Pages

Friday, September 11, 2009

Khas Buat Si Kosong - Maafkan Aku Kerana Bakal Menerima Kunjungan Merisik Petang Ini


Ini penulisan khas buat Si Kosong.
Maaf kalau aku membuat kamu terus membaca luahan hati aku di pagi Jumaat ini. Petang ini mereka bakal berkunjung. Keputusan di tangan aku. Maafkan Si Comel ini wahai Si Kosong. Aku tidak bisa menahan keinginan keluarga dia dari datang berbuka puasa di kediamanku. Hati ini milik kamu wahai Si Kosong walaupun acapkali kamu tahu aku sering berpoya-poya, namun kamu redhakan semuanya demi melihat senyuman aku.



******************************************
Malam tadi Si Kosong menghubungi aku. Usai peperiksaan dia berakhir semalam, dia sudah menghubungi aku juga. Demi melunaskan janji kami bersama, malam tadi dia menghubungi aku lagi. Hanya berbual kosong dan bertanyakan khabar seperti biasa. Perbualan kami bertukar rentak. Rahsia yang ku simpan terlerai bila dia bertanyakan rancangan aku pada hari Jumaat.

Si Kosong (SK) ; Si Comel (SC)

SK : Esok kamu buat kuih lagi ke?
SC : Mungkin juga, petang rasanya. Nak kena kemas rumah lagi, sebab petang ada orang nak datang.
SK : Siapa nak datang?
SC : Alahai...Ada orang mahu datang berbuka puasa di rumah bersama keluargaku.
SK : Siapa sayang?
SC : Ada orang mahu datang merisik aku. Maaf.
SK : Merisik kamu? Awalnya!
SC : Aku sudah habis belajar, mungkin itu yang membuatkan mereka mahu datang.
SK : Alahai, kenapa tiada orang datang merisik aku?
SC : Kamu belum habis belajar lagi.
SK : Siapa orang yang nak datang tu? Orang mana?
SC : Orang Johor juga. Ala, kamu jangan risau, pandai-pandailah daku uruskan. Lagipun, muda lagi, takkan aku mahu terima.
SK : Manalah tahu kalau makcik itu sanggup tunggu kamu.
SC : Alahai, nanti orang cakap dengan makcik itu, kalau mahukan daku, sila bayar RM 20 ribu.
SK : Kalau makcik itu terus keluarkan cek, cakap dia boleh bayar macam mana?
SC : Err, daku minta lagi benda lain lah. Kereta, rumah, DSLR, telefon genggam, macam-macam lagi.
SK : Oh, tinggi permintaan kamu ya?
SC : Kalau sudah tidak mahu, harus ditolak dengan cara begitu.
SK : Sayang, beritahulah. Mana kamu kenal keluarga makcik itu? Tak suka lah macam ni.
SC : Kenapa ni?
SK : Ya lahh, mana boleh orang datang merisik kamu, nanti lepas tu tiba-tiba kamu bertunang, macam mana?
SC : Alahai, tenanglah.
SK : Mana boleh tenang?
SC : Alahai, itu makcik-makcik aku yang mahu datang berbuka puasa lah...

Ketika ini SK masih tidak mendengar kenyataan terakhir aku itu...

SK : Mana kamu kenal dia sayang?
SC : Eh, kan dah kata makcik-makcik aku mahu datang berbuka di rumah. *gelak*
SK : Kamu kenakan daku sayang, sampai hati...*sedih*
SC : Alahai, daku bergurau sahaja. Hajat hati nak kenakan kamu sampai esok sebenarnya, tapi takut ada orang yang tak senang duduk sepanjang hari nanti.
SK : Memanglah...Sampai hati kamu...
SC : *gelak*
SK : Kalau kamu tak beritahu tadi, mesti daku sudah murung sepanjang hari esok...



Oh, sangat enak mengacau Si Kosong malam tadi. Jangan takut ya Si Kosong. Kalau diizinkan Yang Maha Esa, kamu yang bakal datang merisik dalam masa dua tahun lagi. Alahai...

Zara : Sedang mengemas rumah. Ada orang mahu datang berbuka petang ini. Oh, berbuka sahaja. Tiada anasir dan unsur lain. Selamat berhujung minggu dan mencari malam-malam sepuluh yang terakhir sahabat semua. Sayang dan cinta kamu semua.
Oh ya, tadi Pak Usu menghantar pesanan ringkas buat aku. Mak Usu selamat melahirkan anak kedua mereka dan bayi perempuan itu merupakan cucu ke-37 dalam keluarga sebelah Emak aku.

64 comments:

  1. kesian sama si kosong,

    kamu mainkan dia ya?

