Pages

Wednesday, December 28, 2011

#WW17 : Awak, Dia Yang Awak Kenal Dulu?



Awak.
Adakah dia masih orang yang sama?
Adakah dia masih orang yang awak cinta?
Adakah dia masih orang yang awak suka?
Adakah dia masih lagi yang awak damba?

Awak.
Awak tengok dia.
Adakah layanan masih seperti kali pertama?
Adakah senyuman masih bergenang mata?
Adakah ketawa itu masih yang ceria?
Adakah dia masih lagi yang sama?

Awak.
Adakah sesuatu sedang berubah?
Adakah hubungan menjadi parah?
Adakah luka tercalar hingga berdarah?
Adakah kasih mulai renggang menanti rebah?

http://farm7.staticflickr.com/6196/6054298013_b8ab3e839a.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Benar manusia boleh berubah.
Sama ada jadi baik ataupun lebih parah.
Sama ada membawa kebahagiaan ataupun hanya memusnah.
Pilih sahaja mana yang lebih bagus, bukannya susah.

Awak.
Ujian sedang melanda.
Adakah awak sudah bersedia?
Untuk hadapi segala.

Nota Kaki :
Macam dapat berita yang tidak disangka.

Zara : Kadangkala melayan orang yang tamak ini seronok sebenarnya bila dia tamak benda yang serupa dengan kita. Tamak dengan sesuatu yang membawa bahagia, bukannya sengsara bahkan mencari gembira. (Shafaza Zara, 28 Disember 2011)


7 comments:

  1. terkesima bila bc entry nie...

    speechless...

    ReplyDelete
  2. sy tertanya2 tentang kawan saya. yang lama dulu. yang saya hilang tiba2. percayalah. ralat bukan sedikit. tp sy percaya, dan harap dia akan bahagia dgn orang yang dia sayangi. dan smoga juga saya bertemu dgn orang sygi sy. whoa!

    entri tentang cinta ke? ops. hehe

    ReplyDelete
  3. masa itu berubah
    dunia itu berubah
    mana mungkin hati tidak berubah

    kekal dalam hubungan
    bukan kerana hati itu sama
    ia 'satu kata lain'
    sayang mungkin...

    ReplyDelete
  4. sama apa yang aku alami sekarang

    mohon share :)

    ReplyDelete
  5. tetiba rasa hati macam tertusuk bila baca entri ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)