Tempahan Kitab Terfaktab #1 Dan Hero



Salam semua.
Buat pembaca Dunia Sebelah Zara, ada tawaran khusus buat kalian yang bertanyakan tentang bagaimana mahu menempah Kitab Terfaktab #1 dan Hero. Jadi, aku dengan secara sukacita ingin membuka tempahan pada sesiapa yang mahukan salah satu (ataupun kedua-dua buku tersebut). Buku itu aku tempah, aku tandatangan dan hantar pada kamu semua. Senang kata, buku yang kamu bakal terima, ada tandatangan aku.

http://lejenpress.com/wp-content/uploads/2011/11/KT-214x300.jpg
Kitab Terfaktab - RM 20
http://lejenpress.com/wp-content/uploads/2011/12/cover_2-hero-224x320.jpg
Hero - RM 20

Jadi, bagaimana cara nak menempahnya?
1. Pilih mana buku yang kamu mahukan.
2. Sila hantarkan tempahan kamu ke : lordzarasean87[@]gmail[dot]com
3. Aku akan balas emel kamu sebagai tanda terima penempahan.
4. Selepas kamu terima emel dari aku, sila buat pembayaran pada nombor akaun yang aku sertakan.
5. Berikan bukti pembayaran di emel aku kembali beserta dengan maklumat peribadi kamu.
6. Aku hantar pada kamu buku tersebut.

Nota Penting :
1. Aku buka tempahan ini selama beberapa hari  (17 hingga 19 Disember 2011) sahaja untuk memudahkan aku membuat tempahan ke Lejen Press (ya, mereka penerbit buku ini) - jadi mereka akan hantar pada aku. Tempoh mungkin akan dilanjutkan bergantung kepada permintaan.
2. Masa adalah terhad - siapa yang tempah awal sahaja aku layan.
3. Kos penghantaran adalah RM 6 - sama seperti kalau anda tempah pada mereka.
4. Proses ini akan mengambil masa - jadi kalau kamu setuju, kamu boleh emel aku.
5. Kalau kamu risau emel kamu melencong ke tempat lain, sila tinggalkan pesanan di Mukabuku DSZ.
6. Ini untuk mereka yang betul-betul mahu beli sahaja ya?

Nota Tempahan :
1. Tempahan pertama akan aku minta dari Lejen Press adalah mereka yang menempah dari 17-19 Disember dahulu.
2. Tempahan seterusnya akan dibuka pada 20 hingga 23 Disember 2011 (bergantung kepada permintaan)

Tempahan dengan Lejen Press.
Batch 1 (20 Disember 2011) - Hantar pos pada 23 Disember 2011.
Batch 2 (23 Disember 2011) - Sedang tunggu pos tiba.
Batch 3 (belum buka)

http://farm8.staticflickr.com/7153/6558380811_1c439a8d43.jpg
[Siapa yang beli - ada benda ni dalam buku] - Flickr

Zara : Selamat membeli dan menempah.

5 comments:

Unknown said...

mcm nie kan ok!tempah!:)

Anonymous said...

SUDAH! :D

elle.nana said...

da puas cari kitab terfaktab merata2.. tp smua takde.. nk order lak, da tutup.. nak order~ huhu

Nana said...

cepatlah buka order baru :)

.cik aida. said...

kat kedai susah nk cari.huhu