Wednesday, December 19, 2012

#WW 21 : Ketagih Pelekat.



http://distilleryimage1.instagram.com/0d8fd7ec485e11e29bac22000a9f13d0_7.jpg
Tidur. Tidur. Tidur.

http://distilleryimage5.instagram.com/a97892d8491311e2b2c322000a1f9804_7.jpg
Penangan Serigala Jahat Besar.

http://distilleryimage9.instagram.com/f8177ad449c811e299a722000a9d0ee0_7.jpg
Segala pelekat pun guna.

Zara : Aku rasa ada orang gila pelekat ni. Semua benda nak letak pelekat. Tapi pelekat ini memang kena dengan emosi ketika tekan pelekat. Hah!

Tuesday, December 18, 2012

[Ulasan] : CERPEN - Khairulnizam Bakeri | Fixi


Untuk Nizambakeri.
Yang rajin balas teguran pagi.
Ataupun perkongsian minat minum kopi.
Terima kasih belum cukup untuk gambar isi hati.


http://farm9.staticflickr.com/8354/8283966502_838d2e36ef.jpg
[Flickr aku] : Ini tradisi. Tiada niat lain seperti yang terkandung dalam halaman 194-195. #CERPENNizamBakeri :)

Seperti yang aku catatkan dalam Goodreads.

Tarikh Tempah : 14 Disember 2012.
Tarikh Tiba : 18 Disember 2012.

Mula Baca : 1400 (18 Disember 2012)
Tamat Baca : 1700 (18 Disember 2012)

01 - Tahniah Nizambakeri. Tahniah atas kelahiran buku yang kedua. (Tabik hormat)

02 - Seperti yang dirumuskan oleh seseorang, karya/tulisan Nizambakeri adalah "mahal" isinya. Pengisian, penceritaan dan tulisan yang tinggi nilainya - walaupun bukunya boleh kau dapati dengan harga mampu milik bagi semua penggemar buku. Dan aku, setuju dengan rumusan seseorang itu.

03 - Kispen2 dalam CERPEN ini mengandungi gaya Nizambakeri. Gaya beliau dalam PECAH, gaya beliau dalam kicauan di Twitter serta di blog sekali.

04 - Kispen RAHSIA : Latar belakang, suasana kedai kopi (Nizam terkenal dengan kegemarannya pada kopi) - antara kispen yang cukup menarik pada aku. Selain INTRO (yang aku percaya tak ramai orang suka baca sebab tak sabar terus ke cerita, tapi bak kata Luc, benda yang orang suka tinggalkan tu adalah paling menarik) - kispen RAHSIA sebenarnya membuatkan kau akan terikat untuk terus membaca sampai habis buku ini. Ya. Menariknya tentang gaya Nizam.

05 - Selain itu, dalam kispen seperti RAHSIA, TEMUBUAL, dan beberapa kispen lain, ada cameo watak dalam PECAH - Inspektor Paul, Afnan, Hafizi, Dr Vivian, Hanis Herman (anak Herman?) yang membawa cerita yang berbeza tetapi masih menarik untuk dibaca.

06 - Kispen GEBANG : Bila baca, aku teringat, dalam satu hari yang entah bagaimana, aku boleh ternampak benda menarik yang dikongsi dengan ramai orang di Twitter. Dan, situasi dalam Hari 6 dalam kispen tersebut, aku mahu tersenyum nipis dan berkata, "Eh, macam tahu je situasi ni".

07 - Kispen PUJAAN : (halaman 194-195) - ada perkara yang macam rasa dilempang di muka, walaupun niat dan tujuan berbeza, tidak seperti yang dinyatakan oleh penulis tersebut. Hah!

08 - Kalau disuruh pilih mana kispen yang aku suka, aku mungkin akan kata semua (hakikatnya begitu) tapi aku akan beri markah lebih dari penuh untuk RAHSIA, GEBANG, PILIH, JENAZAH, PUNCAK dan GERABAK.

09 - Nizam ada menyelitkan nama-nama yang selalu kelihatan berkicau dalam susur masa dalam kispen-kispen dia. Ada nama yang aku kenal, mungkin kebetulan, tapi aku teringat, ada satu pagi yang Nizam nyatakan ada nama pengicau tegar dimasukkan dalam buku dia kali ini. Tiada nama aku. Heh! Tapi ada nama Kopi dan kopi. Hah!

10 - HANYA SEPULUH adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Baca. Sendiri.

