Pages

Friday, February 25, 2011

Ujian Pertama : Penyeludup Adalah Perniagaan Antarabangsa


Setiap tahun, ujian pertama adalah pengukur, tanda aras bagaiman proses pembelajaran telah berlangsung untuk jangka masa dua purnama, lebih kurang sebab cuti sekolah menimbun tak ingat dunia. Aku akui, cuti itu menarik, tetapi kalau sampai masa budak dah tak ingat apa yang disumbatkan sejak hari pertama, mahu gila nak betulkan semula. Kan?

http://farm4.static.flickr.com/3613/3365104343_a9bd0156a1.jpg
[Gambar : Waktu begini, aku memang longlai sedemikian rupa. Sadis kan? Ketawa]

Menanda kertas ujian adalah satu terapi yang sangat diperlukan selepas berhempas pulas membuat soalan. Percayalah cakap aku, membuat, menyediakan soalan adalah lebih sukar berbanding menjawab soalan. Jadi, aku lebih suka menjawab atau mencari jawapan berbanding membentuk soalan ujian yang ternyata menyebabkan aku separa nanar.
Ketawa.

Berbuih aku mengajar di dalam kelas, tapi penyeludup adalah satu bentuk perniagaan luar negeri ataupun antarabangsa? Hebat betul kan?

Bila aku panggil ke depan, macam-macam pula dalihnya. Memang aku ketawa besar tapi aku lebih rela kertas jawapan kosong dari dapat  jawapan pelik begini. Baiklah, kita anggap dia kreatif dan sangat berseni (aku sedang berusaha untuk berfikiran positif dan terbuka ni).

Aku : Ni sejak bila penyeludup jadi perniagaan antarabangsa ni?
Budak : Dalam drama selalu macam tu cikgu.
Aku : Oh, dalam drama eh?
Budak : Cerita 'omputih' kan macam tu cikgu.
Aku : =.=

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/184269_10150414850415543_885375542_17351012_4804391_n.jpg
[Gambar] Sejak bila pula 'airport' adalah jenis perniagaan luar negeri? Sejak bila? Import adalah.
Ya, baiklah, kita gunakan 'airport' untuk 'import'. =_=

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/179860_10150414850490543_885375542_17351013_6379811_n.jpg
[Gambar] Sila tengok tempat yang aku bulatkan. Kekurangan tenaga katanya sebagai alasan tidak siap.
Aduhai. Tenaga terakhir telah digunakan untuk menulis ayat itu agaknya.

Aku : Banyak salah, nanti buat pembetulan.
Budak : Kena buat ke cikgu?
Aku : Buat.
Budak : Cikgu doakan saya ada tenaga nak buat cikgu.
Aku : Mesti ada tenaga. Balik makan nasi. Minggu depan kalau tak siap, kena awak nanti.
Budak : Kalau ada tenaga, saya buat nanti cikgu.
Aku : Malangnya saya sentiasa bertenaga kalau nak denda orang.

Sebab itulah kalau menanda kertas jawapan murid, aku lebih suka menonton drama Korea ataupun apa-apa siri penyiasatan supaya kepala otak aku tidak jumud pada satu perkara sahaja. Gila kalau aku terlampau fokus pada satu benda sebegitu rupa (walaupun hakikatnya seronok baca dan ketawa seorang diri macam orang gila).

Nota Kaki :
1. Mungkin tidak akan ke Skudai esok.
2. Keletihan dan rindukan hujan.
3. Cubaan aku untuk terus senyum dan berjalan menjauh nampaknya menghadapi ujian kecil dari dalam. Hati, jangan degil dan terpesong dari apa yang ditetapkan serta dipateri.

Zara : Menukar kulit baru untuk blog sebagai suka-suka. Kacak tak?

47 comments:

  1. hahaa...seryes...tak sabar nak jd cikgu bila baca entry ni. hahaaaaaa

    ReplyDelete
  2. budak penyeludup tu ada bakat jadi blogger yang terkenal.

    ReplyDelete
  3. Gumiho!




    *Om Nom Nom*


    "nak Daim?", sambil menghulurkan daim sebungkus.

    ReplyDelete
  4. comel nyer blog!!! nampak mcm blog kanak2 riang..shuke2..:p

    ReplyDelete
  5. huhu. seyesly lawak.. budak sekolah darjah berapa nie zara?? huhuhu...

    p/s: templates ni cantik gak.. :)

    ReplyDelete
  6. @Johari Hamzah

    Yang tulis penyeludup dengan kekurangan tenaga tu budak Form 2. Yang tulis airport budak Form 1.

    hahaha

    ReplyDelete
  7. serius kelakar...
    buat jiwa terbakar jg membaca jwpn mereka2 ini..
    tak ada tenaga

    errrm, dulu suke wat p/s kt cikgu2 jg.. *gelihati*

    ReplyDelete
  8. huhu... lebih kurang tanda kertas ujian pelajar kejuruteraan je..
    dengan rumus yang tak pernah dilihat...
    sangat kreatif sampai tak tahu nak bagi markah macam mana..

    ReplyDelete
  9. Diorang ni mungkin terkena cultural shock kot...

    ReplyDelete
  10. have to specify what kind/types of 'legal' business that they have to answer...

    illegal business might also be included if you don't specify and thus their answer could be acceptable too...

    talking about creativity and giftedness.. it is not just about extraordinary way of ability/thinking but also what is valued and relevant for a given society at specific location and time... (I should include that in my discussion chapter.. why do I find it difficult to write 'formally' in the chapter but not in people's blog?)... this is my idea so even though it is appeared in your blog, I can use it in my thesis.. hahahahaha (not a plagiarism ok?)

