Pages

Monday, June 03, 2013

Terima Kasih.


Untuk semua doa.
Untuk semua ucapan.
Untuk semua sokongan.

Hanya terima kasih yang mampu aku ucapkan. 

Daripada sekadar anak yang menulis di sini, menjadikan blog sebagai satu terapi, aku berkongsi segala jenis tulisan aku, daripada bersifat peribadi ataupun sebagai refleksi mata memerhati. Tidak kurang ada yang suka dan lambakan yang membenci, aku masih dengan cara aku menulis sehingga aku mampu hasilkan beberapa tulisan yang diterbitkan walaupun sekadar indie.

Ah!
Anak macam aku, butuh doa daripada kalian untuk yang baik-baik. Demi kekuatan yang barangkali kalian sering kata aku berikan --- bahkan, kalian yang datang membaca adalah sumber kekuatan aku untuk terus menulis dalam ruangan ini. Dunia aku sendiri yang barangkali ada yang mengerti, ada yang terus campak ke tepi. Bagaimana mungkin aku puaskan hati dan keinginan setiap orang kan?

:)

Maaf jika aku tidak dapat mengundang kalian.
Jujurnya barangkali kerana aku sendiri banyak menguruskan persiapa sendirian sambil berkejar dengan urusan pekerjaan yang menimbun banyaknya. Di blog juga tiada apa yang aku kongsikan, mungkin sekadar penulisan aku dengan label Perjalanan 30 sahaja. Ia ditulis sebagai satu pengiraan aku bakal melangsungkan perkahwinan dan aku tahu, ramai yang tidak menyedarinya.

Ah!
Kalian kenal aku bukan?
Benda ini aku kurang gemar mahu hebahkan.
Barangkali aku segan.

(tarik nafas --- paling dalam)

Teruskan senyuman.
Setiap daripada kita perlu hidup dalam kegembiraan.
Setiap daripada kita layak merasa kebahagiaan.

Aku mengambil selangkah ke hadapan.
Dalam merasai kehidupan.
Menterjemah impian.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjL5A4Q-tB2uG6gDMLvmaH0hkN95-PXmEDZHJgdCudbJlipW15Bh7w1YuLMAo8YJChPt2HjRg-b74jWWgq_x8bSLnfby5EAuWo1SbrcINQg1WCnnfxg54_kLkc0X_CdGYSeuuXpxsHEoZU/s583-no/nikah.jpg
26 Mei 2013 : Selepas nikah. Persalinan lelaki buat sendiri. Persalinan aku beli siap.


26 Mei 2013 : Kek sempena sesi makan berdamai. Terima kasih pada Chef Zam Akmal - MadAboutCake (MAC).
Gambar dari FB Azayu.


Oh.
Kenapa Twitter?
Sebab dilamar di Twitter.

Untuk lebih gambar, boleh cari #zarasyafiq di Twitter dan Instagram.

53 comments:

  1. kakzaraaaaaaaaaaaaaa!!

    why baru tahu isk iskkk T__T mesti busy sangat exam sampai tak tau yang akah dah kawen hehe

    mabruk alaik! moga hingga ke syurga!

    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha.
      Terima kasih sayang.
      Terima kasih.

      Gambar hanya diletakkan di FB & Twitter sahaja sebelum ni :)

      Delete
  2. wehhh gila hebat kek ko !! tahniah zara :) muahh much love !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha.
      kek ni dibuat oleh orang yang hebat.
      Sebab tu nampak hebat.

      Thanks sayang!
      Love u!

      Delete
  3. kek yang sangat sexy!! haha. tahniah zara. semoga bahagia hingga syurga.

    ReplyDelete
  4. tahniah kak. banyak cari kekuatan dengan baca tulisan akak sebenarnya. harap satu hari akan melalui saat bahagia seperti akak juga :) selamat bercinta sampai syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sayang.
      moga dalam perkongsian ada yang membawa manfaat :)

      Delete
  5. tahniah zarra

    :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah..tahniah moga bahagia dunia akhirat dengan hubby & baby2 yg c0mel :)

    ReplyDelete
  7. Akhirnya Zara menemui si Cinta Hati. Sweetlah both of you. Ayunya zara berseri seri ceria :D

    ReplyDelete
  8. Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fee khair.