Tambahan :
(Ini tiada di Goodreads)

11. Ulasan aku adalah berdasarkan pandangan peribadi aku. Tiada aspek teknikal yang akan aku nyatakan, sebab aku bukan berada di tempat yang sesuai. Pandangan aku adalah sebagai seorang pembaca.

12. Untuk mendapatkan naskah kamu sendiri, boleh cari di Kedai Fixi (sila Google, jangan malas), ataupun dapatkan di kedai - kedai buku berhampiran, barangkali sudah ada. Boleh sentiasa bertanya dengan pemilik Fixi sendiri di @BukuFixi.

Zara : Anehnya apabila ada orang menyelar tulisan-tulisan yang mengambil suasana keliling, situasi yang mereka hadapi, dengar atau baca sebagai sumber ilham mereka. Apakah mereka tidak tahu bahawa penulis itu sendiri adalah seorang manusia? (Shafaza Zara, 18 Disember 2012)

Pencuri Milikan.


Ada beza.
Antara pinjaman.
Dan pencurian.
Serta perampasan.

Ada beza.
Bila kau kata nak pinjam.
Bila kau minta izin untuk guna sementara hak milikan.
Atau kau guna dengan pemberitahuan.
Tak pernah kau anggap kau punya.
Sebab kau sedar itu pinjaman.

Tapi.
Bila kau ambil sahaja.
Dan anggap kau punya.
Itu memang salah besar gila.

Alangkah ambil barang orang pun dah salah.
Orang sidai baju di ampaian kau belasah.
Asal muat, kau berkenan, kau sesah.
Apa kau nak kisah.
Tiada mata jadi saksi sah.
Tuhan nampak tu kau kata urusan akhirat sana, mudah.

Macam ni la.
Kita ambil konsep senang.
Kalau barang kau hilang, mesti kau bising kan?
Kalau benda berharga, lagi kuat kau canang.
Bukan setakat polis, habis rumah jiran kau gendang.
Tapi itulah hakikat, kalau kau punya barang.
Kalau orang lain punya kau sebat dan hilang.
Apa benda kau nak gebang?
Kau senyap - tulikan diri dari bincang.
Kau enak minum petang.

Itu kalau barang.
Ni kalau cinta hati orang lain?
Baik kekasih, pasangan atau tunang?
Kau main sapu bersih kalah ikan melekap dinding lumut.
Alasan kau mudah - sebab dia kesepian.
Tapi betul ke alasan kau?
Bukan kau sengaja mahu sailang?
Ala, kau takut kena cop pailang?

(tarik nafas)

Barang hilang, orang beli baru.
Paling kuat mereka menangis sebab sayang.

Orang hilang, tak semua ganti baru.
Memang mereka menangis atau sedih.
Paling banyak, mereka simpan dendam dengan kau.
Dan kau lupa bahawa manusia adalah makhluk paling menakutkan?
Kalah hantu, jin dan syaitan.
Bila fikiran mereka tak tenteram?

Hentikan rampas hak orang.
Sakit sangat mata kau tengok orang lain gembira kenapa?
Kau tak boleh cari kegembiraan sendiri?
Kalau kau cukup tenaga nak rampas hak orang.
Mesti kau lebih kuat untuk cari milikan sendiri.

Tak.
Suami, isteri, kekasih, tunang orang bukan benda pinjaman.
Kau tak boleh pinjam dan pulang lepas digunakan.
Ini bukan tandas awam atau taman tema permainan.
Mereka manusia yang punya perasaan.

Boleh ke kau hadap suatu hari nanti.
Bila ada orang datang pada kau dan kata,

"Hey, pinjam isteri kau sehari"

atau

"Oit, suami kau bagi aku guna dulu. Nanti aku pulang"

atau

"Tunang kau nampak cantik. Swap dengan kereta aku 4 jam"

(tarik nafas)

Kau boleh terima ke semua tu?
Mereka di sisi kau jadi barang.
Yang dilambung bila nak, dipinjam bila suka.
Ataupun dirampas bila kau leka.

Tak tahulah kalau kau suka.
Macam tu, kau boleh tayang pasangan kau dalam bekas kaca.
Letak sekali harga.
Orang boleh beli, pinjam atau sewa.
Dan pulang bila tiba masa.
Atau jadikan hak sendiri bila mereka lupa.

[Sumber gambar] - Bukan aku punya.

