Mesyuarat pertama sudah dihadiri minggu sudah. Buku pengurusan aku dah perhati halaman demi halaman. Ada banyak benda baru yang perlu aku pelajari demi menghadapi tahun hadapan.
Fuh!
Sekarang ini masih Disember 2014, tetapi jadual aku untuk Januari 2015 sudah hampir penuh. Nampak gayanya, kehidupan aku memang akan dihabiskan di sekolah dan rumah tentunya seperti biasa. Cuma, tahun 2015 pastinya lebih sibuk memandangkan ada beberapa perkara yang aku menggalas kedudukan agak besar.
Masuk tahun keenam berkhidmat, aku masih banyak perlu belajar. Nota untuk diri sendiri, tahun ini aku perlu mengumpul semua bahan tentang apa aku lakukan dan simpan segala dokumen berkaitan. Menuju ke tahun kelapan perkhidmatan, nampaknya kena lebih bersedia menghadapi pelbagai ujian dan dugaan.
Oh ya, masa aku mesyuarat kali pertama, Muhammad ke rumah pengasuh. Bekalan susu dihantar seperti biasa dalam 13oz. Habis dia minum, Alhamdulillah. Cuma yang aku khuatir adalah bekalan susu makin berkurangan dalam peti sejuk dan bagaimana nak menghadapi kekangan untuk itu semua nanti?
Moga-moga bekalan susu sentiasa dapat dipenuhi untuk keperluan Muhammad. Moga-moga.
Nampaknya, perang sudah mahu mula.
--- via iPhone

Dah meeting.....
ReplyDeleteOOO....banyak ke tugasan thn depan?
Kalau banyak mesti org penting tonggak sekolah ni...
Apepun, selamat menghadapi 2015!
Pnuh dah. Bgus btul siap2 plan. Tkot lupa nt
ReplyDelete@Chekgu BaniHassim :
ReplyDeleteTakdenya penting.
Ikut sistem, giliran dah kena :D
@chik chinta :
ReplyDeleteBetul.
Takut lupa.
semoga dipermudahkan urusan ya
ReplyDeleteTerima kasih awak 😊
Deletesemakin meningkat tahun perkhidmatan, semakin meningkatlah juga tanggungawab dan beban tugas kan kak..apapun selamat bertugas kak
ReplyDeleteKita anggap sahaja semua amanah :)
Deletemasa untuk update planner...
ReplyDeletehuhu.
Ya betulllll 😊
DeleteAssalamualaikum awak. semoga dipermudahkan segalanya. sheila pun skrg busy kat ofis. mengepam dapat 2 sesi je. takleh nk curi masa mengepam. risau gak stop kais pagi kais petang ni...
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Stok saya susut teruk. Kat rumah tak boleh pam. Anak df.
Delete