Pages

Wednesday, July 22, 2009

Si Sepet Kacak Berbingkai Hitam


Aku baru pulang dari kedai.
Tadi mencari barangan yang perlu untuk operasi memasak tengah hari ini.
Seperti biasa, kelajuan motosikal harus di tahap optima ketika melalui rumah makcik-rambutan-maghrib. Ya, keji sedikit perangai aku hari ini.

Usai aku memilih barangan yang sepatutnya,
aku menuju ke motosikal semula. Harus pulang ke rumah. Si Kuning Yang Tinggal Di Dalam Nanas menunggu aku di atas katil. Berguling kesejukkan.

Bahu aku dicuit dari belakang, lantas aku berpaling.

Yang Maha Kuasa!
Si Sepet Yang Kacak Berkaca Mata Berbingkai Hitam!
Mengapa dia? Mengapa harus dia tatkala ini?
Tatkala aku keluar hanya dengan berpakaian terlampau sederhana?
*Ini sangat merepek, abaikan*

http://eyeporium.com/images/ux_a08052800ux0025_ux_c.jpg

**Gambar Kredit Di SINI**

"Hai!"

Lidah terkelu. Sumpah! Aku hanya mampu tersenyum.

"Beli barang ke? Seorang?"

Dada seperti dilanyak dengan tukul Warrington.
Hati bagaikan ditarik keluar oleh tukul kuku kambing.
*Maafkan bekas guru Kemahiran Hidup ini*

"Ya, seorang. Apa khabar?"

"Baik. Dah habis belajar?"

"Dah. Tunggu konvokesyen"
*senyum*

"Baguslah. Saya belajar lagi. Mahu jadi macam kamu juga. Lepas ini ke mana?"

"Pulang ke rumah. Awak?"

"Hantar adik ke sekolah. Dia belajar sesi petang. Ni tunggu dia beli barang di kedai tepi sana"

"Oh ya ke? Takpelah, saya balik dulu ya?"

Aku berpaling. Menolak motosikal keluar dari parkir.
Berfikir yang Bahasa Malaysianya semakin baik dari dahulu.
...dan tunggu, dia memakai baju berwarna ungu. Mungkinkah?

Suara berbual dalam bahasa ketiga aku kedengaran di belakang.
Mungkin adik dia sudah tiba.
Aku menoleh ke belakang, mahu mengucapkan selamat tinggal.

"Cikgu!"

Aku terkesima di situ.
Ya, adiknya adalah pelajarku!
Lelaki yang nakal tetapi mesra di kelas yang aku ajar.

Dia pandang aku, aku pandang dia.
Dia pandang adiknya, aku pandang pelajarku.
Kami saling berpandangan, ketawa berhamburan.

"Ya, ada apa?"

"Cikgu kenapa dah tak ajar kami? Sudah berhenti?"

"Ya, kontrak sudah tamat. Jadi sedang mencari pekerjaan baru."

"Cikgu kenal abang saya ya?. Sama kelas dengan cikgu?"

"Kenal, tapi bukan sama kelas."

"Tak sama kelas pun boleh kenal cikgu?"

Aku dan dia berpandangan.

"Dia pelajar yang popular, cikgu mesti kenal dia"
*Senyum*

"Selamat tinggal", aku ucapkan dalam bahasa ketiga aku, dan bahasa pertama mereka.

Zara : Rindu pada kenangan. Mencuri lihat dia bermain bola keranjang. Menghantar kuih bulan, coklat buat dia. Zaman remaja yang gila.

56 comments:

  1. hehehhehe
    e cam baca novel la sayang baca entry nie..

    malu2 kucing laa plak adik aku nie
    hehehhehe..;)

    ReplyDelete
  2. adakah hatimu sedang berbunga2 ria hehehehe

    ReplyDelete
  3. ehemmmmm kenangan lama pun datangggggggggg ..jeng jeng jeng

    ReplyDelete
  4. wow
    cinta lama berputih kembali kah?
    *wink wink*

    ReplyDelete
  5. hehee.. adakah aku kenal sape dia?

    ReplyDelete
  6. terus berbunga cinta lestari hehehe..

    macam citer mills n boon pulak dah hehehe

    ReplyDelete
  7. .ehem ehem
    .bekas bakal kekasih lame?

