Pages

Monday, September 14, 2009

Pelukan Hangat Dan Intim Buat Mereka Akan Membuatkan Hati Kamu Bahagia Dan Perut Ketawa. Edisi Khas - Warna Warni Banji Golek


Salam kasih sayang buat semua pencinta. Terima kasih kerana masih berkunjung ke dunia aku yang semakin hilang arah dan warna. Oh, mungkin juga apa yang di cari telah ditemui sebelum ini? Entah, aku kurang pasti dan enggan mahu mengerti akan sesuatu yang bersifat misteri.

Hujung minggu aku habiskan bersama Emak tercinta dengan bekerja keras di dapur kami. Oh, sebenarnya dapur Emak dan Abah tetapi memandangkan aku bekerja keras di situ setiap hari, aku ingin mewartakan tempat itu sebagai kawasan jajahan aku juga. Keji? Oh tidak, aku berbau wangi.

Hari Sabtu dihabiskan dengan membakar biskut dan mencuba pelbagai resepi baru. Seperti yang aku maklumkan di SINI, kami telah menyediakan tiga biskut raya sebagai penambahan kepada koleksi sedia ada. Oh, bunyi seperti iklan promosi di peti kaca itu. Ini adalah salah satu yang kami buat pada hari itu dan diuli oleh tangan gemuk aku.



*Kuih samperit yang aku letakkan badam cincang dan serbuk Van Houten sebagai pengganti koko*
Oh, koko akan membuat ia berasa sedikit pahit aku rasa - dan resepi yang kami terima telah aku ubahsuai semoga kena dengan selera. Hasilnya, kami dapat sesuatu seperti di atas.

Semalam, Ahad (13 September 2009) - buat julung kalinya, kami buat empat jenis kek dalam satu hari.
Dimulakan dengan kek yang memenuhi keinginan aku yang suka berguling laju, Golek Banji (baca : Banji Roll), Kek Batik, Kek Kukus dan Kek Lapis Betawi. Gila bukan? Semalam memang aku hampir hilang diri - kepenatan secara menggila. Oh, aku hanya ingin paparkan mengenai kek golek itu sahaja.



Adunan yang disediakan oleh gadis muda yang gemar bermain dengan warna hingga membuatkan dunianya digelar sebagai kawasan larangan yang sangat berwarna-warni oleh seorang penulis blog yang dia minati.



Ini hasilnya setelah dibakar dan dipotong. Sesi merasa (baca : makan dengan rakusnya) percubaan hasil kerja pertama seawal jam pagi selepas waktu berbuka puasa menyebabkan perut menjerit gembira tetapi bermuram durja setelah menyedari kandungan lemak tepu mungkin akan bertambah. Oh, sangat keji.

Zara : Malam tadi hidup dihiasi oleh berita gembira oleh dua orang sahabat yang telah menjalinkan hubungan terbuka dengan pasangan masing-masing. Tahniah buat Pakcik AM dan Makcik SS. Moga kalian berdua bahagia dengan insan yang menjadi pilihan hati. Sumpah! Aku termimpikan majlis perkahwinan Pakcik AM malam tadi.

70 comments:

  1. sedapnya..antar la kt Penang ckit..huu!

    ReplyDelete
  2. meriah..raya sakan tahun ni....kalau dekat boleh pegi baraya dah hehehe

    ReplyDelete
  3. moga2 raya ni raya yang meriah.
    emm dah byk kuih dibuat tu
    jangan hari raya nanti penat asik tido je

    ReplyDelete
  4. syg!
    sedapnya nampak kek kamu tu!
    mahu mahu!

    ReplyDelete
  5. zara,
    meriahnya kek itu..!
    sangat mbuat air liur menjadi kecur..
    tlg makankan utk akak ye..

    utk seketika, zara berkawan la dgn lemak tepu itu..

    ReplyDelete
  6. alaa...tingat time dulu2 tlg mak wat biskut raya..skg suda duk jauh..woaaa

    ReplyDelete
  7. Salam...pandainya buat kuih raya,boleh wat bisnes nie....:)

    ReplyDelete
  8. akak nak kek itu adik zara!!plisssssssss

    ReplyDelete
  9. zara~

    ma0 alamat!
    ma0 dtg raye umah!

