Pages

Wednesday, October 21, 2009

Ikatan Cinta : Kalau Dia Ingat Kata Kunci Kamu Berdua, Mungkin Dia Masih Berhak Terus Membaca.

Ditujukan buat seorang teman yang sedang menahan kepiluan dan cuba mencanai kembali rasa cinta.
Kamu tahu siapa diri kamu dan betapa aku sayangkan kamu serta mahu kamu bahagia.
Moga kamu dapat berikan kepada si dia - agar dia lebih mengerti bahawa kamu masih seperti dahulu.

http://img242.imageshack.us/img242/8951/184531679241512wokbkptiia6.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?


Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.


Awak berdiri di luar hati saya.
Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.


Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.


Saya berikan awak kata laluan.
Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.


Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?
Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?


Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.
Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?

***************************************************
Teman, aku harap kamu jumpa makna bahagia.
Teman, aku harap semuanya bakal terjalin semula.

Zara : Sudah melewati pengunjung ke dua puluh ribu seperti yang dinyatakan dalam penulisan sebelum ini. Hati tidak mahu kehilangan kamu semua. Bilangan alamat eletronik yang aku terima sudah melebihi seratus dan masalahnya ada had untuk yang boleh dijemput (khabarnya seratus sahaja). Oh, aku akan letakkan peti undian, sila undi di tepi ya?

76 comments:

  1. erm bro xingt pun.... mungkin hati sekejab buka sekejab tutup...

    out of topic--> tue la.... bro pun rase cam tue la... tp bile selidik umur...masih muda lagik....

    nmpknya bro kne wat penyelidikan... check betul ke 100 plus tue ada kandungan sabun atau x or lidah budak tue ade prob

    ReplyDelete
  2. .hmm sedeynyee cerita yang kamu tulis zara
    .touching plak T___T

    ReplyDelete
  3. Sorry, lama x update blog. So, tak tau hujung pangkal. Ngehehehehe...

    ReplyDelete
  4. kalau blog ini menjadi peribadi.
    sis mungkin tak dapat membaca lagi.
    apapun, semoga kamu bahagia.

    ReplyDelete
  5. u touching me by this entry...
    hidup zara

    ReplyDelete
  6. well zara.. pape pon.. ku akan respek apa yg ko nak buat.. hehehe

    ReplyDelete
  7. nice entry..
    7 thumbs up..
    huhuuu.. sedey tapi itulah dunia..
    ^^

    ReplyDelete
  8. melankoliknyer maksud di sebalik posting ni...

    Kita suka mencari dan mengkaji sendiri tanpa merujuk kepada yang hakiki...

    Harap2, masih dapat baca posting kamu....

    ReplyDelete
  9. berikan masa kepada mereka..
    tiada paksaan dan desakan dalam membuat keputusan.. biarkan.. yang penting kita teruskan berbahgia yaa..!!

    ReplyDelete
  10. bila awak sampai di lembaran yang sukar difahami..awak pergi..

    kesimpulannya..adakah awak bodoh?kerana tak faham..ataupun awak bodoh kerana pergi begitu saja.adeh.

    best la entry ni.

    ReplyDelete
  11. i loike u la zara.... puitis n dalam mknanya... kamu suka sgt menikam secara lembut...hehe

    ReplyDelete
  12. zara...aku syg kamu..itu sja,,sekian...

    ReplyDelete
  13. Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?
    Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
    Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?


    ---> kak sha pinjam ayat nieh utk sms seseorang. dia jawab,

    "eh...manjanya. kenapa tiba2?"

    sekarang sangat malu dan taknak cakap lagi...hohihi...

    ReplyDelete
  14. masih ada..masih ingat, nanti hilang, baru nak cari kunci boleh??nanti hilang di mata??

    bila hilnag baru tau rindu kan..
    selamat memilih

    ReplyDelete
  15. cekgu cekgu cekgu..
    cekgu ajar sastera ke??
    entri ni best zara..siyes..
    best smpi rs nk lari setempat selaju mungkin..
    hehe..