    ReplyDelete
  11. @Anonymous

    Miss Dij, is this U?
    I wonder.
    ;)

    But then, I agree!
    Sometimes it's funny how their mind/brain stimulated uniquely during exam~

    ReplyDelete
  12. gelak guling bila baca jawapan semua tu... :)

    dah tukar template nampak...hehe..cool :)

    ReplyDelete
  13. now u feel what I used to feel when I marked the assignments and essays... still remember it quite well somebody wrote about the importance of philosophy of education in education

    Untuk memastikan setiap jiwa akan terdidik dengan ajaran yang murni dan beretika demi agama, bangsa dan negara.

    heck... since when I taught these students to use such dramatic wordings and sentences? ...

    well, had a good laugh marking that...

    in your case, rather than punishing them, why not have a good discussion about why their answers are not what you expect even though it might be considered as acceptable in another context? in this case, you are also teaching them about social norms as well as to be creative within that social boundry... well, there is nothing wrong with being creative but again, what is valued in a society will determine if one's creativity will be rewarded accordingly... if you use your creativity to do something that socially unacceptable, you will end up in troubles and adolescents need to be taught to aware about such issues... if not, you will have a hellish experience to convince them especially when they will start to loyar buruk with you... and then you will get mad and the discussion does not lead to meaningful interaction...

    they are not kindy children... so if you have such academic or high level kind of discussion, they could understand..

    to be a teacher, don't easily loss your temper... at the same time being cool at all times might cause you to lose their respect too.. impresss them with cognitively stimulating discussion.. some might still loyar buruk with you but be aware... some of them might pick up more than what you think and who knows, u might change the course of your students' lives... aren't we glad to be in the profession where we can 'empower' and at the same time 'mold' and thus control how the students think in the future?.. (sounds like an evil plan, right?... hahahha)

    ReplyDelete
  14. @Anonymous

    Personally I laughed my ass out while I was reading those papers. That's why I took my phone and snapped all those photos.

    I even sarcastically (but in joke tone), sound that boy. Penyeludup might be correct, in term of business, but to find that it's actually killed my nerves when I found that kind of answer, I asked him to make correction.

    Funny penyeludup tho.
    XD

    Those kids sometimes kinky. Yeah, kinky even tho they actually 13 or 14 years old only. Kids grown up too fast eh?

    And...
    ehem, that's not evil.
    That's consider as, we're the master. We did gone thru all of that. It's time to repay whatever our teachers did before aite?

    XD

    ReplyDelete
  15. sudah.. OE pun tergelak sendiri...
    teringat dekat cerita ibu OE yang dulu jadi cikgu BM...
    sampaikan tak cukup nafas menggelakkan paper nak murid dia dengan ayah OE masa tu diorang baru kahwin...
    heheh...
    (n_n)

    ReplyDelete
  16. mungkin aku akan buat entri sebegini bila menanda jawapan tutorial.

    lagi hamjad kalau budak universiti bagi jawapan. dan aku akui aku pun pernah bagi jawapan yang hamjad sewaktu menjawab exam dulu.

    hehehe~~

    ReplyDelete
  17. lucu gile jawapan 'kehabisan tenaga' tuh... ;D

    ReplyDelete
  18. budak sekarang mmg keretip...
    mak kite cikgu bio. tgk bdk2 jawap mmg sakit jiwa.
    soklan: apakah fungsi uterus?
    jawapan: tempat bermain utk bayi.
    soklan: fungsi placenta?
    jawapan: permainan bayi.

    dlm kepala nk main je.

    ReplyDelete
  19. skin blog yg baru ni style la kak zara...cool!!

    ReplyDelete
  20. nk sokong murid yg tulis jwapan penyeludup 2 boleh x????
    sebab saye rase murid nie jenis yg suke bace surat khabar (kot??)
    tahu psal penyeludupan minyak dan gula yg berlaku sekarang ini...

    ReplyDelete
  21. masa sekolah I will not write those answer. But I will just hand in the blank answer sheet.

    kids now a days very funny tho.

    ReplyDelete
  22. @Amoi :

    TU la.
    Better empty, clean answer sheets.

    ReplyDelete
  23. senyuman ak larik lintang pukang bila tanda buku latihan. xam paper apatah lagik!

    ReplyDelete
  24. erkk..bbrp hari x jengah ke sini rupanya dah berubah template..hehe..lucu la anak murid zara..me sulu ngajar bahasa melayu..tau² jelah nak menanda karangan..boleh pengsan..lagi baik dia x payah tulis apa²..me blh bg O ajer..

    ReplyDelete
  25. @Rina AVAIL a.k.a cik betty :

    Sangat kagum pada cikgu Bm dan BI.
    boleh tahan baca ayat2 budak yg gila panjang~

    hahaha~

    ReplyDelete
  26. hari ni baru sempat menyinggahh kembali di blog yang semakin hari semakin cantekkkkkk!

    oh suke template baru nii. nampak jauh jauh lagi comel!

    dan sekarang saya da dapat petua baru untuk tambahkan tenaga kalau kekurangam.wuhuuu.

    nice one kak zara! =]

    ReplyDelete
  27. so cute siap bagi note kat bawah ketas jawapan...;)

    ReplyDelete
  28. Yang budak kekurangan tenaga tu, kena bagi minum Power Root :D

    ReplyDelete
  29. Haha lawak. ketawa sorang2 sampai adik yang duduk dekat sebelah pun tanya "kau ni kenapa??" :D

    ReplyDelete
  30. sori mencelah. bagaimana kalu ada bdk yg jwb "minta maaf cikgu, saya tahu saya tak sepatutnya tulis camni tp saya betul2 tak igt jawapan utk soalan ni"..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)