Zara : Tak bolehkah kau belajar hormat mereka yang sudah punya seseorang untuk dijaga/menjaga dalam kehidupan mereka? Bukankah kau juga punya seseorang yang sedemikian rupa? (Shafaza Zara, 18 Disember 2012)

Monday, December 17, 2012

[Ulasan] : Main Gila - Lejen Press


Bangun pagi.
Rasa nak pergi KL.
Mandi, bersiap, minta Abah hantar pergi stesen bas.
Selamba.

Ya.
Aku  pun 'main gila' juga semalam.
Macam selalu aku buat, bila aku suka.
Tapi yang ini adalah 'Main Gila' yang lain.

http://farm9.staticflickr.com/8487/8279823527_a5e3400918_z.jpg
[Flickr Aku] : Gelang tidak datang sekali.

Berikut adalah ulasan aku yang diceduk dari Goodreads.

Beli : 16 Disember 2012.
Baca : 17 Disember 2012.

Durasi pembacaan : 3 jam setengah (sebab tertidur petang di tengah-tengah)

1. Aku nak letak 4.7 bintang sebab ada 1-2 cerpen yang kurang menarik pada aku. Tapi itu aku lah. Yang hanya sebagai pembaca. Tapi bagusnya, kekurangan itu ditutup dengan kispen-kispen yang hebat.

2. Kispen/cerita pilihan : Suicidium Luc Abdullah, De'Lejen Sahidzan Salleh, 7.62 mm Ophan Bunjos, Penebusan Khrlhsym, Suu-Chi Fiq Vertigo, Catatan Syahid Abdullah dan Dhabit Hasrul Rizwan.

Sekali lagi, tu yang buatkan aku teruja. Yang lain-lain, berada dalam kelas mereka tersendiri. Cuma mungkin yang aku senaraikan tadi adalah yang mengujakan aku. Amal Hamsanpunya tulisan juga menarik, tapi aku mungkin suka gaya Amal yang lain (aok tetap di hati koi). Zoul Yazix dan Aisa Linglung juga menarik garapan mereka.

3. Ulasan aku mungkin sedikit "bias" sebab kebanyakan daripada mereka adalah orang yang aku kenal atau pernah berjumpa ataupun pernah berdiskusi bersama, ataupun aku memang peminat tegar tulisan mereka.

4. Suicidium - Luc Abdullah : Tulisan ini memang gaya Luc. Aku secara peribadi menggelar Luc sebagai "mesin kispen" dan ternyata, kali ini hasilnya tidak mengecewakan. Bila membaca Suicidium, buatkan aku tertanya dan renung diri sendiri, sebab aku selalu buka laman sesawang yang berkaitan dengan isu yang diutarakan.

5. De'Lejen - Sahidzan : Seperti dalam Kolonial Mimpi - elemen tulisan Sahidzan yang aku suka adalah "details". Penceritaan yang kemas, dan kau boleh bayangkan apa suasana cerita tersebut.

6. 7.62 mm - Ophan : Di bahagian isi kandungan, dia tulis, 7.65 mm (nanti lain cetakan, boleh betulkan) - Salah seorang yang mempunyai tulisan yang tajam. Gaya Ophan macam dalam zine dia sebelum ini. Sedap dibaca, diamati dan diperhalusi.

7. Penebusan - Khrlhsym : Bila baca dah tahu dia punya. Aku rasa setiap kali penulis Kontrol Histeria menulis, kita dah boleh detect gaya mereka barangkali walaupun penceritaan sedikit berbeza temanya.

8. Suu-chi - Fiq Vertigo : Aku suka tulisan Fiq. Buatkan aku termenung sekejap dan bertanya pada diri, mana takdir akan bawa aku dalam hidup ini.

9. Catatan - Syahid : Selain dalam Bukan Perempuan Sundal - aku rasa aku tertarik dengan tulisan Syahid, kali pertama aku terjumpa dia dan dia berikan aku "Sampah". :)

10. Dhabit - Hasrul Rizwan : Betapa kadangkala manusia ini lebih hina daripada haiwan kan?

11. Kalau diamati, dalam buku "Main Gila" ini didominasi oleh kebanyakan mereka yang menulis untuk Lejen Press. Dalam kelompok yang aku minati, mereka adalah penulis daripada Kontrol Histeria atau Zine Satu Malam. Kan dah nampak aku sedikit "bias" - tapi tulisan mereka memang bagus.

12. Beli sendiri, baca sendiri la.

P/S : Yang paling untung adalah Deus, nama dia muncul dalam kispen Amal :p