Pages

Thursday, October 08, 2009

Pembantu Rumah, Surirumah Berpakaian Kemas - Pisang Masak Kicap? : Resepi Dari Mana Agaknya.

Tetamu datang berkunjung ke rumah dan baru dihidangkan minuman. Suara tetamu yang sedang berbual dengan Emak terdengar dengan jelasnya.

Tetamu : Oh, sekarang ini memang memerlukan pembantu rumah kan? Boleh memudahkan kerja.
Mak : Mungkin jugalah.
Tetamu : Itu pembantu rumah awak ke? Kemas pakaian dia.
Mak : Itu anak sulung saya. Baru tahun satu di universiti.
Tetamu : Oh....Anak saya pun masuk universiti.
(Percakapan yang lainnya tidak aku hiraukan disebabkan perbualan itu yang membuatkan aku menyebut pelbagai perkataan empat huruf dalam bahasa Inggeris - ketika ini aku masih selalu gagal mengawal emosi marah)

Usai tetamu itu pulang, aku hamburkan kata-kata marah pada Emak. Bukan memarahi Emak, tetapi hanya meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Aku beritahu Emak, jangan benarkan manusia itu datang lagi ke rumah kami.

Oh, itu peristiwa empat tahun lepas. Dendam di hati mungkin telah dilupakan usai peristiwa yang baru berlaku sewaktu raya kali ini yang membuatkan aku gembira hingga mahu tersenyum sepanjang hari. Tetamu tersebut datang berkunjung lagi dan aku yang terpaksa menunjukkan senyuman paksa keluar menghidangkan juadah buat dia dan keluarga.

Tetamu : Oh, ini anaknya yang dahulu tu kan? Sudah habis belajar?
Emak : Sudah. Baru sahaja konvo hari tu.
Tetamu : Sudah bekerja?
Emak : Belum lagi. Menunggu penempatan sebagai cikgu. Sekarang ni dia duduk rumah sahaja.
Tetamu : Oh, macam pembantu rumah lah ni. *ketawa*

Sewaktu ini, darah sudah naik ke kepala. Aku ternampak Emak tersenyum dan meminta izin ke dapur menyediakan juadah. Hati kecil berbisik, inilah peluang.

Tetamu : Sekarang ni duduk rumah buat apa je?
Aku : Macam-macam boleh buat.
Tetamu : Mesti banyak kerja nak buat kan? Macam surirumah tangga ada, pembantu rumah pun ada. *ketawa*
Aku : (dalam hati : sila pergi mati) Memang pun. Tetapi pembantu rumah yang punya ijazah dan menolak tawaran Sarjana - malahan pakej lengkap dengan kebolehan membentuk manusia.
Tetamu : (senyap)...Kalau duduk rumah ni mesti pandai memasak kan?
Aku : Bolehlah sedikit.
Tetamu : Anak saya sudah pandai masak macam-macam.
Aku : Oh, bagusnya. 
Tetamu : Cakap apa sahaja dia boleh.Masakan Barat, Timur Tengah, Timur semua boleh. (dia memandang anaknya yang sedang tersipu malu)
Aku : Senanglah makcik di dapur kan? Oh ya, selalu pisang awak masak apa ya?
Anak : Macam-macam. Kadang-kadang masak kicap.
Aku : Errk...masak kicap?

Anak : Err...(memandang muka ibunya)

Tetamu : (menepuk paha anaknya) Goreng pisang - makan dengan sambal kicap.(sambil memandang muka aku)

Aku : Sila minum dulu ya? Nak tengokkan Emak di dapur.

Sampai di dapur aku ketawa sepuas hati. Pisang masak kicap? Ingat pisang itu paru lembu kah? Oh Zara, hati puas selepas melampiaskan rasa terbuku di hati dengan ayat yang tidak mungkin boleh dijual beli.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBAT3nW3G8HZURCzTViRsriaizXgjGmTMo6KizDGdci3QGuWI6I5rpIdRcWphtxiWl-0i4mxEeGGDce3meNvX7Lb7CHjtzvn8gAhnfF-FZtbh6G5qU7aPYeZf0CKnG3jN2NqhPtQLxyk5K/s400/pisang+goreng+cicah+sambal.JPG
(Penghargaan gambar di SINI)

Zara : 8 Oktober 2009 - mahu menikmati hari yang bahagia bersama teman wanita yang istimewa. Kalau berkesempatan, mungkin juga menemui seorang penulis blog yang kini menjalani latihan praktikal di Hospital Muar.