    ReplyDelete
  8. boleh si adik..(pelajar) jadi posmen nya hehe

    ReplyDelete
  9. lantak tak tau..

    lantak tak tau..

    bunga2 cinta..

    mcm talentime la awak ni zara sayang..

    :)

    ReplyDelete
  10. cikgu , abang saya sungguh ensem! Sila kapel skarang!

    ReplyDelete
  11. adakah jejaka baju pepel itu yg slalu muncul dlm mimpi kamu?

    ReplyDelete
  12. hati ko tgh bunga2 indah ke, dik?

    ReplyDelete
  13. ehcheh...adikku pandai menari.. menari dia menari...

    kereta lembu..jeng jeng jeng jeng jeng.. rodanya dua.. jalannya tak laju..satu jam sebatu..

    aku plak over hyper lepas baca kisah cinta depan kedai ko ni dik..

    aku nak suh ko letak gambor beliaw kt blog bley? teringin nak tengok.. wajah kesayangan hamba ko tuh..wkakakaka. lariikkk... komfem zara lempang aku style mak lampir..

    ReplyDelete
  14. sangat comel memori itu sayang...
    akak tesenyum lebar... heheh..
    ^___^ mesti kamu tak sabar nak jumpe dia lagi kan...

    ReplyDelete
  15. teringat kenangan lama ye..mana tau ade jodoh..hehehehe ..

    ReplyDelete
  16. DIALOG SEBENAR


    "Ya, seorang. Apa khabar?"

    "Baik. Dah habis belajar?"

    "Dah. Tunggu kamu masuk pinang jer"


    hikhikhik...sajer usik2 cekgi garang nih :D

    ReplyDelete
  17. wah2..
    adekah bunga2 cinta kembali berbunga?
    hukhuk..
    ;P

    ReplyDelete
  18. aduhh..
    kenangan lagi ye zara? :)

    ReplyDelete
  19. ooo...

    YB tu adik Si Sepet Yang Kacak Berkaca Mata Berbingkai Hitam eh?

    hehe~~

    betol tak?

    ReplyDelete
  20. Dulu2 ku nak sangat dapat teman yg bermata sepet itu. Err... skang pon ade cam nak cari ala2 gitu. ~TOINK~ *sila jangan pengsan*

    Kesimpulannya, err..bila nak kawen ngan dia?

    *Laaaaarrrriiikkkkk*

    ReplyDelete
  21. DIK AN:

    bukan senang~

    hahaha~

    ko kapel dgn aku meh Dik An~

    ReplyDelete
  22. mEiZ SHA :

    hehehe~

    aku pemalu juga kak~

    hahaha~

    ReplyDelete
  23. ~Cinta Cukulet~:

    hati aku sedang main gimnastik CC~

    mau join?

    hahaha~

    ReplyDelete
  24. MOKCIK AZWA :

    ashraf siclair tu bukan boyfrien ku mokcik~

    ReplyDelete
  25. cik intanurulfateha :

    kalau lah dia mampu ku rebut~

    ReplyDelete
  26. Wanita Itu :

    hahaha~

    Talentime?

    ku suka Mahesh dan Kahoe!

    ReplyDelete
  27. +h.a.z.e.r.i.n+ :

    penuh dengan bunga kak~

    bleh amik bawa gi konvo nih~

    ReplyDelete
  28. GiGGLe GaL :

    kalaulah aku buat kak~

    mau nya ramai yg banjir depan laptop~

    hahaha~

    ReplyDelete
  29. tRuly tO be mYself 'Qa~:

    kalaulah aku mampu~

    hahaha~

    doakan ya kak?

    ReplyDelete
  30. Blog Anuar Kamaruddin™:

    hahaha~

    bahagianya kalau aku mampu buat begitu~

    ReplyDelete
  31. aku rasa dak zara layak jadik novelis..i like ur writing...serius nih...

    ReplyDelete
  32. ashie023 :

    aduyai ashie, jangan memuji aku syg~ aku biasa2 jer~

    ReplyDelete
  33. Pakwe lame ker?? Haha. Kire ni citer sepet la. Haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)