Pages

Tuesday, July 07, 2009

Apa Perasaan Bila Dipeluk Oleh Pelajar Ya?


Tentang kes yang berlaku semalam,
hari ini ianya menjadi bertambah menarik.
Ketakutan memuncak dalam hati 2 pelajar berkenaan.
Aku mahu lihat reaksi mereka di kelas esok.

************************************************************

Aku berada di makmal petang tadi.
Pintu diketuk oleh seorang pelajar.
Dia mengucapkan salam sejahtera dan menghampiri aku.

Y : Cikgu, esok saya mahu tumpang cikgu boleh?

Aku : (terperanjat) Tumpang saya? Ke mana? (sejak bila aku jadi ibu tumpang?)

Y : Tumpang naik cikgu ke sekolah.

Aku : (Hebat budak ini, nak naik aku) Cikgu pergi sekolah naik motosikal.

Y : Saya tahu. Saya selalu perhatikan cikgu bila cikgu lalu depan saya. Masa saya tunggu bas, cikgu selalu ada lalu depan tempat itu.

Aku : (Aku diperhatikan?) Oh, ya ke?

Y : Boleh ya cikgu? Saya sudah cakap pada ibu saya.

Aku : (Motor siapa sebenarnya ni?) Kalau naik motosikal, kena ada topi keledar.

Y : Mak saya kata dia boleh bagi topi.

Aku : Nanti balik, saya tanya keluarga saya dulu. Sebab ini hal keselamatan. Esok awak naik bas dulu ya?

Y : Baik. Terima kasih cikgu.

Oh, pusing kepala aku.
Pelajar yang baik, aku ingin sekali membantunya.
Tetapi apakan daya, aku tidak punya keberanian membawa orang di belakang dengan sikap aku yang suka membawa motor pada kelajuan maksima di atas jalan raya.
...dan dia menyatakan selalu memerhatikan aku,
apakah maksud itu?!

Kalau dia membonceng motosikal ku,
aku akan dipeluk dari belakang.
Aduhai, nasib baik pelajar ini memakai gaun.
Kalau dia yang memakai seluar dan berkaca mata, harus aku berpeluh dengan hebatnya.

*******************************************

Oh, mengenai dua pelajar semalam,
mereka menitipkan salam pada seorang rakan sejawatku dan memohon maaf padaku.
Rakan sejawatku menolak permintaan mereka,
dan meminta mereka berhadapan denganku.

Kak A : Shafaza, ada pelajar nak jumpa.
Aku : Kelas mana Kak?
Kak A : Kelas 1E. Ada 2 orang.
Aku : Suruh mereka pulang ke rumah Kak. Saya akan selesaikan perkara itu esok.
Kak A : Baiklah.

Bersikap kejikah aku?
Aku mahu mereka kesal mungkin.
Aku bukan mudah untuk ditundukkan dengan tekanan kecil seperti itu.
Aku sudah maafkan mereka semalam.
Cuma hati ini, masih mau menguji keberanian dan kedegilan mereka.

32 comments:

  1. hahaha...

    betul2, mudah memaafkan org tp jgn tunjuk yg ko dah maafkan diorg...

    nanti kena pijak kepala beb...

    ahhh, nanti aku duk muor.

    biar aku bawak naik z aku.

    wak wak wak

    ReplyDelete
  2. .palisevenfold. :

    hahaha~

    dan2 ko duduk muar beb~

    mau kena pang?

    hak hak~

    ReplyDelete
  3. akak nak tumpang g kerja besok bleh? hehehe..

    Bagus cikgu nie..guna psikologi gak nie..:D

    ReplyDelete
  4. bznyerr cikgu zara ittewww.. camane me nak ajak jalan2 erk.. ekeke

    ReplyDelete
  5. ibu tumpang?
    hahahahaha.
    sesuai dengan kau weh.

    ReplyDelete
  6. cikgu rempit! Yeah!! aku pun pernah rempit sampai pernah tergolek 'dog'..

    tapi kamu.. minta di jauhkan :))

    ReplyDelete
  7. Gieyana:

    kalau kak mau merempit bersama pon elok kak~

    hahaha~

    psikologi itu penting~ hehehe~

    ReplyDelete
  8. suparjo:

    hahaha~

    siapakah anda ya?

    sila kenalkan diri..profile anda tidak dapat di baca~

    ReplyDelete
  9. << s| tED| >> :

    uhuks Tedi~

    aku tau mau tergolek~

    uhuks~

    ReplyDelete
  10. eh zara jgn tumpangkan anak murid okey. tak sesuai. aku sgt membantah.

    tolong jaga nama ahli kelab DIVA. haha.. sori aku agak emo kalau ada guru bisa dibuli. cis!

    jgn baik sgt dgn bebudak ni zara. (sgt batu api ini cik belle)

    apa-per pun aku sayang kamu lahling xD

    ReplyDelete
  11. lagi sekali aku sebut.


    jgn kasi tumpang itu budak. takpun suruh dia byr duit minyak... hahahaHAHAHA


    keji tp berbaloi bukan xD

    ReplyDelete
  12. waaa...hebatnya ko menguruskan diri sbgi cikgu..ekekekeke

    sy nk tumpg cikgu juga la..buleh tak??

    ReplyDelete
  13. jgn bawak moto laju2..bahaye...

    ingatlah orang yg tersayang...


    pesanan ikhlas dari khidmat komuniti

    ReplyDelete
  14. meo188 :

    betul!

    jgn bagi mereka byk lemak..hahaha~

    ReplyDelete
  15. i.am.belle :

    hahaha~

    aku setuju dengan kamu syg~

    sgt tensen ok dgn bebudak skang~

    hahaha~

    dan laling, ku ahli kelab DIVA eks?

    wah!

    happy amat aku~

    ReplyDelete
  16. i.am.belle :

    hahaha~

    aku bercita2 mau dapat duit lebih..bleh aku minta upah tumpangan itu tak?

    hahaha~

    ReplyDelete
  17. HEMY :

    hahaha~

    hebatkah aku?

    aduyai~

    biasa2 jak~

    nak tumpang?

    Cembam!!hahahha~

    ReplyDelete
  18. messyremo :

    omar dah ceramah kat aku nih~

    mau insaf jap~

    ReplyDelete
  19. KhairiL's:

    meh2..aku babap punggung tu kalau berani naik~

    hahaha~

    ReplyDelete
  20. laaa. ingtkn yg nk membonceng tu bdk laki. ceit.

    ReplyDelete
  21. Yern Ain :

    kalau budak lelaki, aku amik depan rumah dia lagi~ hahaha~

    ReplyDelete
  22. Monkey D Luffy:

    hahaha~

    sekaki je?

    boleh2..kita buat cam aksi akrobatik..=)

    ReplyDelete
  23. eh sama la kita zara

    yaya pun menunggang moto (si putih)

    hari2x

    tapi tade sapa2x nak tumpang pun. CEH!

    ta sangka zara perempit jalanan. comel.

    ReplyDelete
  24. hidayah :

    perempit jalanan harus kacak kan?

    hahahaha~

    ReplyDelete
  25. wah cikgu....di peluk pelajar....
    jgn di peluk guru besor dah ler....hehehehhe

    ReplyDelete
  26. [yAN!e][pUTraJAya] :

    hahaha~

    peluk pengetua?

    aduyai~

    baik peluk HEM je kak~

    dia bapaku~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)