86 comments:

  1. i nak orderlah pisang masak kicap! ada jual? minta tanya pada makcik tu yek..

    ReplyDelete
  2. bagusnya dpt kenekan camtu..ahaha...

    tahniah buat zara~~

    ReplyDelete
  3. tetamu itu mmg patot diajar...

    dik..aku penah jugak ade peristiwa macam tu..tetamu yg suke memuji anak nyer...,rase nak sekeh jer...tapi memandangkan beliau org tua..aku simpan jer hasrat hatiku..ekekekekkeke...cis!

    ReplyDelete
  4. rasanya n3 ni yg paling lawak... kanda gelak jer membacanya... hahahaha...

    ReplyDelete
  5. -tumis bawang merah n puteh,
    -tumis halia,
    -kicap 6 camca besor,
    -lada itam kasar,
    -bila dah masak sikit lada itam tu..
    -masukkan pisang yg dah di'deep-fry'
    -taruk bawang besor, goreng sampai lunyai.

    Gitu gitu lah pocket nyer mazhab or pisang goreng masak kicap :D

    ReplyDelete
  6. haha.mesti tetamu tu terus cabut pulang ke rumah mase kau masuk ke dapur.
    tak tahan malu lah kot.
    ades~

    ReplyDelete
  7. kakakaka...mmg guling2...
    bangga sungguh tetamu tu dgn anak dia...

    zara... raya thun dpn..wat utk aku pisang maak kicap yar...yam2... (smbung gelak guling2...)

    ReplyDelete
  8. tapi pisang lagi sedap cicah dgn gula.
    nyum2..lalala;p

    ReplyDelete
  9. sayang kamu memang terbaik! hahah

    ReplyDelete
  10. Pisang masak kicap? Aw....saya pernah makan! Sedap kan. ;)

    ReplyDelete
  11. ade gak manusia cm ni...amik ko sebijik.haha

    ReplyDelete
  12. zara,

    nasib tak jadi kak sha ini...
    slalunya bila org wat camtu...
    kak sha akan tanya soalan pada anaknya bertubi2 sampai tak boleh jawab. kalau anak hang tuh hebat macam yang hang canangkan, sure dia boleh jawab punya kan!

    maybe akan kuar jawapan mangga masak singgang agaknye...ehehe...

    good job sis!

    ReplyDelete
  13. kahkahkah...ke tulang hitam...rasakan tetamu tu =D

    ReplyDelete
  14. uwh dapnyer pisang goreng tu sayang!!
    :)

    nyum nyum
    one day nanti mau rasa masakan kamu sayang..;)

    ReplyDelete
  15. salam.
    haha.
    padan mukaaa~~
    i pn gerammm~~

    ReplyDelete
  16. ~~Ingat pisang itu paru lembu kah?

    ketawa sampai keluar air mata...

    paling lawak dan bagus sekali..


    ketawa lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  17. pisang masak kicap?
    wow.sedap ke?
    hahaaa...

    sabar ye sayang
    biarkan aje org camtu
    at least kamu takde masak pisang masak kicap kan?
    ;P

    ReplyDelete
  18. ksian kt u..
    tp kan.....
    kesian kt anak dia jugak.
    sure penat ade mak macam tuh.
    dan rase malu jugak..

    haishs

    ReplyDelete
  19. mintak resipi kat dia!
    kena cuba ni
    hahhaha~

    ReplyDelete
  20. mulut makcik tu takde insurans ke????ngok ngek..huh!!

    wah!!aku gi jb mesti cari goreng pisang ini..dgn sambal kicap..enak!