    ReplyDelete
  10. .wahhhhhhhhhhhhhhhh
    .nakkkkkkkk kek n kuih rye tuuuuu

    ReplyDelete
  11. macam sedap je kek tu...nak jugak....

    ReplyDelete
  12. aku belum mula apa2.. amat jeles sekali

    ReplyDelete
  13. macam kek batik..
    looks nice, does it taste nice too?
    hehehe..

    psst..ley amik tempahan la raya thun dpan..hehehe

    ReplyDelete
  14. sungguh warna warni kek itu...
    nak sikit boleh ??

    ReplyDelete
  15. cuba wat kek kaler hitam...mesti xde nk makan..sbb org ingat kek hangit

    ReplyDelete
  16. adoiii...sha sangat suka benda2 yg berwarna-warni. membuatkan hati gumbira tidak terkata.

    tp nak membuat kek warna warni seperti anda...? oh tidak...sha tidak begitu rajin. kepandaian pon tak ada.

    semperit itu kuih kegemaran sha. pon tak pandai buat juga. sangat teruk kan?

    maybe next year sha harus order kek dan kuih dr anda...mmm....(thinking)

    * banji kumpulan rock itukah?

    ReplyDelete
  17. sayang,

    aku terliur la.

    camne nie?

    :D

    ReplyDelete
  18. mira amair:

    sampai sana dah hancur kek tu ceq oit~

    ReplyDelete
  19. Cik aiNa :

    takpe sis~

    balik awal, bleh tolong buat~

    ReplyDelete
  20. Lifesaver:

    datang beraya kak sementara blum sarat~

    ReplyDelete
  21. cHeRyNa PiReS :

    ada kumpulan Rock nama Banji ke sayang?

    ReplyDelete
  22. semperitmu kelihatan purrrrrrrfect!

    ku fikir 3 warna itu cat dinding tadi =P

    ReplyDelete
  23. Blog Anuar Kamaruddin™:

    hehehe~

    cat dinding katamu~

    ihiks~

    ReplyDelete
  24. beshnya cam sedap...

    nape aku xpenah taw pon itu golek banji..apekah??

    ReplyDelete
  25. warna warni di aidilfitri..

    eekkkee..meriahnya Cik Zara..terasa jeles...

    sob sob sob sob :(

    ReplyDelete
  26. makcik..mahu ke rumah kamu juga..haha

    ReplyDelete
  27. bg ler aku rasa kuih masakan anak dara tew

    ReplyDelete
  28. Monkey D Luffy :

    jemput datang rumahku bang Zalie~

    hehehe~

    ReplyDelete
  29. War....nampaknya macam sedap aje. :p Pewarna tu dibenarkan tak? LOL :D

    ReplyDelete
  30. Tekkaus :

    hehehe~

    mestilah yang dibenarkan bang~

    hehehe~

    ReplyDelete
  31. save golek banji tu bila aku datang aku mahu makan dengan rakus jugak~

    ReplyDelete
  32. kalau biskut mungkin tak bole post..

    hancur nanti~~

    tp kek ni cm bole post jer..

    ape kata kamu post kat sini..hehe

    ReplyDelete
  33. messyremo :

    kek lagi tak buleh Omar~

    nanti hancur~

    ReplyDelete
  34. aku nak flag blog ni la.. hari tu blog dak ted aku nak flag..sbbnya aku asik wrong timing..tertengok food time tengahari nih..

    masalahnya, mana butang flag ko.. huwaaaaaaaaaaaaaaa bak la sikit kek tu.. sodap ehh...

    ReplyDelete
  35. GiGGLe GaL :

    hahaha~

    moh datang makan kat rumah aku kak~

    haha~

    ReplyDelete
  36. wah! pndai bwat kek pelangi ku suka! camat hawi waya <---- ayat manje.hohohoh!

    ReplyDelete
  37. naz :

    hehehe~

    best tak cayang?

    camat ayi yaya juga~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)