Pages

Tuesday, September 08, 2009

Tikaman Dari Belakang Atau Hadapan Tidak Menjadi Masalah - Sila Tikam Dengan Lembut.


#Dari kamar seorang guru#

Ucapan selamat berjuang setelah menghabiskan usia selama beberapa tahun belajar demi menghadapi dan melangkahi takah yang seharusnya. Kemuncak sekolah rendah di Malaysia akan dihiasi dengan peperiksaan UPSR yang bakal bermula dari Selasa (08 September 2009) hingga Khamis (10 September 2009).

Ucapan selamat buat adik kandung, Khadijah dan beberapa sepupu dari sebelah Abah dan Emak.
Dari sebelah Abah : Azim
Dari sebelah Emak : Hajar, Afiq, Anas

****************************************

Usai solat hajat bersama keluarga selepas terawih tadi, aku didatangi oleh surat elektronik daripada seorang sahabat lama. Ya, aku pernah menulis mengenai dia walaupun hanya secebis cuma. Dia yang hadir secara maya tetapi mempunyai jalinan yang agak kukuh dengan aku. HB.

HB menyatakan dia dikhianati oleh mereka yang dipercayai dalam lingkungan jaringan sosial dia. Mereka yang terdiri daripada keluarga dan sahabat handai. Dia termangu dan ingin mencari jalan penyelesaian. Surat elektroniknya aku balas secepat mungkin - mengharapkan dia bakal bersabar dengan apa sahaja ujian yang melanda tatkala ini.

Suatu kejutan!
Aku menerima panggilan dari dia!

HB : Saya menunggu jawapan daripada awak. Malaysia baru lepas solat terawih bukan?
Aku : Ya. Jauh juga kamu membuat panggilan ni. Saya sudah jawab semua persoalan kamu di surat elektronik sebentar tadi.
HB : Ya, saya mengerti tetapi masih keliru.
Aku : Keliru mengenai apa?
HB : Apa maksud walau bagaimana cara ditikam, sila pastikan ditikam dengan lembut?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiSD0hCORjW_ArMwJ7gnOGQCrc3Q2cL9kv_2re2Q4ewfTm5daOQcQ5S7sHTNW8uAviTxnTJqUju5Nh_j0B3U0LrfswBuVuwg7ppYBlvnxrUk362R50mD2nnrf8FYFXThxFSH2pBmhHe_jN/s400/stab-in-the-back.jpg
*Gambar penghargaan di SINI*

Aku : *ketawa* Oh, itu maksudnya, walaupun apa yang terjadi, kamu harus tabah dan pastikan hati kamu lembut menerima sesuatu. Kalau hati kamu keras, sudah tentu kemarahan bakal menjelma.
HB : Betul juga. Hati masih rasa sakit.
Aku : Sudah tentu, tetapi ingat isteri dan tiga anak kamu. Usia kamu masih muda lagi. Baru menginjak 23 sahabat.
HB : *gelak* Kamu memang seperti dahulu. Kalau saya mahu terjatuh, kamu tentu akan sentiasa ada untuk menahan dan menarik kembali.
Aku : Sudah tentu. Bila pulang ke Malaysia?
HB : Dua hari sebelum Aidilfitri. Hajat hati mau bertemu kamu bersama anak dan isteri. Moga dimakbulkan doa ini. Mahu mengenalkan kamu kepada Adam D., Hawa Z. dan Qabil O.
Aku : Saya juga mendoakan yang terbaik buat kamu semua.
HB : Sehingga bertemu nanti.
Aku : InsyaALLAH. Salam buat isteri dan anak-anak.

http://www.darksungames.com/dsgallery/cupid_kills.jpg
*Gambar penghargaan di SINI*

Moga yang terbaik menjadi milik kamu teman. Moga yang terbaik sentiasa menjadi milik kamu. Aku hanya mampu mendoakan. Yang lain terserah kepada Yang Maha Kuasa.

Zara : Aku mencari ruang peribadi untuk diri sendiri dan menjalani kehidupan seperti biasa dengan mereka yang aku sayang. Jangan mencemuh, jangan menghina. Aku bakal membuatkan kamu terlupa siapa aku nanti. Oh, selamat berjaya juga buat Si Kosong. Dia akan menjalani peperiksaan bermula Selasa hingga Khamis juga!

