Tuesday, February 28, 2012

Mocha #01.




Lelaki itu tidak pernah suka kopi. Tidak pernah suka kopi hitam barangkali. Dia minum yang dicampur dengan susu sebab dia memang penggemar susu. Jadi, si perempuan itu yang gilakan kopi, tidak pernah ambil endah, sebab ketagihan dia sudah cukup dan kasih sayang mereka tidak membezakan apa-apa, walaupun minuman kegemaran mereka berbeza. 

Tapi, suatu hari, lelaki itu pulang dengan berita bahawa dia beli set membuat kopi. Si perempuan mula berasa sesuatu yang aneh. Sejak bila lelaki itu pandai minum kopi? Dia tertanya-tanya. Si lelaki bertanya, bagaimana cara membuat kopi yang enak, tetapi perempuan itu, dengan bersahaja, menyuruh lelaki itu mencari sendiri caranya. Dan, alhasilnya, biji kopi yang dikisar itu buatkan si lelaki khayal dengan kandungan kafein yang tinggi. Si perempuan ketawa, dan si lelaki menarik muka.

Perempuan : Kenapa awak minum kopi?
Lelaki : Sengaja.
Perempuan : Awak kan tak suka kopi?
Lelaki : Ada dua sebab kenapa saya buat kopi sendiri.
Perempuan : Kenapa?
Lelaki : Satu sebab awak suka kopi. Dua, sebab saya nak hidangkan awak kopi setiap hari.
Perempuan : Tapi awak ketagih nanti.
Lelaki : Tak mungkin. Saya tak akan jadi macam awak.
Perempuan : Ceh.
Lelaki : Saya terbeli biji kopi yang pekat dan hitam.
Perempuan : Habiskan sahaja.


Lelaki itu setiap malam minum kopi. Entah apa dalam pemikiran dia, si perempuan tidak dapat meneka. Biarlah si lelaki menikmati kopi, dia punya suka. Dan, hujung minggu datang kembali. Lelaki itu dengan riang memberitahu kepada si perempuan :

"Saya sudah beli mocha"

http://farm5.staticflickr.com/4044/5076164145_3a3e5be59d.jpg
[Sumber gambar]



13 comments:

Izzat Aziz said...

Lelaki tu akan keracunan caffeine kalau dia teruskan minum coffe tiap malam..haha

pelangi chenta said...

suka milo mocha.

Mrs. Hanani said...

berbahagialah wanita itu, dan bersyukurlah..kerana tidak semua wanita dapat mengecapi kebahagiaan itu.

No name said...

sweet

jelah said...

mocha lgi sedap...

Errah Najwa said...

ya rabbi..teliur tengok yg dalam cawan tu..

syahmiafnan said...

Saya lah pecinta Mocha itu.

Anonymous said...

Quote "syahmiafnan said...

Saya lah pecinta Mocha itu.

February 28, 2012 4:05 PM


Is this the guy in the story? Like wow, like a bawse. >:D

samanosuke_04 said...

xpaham ape konklusi dia.. haha, tak cekap sket kalo bab² isi tersirat nie.. tapi aku pun suka minum kopi tetiap pagi.. ali cafe ftw!

Faraa Kucas said...

tak pahammm...tolong jelaskan pade saye yang lambat pickup niii ;DD

Azie Sanimin said...

best nya perempuan tu sebab lelaki tu cuba untuk membahagiakan hati si perempuan..~heheheh

takky said...

congratz kak zara....
nmpaknya tak lama lagi nak naik pelamin la nie kan?
si lelaki dah tunjuk isyarat dah tu....

intandayani said...

saya pun peminat coffee..tp skrg da kurang...cume bile terpikir baru rase nk minum..