    :D

    ReplyDelete
  2. alahai..~
    terkena si kosong..

    si kosong..!
    dgr tak ni org panggil?
    meh kita cubit2 pipi dak zara..
    jwb tau akak panggil ni.. :P

    ReplyDelete
  3. waa... belajar dari siapa kah ni.. nasib baik SK tidak mengelabah marahkan kamu.. huhuu

    ReplyDelete
  4. ler..dik...bikin suspenda saja..hati ku berdegup2 juga

    ReplyDelete
  5. sib baik ye xsentappp hahahah, best2 kamu ni.

    ReplyDelete
  6. sila la buat kerisik banyak2 ..
    selamat bergosip2 dgn makcik2 kau ya zara petang ni.

    ReplyDelete
  7. hehe.. kak zara nie..
    ja baru jer follow cite akak..
    si kosong tu laki yek hehe...
    mesti jeles hehe

    ReplyDelete
  8. alahaii si kosong.kasihan kamu.pasti tetap jd si kosong la nmpknya sbb si comel bakal dipenuhi.huhu..

    erkk..demandnye..haha..

    ReplyDelete
  9. kesian si kosong...kamoo kijam zara...hahaha

    DSLR yg paling tak bleh blah tuh... =P

    ReplyDelete
  10. halahai..

    bukan hanya SK saja terkena..

    kakak mu ini pun terkena juga..

    terkezut kakak hee..

    ReplyDelete
  11. Alahai Zara.. Suka betul menyakat orang. Isk isk isk. =)

    ReplyDelete
  12. mari kita bermain kompang di telinga di kosong!! la la la la

    ReplyDelete
  13. oh sikosong..aku ada jangan risau jika syg kamu dipinang orang.haha

    ReplyDelete
  14. aigoo..kuat menyakat tul..sian si blank..kekeke..

    ReplyDelete
  15. pergh..

    sedap2 je si kosong kene kencing..
    aku harap si kosong akan balas balik..haha

    p/s kepada si kosong,sila kenekan si comel nih kaw2 punya..dia ni dah terlampau nakal..hehe

    ReplyDelete
  16. ahahahaa..

    ngaku diri comel ek..xper2..

    usik2 bwk bahagie..^^

    ReplyDelete
  17. So kosong! Si Kosong! Apa sudah jadi kan? Terkena lagi! :p

    ReplyDelete
  18. hahaha. nampak sangat ler ko ni tak sabar nak kawin.

    cepat2 la sikit.

    ko dapat anak laki, ko hantar kt aku seminggu sekali.

    minggu pertama aku ajar siapa tu perempuan. hahahah!!!

    ReplyDelete
  19. kak zara...

    suke sakat bf ey...
    hheeee..

    ReplyDelete
  20. apa da kamu.... sian sama itu si kosong...~

    ReplyDelete
  21. Owhh .. noti betul si comel yer!! Berpeluh si kosong ...

    ReplyDelete
  22. hahaha.. padan muka SK. aku suka ko kenakan dia. kenakan lagi. kenakan lagi. haha..

    ReplyDelete
  23. kesian si kosong...kalau tak bg tau awal2 pasti beliau sudah menangis barangkali...;)

    ReplyDelete
  24. Zara...Si Kosong benar2 kosong kah???

    DUSHHH!jahatnya soklan aku...hehhehe

    ReplyDelete
  25. kiut sunggo kamu!

    untung si kosong.
    ^^

    salam perkenalan.

    ReplyDelete
  26. atiQah adNan :

    kalau dia marah~

    boleh tak zara merajuk?

    haha~

    ReplyDelete
  27. hanimndroid :

    kalau dia sentap~

    harus ku pitam~

    haha~

    ReplyDelete
  28. cik eja^_^ :

    nanti kak check jantina dia~

    haha~

    ReplyDelete
  29. itafukada:

    haha~

    mau tunggu dia nangis boleh?

    lalala~

    ReplyDelete
  30. Blog Anuar Kamaruddin™:

    DSLR sangat kacak Nuar~

    haha~

    ReplyDelete
  31. vidadarisakura :

    hahaha~

    mau potong jalan nampak~

    ReplyDelete
  32. messyremo :

    haha~

    aku pasti dia akan abaikan cdgn kamu~

    ReplyDelete
  33. .palisevenfold. :

    nanti aku hantar anak aku belajar komputer dengan ko~

    ReplyDelete
  34. miera a.k.a merr :

    takpe Merr~

    dia tak nangis~

    hahaha~

    ReplyDelete
  35. precious :

    hahaha~

    nanti ku tolong kesat peluhnya kak~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)