    ok, kek tu sgt cantik.. tahniah & semoga berbahagia dunia ahirat

    ReplyDelete
  9. tengah pikir apa perasaan dilamar kat twitter.haha

    ReplyDelete
  10. tak sangka..barakallah kak zara :D

    ReplyDelete
  11. Tahniah kak. Moga kekal hingga ke jannah. Header pun dah tukar, cantik2, hihi :)

    ReplyDelete
  12. tahniah beb! kamu sgt gojes...jeles I.hak2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Motif nak jeles?
      Tahniah dah jadi tunangan orang buat kamu :)

      Delete
  13. Tahniah Zara...wah tak sangka.. tup tup dah jadi isteri orang! Moga berbahagia kamu suami isteri sampai syurga, saling melengkapi dan menjadi suami isteri dan in sha ALLAH ibu bapa mithali.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.
    Tahniah! Semoga berbahagia hingga ke Syurga! :)
    بَارَكَ اللهُ لَـكُمَا وَعَلَيْـكُمَا، وَفِي كُلِّ خَيْرٍ جَمَعَ بَيْـنَكُمَا~

    *lama rupanya sudah tidak ke sini, tahu-tahu sahaja sudah jadi isteri orang~ :)

    ReplyDelete
  15. tahniah kak. moga perjalanan baru ini akan lebih indah dan bahagia, selamanya. insyaAllah

    ReplyDelete
  16. Alhamdullilah.
    Baca kisah akak dari dulu dan bahagia begini. Seronokkkk. hehe.
    Ape2pun Selamat Pengantin Baru kak zara. Moga kekal smpai syurga.
    Aamiiin. :)

    ReplyDelete
  17. It's okay my dear...alhamdulillah dah selamat jadi isteri org...semoga rumahtangga sentiasa diberkati Allah..

    ReplyDelete
  18. tahniah zara....dpt tau da kawin dr blog kak d green apple..btw,,semoga bahagia hingga ke syurga :)

    ReplyDelete
  19. Tahniah k zaraaaa! :) Semoha bahagia selalu. Aminn!

    ReplyDelete
  20. sweet couple....semoga berpanjanan dalam bahagia dan Rahmah Illahi

    ReplyDelete
  21. Tahniah Zara...akak doakan bahagia sehingga hujung nyawa. Tabah menghadapi cabaran hidup berdua, bertiga, berempat, berlima dan seterusnya...:)

    ReplyDelete
  22. Huwaaaa...ramainye comment! Nak commen jugak! Tahniah! Semoga kekal sampai ke syurga..sangat secocok dan cantik serba serbi dan ringkas, simple..sukaaaa.. :)

    ReplyDelete
  23. Tahniah dan welcome to the club =)

    Memula tahu baca dlm blog green apple.. =)

    ReplyDelete
  24. tahniah..
    selamat melayari bahtera rumah tangga..

    ReplyDelete
  25. takhniah kali ke2 dr sy k.zaraaa...
    waa.besh!doa yg baik2 saja tuk akak :)
    mood sentap nak kawen cpt gak.hahaha~

    ReplyDelete
  26. tahniah cikgu zara..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  27. tahniah zara..semoga kekal hingga ke akhirnya..

    ReplyDelete
  28. Tahniah Zara & suami.
    Semoga hidup kekal sejahtera sebagai suami isteri hingga ke syurga. :)

    ReplyDelete
  29. Huuu... saya tahu dari Twitter Kak Zara. Ehehehe. Tapi belum kesempatan mengucapkan tahniah. :) Semoga bahagia sehingga akhir hayat. :)

    ReplyDelete
  30. Congrats kak zara and suami !

    Semoga berbahagia sehingga jannah. Selamat pengantin baru !

    ReplyDelete
  31. Alhamdulillah.... Tahniah buat zara dan suami.
    Dapat agak. Tapi segan nak bertanya kerana pasti jawapan kiasan yang diterima. ^_^.
    Semoga berkekalan hingga ke jannah.
    Doakan saya pula ya?

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum kak..

    Tahniah dah selamat bernikah.Saya doakan kebahagiaan akak dan suami. =)

    ReplyDelete
  33. kakak syg, alhamdulillah. syukran allah pertemukan jodoh. selamat berkasih syg sehingga ke Jannah ^_^

    salam perkenalan dr nanie..

    ReplyDelete
  34. harapnya aku tak terlambat wish kamu Zara dear.

    Selamat Pengantin baru dan di doakan sehingga ke Jannah lah bahagia cinta kalian berdua.

    Tahniah.
    Riena (Yumi)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)