakat yang terpelihara.

Zara : Sudah selesai mengganti puasa dan menunaikan puasa enam dalam bulan Syawal ini. Oh indahnya! Selepas ini boleh dikira boleh beraya.


66 comments:

  1. 3 nama?

    lepas ni jgn ade kamu letak sampai 4 nama sudah la..hehe

    ReplyDelete
  2. sayang,
    aku culik rayyan
    buat peneman tido boleh?
    tsk!

    ReplyDelete
  3. zara dengan penamaan yang unik nya,

    pocket nak tunggu sampai zara melahirkan a few angels nanti,
    berapa suku kata lah nama mereka nanti yer?:D

    ReplyDelete
  4. si merah?
    bkn bju raya aie ngn addy kn...ha3

    ReplyDelete
  5. seronoknya..

    ada saja adiah untuk kamoo kan sayang :)

    ReplyDelete
  6. Thanks to Hinode girl yg suruh aku beli bear tu...

    =)

    Sebab...
    aku takde pengalaman beli bear ni

    ha3!

    ReplyDelete
  7. panjangnyer name tedy tu...
    kalo dpt anak sendiri nnti mesti panjang lagi kan name dia..
    haha....

    ReplyDelete
  8. zara : cumel2.. mahu itu boley??

    mimie : rayyan zarith bin hakimi..ahakz

    ReplyDelete
  9. selamat beraya sakan dinda... eh, hp baru ker tu??

    ReplyDelete
  10. mak ai..
    hebatnye name bear tuh..
    aritu adam ape eh??
    terkeliru ak ngan name dorg..
    hehe..
    tahniah..
    slamat bergraduasi..

    ReplyDelete
  11. adeh..
    skali tersilap bc daa..
    da alang²..
    slamat bergraduasi ntok si dia.
    sori²..

    ReplyDelete
  12. cantik nama tu.
    nak amek wat nama anak la.

    ahhaha.

    :D

    ReplyDelete
  13. nama sedap gila.
    jadi bear pun dapat nama best2.peh,ni kalau dapat baby ni zara,nak letak nama ape ye?
    #curious

    ReplyDelete
  14. Kekap-kejap dapat hadiah kan! :p Banyak orang yang murah hati heh!

    ReplyDelete
  15. Aku hanyut tatkala pening di duniamu zara..

    ReplyDelete
  16. ngee..bez nyer dpt teddy..cik zara kem la satu ke sye..^^

    ReplyDelete
  17. comel nama
    secomel teddy itu

    berbunga-bunga ayat cik zara ye

    ReplyDelete
  18. kalau bagi nama zara memang hebat..
    hehe akak suke!!

    ReplyDelete
  19. nama yang best. bila nak buat posting collection anda nieh zara?

    setakat nieh sha baru tgk dua...maybe ada posting yang ketinggalan:)

    ReplyDelete
  20. Dikira piara kucing, tidak tahunya boneka. Salam kenal... :)

    ReplyDelete
  21. teringat pada sesuatu lalalalala

    ReplyDelete
  22. itu baru nama teddy bear, agak2 kalu nama anak sendiri? ya hampon panjangnyer =P

    ReplyDelete
  23. huh!!!aku mau teddy bear, nape takde org bagi pada ku dik?

    ReplyDelete
  24. Pocket :

    nama zara sendiri 5 perkataan bang jika termasuk nama abah~

    hehehe~

    ReplyDelete
  25. Anike MK :

    hehhe~

    thanks to u cz belikan aku hadiah yg sangat comel~

    ReplyDelete
  26. miera a.k.a merr:

    hahhaa~

    tak bleh~

    ngee~

    bin hakimi eks?

    wewiit~

    ReplyDelete
  27. En.Beskot™:

    hehhe~

    tak mengapa~

    terima kasih atas ucapan kamu~

    ReplyDelete
  28. penjenayah merah jambu. :

    hehehe~

    bear2 mesti signifikan~

    =)

    ReplyDelete
  29. atiQah adNan :

    boleh pinjam jadi nama anak kak~

    hehhe~

    ReplyDelete
  30. Blog Anuar Kamaruddin™:

    hehhe~

    zara tak pandai menulis novel~

    kalau tak, mesti bleh jadikan watak2 kan?

    ReplyDelete
  31. atty's :

    kak atty nak bagi pada kak ke?

    hehhe~

    ReplyDelete
  32. Salam semua,

    Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog anda di laman web kami.

    Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!

    Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

    Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  33. salam.

    ingat sape la. anak buah ke. haha ;p
    comel la :D

    ReplyDelete
  34. bbelit la ldah akak nk sbut name tu..hehehe

    ReplyDelete
  35. teddy!comey nyer..
    niesz pon ade bnyk tedy..
    semue org bg..
    hihi..
    nk adiah mesti mintak tedy..xsedar2 yg kite ni da tue..hahaha..

    ReplyDelete
  36. alahai sedapnyer nama bear dia hehe

    ReplyDelete
  37. AbcdeFtyyhahh;

    memang sangat comel dan sedap dipeluk~

    hehehe~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)