Awak.
Apakah awak masih luangkan masa?
Untuk manusia yang bukan lagi istimewa?
Untuk manusia yang sudah lari dari sempurna?
Untuk manusia yang awak pernah cinta.
Awak.
Dia berterima kasih.
Atas segala penat jerih.
Sewaktu awak dan dia menyulam kasih.
Ada saat gembira, dia ingat, masih.
Ada saat duka, dia ingat lagi, sedih.
Awak.
Bila dia sudah bergerak.
Dia sudah enggan toleh curi pandang jejak.
Sedikit pun dia enggan lihat corak.
Biarlah segalanya hilang, rosak.
Kerana dia mahu lepaskan perasaan retak.
Awak.
Sesekali awak dan dia bertemu.
Tanpa sengaja, berselisih pintu.
Tanpa disedari, berselisih bahu.
Tanpa sebarang bicara, mulut terkunci membisu.
Lidah sememangnya kelu.
Kawal hati dari terus jadi pilu.
Awak.
Dia ingat setiap benda tentang awak.
Setiap satunya, bukan secara rawak.
Setiap ketawa, setiap kisah lawak.
Awak.
Dia tidak istimewa.
Untuk mana-mana manusia.
Dia hanya mampu jadi diri dia.
Yang kalau ada, hanya dia yang suka.
Yang kalau perlu, hanya diri dia rasa.
Bukan orang lain yang datang dan pergi sesuka mereka.
Awak.
Dia jatuh dan bangun kembali.
Dia sudah lupa bilangan dia paksa berdiri.
Dia tidak mengingati bila kali terakhir dia dihargai.
Tetapi pastinya, dia sentiasa kenal diri.
Untuk teruskan senyuman dalam hati.
Awak.
Dia belajar untuk melupakan.
Supaya tiada kesan.
Supaya tiada hati yang penuh calaran.
Awak.
Dia hanya mahu awak hidup baik-baik.
Selamanya.
| [Sumber gambar] |
indah. mohon kebenaran kopipes di blog sendiri boleh?
ReplyDeletesilakan. hanya untuk awak teamTBS!
DeleteMelupakan jalan terbaik dari pada berdendam. Itu lagi membahagiakan rasanya.
ReplyDelete#aku pun belajar melupakan. doakan aku =)
Yup!
DeleteSemoga berjaya!
oh!kata-kata ni macam sembur atas muka saya sendiri :(
ReplyDeleteKenapa?
DeleteKenapa?
diri sedang belajar melupakan.
Deletemohon share d blog sendiri,boleh? :)
share bagaimana?
Deleteshare ttg rasa sy ttg post ni :)
DeleteApabila sudah terjalin satu perhubungan, agak sukar untuk melupakan. Manusia tidak mempunyai kawalan minda dan hati, ada satu masa sebulan diambil untuk melupakan, ada satu masa berbulan, terbaik sekadar berhenti berharap dan mengharap apa yang terbaik.
ReplyDeleteLupakan? Mungkin selamanya tidak.
Setiap kali berselisih, hati tetap berdebar. Harus bagaimana bisa melupakan?
DeletePedih dan sedih.
Hati tetap berlari kencang tiap kali berselisih. Harus bagaimana bisa melupakan?
Deletepedih dan sedih.
Bergantung barangkali.
DeleteKadangkala terpaksa berlakon kan?
kakak, salah tak kalau kita masih meletakkan harapan? sedangkan dia disana tak teringat pun kat kita.
ReplyDeleteTak salah.
DeleteSebab akibatnya, awak yang akan tanggung sendiri.
Kesakitan, awak yang mungkin terpaksa hadapi.
Rasa..untuk lupa cuma perlu masa..tapi..adakala hingga hujung nyawa. :(
ReplyDeleteJangan begitu.
DeleteKita mungkin tak tahu mana letaknya nyawa.
:)
Hoi menyembur-nyembur air mata baca.
ReplyDeleteKakak nak kopipes kat blog eh?
Copy-paste bagaimana tu?
DeleteLike3
ReplyDeletememulakan hidup baru adalah jalan terbaik dari mengenangkan die dan mengharap die akan kembali even dah tau bende tu memang tak kan jadi..
ReplyDeleteSangat menyedihkan. terjadi pada saya.. pilu.. sakit.. kecewa..
ReplyDelete