    ReplyDelete
  21. simbah je kicap kat muka dieorang.
    hahahahaha

    ReplyDelete
  22. wakakkaka..sah2 kantoi..

    tapi serius ckp..sedapnya ..pisang cicah sambal kicap ..

    ReplyDelete
  23. hahahaha..lawak2..
    si tetamu tu nak belagak sangat sapa suh..last skali diri sndri yang terkantoi..rasain lo'!

    ReplyDelete
  24. hmm pisang masak kicap bley try ni jom zara kita masak sesama hehehe

    ReplyDelete
  25. sedap ke tu?
    tak pernah makan la plak.

    :P

    ReplyDelete
  26. pernah dgr tak kalu nak menipu kena jua cerdik

    hurm...

    susah ckp dgn org belagak ni like jiran sebelah rumah

    dia sindir makcik sebelah rumah dia yg ada deg tapi duduk umah jaga 6org anak. dia kata "dulu buat deg tak habis ke ?" ya allah pedas ye mulut dia.

    ReplyDelete
  27. bagus bagus.
    mesti tetamu tu makcik tua yg mengagungkan anaknya.
    *sigh*

    ReplyDelete
  28. kahkahkah...

    ini sudah lawak makcek..

    sile antuk kepala anak makcek laju-laju apabila pulang nanti ya!

    ReplyDelete
  29. ejh zara jadi maid pun mhl ape gaji hehehe =p jgn marah ea !!!

    ReplyDelete
  30. haha kn cantas camtu lain kali ...
    slalu gak kena camni

    ReplyDelete
  31. Hahaha.
    bagus2x!! sikap berdendam dan sentiasa mencari peluang utk membalas dendam perlu ada dlm diri seorang anak melayu..hahaha

    ReplyDelete
  32. You are devil dear...ha3!!!

    btw, so funny...

    ha3!

    ReplyDelete
  33. mRs.jUkoGYu :

    tu la pasal~

    kalau muda, jom tempur~

    ReplyDelete
  34. Naz :

    dan ku plak rasa cam nak penyepak org~

    haha~

    ReplyDelete
  35. cHeRyNa PiReS :

    hahaha~
    ikut hati mmg nak buat gitu kak~
    hahaha~

    ReplyDelete
  36. Blog Anuar Kamaruddin™:

    menusuk abis kan?

    ReplyDelete
  37. a.z.r.i.n.a.03.07 :

    haha~
    org camtu mmg nak kena bagi montot lembu~

    ReplyDelete
  38. ~dARlee zURiS~:

    hahaha~
    tak pernah plak daku wat camtu~

    ReplyDelete
  39. MissXyanne:

    kecian gak~
    tapi harap dapat ajar mak dia sgt2~

    ReplyDelete
  40. Lifesaver:

    apa boleh buat kak~
    insurans mahal skang~
    muahaha~

    ReplyDelete
  41. k.e.r.i.:

    aku teringin nak simbah acid~
    haha~

    ReplyDelete
  42. Samaira :

    kita letak dalam list kegiatan bersama sayang~

    ReplyDelete
  43. myjaehee :

    kena cantas manusia yang camni~
    yg stok sakit otak~

    ReplyDelete
  44. Anike MK :

    hahaha~
    memang silap dorang wat camtu laling~

    ReplyDelete
  45. bukan gelak pasal pembantu rumah, tp gelak pasal mokcik yg eksen dan anaknyer tu la...

    ReplyDelete
  46. kapan bisa ketemu deh zara....
    kih..kih....kih..... (~_*)/

    ReplyDelete
  47. wah..
    garang jugak cekgu kita ni ye..
    hehe..

    kakaka..
    pisang masak kicap..
    cm bongek je dgr..

    ReplyDelete
  48. Aku Beskot™ :

    hahaha~

    hidup harus garang~

    eh, tetiba je kan?

    ReplyDelete
  49. sungguh menjengkelkan manusia seperti makcik yg ingt anaknya paling bagus dan handal memasak, dengan harapan boleh bermenantukan putera raja..ala2 Daisy Fadjarina :p

    ReplyDelete
  50. diya:

    hahaha~
    that's what we called as manusia anyway~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)