60 comments:

  1. umur 23 tapi sudah ada 3 anak sendiri?
    aku rasa aku belum matang.

    ReplyDelete
  2. d0akan kamo0 jgk mendapat yg terbaik...

    ReplyDelete
  3. berusaha menjadi terbaik barulah kita merasai apa itu terbaik...

    ReplyDelete
  4. puitis sangat..
    gile gua nak paham~

    ReplyDelete
  5. terlalu pening untuk mmbaca suma tulisan kali ini...
    waaaaaaa...

    ReplyDelete
  6. ucap good luck jugak untuk adik kamu zara...

    ReplyDelete
  7. menarik..aku suke..
    tapi ape yg kau akan buat smp ramai org terlupa siapa kau nnt?

    ReplyDelete
  8. si kosong,

    selamat berjaya ya.

    :D

    ReplyDelete
  9. dek zara ~

    kamu mmg memahami sahabat2 kamoo..

    pandai kamoo menenangkan mereka :)

    ReplyDelete
  10. tikaman lembut atau kasar tetap meninggalkan kesan kan zara.

    syahdunya entry ni

    ReplyDelete
  11. Harap adik kamu dapat buat yang terbaik! :)

    ReplyDelete
  12. owh upsr mula yerr... hehe... teringat plak zaman kecik dulu.. hehe

    ReplyDelete
  13. si kosong amik UPSR jugak?

    ReplyDelete
  14. erm...adakah ini 1 konfrantsi?...

    slmat untuk adikmu yg mngambil UPSR bermula hari ini..

    ReplyDelete
  15. o aku ingat....

    yang tut...
    yang secebis dulu tu...
    huhu...

    HB pulak zara....

    ReplyDelete
  16. k.e.r.i. :

    ahh, memang kamu belum matang~

    lalala~

    ReplyDelete
  17. Wanita Itu:

    mereka yg membentuk aku kak~

    aku harus menjadi sebahagian dr mereka juga~

    ReplyDelete
  18. rAtu saLju™ :

    oh tidak syg~

    hahaha~

    TQ atas ucapan~

    ReplyDelete
  19. huisshhh...bagos la ayat tuh..boley guna neh..hehe..

    ReplyDelete
  20. ammvoiii cek za teww.. tikamm ghitewww..

    ReplyDelete
  21. kena tabah menghadapi segala dugaan gitu kan dik...tabah..tabah dan terus tabah..jgn tikam-menikam yer..:)

    sayang kamoo!

    ReplyDelete
  22. hish.
    tikam depan jer.
    kite ditegah menikam yang di belakang.
    hahaha.

    ReplyDelete
  23. 5 keputusan upsr bakal di bandingkan nanti..moga semuanya beroleh barisan A..

    akak umur 23 dulu, masih lagi main kejar2 di bilik kuliah..masih seperti kanak2 riang ribena..kagum sama HB..sudah punya anak 3..isk..

    ReplyDelete
  24. bijen m. :

    aku dapat rasa unsur keji di situ~

    kenapa ya?

    ReplyDelete
  25. ~ Hariza ~ :

    insyaALLAH kak~

    hehehe~

    main kejar2 kak?

    ReplyDelete
  26. oOOoO.. budak umur 23 ni.. aku pernah baca entry ni dulu... ekekekeke..

    kalau dia mahu bersahabat.. berhati2 juga..
    takut mempergunakan isteri dan anak2 untukkepentingan sendiri.. :)

    ReplyDelete
  27. gud luck juga untuk si kosong ya
    :)

    ReplyDelete
  28. awal dia kawin ye..hebatsss..aku pn mau..ahahahahaa

    ReplyDelete
  29. oh dalink mari aku tikam kamu secara lembut.
    no kasar2.
    no no no

    ReplyDelete
  30. bila ditikam mmg sakit.
    sakit.
    sakit.
    sakit.








    betul cakap zara.
    lagipun,kita yg berhak atas apa yg kita rasa. :)

    ReplyDelete
  31. penjenayah merah jambu. :

    sakit~

    tapi kita mampu membataskan apa yang kita rasa kan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)