    ReplyDelete
  16. Framestone:

    hehehe~
    kena sentiasa buka dan tutup~
    hehehe~

    P/S: sila selidik bro~aku sangat curious~

    ReplyDelete
  17. cik intan (◡‿◡✿):

    alahai~
    tak mau sedey2~

    =)

    ReplyDelete
  18. cik ian@aH Lian~ :

    hehehe~
    insyaALLAH tak mungkin jadi peribadi kot sis~

    ReplyDelete
  19. Jard The Great :

    hehehe~
    terima kasih jard~
    aku sayang kamu~

    ReplyDelete
  20. zamspotte :

    sengaja menghijab diri dari melihat sesuatu yang hakiki~

    itulah manusia~

    ReplyDelete
  21. atiQah adNan:

    ya kak~
    betul~
    hanya membantu sekelumit cuma~

    ReplyDelete
  22. {lumut}:

    Entah Lumut~
    ENtah bodoh atau entah suka mencari jalan keluar sendiri~

    ReplyDelete
  23. miera a.k.a merr:

    hahaha~
    kadang2 harus ganas juga~

    ReplyDelete
  24. farah:

    ahh~

    moga ada yang tersenyum selepasnya sayang~

    ReplyDelete
  25. cHeRyNa PiReS :

    hehehe~
    hantar pada siapa tu kak?
    wewiit~

    ReplyDelete
  26. zeqzeq:

    hehehe~
    kalau sudah lari~
    masihkah boleh kembali?

    ReplyDelete
  27. semoga kawan kamu itu menemui bahagia.. :)

    ReplyDelete
  28. nice n3 dik...
    tersentuh hati akak membaca nyer...

    sebab ada bait2 ayat dalam n3 ni sama terjadi dalam kesah chenta ku yg lalu...

    huhuhuh

    =[

    ReplyDelete
  29. jangan lupa jemputin mokcik ya... nabilanajwa68@yahoo.com

    ReplyDelete
  30. hati siapa yang sudah kami lukai Zaza?

    Ouh....cuma 100 sahaja? Maksudnya saya takde peluang lagi lar! :p

    ReplyDelete
  31. erk.. ramai jer org dah keja tp tak private blog..

    ape pun.. kamu yg tentukan..

    ReplyDelete
  32. Bayak yg akak suka bc entry zara nie, but yg nie, akak mmg sangat suka...mmg sangat bermakna bg akak... mohon dipinjamkan untuk ditujukan pd mereka yang selayaknya...=)

    ReplyDelete
  33. bestlah ayatnyer zara...menyentuh Qalbu botui =D

    ReplyDelete
  34. sI tEDI;

    aku juga mengharapkan begitu juga~



    =]

    ReplyDelete
  35. ♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ :

    maceh kak~

    biarkan cinta lalu pergi kan kak?

    ReplyDelete
  36. Tekkaus:

    Mungkin tidak perlu bang~

    =]

    Ada sedikit khabar gembira~

    ReplyDelete
  37. Blog Anuar Kamaruddin™ :

    hehehe~

    terima kasih Nuar~

    tapi belum boleh lawan Nuar~

    ReplyDelete
  38. zara, saya sudah mula sayang pada zara..
    suka singgah ur blog,suka membaca cerita zara..

    apa yang zara tulis sangat betul, dan amat tepat pada sesetengah orang yang pernah kecewa..

    teruskan menulis..saya akan mengikuti cerita zara..

    ReplyDelete
  39. huhuhuh..sedih..bila tiada..baru nak rindu .

    ReplyDelete
  40. termenung sekejap bila baca.

    redha saja.

    sayang kamu dik..

    ReplyDelete
  41. sabar lah kak..idop mang begini...=)

    ReplyDelete
  42. akak..
    pasal story nih..tak silap pena terbace dekat utopia @ gempak @ hype..lukisan katun petak..bout key utk hati..
    nice.
    mendalam...
    :)

    ReplyDelete
  43. Puan Nina (DINina):

    Terima kasih Puan Nina~

    Saya juga sudah jatuh hati juga pada Puan~

    =]

    ReplyDelete
  44. a.z.r.i.n.a.03.07:

    redha saja~
    sudah tentu kak~

    =]

    ReplyDelete
  45. miSs siv :

    Oh, ya ke dik?
    Entahlah dik~
    Dah lama tak baca majalah2 komik ni~

    =]

    ReplyDelete
  46. miss lolly a.k.a luvfareda :


    terima kasih sayang~


    =]

    ReplyDelete
  47. Sangat mendalam.
    Sesungguhnya jiwa manusia benar2 kompleks (er... bukan shopping kompleks). Hebat Maha Pencipta! :)

    ReplyDelete
  48. DeeN:

    kak~
    kamu buat ku nak pergi shopping complex.

    =]

    ReplyDelete
  49. aku nak bace lagi!!!hehe ;P
    eh kene undi kaa? >>.<<

    ReplyDelete
  50. kata laluannya "sudi awak jadi suri hati saya"

    heeee.

    jawab zara !

    ReplyDelete
  51. huhuhuhu...kunci hatiku masih disimpan rapi di dalam peti besi....

    ReplyDelete
  52. miss zahidah :

    peti besi mana?

    Palapes ke?

    hehehe~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)